webnovel

Bandar Chan Lin (4)

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

Bukan sahaja pelajar-pelajar Akademi Zephyr itu yang ketakutan sehingga melarikan diri, tetamu-tetamu lain juga memandang dengan mata yang terbeliak. Mereka gerun dan tidak percaya dengan cahaya kuning yang perlahan-lahan menghilang dari tangan Jun Wu Xie.

Budak berusia empat belas tahun memiliki roh tahap kuning….

Sebaik berita ini tersebar, pasti ramai yang akan terkejut!

Kalau mereka tidak lihat sendiri, tak mungkin mereka akan percaya walau seramai mana sekalipun orang yang menceritakannya.

Setelah menghalau langau-langau itu, Jun Wu Xie kembali ke rumah tumpangan itu dan mencampakkan satu jongkong perak kepada pemilik rumah tumpangan tersebut.

Lelaki yang menggelabah itu cepat-cepat menangkap jongkong perak itu. Dahinya dibasahi peluh.

"Ganti rugi," kata Jun Wu Xie dengan ringkas.

Lelaki itu mengangguk-angguk dengan perasaan teruja dan tidak berkata apa-apa lagi.

Tak mungkin lelaki itu berani berkata sepatah pun kepada pemuda yang sangat berbakat ini. Lagipun, pemuda ini sangat murah hati. Ganti rugi yang diberikannya cukup untuk membeli lima lagi tiang marmar seperti itu.

"Jun Xie, cara kamu tu ganas betul." Qiao Chu datang mendapatkan Jun Wu Xie. Kumpulan yang terlibat dalam pertengkaran tadi ialah dia, Hua Yao dan dua orang lagi rakan mereka.

"Kenapa saya perlu membazir masa bercakap?" tanya Jun Wu Xie sambil mengangkat keningnya.

Qiao Chu tersengih seperti kerang busuk.

"Jun Xie, ini kawan-kawan kamu?" Seorang pemuda yang kurus melangkah keluar dari celah-celah orang ramai sambil memegang kucing hitam kecil itu dan Tuan Embek Embek. Wajahnya tersenyum ceria. Pandangan matanya yang lembut dan mesra memerhatikan kumpulan pemuda yang berdiri di sebelah Jun Xie.

Jun Wu Xie mengangguk.

"Ini siapa?" tanya Hua Yao. Wajahnya kelihatan bingung.

Fan Zhuo berkata sambil ketawa, "Nama saya Fan Zhuo. Saya datang ke sini bersama-sama Jun Xie."

Hua Yao terkejut. Ekspresi wajah Qiao Chu dan yang lain juga kelihatan pelik. Mereka ada dengar Fan Jin menyebut tentang adiknya, tetapi kini setelah Qiao Chu bertemu sendiri dengan orangnya, dia tidak dapat menahan dirinya daripada menunjukkan simpati.

Fan Zhuo agak keliru. Dia tidak tahu kenapa Qiao Chu dan yang lain memandangnya dengan pelik.

Qiao Chu kelihatan seperti sedang bersimpati dengannya.

"Jadi kamulah Fan Zhuo. Kasihannya kamu ni," kata Qiao Chu sambil mengeluh dan menepuk-nepuk bahu Fan Zhuo.

Jadi inilah lelaki malang yang menjadi tunang kepada perempuan berhati hitam itu. Kasihannya!

Fan Zhuo tidak tahu bagaimana mahu memberikan reaksi kepada sapaan sedih Qiao Chu itu. Dia menyangkakan Qiao Chu bersimpati dengan badannya yang lemah. Fan Zhuo hanya mampu tersenyum kecil dan berkata, "Saya sudah semakin pulih sekarang hasil bantuan Jun Xie."

Namun ekspresi simpati di wajah Qiao Chu langsung tidak berkurangan.

Fan Zhuo semakin keliru.

Fan Jin sudah mengaturkan satu bilik untuk setiap seorang daripada mereka. Mereka berenam berpisah untuk pergi memeriksa bilik masing-masing sebelum kembali berkumpul semula di bilik Jun Wu Xie.

Mujurlah bilik itu cukup besar. Kalau tidak, mereka tidak akan dapat memuatkan begitu ramai orang di dalamnya.

"Mari, mari, mari, serahkan batu-batu roh kamu." Qiao Chu duduk di meja dan mengeluarkan semua batu roh yang ada padanya. Semua batu itu diselerakkan di atas meja tersebut. Timbunan batu-batu roh itu semakin banyak dan terdiri daripada pelbagai warna. Fan Zhuo memandang timbunan ini sambil ternganga.

Di dalam timbunan batu itu, ada beberapa biji batu dari Binatang Roh gred tinggi. Nilainya begitu tinggi sehinggakan tidak dapat dibeli dengan wang.

Qiao Chu pula dengan selamba mencampak begitu banyak batu berharga ini ke atas meja. Ini membuatkan Fan Zhuo agak terkejut sedikit.

Tetapi Fan Zhuo semakin terkejut kerana selepas Qiao Chu, giliran Hua Yao, Fei Yan dan Rong Ruo pula untuk turut mengeluarkan batu-batu roh mereka. Malah Jun Xie juga mengeluarkan batu-batu roh miliknya untuk ditimbunkan ke atas meja tersebut.

Sewaktu melihat timbunan ini bertambah tinggi, mata Fan Zhuo semakin terbeliak.

"Ini….. semua daripada Perburuan Roh di Hutan Roh Pertempuran?" tanya Fan Zhuo dengan kagum sambil memandang Qiao Chu dan yang lain.

"Sebahagian kecilnya. Kebanyakan batu-batu ini disumbangkan oleh Tuan Embek Embek," balas Qiao Chu sambil ketawa. Dia tidak lupa untuk memuji Tuan Embek Embek yang sedang terbaring terlentang di kaki Jun Wi Xie.

Tuan Embek Embek cepat-cepat meninggikan dagunya dengan angkuh. Ekornya yang seperti bola berbulu itu bergoyang-goyang tanda setuju,