webnovel

Nera Azarena [Remastered 2020] - Trilogi Yang Pertama : Kerana Takhta

MF_Omar92 · Fantaisie
Pas assez d’évaluations
8 Chs

Rundingan Berhasil Dengan Kejayaan!!!

Putera Raan Kesembilan ke sini sana tanpa hala tujuan bermundar-mandir memikirkan sesuatu. Dia masih belum mendapatkan perkhabaran dari Nera yang berada jauh dari keberadaannya. Rasa bimbang dan risau mula menganggui perasaan namun dia cuba untuk bertenang dan perubahan itu dapat di baca tepat oleh orang bawahannya. "Kenapa Tuanku bermuram derja???"

"Jika Tuanku tidak keberatan, berikan kami kesudian untuk menanggung sebahagian beban yang Tuanku pikul di batu jemala kami..." Kata seorang lagi orang bawahan Raan. Dia tersenyum untuk seketika lalu berkata. "Masa semakin suntuk dan sudah beberapa ketika Cik Muda tiada... Aku harap dia sentiasa baik-baik saja di mana dia berada..."

Kedua-dua orang bawahannya mendiamkan diri untuk sejenak sebelum mereka mula menyuara pendapat mereka tentang kenyataan putera kesayangan Ratu Irian Kelapan itu kepada mereka sebentar tadi. "Itu tak usahlah Tuanku rungsing; yakinlah dengan kemampuan Cik Muda Nera, dia pasti dapat mengatasi setiap halangan dan rintangan yang mendatang..." Raan tersenyum sekali lagi.

Dia mengiyakan pandangan orang bawahannya tentang Nera, sahabat seperjuangannya itu. Bukan sehari baru dia kenal dengan perempuan muda dari Arthna itu. Pencapaiannya sebagai seorang yang sangat berkaliber dalam urusan pertahanan dan keselamatan negara tidak dapat di pertikaikan. Dengan usia semuda itu, pemikirannya mengatasi rata-rata perempuan yang seusia dengannya. Raan membalas.

"Benar kata kalian berdua... Terima kasih aku ucapkan kepada kalian kerana kalian telah memberikan aku satu gambaran yang jelas tentang Cik Muda... Yang penting sekarang; Kita jangan putus berharap dengannya..." Orang bawahan Raan memberikan anggukan kepala tanda mengiya dan itu meringankan sedikit beban yang di tanggung olehnya. Kelegaan mulai terasa.

---

Puan Darian amat terkejut dengan apa yang di ugahkan oleh Nera. Si Aza yang dia kenal dulu nampaknya sudah banyak berubah. Dia tidak seperti Aza yang dulu. Aza sekarang yang di hadap nampak lebih matang, tegas dan berpendirian. Dari anak mata bekas menteri Arthna itu membakar dengan semangat yang membara-bara.

Wakil kerajaan Dharwan itu seolah-olah menghadap orang yang lain dari kebiasaannya. Dia mengeluh singkat lalu menarik nafasnya panjang-panjang. "Kalau itulah hendak Aza; saya akan penuhi dengan apa yang terdaya, secepat mungkin..." Tersenyum aku dengan riangnya. Aku sudah merasakan kemenangan yang pertama. Kali ini, Ketua Penghulu Urku yang di tunggu aku.

Darian tidak dapat melarikan diri dari kenyataan yang aku tetap berkeras hingga mati dengan kemahuan aku terhadap permintaan aku yang sebesar Gunung-Ganang Ng'n itu. Tanpa menunggu lama, dia menghubungi orang atasannya yang berpangkat besar dari dirinya. "Owh, Rena; kau yang di katakan oleh Darian ya???" Tegur Urku bila bertemu denganku.

Entah dari mana dia datang, aku pun tidak tahu. Tetapi aku biarkan dia sendiri memulakan bicara sebab seperti yang aku tahu dia sudah di beritahu apa tujuan dan permintaan yang aku khabarkan kepada Puan Darian sebelum itu. Dia mengukir senyuman manis lalu berkata. "Kita terus kepada titik cerita..." Aku mengangguk.

"Kesemua permintaan kamu itu akan kami penuhi tanpa halangan, tetapi dengan syarat yang sangat ketat... Adakah kamu sanggup menerimanya???" Aku angguk kepala buat kali kedua. Ketua Penghulu Urku genggam tanganku lalu membaca mentera. "Dengan ini, termeterailah sumpah antara aku dan Nera Azarena bahawa mati yang akan menimpa jika di langgari!!!"

---

Di sebuah ruang sidang, kelihatan beberapa orang berpengaruh sedang berbincang tentang perkara yang sangat penting. Mereka kelihatan terburu-buru walaupun tenang. Sidang itu di mulakan oleh seorang orang tua, bersama beberapa orang yang ada di dalam keheningan yang amat dingin itu.

"Bagaimana sekarang, tuan??? Apa yang harus kita lakukan???" Seseorang berbicara.

"Menurut Imeretus, tentang perkara ini??? Kamu yang muda seharusnya lebih banyak memikir..." Lelaki dengan panggilan Imeretus, atau Imeretus Silius itu terdiam. Dia yang merangkap wakil Menteri Kanan Keselamatan cuba untuk memahami satu persatu kata yang di lontarkan orang tua itu. "Kalau kamu; bagaimana, Profesor Farsan???" Farsan memandang tepat mereka berdua.

"Tuan, kita tahu yang Nera itu bukan sebarang orang... Dia kan licik lagi cerdik... Dia tidak berkhianat tanpa alasan... Saya kenal benar dengan dia; tuan..." Orang tua itu pula terdiam dengan ujaran yang telah di berikan oleh Farsan. Profesor yang berkelulusan dalam kedoktoran psikologi sosial itu berhujat mengikut pengalaman tersendiri.

Tuan yang di beri gelar itu memandang pula kepada seorang teman yang agak lebih berusia darinya lalu berkata. "Tiada kata putus yang lebih baik dari apa yang kamu berikan kepada kami semua, sahabatku; Khodja..." Khodja yang merupakan pemangku Ketua Menteri Di Pejabat Jemaah Menteri menggeleng kepala. "Paldan, kamulah pemutus keputusan..."

"Kalian memberikan aku tekanan namun aku tiada pilihan... Dengan ini; aku isytiharkan bahawa Nera Azarena tiada kaitan dengan Arthna dan dia harus di bawa ke muka pengadilan, sama ada hidup atau mati!!!" Paldan, atau lebih mesra di panggil Orang Tua Paldan sudah membulatkan tekad. Dia tiada pilihan lain selain itu.

---

Berita tentang permintaan Nera Azarena terhadap Dharwan itu sangat mengejutkan banyak pihak, lagi-lagi dari Odan. Lagi mengejutkan mereka apabila Ketua Penghulu Urku tanpa sangsi memenuhi hampir kesemua permintaan perempuan dari Arthna itu. Apabila perkara itu mereka risik; rupa-rupanya Nera datang bukan dengan kata-kata membabi-buta. Semua kerana penemuan Superkomputer Elektromekanikal Siraj.

Ketegangan terjadi di Odan di sebabkan perkara itu. Penemuan Bekas Menteri Pertahanan Arthna bukan perkara main-main. Sekarang Dharwan boleh menjadi ancaman kepada Odan kerana semua Peluru Berpandu Piil boleh di tuju kepada sesiapa saja pada bila-bila masa. Igauan ngeri tentang kemusnahan Falkan mula teria-ia di benak fikiran kebanyakan pembesar Odan.

Odan sangat berat hati, namun harus mengalah demi kebebasan dan kemakmuran negara mereka yang sangat mereka sayangi. Jika mereka bertindak seperti mana Falkan dahulu; mereka juga akan mengalami nasib yang sama dengan kesan yang lebih teruk. Satu teks rasmi, di telegram ke Wisma Pemerintah Dan Pentadbir Bersekutu Dharwan dengan penyataan.

Bahawa Odan sudah tiada kepentingan lagi di tanah jajahan dan naungan mereka. Dharwan tidak di beri kekangan memilih halatuju masa depan mereka. Dengan syarat, Odan tidak boleh di perangi dan tetap menjadi sahabat perekonomian bersama di peringkat antarabangsa mahupun setempat. Dharwan juga akan di akui sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat.

Apabila teks rasmi itu sampai ke tangan Puan Darian; aku sangat berpuas hati dengan apa yang sudah terjadi. Odan sudah menyerah lebih awal dari sangkaan aku dan kini aku meneliti kesemua syarat-syarat yang akan di nyatakan oleh Ketua Penghulu Urku. Sebaik semua ini selesai; aku akan kembali berjumpa dengan Raan!!!

Bersambung...