webnovel

Plat Dada Berkerdip

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Perisai Garrison yang berada di hadapan Shi Feng sekarang ini jauh lebih besar berbanding yang sebelum ini. Reka bentuknya berubah dengan banyak, dan juga warnanya menjadi emas pudar. Ini bukannya Perisai Garrison.

"Sialan," Shi Feng menyedari dia telah gagal.

Sebelum ini, dia terlalu teruja dalam menempa peralatan. Dia memukul tukul seperti mana yang diingininya, memberikan Perisai Garrison tersebut satu penampilan yang berbeza. Dia terasa hebat dengannya.

Selepas itu, Shi Feng memilih untuk mengenal pasti informasi peralatan.

Sistem mengambil masa 10 saat sebelum memberi konklusi kali ini.

[Tidak bernama] (Perisai Plat pangkat-Gangsa)

Tahap 3

Syarat Kelengkapan: Kekuatan 12

Pertahanan +23

Kekuatan +3, Ketahanan +3

HP +120

Kekukuhan 35/35

Kebolehan Tambahan-

Kuasa Penyembuhan: Kesan penyembuhan yang diterima meningkat sebanyak 10%.

Hanya boleh dipakai oleh Pahlawan Perisai dan Sateria Penjaga.

Sistem: Peralatan tiada nama telah berjaya ditempa. Kecekapan Menempa meningkat sebanyak 3 mata. Memperoleh 1,100 EXP.

Sistem: Tahniah! Kamu merupakan pemain pertama untuk menempa Peralatan Gangsa baru dalam Kawasan Tuhan. Mendapat 3,000 EXP. Memberi ganjaran 1 Tukul Runik (pangkat Besi-Misteri) yang boleh meningkatkan kadar kejayaan menempa sebanyak 5%.

Sistem: Sila berikan nama kepada Peralatan yang kamu cipta. Kamu juga boleh meninggalkan tanda peribadi pada peralatan ini.

Shi Feng sedikit terkejut sewaktu melihat pemberitahuan ini. Dia dengan tidak sengaja mengolah Perisai Garrison, dan berjaya melakukannya. Malah dia juga telah mencipta Peralatan Gangsa yang baru. Nasibnya kali ini sangat baik. Atribut peralatan ini sudah mencapai tahap Peralatan Besi-Misteri yang biasa. Jika bahan yang digunakan tidaklah begitu buruk, ia pasti menjadi Peralatan Besi-Misteri.

Dalam Kawasan Tuhan, para pemain boleh mencipta peralatan mereka sendiri. Namun, perkara ini amat sukar untuk dicapai. Bukan sahaja pemain perlu tahu banyak perkara tentang penempaan, bahkan mereka juga perlu mahir tentang bahan-bahan yang ada. Selepas melalui ratusan percubaan, barulah dapat mencipta satu peralatan yang baru, dan berkualiti tinggi.

Kebiasaannya, pemain yang ingin mencipta peralatan baru akan mulakan gerak kerja mereka selepas menjadi Penempa Termaju. Lagipun, untuk menjadi Pakar Menempa, pemain bukan sahaja perlu mempunyai Kecekapan mencukupi, malah mereka juga perlu mencipta tiga Peralatan Besi-Misteri yang baru, dan juga satu Peralatan Perak-Rahsia yang baru. Selepas semua syarat telah dicapai barulah pemain layak digelar Pakar Penempa.

Disebabkan syarat ini, pemain yang menjadi Pakar Penempa sangat jarang ditemui.

Sementara itu, Shi Feng secara tidak sengaja mencipta satu Peralatan Gangsa yang baru. Sudah tentu, kesan Buku Menempa memainkan peranan yang cukup tinggi dalam kejayaan ini.

"Disebabkan warnanya menjadi emas pudar, dan ia mengeluarkan sinaran yang malap, mari kita panggil dia Plat Dada Berkerdip." Shi Feng dengan segera mengesahkan nama baru peralatan itu. Selepas itu, dia meninggalkan satu kesan api hitam di penjuru peralatan. Kesan yang dibuat itu bermaksud orang yang menempanya. Di masa hadapan, apabila orang lain melihat simbol ini, mereka akan kenal pasti peralatan ini dicipta oleh Pakar sekian-sekian. Pada masa yang sama, simbol juga bertujuan untuk mengelakkan orang lain memalsukan pencipta asal peralatan.

Dalam sekelip mata, maklumat peralatan juga telah diubah.

[Plat Dada Berkerdip](Perisai Plat pangkat-Gangsa)

Tahap 3

Syarat Peralatan: Kekuatan 12

Pertahanan +23

Kekuatan +3, Ketahanan +3

HP +120

Kekukuhan 35/35

Kebolehan tambahan-

Kuasa Penyembuhan: Kesan penyembuhan yang diterima meningkat sebanyak 10%.

Hanya boleh dipakai oleh Pahlawan Perisai dan Sateria Penjaga.

Pada dada sebelah kanan Plat Dada Berkerdip, simbol api hitam muncul. Api untuk berterusan pudar dan malap, menambahkan nilai estetik Plat Dada Berkerdip itu.

Sistem: Tanda "Api Hitam" telah berjaya didaftarkan. Tanda ini akan terikat pada akaun permainan kamu, dan tiada siapa boleh menggunakannya lagi.

Sistem: Penamaan selesai. Reka Bentuk Menempa untuk Plat Dada Berkerdip telah dijana secara automatik. Pemain kini boleh melukis dengan sukarela Reka bentuk Menempa untuk Plat Dada Berkerdip, membenarkan pemain lain belajar Reka Bentuk Menempa tersebut.

Tiba-tiba, satu papan penyata tambahan muncul di panel Cara Hidup. Ia ditulis sebagai Ciptaan Reka Bentuk Menempa, dan ia membenarkan pemain untuk mencipta Reka Bentuk Menempa mereka sendiri.

Shi Feng berasa sangat teruja sewaktu melihat papan penyata tersebut.

Inilah kelebihan mencipta sesuatu yang baru. Selagi Shi Feng ada Pen dan Kertas Lukisan, dia mampu melakar Reka Bentuk Menempa bagi Plat Dada Berkerdip sebanyak mana yang diingininya. Ini merupakan satu layanan kepada pencipta asal. Reka Bentuk Menempa lebih bernilai berbanding peralatan itu sendiri.

Dalam kehidupan Shi Feng yang lepas, ramai Pakar Menempa membuat kajian tanpa henti tentang berbagai-bagai bahan dan menggunakan pelbagai cara untuk membuat peralatan baru. Selain cuba menjadi Penempa Agung, matlamat utama mereka ialah mendapatkan Reka Bentuk Asli Menempa. Barang ini adalah sebab utama mengapa beberapa Pakar Menempa menjadi kaya raya. Proses untuk membuat Reka Bentuk Menempa sangat mudah, dan mereka boleh membuat puluhan ke ratusan dengan mudah dan bila-bila masa sahaja. Oleh itu, agak-agaknya berapakah jumlah duit yang mereka dapat, walaupun memenatkan diri menempa peralatan setiap hari?

Dengan Reka Bentuk Plat Dada Berkerdip, menjana Syiling Emas menjadi perkara yang mudah. Pada masa itu, menjadi suatu yang mustahil bagi Shi Feng menjana 30 atau 40 Syiling Emas. Lagipun, ramai pemain di Bandar Sungai Putih dan tiada kekurangan Guild juga.

Selepas itu, Shi Feng teruskan lagi dengan menempa Plat Dada Berkerdip, dan tidak lagi menempa Perisai Garrison. Kedua-dua peralatan ini menggunakan bahan yang sama untuk dibuat; namun, Plat Dada Berkerdip lebih nampak menarik dan juga didatangi dengan Kebolehan Tambahan.

Ada juga kelebihan lain untuk pencipta asal peralatan. Apabila menempa ciptaan sendiri, kadar kejayaan akan meningkat sebanyak 10%, dan peralatan turut berpeluang mendapat Kebolehan Tambahan. Selagi kemasyhuran Plat Dada Berkerdip tersebar luas, Shi Feng tidak mempunyai masalah menjual Reka Bentuk Menempanya.

Masa berlalu, sedikit demi sedikit.

Shi Feng langsung tidak perasan persekitarannya sewaktu menempa peralatan. Dadanya dipenuhi dengan kehendaknya mendapatkan duit. Satu Syiling Emas... Dua Syiling Emas... Tiga Syiling Emas...

Satu demi satu peralatan emas berkilauan terkumpul di seluruh Bilik Menempa.

Selepas sepuluh jam berlalu semenjak Shi Feng menyewa Bilik Menempa, satu pemberitahuan yang bising didengari oleh Sistem. Selepas itu barulah Shi Feng sedar sepuluh jam telah berlalu.

Pendapatannya lebih mengejutkan. Dia berjaya membuat sejumlah 142 buah peralatan, dan bahan yang dibeli sebelum ini hampir habis.

Di kalangan atribut peralatan, ada antaranya baik, dan ada juga beberapa yang teruk. Perbezaannya ialah pada kesan penyembuhan. Peralatan yang teruk mempunyai 5%, manakala yang terbiak mempunyai 12%. Semua sekali 76 buah yang mempunyai kesan penyembuhan di bawah 7%, 48 buah terletak antara 7% dan 9%, dan 18 buah terletak antara 10% dan 12%. Semua peralatan ini memenuhi separuh ruangan beg Shi Feng.

Pada masa yang sama, Kecekapan Shi Feng juga bertambah, mencapai 514 mata. Shi Feng sudah separuh jalan menjadi Perantis Menempa Pertengahan.

Shi Feng mengeluarkan Bebola Rentas Jarak untuk dilihat. Pengalaman yang dikumpulkan kini menghampiri 150,000. Selagi Shi Feng berusaha lagi beberapa jam, dia mampu mengumpul sebanyak 200,000 dan segera bertolak ke Hutan Cahaya Bulan.

Kelajuan Shi Feng mendapatkan EXP sekurang-kurangnya dua ke tiga kali lebih cepat berbanding Ketua-ketua Persatuan daripada Persatuan kelas-pertama.

Selepas meninggalkan Persatuan Menempa, Shi Feng bergegas ke Rumah Lelongan.

Kini, majoriti pemain biasa sudah pun mencapai Tahap 3, manakala ramai pemain lama sudah naik ke Tahap 4. Hanya pakar sahaja yang mampu mencecah Tahap 5. Lagipun, banyak pengalaman diperlukan untuk naik dari Tahap 4 ke Tahap 5. Jumlah yang diperlukan sekurang-kurangnya tiga ke empat kali ganda jumlah yang diperlukan untuk naik dari Tahap 3 ke Tahap 4.

Sekarang ini merupakan masa yang sesuai bagi Shi Feng menjual Peralatan Tahap 3. Banyak Persatuan pasti sudah mengumpulkan kekayaan mereka selepas lebih sepuluh jam masa berlalu, jadi ini peluang terbaik Shi Feng mendapatkan hasil yang besar. Jika beberapa tempoh masa berlalu, harga peralatan akan berkurang ketika itu.

Selepas tiba di Rumah Lelongan, Shi Feng perasan yang bilangan pemain logistik telah berkurangan dengan mendadak. Nampaknya mereka sudah tidak lagi kisah tentang Perisai Garrison lagi.

"Abang, kenapa tidak ramai orang di Rumah Lelongan?" Shi Feng berjalan menghampiri seorang pemain logistik, bertanya.

Pemain logistik yang tinggi dan berkaca mata itu sedikit terkejut, lalu menjelaskan, "Kamu sedang memburu raksasa ke di luar bandar selama ini? Kamu tidak tahu perkara besar yang sedang berlaku sekarang?"

"Ya, saya baru pulang daripada mendapatkan sedikit duit daripada membunuh raksasa dan menjual bahan. Bukankah Perisai Garrison itu terkenal? Aku, juga, mahu beli sebuah," Shi Feng mengangguk.

"Patutlah kau tidak tahu apa-apa. Tiga jam yang lepas, seorang pemain bernama Perdagangan Tukul telah menjual banyak Peralatan Perisai Plat Gangsa Tahap 3. Walaupun atributnya sedikit lemah berbanding Perisai Garrison, kosnya sangat murah, hanya 4 Syiling Perak. Lebih-lebih lagi, pemain itu juga membuat satu kenyataan yang diskaun akan diberikan jika bertemu dengannya dan membelinya secara pukal. Sudah tentu, banyak Persatuan terus menghubunginya dan memesannya. Peralatan itu sekarang semakin terkenal, jadi siapa sahaja yang tinggal di sini dan mempedulikan Perisai Garrison itu?"

Next chapter