webnovel

Chapter 4

Sejuk terasa angin yang bertiup, daun-daun pun mula berguguran, aksi kejar-mengejar masih belum berhujung akhir, Seakan-akan keletihan mengejar...akhirnya dia dikaburkan pandangannya sehinggakan orang-orang tersebut terlepas,

"Cis! terlepas! Tak guna betul," keluhnya dan menghempaskan diri ke tanah, nafasnya seakan tak stabil kerana keletihan mengejar assassin yang terserempak semasa melalui jambatan tadi,

"Guminnie Hyung!" Dari kejauhan kelihatan beberapa orang berlari ke arahnya,

"Korang dapat apa-apa pertunjuk!?" Seoho memandang kearah member Night Raven yang tiba ketika itu,

"Maaf kami tak jumpa apa-apa pertunjuk, tapi yang kami tahu, ini semua angkara Bendahara Kim Junhyuk"

"Arraseo Keonhee, kejap, korang ada jumpa Youngjo? dan Leedo?" tanya Seoho dan Keonhee hanya mengelengkan kepalanya,

"Kenapa hyung?" Seoho hanya mengarahkan mereka untuk membatalkan misi latihan malam ni dan pulang kediaman masing-masing

"Hyung, apa jadi sebenarnya?" Keonhee mula penasaran mula menanyakan soalan kepada abangnya itu.

"Keonhee-yaa, hyung takut benda sama mungkin terjadi kembali, eloklah kalau kita elak semuanya, tolong rahsiakan dengan Hwanwoong dan Dongju tentang malam ni, Hyung tak nak diaorang risau dan memikirkannya" bisik Seoho dan mula menghilangkan diri umpama kabus malam yang membuatkan Keonhee terbatuk-batuk,

"Mentang-mentang dah berjaya kuasai jurusan chi tertinggi, boleh lah sekelip mata menghilang macam ahli nujum, kejap ahli nujum pernah buat benda macam ni kha?" Keonhee duduk di batu dan mula berfikir, wajahnya kelihatan serious memikirkan hal tak masuk dek akal tersebut.

Beberapa minit telah berlalu, dia masih di situ masih memikirkan adakah ahli nujum pun boleh melompat tinggi dari pokok ke pokok mahupun menghilang seperti ninja.

Keesokkan harinya,

"Gongju-nim!!!, ireona!!"(Wakeup!) suara Hyekyo mula memecahkan kesunyian pagi yang indah, tak bergitu indah bagi Min yang masih tidur berbungkus seperti burito bergulung di dalam selimutnya.

"ilbun jebalyeo...."(Give me a minute, please) Min menarik kembali selimut di tangan Hyekyo,

"Your highnes,tolong lah bangun...." Hyekyo mengoyang-goyangkan tubuh Min, namun seakannya Min tidak mengendahkannya..

Min akhirnya bangun dan masih mamai-mamai di atas katil, lingkaran bawah matanya menandakan dirinya,tidak cukup tidur, Dia masih murung memikirkan sesuatu, seperti ada yang menganggu fikirannya, sesuatu yang dia sepatutnya dari awal tidak masuk campur.

Malam tadi.....

Ketika Min hendak menutup tingkapnya, kelihatan dari jauh Bendahara Kim seakan-akan berborak dengan seseorang,

Min mula merasa curiga akan sesuatu dan ingin menyiasatnya sendiri, Dia tahu apa yang dia buat itu mungkin membahayakan dirinya, namun dia ingin mengubah takdirnya, dia mesti siasat rancangan sebenar Bendahara Kim,

Min pun mengapai cloak hitam dan mask lacenya, Hat dipakai dan melompat keluar melalui tingkap,

Kelihatan tiada eunuch dan dayang di kawasan kediamannya, hal itu agak pelik, selalunya terdapat beberapa dayang istana yang akan berjaga di kawasan depan pintu biliknya,

namun seakan-akan mereka ingin membahayakan puteri mereka sendiri dengan meninggalkan kawasan tersebut tanpa penjaga..

'Aku rasa Youngjo dah tahu agaknya ada perangkap di jambatan tu tadi, sebab tu dia lalu jalan lain, tapi macam mana dia tahu?, aku kena curi-curi dengar ni, mungkin Kim Clan adalah dalang di sebaliknya,'

'Mungkin kematian ibunda dan ayahanda juga ada kaitan dengan Kim Clan, tapi mereka tak ada jumpa kesan racun pada badan kedua-duanya, agaknya, macam mana mereka bunuh? Kalau sekalipun mereka mengunakan minuman untuk meracun, pasti masih ada kesan dalam badan mereka,'

'Kecuali mereka menggunakan satu alat yang boleh boleh menghindari beberapa kesan fizikal ke atas badan, ataupun mereka gunakan gas? Rasanya kalau guna gas monoksida mungkin tetap ada meninggalkan kesan ke atas badan?'

'Ataupun ditekup dengan bantal? tapi tiada siapa masuk ke dalam kawasan main palace ? Takkan lah aku nak gali balik makam dorang dan lakukan autopsy sendiri kat mayat, eeee no way, menyeramkan pula...aaaa asal lah aku terfikir sampai ke situ...'

'Wakeup Min..Wakeup up..'

Min terusan memerhati, tingkah laku Bendahara Kim dari Jauh, Min menyorok di belakang pokok agar tak terkesan kan, namun assassin bersama bendahara Kim seperti menyerdari kehadirannya.

"Jadi puteri dah tahu tentang Night Raven?" assassin tersebut mengangguk perlahan.

"Ya tuan, semasa kejadian kejar mengejar minggu yang lalu, kami terserempak dengan Night Raven, kebetulan Puteri ada di situ" ujar assassin tersebut.

"Yeonjun, teruskan perhatikan puteri, dia mungkin akan membawa kita kepada crown prince , ada khabar angin mengatakan dia masih hidup, aku pasti aku dah bunuh dia, ahh bukan, dia sendiri yang terjun dari tebing tu, lagipun Night Raven diutuskan untuk menjaga Crown Prince..mungkin night raven tahu dimana keberadaan crown prince" ayat Bendahara Kim itu membuat Min menutup kedua mulutnya.

'Crown Prince? aku tak pernah tahu tentang wujudnya crown prince? ahh mungkin aku masih belum dijadikan puteri,'

"Dan lagi satu, ke mana sahaja dia pergi, kau ikut dia, aku nak kau, jadikan dia umpan, kau faham tu, dan kalau dia tak nak ikut cakap, kau buat sahaja apa kau nak, sebab aku tak nak seseorang yang tiada adap macam keluarga Moon untuk jadi pemerintah kita!" hampir berderai air mata Min menahan geram mendengar kata-kata Bendahara Kim.

'Melampau nya kau mempermainkan nama keluarga aku, kau tu tak sedar diri dah lah , tua berjambang lepas tu perut buncit kedepan dah macam mak-mak mengandung 9 bulan...'

'aku dah agak dah, Kim Clan ni nak calon raja pilihan diaorang ja untuk dijadikan Raja mutlak, tapi dia mestilah bebas dari anti Kim Clan kan? maksudnya tiada bermaksud untuk menduakan Kim Clan, bukan ke bermaksud yang Bendahara Kim adalah ketua mereka?'

'Waah, betul-betul kejam lah macam ni, sekali tertangkap sebab menduakan Kim Clan comfirm mati sama ada dibunuh mahupun dipaksa bunuh diri,'

'Agaknya Crown Prince tu mesti tahu sesuatu..ataupun dia jumpa sesuatu mengenai Kim Clan, i mean macam rahsia yang terahsia dirahsiakan oleh Kim Clan, jadi Crown Prince tu adalah anak dari Late Emperor Kim? kejap ke Emperor Yeo?'

'dah ahh malas nak fikir, pening kepala aku..'

'Dah tu asal kau fikir, Min oii...'

(Mencubit pipinya sendiri)

"Baik lah Tuan, dah lewat malam, Tuan masuk lah dulu, Saya akan uruskan perkara yang sepatutnya, kami tak akan gagal lagi" Yeonjun menunduk perlahan dan ketika itu dia mula pergi ke arah kawasan pokok tempat Min menyembunyikan dirinya ketika itu. Yeonjun sepertinya tahu ada yang mendengarkan perbualan mereka.

Yeonjun merupakan Shadow Clan dari negara seberang, kepakaran assasinate diaorang sangat bersih tanpa meninggalkan kesan, jika di jadikan pengawal mahupun pembunuh upahan, ketangkasannya agak setanding dengan Night Raven,

Yeonjun merupakan Ketua squad Shadow tersebut, kemungkinan untuk Shadow Clan yang membunuh ibu bapa puteri tersebut masih belum terungkaikan misterinya...

"Keluar...keluar" Min mula panik ketika mendengar suara Yeonjun seperti phycho yang menuju ke arahnya. Bunyi pedang diseret di tanah membuatkan Min menelan air liurnya,

"Aku tahu kau ada kat...." Yeonjun melayangkan pedangnya ke arah belakang pokok, dan ternyata tiada apa-apa di situ.

"hmm tak da? aku pasti ada tikus yang mengendap? kalau aku dapat tangkap kau , aku tak akan biarkan kau terlepas" Yeonjun memerhatikan sekeliling dan berlalu pergi.

Min menarik nafas lega, dia hampir-hampir tertangkap, Di hadapannya sebentar tadi seakannya munculnya seperti malaikat penyelamat hidupnya, Rambut hitamnya bersinar ketika terkena cahaya bulan yang mula menyinari kawasan tersebut, Wajahnya mula ternampakkan perlahan-lahan,

Seketika Min terpesona dengan visual wajah yang jejaka dihadapannya itu, tak berkedip pun matanya memandang wajah tersebut, dup dap dup dap bunyi jantungnya,

'Kenapa aku terpegun seketika melihat wajahnya, kenapa lah zaman joseon ni banyak je namja-namja yang kacak...'

'Ohh hati ku berhentilah berdegup sebegini...'

"Yah! kau tahu tak bahaya," dahinya dijentik perlahan..

"Aaahhh, sakit lah!" Min mencebik perlahan dan sedar dari alam fantasi. Dahinya diusap perlahan, sepertinya meninggalkan kesan merah,

"Kau tahu tak, kau boleh mati tadi? Kalau bukan sebab aku, kepala kau silap-silap dah melayang?"

"Mianhae, seoho-ahh..." Min menundukkan wajahnya, dan Seoho hanya mengeluh perlahan dan menolong Min untuk bangun,

Semasa Yeonjun hampir melayangkan pedangnya Seoho datang menolak Min ke tanah untuk mengelak serangan Yeonjun, Seoho muncul tiba-tiba dengan setangkas mungkin bersama invinsible cloaknya untuk menyelamatkan Min sekali gus menyembunyikan diri,

Kenapa Seoho ada di istana?

Semasa dalam perjalanan untuk pulang, Seoho seperti melihat seseorang yang seperti assasin, mula masuk ke dalam kawasan istana, dia pun mengejar dan ketika itu melihat yang Min mengendap seperti tikus yang akan ditemui si kucing. Seoho pun mengunakan jurus istimewanya muncul dihadapan Min bersama invinsible cloak(ala macam yang harry potter punya, but this one is Seoho Potter punya)

"Gomawo..tapi apa kau buat kat sini?" tanya Min perlahan, jantungnya masih berdegup kencang saat Yeonjun hampir menemui mereka, nasibnya baik sebab Seoho datang menyelamatkan dirinya dengan menggunakan invisible cloak.

Mereka berdua memang sepatutnya di belakang pokok namun disebabkan Seoho muncul dan menolaknya ke tanah membuatkan dirinya terpaksa menahan debaran yang dirasakan.

Min tak faham adakah jantungnya berdegup kencang disebabkan wajah Seoho terlalu dekat dengan wajahnya mahupun takut ditemui oleh Yeonjun.

"Haemin-ahh, kenapa kau keluar dari kediaman kau? kau tahu tak, kalau kau tertangkap tadi macam mana? nyawa kau boleh sekelip mata melayang.." Seoho masih membebel walaupun sudah beberapa minit berlalu dan mereka dalam perjalanan balik ke Daisy Palace,

"Aku nak tahu je apa Bendahara Kim tu rancang," Min menundukkan wajahnya dan berjalan di belakang Seoho, Min kelihatan sangat kecil ketika berada di dekat Seoho.

"btw seoho, betul ke anak late Emperor masih hidup? The Crown Prince?" Soalan Min itu membuat Seoho menghentikan langkahnya, Min yang tak bersedia dengan break mengejut si Seoho membuatkan wajahnya tersembam dibelakang Seoho.

Min mengusap hidungnya dan mendengus perlahan..

'Haish kalau ya pun tak yah lah break mengejut, haish.. tahu lah kau ada jurus ninjitsu muncul tiba-tiba tapi tak yah lah kot break mengejut ...nasib lah hidung aku tak patah, sia-sia je jadi puteri ter flawless tapi hidung pula dah tak mancung, rosak terus image aku..'

Seoho mengeluh perlahan, dia mula membalikkan badannya dan memandang Min, Min mula melarikan matanya untuk tak bertentang mata dengan Seoho ketika itu, jantungnya masih berdegup kencang seakan-akan jantungnya dah tercabut ketika itu,

"Aku, salah seorang ahli Night Raven," Min terkejut dan memandang Seoho, dia memang awalnya dah agak sejak berjumpa mereka ketika itu, namun dia tidak berani untuk menafikannya,

"Night Raven adalah pasukan pahlawan pedang pertama yang Late emperor Kim buat untuk melindungi kawasan luar istana.." Bahu Min digengam perlahan, Seoho ingin mengatakan pekara itu sekali sahaja, dia ingin Min faham apa maksudnya.

"Terdapat 11 ahli dalam Night Raven, masing-masing ada kelebihan mereka sendiri,"

"Aku memegangkan peranan yang agak penting sebab senjata aku bukan sahaja menggunakan pedang, kau pun nampak tadi aku buat apa.... " belum habis lagi Seoho bercakap Min sudah pun terlebih excited,

"Ahhh jadi kau macam magician !?ahli magis, ada ilusi... ilusi then macam boleh hilang kan ? macam tu kan? waah hebat lah kau macam tu, omoya....!!" Min memegang jari jemari Seoho tanpa dia sedar sebab dia terlalu excited.

Seoho mula mengengam kembali jari jemari Min dan tersenyum kelat mendengarkan pendapat Min,

Dia terasa janggal dan mula rasa pelik ketika bersama dengan Min hanya berdua, Min yang mula sedar dan menarik perlahan jari jemarinya dari genggaman Seoho, dan tersenyum manis,

"Aniya..bukan seperti ahli magis, lebih kurang macam gunakan sesuatu yang berkaitan dengan sains"

"Ahh, i get it i get it" Min tak sengaja menggunakan bahasa modernism sehinggakan Seoho memandangnya dengan kebingungan.

"Ahh, aku faham.." Min melarikan pandangannya, kerana dia lupa bahawa dia berada di zaman Joseon dan tak sengaja berbahasakan modernism,

Seoho seakan faham apa maksud Min, dia tersenyum perlahan dan mengusap ramput Min, seperti yang dia selalu lakukan kepada budak-budak, Mungkin dia pun menganggap Min seperti budak kecik disebabkan Min masih 16 tahun walaupun sebenarnya mentalitynya sudah mencecah umur dewasa,

Mereka meneruskan perbualan mereka sehinggalah sampai di hadapan pintu masuk ke Daisy Palace, Seoho mula memandangnya dengan pandangan serious,

"Kau, nampak sangat rapat dengan Youngjo," Seoho mula membahaskan Youngjo dalam pertanyaannya,

"Ahh mana ada, kitaorg baru je kenal...lagipun dia dah selamatkan aku..dua kali...aku rasa terhutang budi je..." jawab Min perlahan, entah mengapa Seoho tiba-tiba membahaskan soal hubungannya dengan Youngjo. Bagi Min mungkin apa yang Youngjo buat padanya seperti sahabat sahaja,

"Aku tahu..Tapi.., aku bagi tahu awal, kau patut jauhi diri kau dari dia, dia bukan seseorang yang kau patut rapat, aku tak nak kau sedih, aku tak suka melihat seseorang menangis, aku harap kau faham."

Kata-kata Seoho mula bermain-main di dalam fikirannya sehinggakan dirinya bergadang seperti burung hantu, matanya tidak mahu tertutup sekalipun dirinya mengantuk, pelbagai persoalan mula terlintas difikirannya,

'Apa maksud Seoho yang sebenarnya?'

'Aku rasa aku tak lah rapat mana kan dengan Youngjo? nampak macam rapat ke? haish? aku tak faham lah, lagipun mustahil baru kenal dah rapat macam dah kenal 10 tahun?

'Kenapa aku kena jauhkan diri dari Youngjo? ahh sebab dia tua sangat eh untuk aku? atau mungkin ada sebab lain Seoho cakap macam tu,' (mengeluh)

'Tapi, orang-orang tua dan budak-budak tu pun ada cakap benda yang sama, seakan aku tak layak untuk rapat dengan Youngjo?'

Min seketika mengingati apa yang budak-budak di tempat kebajikan katakan,

"unnie dengan Youngjo orabeoni, kawan rapat ke?" Min agak bingung kenapa mereka mula excited ketika menanyakan yang dia dengan Youngjo berkawan?

"Molla, mungkin?" itu sahaja yang diperkatakannya,

Namun melihat akan reaksi mereka, mereka seperti gembira akan sesuatu, Mereka ada menyebut sebuah nama yang agak familiar dengan Min namun, dia seakan lupa mengenainya...

'Tak da salahkan..kalau aku hanya nak berkawan? tak da pun orang nak halang aku nak berkawan dengan sesiapa,'

'Takkan hanya disebabkan rapat sikit dah di anggap bercinta atau ada teman istimewa? tak boleh ke hanya rapat?'

'Tapi...nama yang budak-budak tu mention tadi...siapa agaknya? girlfriend Youngjo? nama dia seakan familiar, tapi aku lupa, haish, benci lah life macam ni...'

'Kenapa lah aku dah seperti second female lead dalam cerita drama-drama korea, tak pun aku Villains yang tersakiti, hidup dibenci oleh semua orang, kenal-kenal dengan male lead, tapi ternyata Villains yang merosakkan hubungan sedia ada si Male lead dengan female lead?'

'I hate my life so much kalau betul jadi macam ni...baik aku pun terjun ke sungai, mana tahu aku balik ke modern life balik..ye lah kalau tahu ending dia sad kan? dari awal aku dah terjun ke dalam sungai dan meninggalkan semua ni...'

'21 tahun aku hidup single, bagi lah aku chance nak berjumpa soulmate aku...aku pun nak juga jumpa cinta sejati aku,' (mengeluh)

'..aku kan nak ubah takdir aku sendiri...takkan lah aku jadi Villains pula..'

'Dan takkan lah aku nak stay di sini selamanya dan jadi puppet kepada Kim Clan yang nak gulingkan puteri dia sendiri,'

Min memandang ke arah bulan dan mula menenangkan dirinya sendiri, perlahan-lahan tangan diletakkan di dadanya, merasakan detak jantungnya yang berdegup perlahan..

Dia mula teringat tentang apa yang Seoho bahaskan mengenai Night Raven,

'Hmm...Jadi Seoho salah satu dari member Night Raven? mereka ber-3 yang aku jumpa adalah member Night Raven? waah i cant believe this..haish jinjja, Youngjo dan leedo both in Night Raven?'

'Aku tak percaya betul, ahh sebab tu mereka pakai mask masa lalu kawasan kampung?ahh...kejap..kenapa mereka nak guna mask? i mean bukan ke tiada siapa tahu identiti sebenar night raven...ahh tapi aku dah tahu, oh no...aku akan jadi target Kim Clan!'

Min berfikir terlalu keras membuatkan dirinya mula berjaga sepanjang malam dan akhirnya tertidur ketika fajar menjelma. Badannya keletihan disebabkan terlalu lama duduk merenung bulan malam tadi.

Min dipaksa untuk bangun dan bersiap untuk menghadiri kelas etika sopan dan tatasusila yang betul sebagai pemaisuri bersama dengan Ketua dayang Kim

"Haish kenapa lah aku kena berlajar semua ni" Min duduk di hadapan meja bulat kecil dengan peralatan untuk membancuh teh, Min memandang bahan-bahan yang disediakan olehnya. Senyuman mula terukir di bibir manisnya,

"Tsk too easy, orang noob ja tak tahu guna benda ni" ujar Min dan mula membuat matcha latte menggunakan kepakaran zaman modernnya.

Bahan-bahan disediakan sama seperti yang disediakan ketika di kelas membuat Green Tea zaman modern.

Min turut meminta Hyekyo membawakan ais dan syrup strawberry dari dapur, walaupun Chef Choi menghalang Hyekyo, namun setelah di mention nama puteri, Chef Choi pasrah dan memberi Hyekyo peralatan dan bahan-bahan yang Min perlukan.

"Ta-da! Matcha Latte has come to serve!" ujar Min dengan girang, bukan setakat Original Matcha Latte , siap ada Matcha Strawberry latte,

Min menerangkan kepada para dayang yang turut menghadiri kelas tatatertip seorang gadis pada pagi itu, air yang dibuatnya adalah original resepi dari tangan nya sendiri,

Daun-daun teh hijau itu telah dipetik oleh penduduk tempatan, Min menguli sendiri daun-daun tersebut sehingga menjadi serbuk teh hijau yang boleh dibancuh dan diperap sehingga menjadi greentea mahupun matcha.

Sepertinya ada yang mula tak puas hati dengan pretasi Min. Ketua Dayang pun pergi dari kawasan terbuka tersebut memprotest dan menjelingnya dari jauh, Min hanya tersenyum sinis melihat pemandangan yang indah tersebut sambil menikmati Matcha Ice Latte with Strawberry Syrupnya.

Angin musim luruh terasa segar ketika dinikmati bersama dengan biskut dan minuman berais,

"My lady, nampak tak wajah ketua dayang Kim tadi, dia sepertinya berasa terancam," bisik Hyekyo dan Min hanya tersenyum sinis,

'Tsk, setakat hal-hal buat benda macam ni, aku dah biasa,'

'bubble pearl milktea pun aku boleh buatkan kalau boleh,'

'dah boleh buka bisness keluarga dah,'

'hurm bisness eh, asal aku tak terfikir eh, ye lah kalau aku dah terguling guling jatuh darjat seorang puteri,'

'aku boleh buka kedai air minuman,'

'aaaaaa....tak kan air minuman ja, hurm, patut kah aku tunjukkan kepakaran memasak aku pula in the next class,'

'mesti ketua dayang kim terbeliak biji mata dia, ha...ha...ha, bukan setakat dia semua Kim Clan sekali terkejut dengan kepakaran puteri yang diaorang benci dalam diam ni'

'puii kita tengok saja nanti, siapa menguling siapa, lets see who the final winner!'

'Of course lah its me, Moon Haemin..'

Semangat membara Min mula kelihatan, dia bersemangat ingin menumpaskan Kim Clan yang suka masuk campur hal istana.

Dia kelihatan bersinar walaupun dilihat dari jauh, oleh seseorang yang bersandar di bawah pokok yang meredup tersebut,

"Moon Haemin, kau memang sesuatu.." Rambut hitam yang bersinar itu, perlahan-lahan tertiup lembut,

"Hmm? Seoho?" Min seakan-akan terdengar suara Seoho, namun dia tak terlihat di mana-mana,

Saat daun-daun berguguran, seakan saling memandang, terasa seperti hanya mentari bersinar di kawasan tersebut.

Mata Min mula terpandang seseorang sedang berteduh di bawah pokok memandang ke arahnya, angin pagi yang kuat itu membuatkan rambut Min mula mengaburi pandangannya.

Min mula tercari-cari sosok jejaka tersebut, namun sepertinya dirinya mungkin berhalusinasi sebentar tadi,

"Perasaan aku je kot? ahh mana mungkin Seoho datang ke istana lepas apa yang dah jadi..." Min mengeluh perlahan dan berjalan turun dari tangga ruangan terbuka tersebut untuk ke kelas berikutnya,

Min berancang untuk menulis satu buku kamus mengenai bahasa modernism, dia teringin nak bercakap secara biasa dengan semua orang, disebabkan dirinya selalu sahaja tersasul mengatakan bahasa modernism, dia pun ingin sahabatnya mempelajarinya sekali.

"Wahh, betul ke ni?" Hyekyo seakan excited mendengarkan bahwa Min ingin mengajarnya bahasa modernism, Min mengelarkan bahasa modernsim as Min's Slang,

Rena turut berada disitu ketika Min mula menuliskan muka surat pertama ayat-ayat dan perkataan simple untuk kamus Min's Slangnya,

Min siap bertumbuk dengan pengawal pintu istana kerana melarang sahabatnya itu untuk berjumpa dengannya. Walaupun sekejap sahaja ingin berjumpa dengan Min.. pun dihalang oleh pengawal, jadi Min pun mula menunjukkan sisi Villains dia yang ditakuti oleh semua orang dengan menumbuk muka pengawal tersebut hingga lunyai..

"Haemin-ahh, awk betul-betul hilang ingatan?"

Min memandang Rena, bersilih ganti dengan Hyekyo, hampir sebulan sudah dia jadi Moon Haemin, Rena masih ingin meminta kepastian mengenainya,

"Kan aku dah cakap, aku bukan Haemin yang korang kenal, Puteri Haemin yang sebenar, dah lama mati lemas,"

"Aku Min, well kebetulan nama korea aku pun Moon Haemin, jadi aku rasa semua ni adalah masa lalu aku" Wajah Rena dan Hyekyo tak berkedip sedikit pun.

"Senang cerita, Haemin yang korang kenal dah mati, dan Haemin di hadapan korang ni adalah seorang gadis dari masa hadapan, yang berumur 21 tahun, dan sekarang dia hidup sebagai remaja 16 tahun yang dipaksa berkahwin dengan calon yang tidak diketahui siapa gerangannya, ada faham?" Min mula menerangkan dengan lebih terperinci dan akhirnya dia mengeluh dan mengalah,

"Kalau cakap ngan korang dua ni, satu benda pun tak masuk kat kepala korang ni" Min akhirnya baring di tempat seakan pondok untuk bermain chess mahupun untuk minum petang,

Min mula ingin memejamkan matanya... kepalanya berdenyut-denyut sebab terlalu banyak berfikir, dia ingin tidur petang sekejap menenangkan fikirannya,

Seketika angin musim luruh pun mula bertiup, alunan muzik mula kedengaran perlahan, sungguh merdu dan menenangkan

Tiupan seruling yang menenangkan itu, membuat Min mula membuka perlahan-lahan matanya dan tercari-cari dari manakah alunan itu terhasil,

Saat dirinya menoleh ke belakang, terdapat seseorang duduk di dahan pokok, dengan baju hanbok biru mempersonakan dengan iringan bunyi tiupan seruling yang indah, seakan-akan membuat dirinya mula terpukau ...matanya seakan-akan tak mahu melarikan pandangan dari jejaka tersebut,

Bunyi yang diperdendangkan itu seakan-akan lagu sedih namun pada masa yang sama, membuatkan Min merasakan bunga-bunga mula memenuhi ruang hatinya,

'sungguh merdu muzik yang terhasil, aku tak sangka, bunyi yang dihasilkan dari seruling tu sangat menenangkan dan seakan-akan aku terlupa sekejap masalah yang terperap dalam fikiran aku...agaknya siapakah gerangan yang bermain seruling tersebut..'

Min tak mampu melihat siapa yang bermain seruling tersebut, mungkin sebab silau sangat sehinggakan Min terpaksa mengecilkan matanya

"Urineun dasi manna, Haemin-shii"

Ketika mata mereka mula bertemu, seakan-akan dunia mula berhenti berputar....Melodi yang indah terus dimainkan perlahan...

To Be Continue

first with youngjo now with seoho after this? with who? can you guess?

knj_99creators' thoughts