webnovel

Chapter 5

Melodi yang indah itu mula bergema di seluruh kawasan taman istana, fikiran dan hati sungguh tenang, mendengarkannya sahaja mampu membuatkan sesiapa sahaja melupakan segala masalah dan merasakan sensasi ketenangan yang dihasilkan,

Angin yang mula bertiup perlahan...seiringan dengan melodi yang kedengaran

Min yang berehat di pondok berdekatan , mula perlahan-lahan membuka matanya,

Seakan terepesona dengan melodi yang indah itu pun membalikkan tubuhnya ke belakang dan talkala itu matanya mula terpandang ke arah seorang namja yang bermain seruling di atas dahan pokok.

Namja tersebut berhenti memainkan serulingnya ketika perasan bahawa min memandangnya.

Dia pun memandang Min kembali, saat mata mereka bertemu, dia merasakan terlalu banyak perkara yang mula bermain di fikirannya, sesuatu yang dirinya sendiri tidak memahami,

Ketika daun-daun yang berguguran itu mula menutupi pandangannya, Namja yang berehat tadi pun hilang dari pandangan,

Saat Min membalikkan badannya ke depan , jantungnya terus berdegup kencang saat namja tersebut muncul di hadapannya, Wajah namja itu terlalu hampir dengan wajahnya membuatkan jantungnya seakan hampir gugur ,

Namun entah mengapa, dirinya merasakan debaran di hatinya seperti menahan rasa sebak yang mendalam....apa mungkin ada kisah sedih di sebalik pandangan yang diberikan

"Urinnen dasi manna, Haemin-shii"(We meet again)

"Kim Gun hak? Yeogi mwohae?"(What are you doing here?)

"Kau !?, haish,"

"Youngjo hyung tak bagi tahu ke? aku tak guna nama Gunhak, kau kena panggil aku dengan nama Leedo sama macam yang lain,"

"hanya ahli keluarga aku je, yang boleh panggil aku dengan nama 'GunHak' ingat tu, Haemin-shi" dahi Min dijentik, membuatkan Min terasa pening mahu terduduk di buatnya

'Astaga kuat betul kena lastik dengan leedo ni, comfirm berbekas'

(mengeluarkan cermin)

"Haishh...Yah!" Min memukul kepala Leedo dari belakang dengan kipas di tangannya

"Now kita dah seri," Min berlalu pergi dan tak lupa mengflipkan rambutnya hingga membuatkan leedo meludahkannya.

"Yah! kau betul-betul biadap kan!"

"Yah! Moon Haemin-ahh! aku lagi tua dari kau!" Jerit Leedo namun seakan Min tak menghiraukannya,

"Aaaaaa....tak dengar-tak dengar..aaaaa" Min menutup kedua telinganya dan berlalu pergi namun Leedo muncul dihadapannya membuatnya hampir tersembam mukanya di dada Leedo,

'Haish, cukup lah dengan orang-orang yang boleh muncul tiba-tiba ni,'

'nak cakap aku ni di dalam alam fantasy tak juga, aku tahu lah tenaga chii or kii diaorang tinggi sebab selalu berlatih, yang macam cita kungfu semua tu leh melayang tinggi-tinggi then berlipat-lipat siap macam ninja leh muncul di mana-mana,'

'haish aku rasa aku ni di dalam cerita naruto lah agaknya tak pun demon slayer,'

Min melihat sekeliling dan kelihatannya ada beberapa dayang dan eunuch di sekitar kawasan luar taman dan Min pun mula berlakon seperti Leedo memukulnya,

"aaaa,sakit!" sambil memegang dahinya yang dah kemerahan tersebut,

Orang sekeliling mula berbisik, Min pun mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri,

Leedo memandangnya dengan pandangan pelik, dia pun menarik lengan baju Min yang ingin melarikan diri darinya,

Hal itu membuat Min terberhenti dan hampir tersungkur ke belakang, namun Leedo menahanya dengan menghalangnya terjatuh dengan bahunya,

"Kau ingat aku terpedaya ke? Moon Haemin, aku datang sini nak jumpa kau" Min memandang Leedo dengan pelik

"Jumpa aku? kenapa?"

"Aku ada benda nak cakap dengan kau, aku nak tahu apa perasaan kau bila bersama dengan aku"

"yah!? kau merepek apa ni? demam kah? boleh tak kau jadi normal sikit?" keluh Min dan menolak Leedo ke tepi namun nak tolak badan leedo pun dia tak mampu, Leedo tak begerak sedikit pun ketika di tolak,

"Aku betul-betul nak tanya kau sesuatu," Min tak mengendahkan soalan Leedo,

"1 minit ja, kalau lama aku blah"

"Sebenarnya, aku"

"Ahh okay?"

Belum lagi Leedo mula bercakap Min dah berlalu pergi dengan kipas ditangannya, disebabkan Min dah keluar dari kawasan taman, Leedo terpaksa tarik diri dan pergi dari situ,

"Dia dah pergi?" Min menoleh ke belakangnya kelihatannya Leedo sudah tiada di situ.

"Kenapa? siapa yang dah pergi?" Hyekyo bingung melihat Min yang asyik meninjau-ninjau kawasan sekeliling,

"Ahh-aniya...jom lah balik"

Setelah sampai di dalam bilik Min mengeluh perlahan memandang cermin soleknya, Dahi yang kemerahan disentuh perlahan

'Apa benda yang leedo nak cakap? mesti benda yang sama, maksud aku, hubungan aku dengan Youngjo? ahh malas betul lah macam ni...'

'Cuba lah cakap benda lain,'

'tapi...kenapa dia tak suka orang panggil dia Gunhak? kisah silam dia ke?'

'sepertinya dia ahli terkuat dalam Night Raven? tengok lah aku nak tolak dia pun tak dapat,'

'huhu, ke aku yang terlalu lemah sebenarnya?? nasib lah kemerahan di dahi ni leh tutup dengan bangs, kalau tak dah macam kena gigit nyamuk dah aku tengok'

'agaknya Haemin ni ada bakat lain ke? kalau dari bakat aku sendiri, aku dah pernah melukis, menulis,bersajak,bermasak, apa lagi? banyak benda dah aku buat,'

'Kejap...'

Min mula membuka almari baju dan menjumpai sekotak alat solek dan makeup effect,

"Ahh tengok lah ni, alatan makeup yang susah nak dapat, kalau aku keluar dari istana makeup diri aku cam namja sikit comfirm tak kan kantoi punya,haha, tengok lah ni, siap ada macam heels tambahan untuk letak dalam kasut, biar nampak tinggi, nice" Min tersenyum sendirian dan merancangkan plan escape part 2

Ketika itu....

"Hah, apa lah yang aku fikirkan sampai nak tengokkan dia di istana.." Leedo mengeluh dan seketika mengingati apa yang terjadi tadi.

"Tsk...tak mungkin lah Hyung suka kan dia, apa yang aku fikir ni?, Tapi.. kenapa, seakan pernah terjadi? maksud aku kejadian dia pura-pura sakit padahal aku tak ada buat apa-apa pun.."

Seketika Leedo duduk termenung di atas pohon yang sama di kawasan taman istana tersebut, serulingnya ditiup perlahan untuk menenangkan dirinya, baginya musik adalah ketenangannya,

Leedo mula menginbau kisah silamnya perlahan, alunan yang terhasilkan mula mendayu-dayu menusuk kalbu,

"Hahaha, orabeoni!! kejar lah! hehehehe" seorang kanak-kanak perempuan berlari-lari di kawasan tasik yang indah itu dan seorang budak lelaki mengejarnya dari belakang, kelihatan mereka saling mengejar,

"Gunhak Hyung..."

"Dongju ahh, hwasseo?"(You're Here?)

"Orabeoni, huh? nugusaeyo?"(Who are you?)

"Yoomin- ahh...kenal kan ni Dongju, tapi kalau nak panggil dia Xion pun boleh" Leedo memperkenalkan Xion kepada adiknya, Yoonmin.

"Ahh, annyeonghaesaeyo, Yoonmin imnida"

Semuanya berlalu dengan baik untuk 2 adik beradik tersebut, Umur Yoonmin tak jauh beza dengan Xion, pada awalnya dia menyangkakan bahawa adiknya betul-betul nampak serupa dengan Xion, hanya membezakannya ketinggian dan umur mereka.

Leedo teringat ketika di hadapan kawan-kawannya, Yoonmin seperti sangat rapat dengan dirinya, sejak keluarganya hilang semasa mendaki gunung, keluarga Xion banyak membantu dia dengan adiknya itu, bagi Leedo, Yoonmin adalah hidup dan matinya, kegembiraan dan sebuah keajaiban baginya..Semasa ibu dan ayahnya masih ada, Leedo selalu kena marah sebab disangkakan membuli Yoonmin

"Aduh!" Yoonmin melanggar Leedo yang baru masuk ke rumah,

"aaaaa, sakitlah" tiba-tiba Yoonmin memegang kepalanya mengadu sakit, padahal Leedo tiada berbuat apa pun,

"Gunhak, kenapa buat saengie kamu macam tu" ujar ibunya,

"Tapi, gunhak tak ada buat apa-apa pun"

"Minta maaf cepat" ujar ayahnya pula.

"Arraseo abeonim,eommanim" Leedo pun memegang kedua bahu Yoonmin dan meminta maaf namun sebaliknya Yoonmin tersenyum sebab Leedo rasa bersalah, Leedo merasakan hidupnya dipenuhi dengan kegembiraan bersama adiknya itu.

Namun, semuanya berubah setelah Yoonmin meninggal dunia, semasa itu Leedo telah diangkat ke istana oleh keluarga diraja Kim, beza umur Leedo dan adiknya Yoonmin hanya 2 tahun sahaja, namun disebabkan keluarga Kim hanya inginkan anak laki-laki, adiknya dipaksa untuk mengikuti para budak-budak perempuan dan wanita ke kawasan lain untuk dijadikan buruh mahupun hamba

Walau bagaimana pun, Leedo sangat marah setelah mengetahui bahawa Yoonmin diseksa bagaikan hamba abdi kepada para bangsawan dan kaki tangan kerajaan yang sentiasa mabuk dan mencederakan para wanita,

Semuanya sangat gelap bagi Leedo, saat mengetahui adik perempuannya meninggal dunia disebabkan diseksa sehingga mati kerana tertuduh mencuri barang kemas oleh ahli bangsawan tersebut,

Tidak lama lepas itu, semuanya terbukti bahawa adiknya tidak bersalah, namun apa kan daya yang dah mati mana mungkin bisa terhidupkan kembali...

Sejak hari itu...pintu hati Leedo selamanya tertutup, tak mungkin akan ada sinaran yang bisa menembusi pintu hatinya, untuk tergerak merasakan apakah perasaan itu wujud, kegembiraan, kesedihan,senyuman,semuanya bagi Leedo sudah lama terkubur,

Apa yang dia rasakan hanya lah kemarahan dan kesunyian,

"Tapi kenapa wajah kau mengingatkan aku kepada Yoonmin, nama akhir kau juga 'Min', sebab tu aku benci kau, Moon Haemin, tapi aku tak boleh hilangkan ingatan aku tentang kau..."

"jukgettda"(it's Killing Me)

Kehadiran Leedo di istana pada petang itu menjadi tanda tanya semua orang, tentang hubungan Min dengannya,

"Siapa agaknya gerangan namja itu tadi" Leedo tak perasan bahawa kewujudannya ketika menjumpai Min seketika tadi diperhati oleh Rena dari kejauhan. Aura yang diberikan oleh Leedo sama seperti namja yang bertentangan mata dengan Rena tempoh hari,

"Mungkin kah, dia namja yang menaiki kuda itu?"

"Tapi? apa hubungan dia dengan Haemin? ahh aku kena patah balik ni tanya dia" Akhirnya Rena pun kembali ke kediaman Daisy walaupun sudah malam,

Then....

"Yah kau dah kenapa, dah lewat dah ni kau tak nak balik?" Min duduk bersila memerhatikan dua temannya yang memandangnya seperti mahu tembus ke belakang.

"Suara, perangai, rupa,tinggi, semua sama macam Puteri Haemin, awak pasti apa yang awak cakap tadi bukan sebab awak hilang ingatan bukan?" tanya Rena untuk kepastian, dia ingin bertanyakan mengenai namja yang dia nampak petang tadi kepada Min, namun dirinya seakan kelu untuk membahas mengenai perkara tersebut.

"Berapa kali aku nak kena ulang ? yah! seribu kali pun aku cakap korang memang tak akan faham lah!?" Min mengeluh lalu bangun dan memandang langit malam yang indah,

Setiap kali dia memandang bulan, setiap kali lah itu dia mula teringat kenangan bersama Youngjo, namun ayat Seoho mula menghantuinya bagaikan dirinya tak layak untuk merasakan perasaan yang sebegitu.

"Hey, korang, agaknya, salah ke kalau kita hanya rapat dan berkawan tanpa terfikir tentang untuk meneruskan perhubungan dengan lebih jauh macam hubungan percintaan?" Hyekyo dan Rena sama-sama memandang satu sama lain,

"Apa yang aku harapkan kat korang, kalau korang dah dewasa nanti, korang akan rasa benda yang sama, perasaan yang korang tak faham, sama ada korang ingin dicintai, atau korang ingin mencintai, atau mungkin mengharapkan perasaan korang terbalas," entah mengapa Min berbicara seperti itu, dia tidak pernah dalam perhubungan, bukan juga putus cinta, mungkin dirinya sudah lama tidak merasakan perasaan yang sebegitu,

"Feeling afraid of rejection, or.. maybe i'm just afraid to fall in love" bisiknya perlahan entah mengapa wajah Youngjo mula terbayang difikirannya,

Apa yang Min ucapkan sebentar tadi didengari oleh Youngjo yang kebetulan melalui kawasan bangunan Daisy Palace,

'Aku pun tak pasti, adakah aku masih mampu untuk mencintai seseorang setelah sekian lama, aku tidak merasakan semua itu'

Malam mula berlalu dengan pantas, Min tertidur di meja tulisnya dengan berus dan ink yang masih belum kering, dia sedang menyiapkan muka surat yang lain untuk kamus bahasanya itu,

Sepertinya dia menulis sesuatu di dalam buku kamusnya,

"Haemin-ahh...jal jasseo?"(Did You sleep?) Youngjo muncul dan mula duduk di hadapan Min memandang wajahnya yang tertidur itu

"Why did i always thinking about you?, i might be crazy" apa yang tertulis di buku tersebut di baca perlahan,

"Kenapa, aku terfikirkan kamu, aku mungkin hilang akal,"bisiknya perlahan

"aniya, sebab aku pun tak boleh hilangkan memori bersama kau walaupun aku nak hilangkan semuanya tentang kau, aku tak sangka setelah lamanya tak berjumpa, akhirnya aku jumpa kau balik,"

"selamatkan kau, mungkin sebab aku terhutang budi sebab kau dah pernah selamatkan aku,"

"kau kan, yang selamatkan aku semasa aku hampir lemas di sungai, aku tak pandai berenang, tapi aku tetap selamatkan kau, mungkin kalau aku tak buat macam tu, kau mungkin dah mati, dan Kim Clan tak perlu susah payah nak hancurkan empire ni semua, kau nak tak, ubah takdir bersama aku?" Youngjo seakan terpesona seketika saat melirik wajah Min yang tidur lena tersebut,

Dia mula menyelitkan rambut Min ke belakang telinga, memandangnya tanpa berkedip, seakan ada bunga yang mekar di hati

"Youngjo ahh, aku dah agak dah, kau mesti ada perasaan kat dia kan!?" Hampir gugur jantung Youngjo ketika mendengar suara Seoho yang muncul talkala itu.

Seoho muncul dengan duduk di birai jendela dengan pedang di tangannya, sepertinya Night Raven akan ada latihan pedang pada malam tersebut,

"Kau tak perlu sibuk hal aku, macam mana kau tahu aku kat sini!?" Youngjo berdiri dan menghadap Seoho.

"Kau dah hilang akal? kau batalkan latihan kita hanya sebab kau nak tengok dia tidur? jangan fikir aku tak tahu kau selalu curi-curi datang sini perhatikan dia" Seoho berjalan kearah Youngjo dan mereka berdua saling berbalas pandangan, Sepertinya ada yang tak puas hati,

"Sekarang aku nampak, seperti korang berdua mula sukakan dia" Leedo pula muncul di sebalik langsir bilik dengan seruling di tangannya. Seruling tersebut di lap perlahan dengan sapu tangan bersulam bunga daisy,

Mereka bertiga mula berbalah seperti anjing dan kucing tanpa menyedari yang Min memerhatikan mereka sejak awal lagi sambil berfikir segala kemungkinan yang terjadi. Min akhirnya bersuara membuatkan mereka berhenti bertekak dan memandangnya dengan wajah terkejut,

"Jadi kau nak rapat dengan aku, sebab aku nampak macam mendiang adik kau," Min bersuara menujukan kenyataannya kepada Leedo

" then kau pula nak rapat dengan aku sebab kau ingat aku adalah budak perempuan yang selamat kan kau? " ujar Min kepada Youngjo pula

"and kau pula, sebab kau syak yang dia ni suka kat aku, and kau fikir yang aku akan tersakiti sebab kisah silam dia?" Min bersuara setelah sekian lama duduk memerhati segala apa yang mereka bahaskan.

"Listen here, and cuba fahamkan, nama aku Min Aira, aku bukan Puteri Haemin, tapi aku hanya orang biasa yang melarikan diri dari kehidupan reality.."

"aku terjatuh dalam sungai dan walla, aku sampai sini, segala memori Puteri ni vanish, hilang tanpa jejak, tapi aku akan dapatkan segala memori puteri ni kembali, sepertinya ni bukan kali pertama atau kali kedua kita berjumpa kan?"

"ahh,nama aku pun Moon Haemin, Ya... nama aku dan puteri ni sama, cuma, umur sebenar aku 21 tahun, yes, muda 2 tahun dari kau Leedo, tapi di sebabkan aku dipaksa hidup sebagai puteri ni, jadi aku 16 tahun secara fizikal" Min mengeluh perlahan, sepertinya mereka bertiga tidak memahaminya,

"Ahh lupakan.." Min melambaikan tangannya, menyuruh mereka pulang, Min pergi ke katil dan baring menyelimutkan keseluruhan tubuhnya, kepalanya pening setelah mendengarkan Seoho dan Youngjo yang bertekak sebentar tadi,

"Jom lah, sepertinya yang lain dah menunggu kita" Bisik Youngjo perlahan dan Seoho mengangguk, mereka berdua pun menghilang dari bilik Min meninggal haruman bunga ros dan rama-rama putih mula berterbangan di biliknya,

Leedo masih berdiri kaku di tempat yang sama,

"Kau tak nak ikut kawan-kawan kau yang lain?" ujar Min namun sepertinya Leedo hanya temenung di situ.

"Aku,nak cakap sesuatu dengan kau.."

"Apa dia"

"Aku nak kau anggap aku macam abang and jadi adik aku" Min bangun dan memandang Leedo yang duduk di birai katilnya memandang ke arahnya,

"Aku tak salah dengar kan?"

"Tak, aku nak kau jadi adik aku, dan aku akan jadi abang kau" Min seperti tak percaya, mungkin dia hanya letih dan mendengarkan yang bukan-bukan

'Aku pasti dah hilang akal, leedo yang dingin tu, cakap nak jadi abang aku, aku mabuk ke apa ni dengar yang bukan-bukan?'

'apa yang merasuki mu leedo?'

'ani patutnya apa yang merasuki ku?'

"Aku tak kisah, kalau kau tak nak jawab sekarang, tapi aku nak kau tahu, aku akan selalu ada menjaga kau dari jauh, aku dah pernah kehilangan Yoonmin, dan aku menyesal sebab tak mampu jadi abang yang baik untuk dia, kalau lah.." Min terkejut ketika melihat Leedo mula mengalir air matanya,

"Neo..neo gwenchana, Yah....Gunhak-shii.." seperti refleksi, Min mengesat perlahan air mata Leedo,

" uljima, kalau kau tak keberatan, aku akan dengar luahan kau," Min tersenyum memandang Leedo,

"Gomawo, Min-shii" badan Min dipeluk perlahan, Min hanya mampu menepuk dan mengusap perlahan belakang Leedo,

"Bogoshipeoseo Yoonmin shii..."

"Ara..ara.." entah mengapa Min nampak sisi Leedo yang kesunyian itu dari dalam diri Leedo yang mempunyai sisi dingin,

"Leedo ahh, animyeon, Gunhak-shii, i know its really hurt to lost someone, which is our own family"

"its not your fault , its just their fate has come to it, takdir tu kejam itu lah apa yang orang selalu perkatakan,"

"Yoonmin, mesti happy kalau kau jalankan hidup kau macam biasa, jadi teruskan hidup orabeonie"

Min cuba untuk comfort Leedo, namun disebabkan kesunyian yang dirasainya selama ni, dengan kehangatan pelukan Min, Leedo akhirnya tertido dalam pelukan.

Min mengeluh perlahan dan terpaksa meletakkan Leedo di katilnya, dan menyelimutkan tubuhnya, Min duduk di birai katil memerhatikan wajah Leedo yang terlena itu,

"Kau hutang aku, Kim Gun hak.." bisik Min perlahan dan keluar dari biliknya,

"Bulan nampak sangat cantik..." udara yang segar mula bertiup dan Min membatalkan niatnya untuk curi-curi keluar istana pada malam tersebut, dia akhirnya berjalan di sekitar istana,

"Kenapa aku rasa sebak? ke aku kesiankan dia, jadi aku pun panggil dia 'orabeonie?'... tapi, dari dulu aku teringin nak ada abang, bagi aku, kalau ada abang, ada teman begurau, gelak tawa dan teman luahan, bila aku dalam bahaya, aku ada abang untuk protect aku.."

"Tapi...kenapa aku rasa..."

"Terlalu menyedihkan ..agaknya...apa yang dia dah lalui selama ni, maksud aku...sebelum dia jumpa aku.."

Min duduk di bangku berdekatan dengan taman bunga dalam istana tersebut,

"Indahnya langit malam ni..agaknya, berapa lama masa yang aku ada sebelum aku mati? aku mungkin sentiasa jadi target Kim Clan lepas ni, dan aku tak nak Leedo risiko kan diri dia selamatkan aku," Min mengeluh perlahan dan berjalan pulang ke biliknya

saat dia tiba, Min melihat ada sepucuk surat di atas meja solekkannya,

Kelihatannya Leedo sudah pun pergi dan meninggalkannya sepucuk surat tersebut, Min membuka perlahan lalu membacanya, namun mengapa dia mula menangis, dirinya sendiri pun tidak memahaminya,

'Min-shii, gomawoyo...jinjja gomawoyo..sebab nak dengar luahan aku, selama ni, aku nampak kuat, namun sebenarnya aku hanya bertopengkan kekuatan untuk menutup kelemahan aku,'

'aku kehilangan semuanya saat aku masih muda lagi, dan adik aku adalah satu-satunya keluarga yang aku ada dan menjaga dia adalah tanggungjawab bagi aku,'

T'api..setelah kehilangan Yoonmin, aku rasa semuanya gelap, aku seperti hilang arah dan sunyi, aku tak pernah ketawa mahupun menangis sejak hari itu, tapi akhirnya aku menangis di hadapan kau, aku malu tapi kau pujuk aku, apa yang kau cakap tadi aku tak faham tapi aku rasa kau bercakap mengenai takdir bukan?'

'Mungkin pertemuan kita pun adalah satu takdir, kalau takdir aku dan kau berakhir dengan kesedihan, aku nak ubah takdir tu bersama kau,'

'sebenarnya aku nak minta maaf sebab,aku berkasar dengan kau, terima kasih, untuk semuanya, kau tak perlu jawab dahulu soalan aku tadi, untuk jadikan kau adik aku, walau sekalipun kau kata tidak, aku tetap akan jaga kau macam adik aku sendiri,'

'Jalja ne Min-shii'

"tsk..kenapa...aku nangis ni? aaa..tak suka lah nangis-nangis , feeling-feeling ni.. macam aku ni...lemah..." namun Min berterusan menangis, Leedo yang berada di luar pintu menahan rasa sebaknya mendengar suara Min yang menahan sebaknya itu,

"Mianhae" bisik Leedo sebelum berlalu pergi meninggalkan ruangan tersebut.

"Orabeoni?" Min membuka pintu biliknya sepertinya seketika tadi dia mendengarkan suara Leedo, namun Leedo sudah menghilang, Min memandang ada sapu tangan yang tercicir di hadapan pintunya.

"Kejap? ni sapu tangan aku? kenapa boleh sampai ke sini? M.A dan sulaman bunga Daisy? yah, ni bukan satu kebetulan bukan?"

To Be Continued

nothing to say but yes i agree

knj_99creators' thoughts