webnovel

Membuka Keranda (5)

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie nampak air muka Jun Xian dan tahu datuknya itu sedang menghadapi konflik. Jun Xian tidak mahu Kumpulan Qing Yun mengapa-apakan Keluarga Jun.

Jun Wu Xie turut memikirkan tentang hal itu. Walaupun hal berkaitan Bai Yun Xian dapat disembunyikan, Jun Wu Xie percaya yang setiap dinding itu ada retaknya. Lambat laun, Kumpulan Qing Yun akan mengetahui perkara sebenar.

Sewaktu saat itu tiba, Kumpulan Qing Yun tetap akan mensasarkan Keluarga Jun.

Oleh itu, serangan selalunya merupakan pertahanan terbaik!

"Baiklah." Jun Xian mengeluh berat. Dia sendiri tak sanggup menyuruh mereka menyerahkan Jed Roh.

Jun Wu Xie mengangguk dan berkata pada Long Qi yang berdiri di sisi mereka, "Bawa pulang ayah saya secara rahsia. Pastikan tak ada yang nampak kamu."

"Bawa pulang?" Kata-kata Jun Wu Xie mengejutkan pasangan ayah dan anak itu dan mereka memandang gadis itu dengan mata terbeliak. "Wu Xie, jangan kata kamu ada cara untuk membolehkan ayah kamu…." Tiada siapa boleh menyalahkan anak-beranak Keluarga Jun kerana menaruh harapan. Badan Jun Gu yang terpelihara sempurna dan Jun Wu Xie pernah melakukan perkara yang dianggap ajaib berulang kali, sehingga mengejutkan mereka semua.

Kaki Jun Qing, racun Mo Qian Yuan…

Anak beranak Keluarga Jun itu tidak mampu menahan diri mereka daripada berharap yang Wu Xie akan menemui cara untuk membangkitkan semula Jun Gu!

"Saya…..belum tahu caranya sekarang." Minda Jun Wu Xie sibuk memikirkan cara untuk menghidupkan orang yang sudah mati. Pada ketika ini, sewaktu seseorang menghembuskan nafas terakhir,, kebanyakannya berada dalam keadaan di mana organ dalam badan mereka mula mereput sebelum mereka mati. Tetapi Jun Gu sudah meninggal dunia selama sepuluh tahun. Walaupun Jed Roh telah memelihara keadaan tubuh badannya dengan sempurna, mereka telah melepasi waktu kritikal yang diperlukan oleh teknik resusitasi.

Seseorang akan mati apabila rohnya meninggalkan badannya. Kalaupun Jun Wu Xie dapat mengembalikan tubuh Jun Gu menjadi seperti orang yang hidup, bagaimana dengan rohnya?

Tanpa roh, Jun Gu hanya akan kekal sebagai satu tubuh badan yang diawet sempurna.

Jun Gu sudah mati selama sepuluh tahun, rohnya sudah dilahirkan semula.

Ada satu lagi perkara yang membuatkan Jun Wu Xie tertanya-tanya.

Jed Roh mampu menarik dan menyerap roh seseorang. Sewaktu Jun Gu meninggal dunia dan sebelum rohnya meninggalkan tubuh badannya, adakah Jed Roh telah menyerap rohnya?

Kalau roh Jun Gu benar-benar terperangkap dalam Jed Roh, kebangkitan semula mungkin boleh berlaku.

Ini satu anggapan yang terlalu berani dan Jun Wu Xie tidak berani berkongsinya dengan Jun Xian dan Jun Qing.

Sebelum dia dapat menentukan fakta-fakta dalam hal ini, dia tidak mahu pasangan ayah dan anak itu menghadapi kekecewaan.

Ayah dan anak Keluarga Jun itu nampak murung. Namun apabila mereka memikirkannya semula, mereka menerima realiti. Tiada siapa pernah dengar yang kebangkitan semula itu boleh berlaku.

"Kita tak boleh tinggalkan ayah saya di sini. Kumpulan Qing Yun tahu yang separuh lagi kepingan Jed Roh ada pada kita. Mereka hanya perlu menyiasat sedikit dan akan tahu yang Jed Roh ini dikuburkan sekali dengan ayah saya. Lambat laun mereka akan datang ke kubur ayah untuk menggalinya." Jun Wu Xie memberi penjelasan.

Keranda Jun Gu sudah digali keluar, dan tidak ada gunanya meletakkannya kembali.

Jun Xian faham kebimbangan Jun Wu Xie dan sebab di sebaliknya. Lagipun, setelah melihat keadaan tubuh badan Jun Gu, dia bersetuju sepenuhnya dengan keputusan Jun Wu Xie.

Askar Tentera Rui Lin di kawasan perkuburan itu bergerak dengan senyap dan meletakkan keranda ke dalam pedati. Kemudian mereka menimbus kembali kubur itu menggunakan tanah berhampiran dan membuatkan kubur itu kelihatan tidak terusik selama satu dekad.

Jun Wu Xie naik kembali ke atas binatang hitam itu dan mula mengelamun. Kalau Jed Roh benar-benar boleh menghidupkan Jun Gu semula, dia bukan sahaja akan menyimpan separuh kepingan milik Keluarga Jun, malah tidak akan menyerahkan separuh lagi kepingan yang ada pada Mo Qian Yuan kepada Kumpulan Qing Yun!