webnovel

Nera Azarena [Remastered 2020] - Trilogi Yang Pertama : Kerana Takhta

MF_Omar92 · Fantasy
Not enough ratings
8 Chs

Hadapi Sebuah Kenyataan Nyata

Jauh di seberang benua, terdapat tiga buah negara dan 12 kerajaan membentuk Pan-Federasi Pertahanan Bersama, untuk menghadapi agresi dari Dharwan yang sudah bersiap siaga mempertahankan diri jika mereka di ancam dengan peperangan. Walaupun mereka kelewatan, mereka masih belum telat untuk mengusahakan sesuatu sebelum terlambat. Itu yang di utarakan Maharani Shishtana.

 

Maharani dari negara Azkhanat itu turut menyatakan kebimbangan mereka jika pembentukan aliansi mereka berhasil dengan kegagalan, benua mereka juga akan lenyap di telan Peluru Berpandu Piil Kelima. Kebimbangan beliau memang berasas melihat apa yang berlaku terhadap Odan yang menyerah kalah sebelum menitikkan sebarang darah. Shishtana berkata dengan lantang.

 

"Kita tidak boleh membiarkan para pemberontak itu menguasai empat pertujuh dari benua yang masih tersisa dan jika mereka berjaya; kita tiada peluang lagi untuk melawan semula...", suaranya mendatar dari detik ke detik. "Siapa yang menganggap kita semua akan jadi begitu, sungguh menyedihkan…" Semua ahli sidang mencari mana datangnya suara itu.

 

"Y-Yang Mulia?!"

 

"Siapa lagi kalau bukan aku???"

 

Lelaki dengan gelaran 'Yang Mulia' itu menjelmakan dirinya dalam bentuk yang tak di sangka-sangka. Dia yang datang bertemankan seorang rakan merubahkan dirinya dari seekor serigala berekor 12 belas menjadi utuh seperti seorang manusia yang agak tampan dengan segala kelengkapan baju dan alat kebesaran.

 

"Aku tahu titik kelemahan Peluru Berpandu Piil itu jika kalian mahu menggunakan khidmat aku untuk melumpuhkan sistem penajakuasaan utama tenaga teras yang di guna; menggunakan senjata defensif yang pernah di reka untuk serangan balas. Aku dan orang aku akan bergerak pantas untuk melakukan tugasan jika kami di beri sepenuh kepercayaan…"

 

Maharani Shishtana terkeda tanpa kata, dia bagaikan memikirkan sesuatu di benak minda. Orang ini sudah gila atau hilang rasa waras yang ada di jiwa dan raganya??? Yang Mulia memandang tepat Pemerintah Tertinggi Azkhanat itu dengan pandangan penuh hormat. Selaku pemutus keputusan, beliau harus memberi maklum-balas seperti yang di harapkan semua. "Awna Ilja…"

 

Shishtana menghela nafas panjang. Awna Ilja atau dengan gelaran Yang Mulia di datangi serta-merta beliau menggenggam kedua tangan pembesar dari Qoshkowron itu lalu melafazkan jampi mentera hingga timbul seangka motif bertulis simbol-simbol terlarang di kedua-dua tangan lelaki muda itu. "Ikuti perintah dari lelaki ini; dia akan menjadi penyelamat bagi kita semua!!!"

 

Semua para hadirin dan hadirat sidang agak kekagetan. Mana mungkin orang besar dari kerajaan antah berantah mampu di lantik sebagai Komandan Besar Aliansi sedangkan masih ada di kalangan mereka yang masih layak untuk mengemudi kesemua Angkatan Bersenjata dan Soldadu dari pembentukan Federasi sebelum ini. "Sekaranglah masanya; Yang Mulia; terajuilah bala-tentera…"

 

Yang Mulia Awna Ilja memberi sembah hormat lalu menghilang menggunakan Teknologi Teleportasi Tanpa Limitasi, dalam sekelip mata saja; sebaik arahan pertama telah di terima dia secara rasmi di bawah tanggungjawabnya. Para ahli sidang mula mempersoalkan Maharani Azkhanat. "Diam semua!!! Kalian tidak lebih hanya lalang! Sekarang masa bekerja; bukan masa membangkang!!"

 

Semua hadiran dan hadirat tergumam, tiada kata mampu di ucap. Lafaz Shishtana jelas melekat di benak sonabari mereka semua yang ada di persidangan itu. "Jika kalian begini; biar aku dan Azkhanat berdepan sendiri dengan Dharwan! Aku tak mengharap walau sedikitpun pertolongan dari kalian!!!" Maharani muda itu melangkah pergi tanpa berbasa-basi.

 

Meninggalkan mereka semua dengan keadaan yang terpinga-pinga tanpa sebarang penjelasan. Masing-masing mula memikirkan tentang nasib diri sendiri dan mereka juga tahu, tanpa Azkhanat sebagai penyokong besar Federasi, akan menjadi timbal balik usahasama yang mereka usahakan. Azkhanat bukan saja negara yang kuat; malahan antara negara yang kaya dan punya berjuta sipahi-bersenjata.

 

Jika Azkhanat menarik diri; hampir setengah dari kekuatan Federasi akan lumpuh dengan kadar sekelip mata. Itu menjadi dilema yang sangat membimbangkan mereka semua. Manakan tidak, siapa lagi yang ada untuk meneruskan perjuangan ini bersama mereka kalau bukan Azkhanat dan permodalannya. Andai boleh saja, mereka mahu berusaha sendiri tetapi apakan daya.

 

Tanpa dana yang berterusan dan sokongan yang berpanjangan dari Azkhanat, mereka semua tidak mampu menghadapi semua ini bersama-sama. Peperangan ini terlalu berat untuk di hadapi secara bersendirian dan mereka tidak sanggup membiarkan negara dan kerajaan mereka di hancurkan tanpa penentangan. Itu yang membuat mereka semua sangat keberatan untuk melepaskan Azkhanat.

 

Dari intel yang telah mereka dapatkan, sekarang bukan masa yang sesusai untuk melakukan mobilisasi besar-besaran menuju ke Dharwan. Ia bagaikan satu perarakan maut berskala neraka jika ia berjaya di lakukan. Mahu tidak mahu, mereka semua harus menunggu Awna Ilja dengan senjata defensifnya yang akan menukar arus peperangan. Bila??? Itu persoalannya.

 

Mereka semua tahu, mereka tidak boleh menunggu dengan lebih lama; tetapi ini merupakan keputusan yang terbaik dapat di buat sekarang. Mereka dapat meneruskan penentangan terhadap Dharwan dan pada masa yang sama juga, Federasi tidak berpecah-belah dengan adanya Azkhanat bersama mereka. Tekad dan matlamat sudah di pasang, hanya menanti masa terpenuhi…

 

---

 

Aku akhirnya selamat pulang dari Rian setelah hampir seminggu berada di Dharwan. Aku tahu aku sudah lama di nanti dan aku juga ingin penantian itu di akhiri dengan senyuman dan kegembiraan. Putera Raan Kesembilan ternyata sangat terperanjat bila aku senyap-senyap datang memeluknya dari belakang tatkala dia sedang sibuk melakukan pekerjaan.

 

"Eh, Cik Muda!!! Baru sampai kah??? Kenapa tak khabarkan kepada kami dulu??? Boleh kami mempersiapkan sambutan besar-besaran…." Aku geleng kepala lalu aku melepaskan pelukanku terhadap Raan. "Aku tidak perlu semua itu… Cukuplah aku di hargai…" Raan tersenyum dengan airmata bergenang di kelopak matanya. "Cik Muda, patik kagum dengan Cik Muda…"

 

"Dengan tuah Cik Mudalah, kita telah mengubah titik-noktah pertempuran… Odan yang kuat itu juga di tundukkan oleh Cik Muda… Apa lagi yang dapat patik katakan selain sejuta kata pujian dan penghargaan…" Aku pula di peluk oleh Putera Raan Kesembilan yang sudah tidak dapat mengawal lagi perasaan. "Cik Muda, terima kasih…"

 

Aku terharu dan pada masa yang sama aku juga terkedu dengan ucapannya itu. Kata-katanya yang ikhlas itu menusuk ke ruang paling dalam lubuk kalbu. Kini aku pula yang berkaca dengan airmata. Bukan sedih, bukan pula kecewa. Aku hanya mampu membalas dengan ucapan yang sangat ringkas. "Jika bukan kerana kalian…"

 

"Aku tidak mampu untuk teruskan perjuangan yang telah aku perjuangkan…" Sambil aku menenangkan Raan, airmata aku berlinangan. "Aku yang sepatutnya ucapkan terima kasih atas segalanya…" Anak gahara Ratu Irian Kelapan dari Pendalaman Monan itu cuba untuk bertahan untuk tidak merembeskan lagi airmata. Namun tidak berjaya. Aku hanya mampu membiarkan saja.

Bersambung...