webnovel

Nera Azarena [Remastered 2020] - Trilogi Yang Pertama : Kerana Takhta

MF_Omar92 · Fantasy
Not enough ratings
8 Chs

Rundingan Damai Berserta Ugutan

Awal waktu sibat senja; pada hari Selasa yang amat dingin selepas hujan melanda buana, di Istana Bunga Eathea; Maharaja Boaa Pertama, Lorza Kelima Ratus Lima Puluh Lima bermundar-mandir ke sini sana di singgahsana tanpa hala tujuan. Pembesar-pembesar terkemuka negara hanya mendiamkan diri tanpa sebarang nada bicara melihat baginda sebegitu rupa.

Duli Yang TerAmat Mulia Seri Paduka Baginda Diraja Arthna itu kelihatan sedang membungkam kata dalam bisikan berselang dengan beberapa helaan nafas singkat seperti rasa kesal akan sesuatu yang tidak berkesudahan. Mereka yang ada dengan baginda pula tidak berani untuk bersuara takut di anggap tidak sopan dan mendatangkan murka kepada baginda.

Namun tidak bagi seorang pembesar, dia tidak rasa senang duduk dengan kelakukan pemerintah diraja mereka. Ada di kalangan mereka memberi isyarat agar dia membatalkan niatnya itu. Namun semuanya sudah telat. "Sembah ampun, beribu ampun; sembah patik harap di ampun..." Lorza menghentikan pergerakannya lalu memandang di kalangan para pembesar-pembesarnya. "Kenapa, Tauran???"

Seorang pembesar dengan nama Tauran memajukan langkah kehadapan menghadap Lorza lalu merafak sembah seperti kelaziman para rakyat jelata. "Patik merasa tidak enak dengan kelakuan tuanku... Adakah sesuatu dapat tuanku kongsikan kepada semua yang ada agar dapat meringankan beban yang di tanggung tuanku???" Lorza memandang tepat kepada Tauran. Baginda mengeluh panjang.

"Beta mendapat pemberitaan tentang ramalan kejatuhan beta oleh Puak Baataan... Menurut Tuan Tauran, benarkah sebegitu benar apa yang di dakwakan???" Dengan pantas Tuan Tauran memberikan sembah laknat. "Itu hanya satu perkara yang di gembar-gemburkan... Tuanku jangan mudah terpedaya..." Tuan Tauran cuba bertenang semampu boleh. Itu saja yang mampu dia lakukan.

"Tuanku fikirkan molek-molek; jika Tuanku tiada, siapa lagi yang layak untuk memerintah Arthna yang Tuanku cinta???" Soal Tauran, sedikit mengesimakan para pembesar yang ada. "Mandat yang telah rakyat berikan kepada Tuanku dan kami tidak lain, tidak bukan; mengharap Arthna kembali kewaktu kegemilangannya. Tidakkah begitu yang kita semua mahu???" Lorza terpana.

Duli Yang Teramat Mulia Seri Paduka Baginda Diraja Arthna itu mendiamkan diri seketika seolah-olah terkesan dengan kata-kata pembesar Tauran itu. Baginda tidak menyalahkan dia dan juga tidak menyiakan segala kata-katanya begitu saja. "Adakah kamu semua fikir, segala apa yang terjadi selama ini; hanya kebetulan yang tidak di rancang???" Semua terdiam.

"Beta di angkat menjadi Pemerintah Tertinggi Arthna tidak lain hanya menjadi lambang untuk mengisi kekosongan yang ada... Rakyat kita masih menderita setelah sekian lama negara kita di landa perang saudara... Di manakah keadilan untuk mereka?!" Sekali lagi Lorza Kelima Ratus Lima Puluh Lima berjaya memdiamkan semua pembesar, termasuk Tuan Tauran.

"Beta tahu, beta tidak akan lama memerintah negara ini... Walaupun ramai akan mempertikaikan keputusan beta... Tak mengapa, beta sudah membulatkan tekad; negara ini tidak perlu beta untuk memacu halatuju masa depannya... Cukup beta korbankan mandat beta dan beta serahkan semula kepada rakyat..." Lorza turun dari singgahsana dan meninggalkan mereka semua.

Para pembesar memandang tajam tepat ke arah Tuan Tauran dan kini mereka semua merasakan sesalan yang tidak terhingga dek kerana keputusan mendadak baginda. Siapa yang dapat mengganti kedudukan Lorza jika Lorza mereka itu turun takhta??? Apa yang akan terjadi terhadap Arthna selepas ketiadaan baginda??? Hanya Tuhan sahaja yang tahu segala-galanya.

---

Perjalanan ke tengah-tengah pusat bandar Dharwan, Rian; mengambil masa semalaman. Aku telah di titip pesan oleh Putera Raan Kesembilan yang mengatakan bahawa para pembesar mereka memang mahir dalam pujuk rayu dan godaan yang mengasyikan. Dia ingin memastikan yang aku tidak termakan dengan helah mereka. Walau sebesar atau sekecil manapun helahnya.

Berbekalkan pesanan dari anak gahara Ratu Irian Kelapan dan Unit Pemprosesan Bersepadu, Super Komputer Elektromekanikal Siraj di sampingku; aku selamat tiba di destinasi yang aku tujui setelah Keretapi Aliran Berat Tarta Raya mengakhiri perjalanan panjangnya di stesyen yang menyambung ke Metro Atas Tanah Hab Pengangkutan Utama Dan Terminal Berpusat Dharwan.

Aku sudah memasang tekad sepertimana yang telah aku janji kepada orang-orang yang aku temui sebelum ini, termasuk juga Raan sendiri. "Hamba tidak mahu segala rancangan kita gagal dan Cik Muda di jadikan mainan dalam perundingan antara Cik Muda dengan mereka..." Titipan ikhlas anak Ratu Irian itu tidak menghilang dari ingatanku.

Dari Metro itu; aku berangkat menuju ke Wisma Urusetia Pemerintah Dan Pentadbiran Bersekutu yang terletak beberapa puluh kilometer menaiki satu pengangkutan murah lagi berefisien yang di beri nama Lingkaran Infrastruktur Awam Dan Prasarana Teratur Argloriya atau di singkatkan sebagai LIAPTA. Kedatangan aku di situ di sambut Puan Darian, wakil kerajaan.

"Wah... Tengok siapa yang datang..." Puan Darian menyapa aku... "Bukankah kamu, Aza Yang Bijaksana???" Aku serta-merta menjadi segan dengan sapaannya. "Sudah lama kita tidak berjumpa... Kuharap kau baik-baik saja..." Aku memberikan senyuman mesra tanda sapaannya itu aku balas. Serentak pintu gerbang ibu pejabat Ketua Penghulu Urku di buka seluas-luasnya padaku.

Aku jadi kagum untuk seketika. Puan Darian mengajak aku untuk segera masuk ke dalam dan pintu gerbang itu tertutup rapat. Kami berdua duduk di ruang legar Wisma dan dia memulakan bicara yang terhenti sebentar. "Atas hajat apa, Aza datang kemari???" Aku tidak berbicara banyak. Superkomputer Elektromekanikal Siraj aku dedahkan padanya.

Puan Darian agak terkejut dan tidak percaya pada masa yang sama apa yang sedang dia lihat. "Menarik, sungguh menarik; ini satu penemuan yang sangat Dharwan nantikan..." Aku tersenyum lebar dengan kenyataan wakil kerajaan itu lalu berkata. "Saya mahu rundingan bersyarat dengan anda; Puan... Sekiranya di penuhi, Superkomputer ini milik kalian..."

"Teruskan, Aza..." Aku menarik nafas dalam-dalam dan bersuara secara perlahan-lahan. "Pertama, saya mahu Dharwan segera di merdekakan dari jajahan Odan... Kedua, Nesat di jadikan Zon Pengkomersialan Bebas Cukai dan yang ketiga; kesemua Peluru Berpandu Piil adalah milik Badan Ketenteraan Bersama..." Buat kali kedua, Darian terkejut dengan kata-kataku. "Aza; itu mustahil..."

Aku segera bungkuskan semula Elektromekanikal Siraj ke dalam beg separa lutsinar dan kerjaku itu di halangan Puan Darian. "N-nanti dulu; Aza, nanti; masa masih panjang... Kita boleh berunding sehingga muktamad..." Aku tetap nekad dengan ketiga-tiga permintaanku itu dan itu membuat wakil dari kerajaan Dharwan membungkam semula apa ingin di kata.

"Baiklah, Aza; saya akan panjangkan perundingan ini ke peringkat yang lebih tinggi..."

"Jika tidak???"

"Kami akan tahan kamu dengan secara paksa tanpa kerelaan kamu..."

"Kalau begitu; titipkan pesan penting ini kepada Ketua Penghulu Urku dan kesemua pentadbir Dharwan yang saya, Aza; akan hancurkan Superkomputer ini di depan mata kalian semua!!!"

Bersambung...