webnovel

Chapter 3

Min yang merancangkan untuk curi-curi keluar dari istana itu telah diketahui oleh pengawal istana,

"Your Highness! " kedengaran bunyi para pengawal yang mengejarnya dari belakang,

"eeeee, mampus aku, sial betul lah keluar pintu depan salah, curi-curi keluar pun diaorang tahu, berapa banyak spy dalam istana ni, eee ni kalau aku jumpa, jangan harap dapat hidup lama!" Min berlari dengan pantas, walaupun kain hanboknya masih labuh di kakinya, dia masih mampu berlari dengan pantas,

Di hadapannya kelihatan tempok belakang yang menjadi satu-satu cara untuk dia keluar dari istana

Min pun berlari sekuat hatinya dan melompat setingginya untuk keluar dari istana melepasi tembok tersebut,

Entah bagaimana, dia boleh mendarat dengan tepat di atas dakapan seorang jejaka yang kebetulan menunggang kuda,

Haruman bunga ros mula terhidu, sangat wangi sehingga kan boleh hanyut didalam fantasi, wangiannya seperti haruman bunga ros malam yang terhidu di kawasan tasik larangan tersebut,

Saat mata mereka mula bertemu, Min mula merasakan perasaan yang sama yang dirasakan ketika diselamatkan oleh seorang jejaka semasa dia hampir lemas beberapa minggu yang lalu,

"Neo Gwenchana!? " suara yang sangat familiar di telinganya,

"Chogi, urineun jeone mannayeo?" Soalan Min itu dihadiahkan dengan senyuman, Min masih boleh nampak senyumannya, walaupun dia menggunakan kain lace nipis sebagai kain mask untuk menutupi wajahnya, mungkin dia ingin menyembunyikan identitinya,

Mata hazel dihadapannya itu mula memberikan pandangan yang mula menambat hati gadis berumur 16 tahun dengan mentality berumur 21 tahun itu,

'Ya ampun, walaupun dia guna mask, aku masih boleh nampak bibir dia, aaaahhh Min-ahh neo micheosseo , gila ke apa , yaaaah kau tak kenal dia kan, no no no, you still young still 16 , jap...tapi umur sebenar aku 21 tahun so, tak pe lah,'

Min mula panik melihat para pengawal istana mula mencarinya,

"Kau, boleh tolong aku?" Min terdesak untuk melarikan diri dari pengawal tersebut,

"Kalau aku tolong kau, apa aku akan dapat? aku bukan seseorang yang kau boleh bawa main-main," ujar jejaka tersebut,

"Boleh tak sembunyi kan aku, kalau kita melimpasi pagar depan istana nanti?"

"Tu je? baik lah, Kau hutang aku, lagi sekali" Min mula memandang jejaka itu dengan pandangan terkejut tambah blur,

'Lagi sekali?'

Ketika mereka melimpasi kawasan pintu istana, dia dilindungi dalam dakapan namja tersebut, dan kuda itu ditunggangi mereka laju meninggalkan kawasan tersebut.

Pokok besar tersebut terletak di tengah-tengah desa, kelihatan Rena dan Hyekyo mula risau kerana, mereka mula melihat para pengawal istana mula tiba di desa,

"Aduh, jangan-jangan Min buat hal lagi" keluh Rena, dan ketika itu, dia melihat beberapa kuda mula melimpasi mereka,

Matanya mula bertentangan dengan salah seorang Jejaka yang menunggang kuda tersebut, Seolah-olah ketika itu, dunia seakan terhenti seketika,

'Siapa, gerangan tuan tersebut, kenapa hatiku berdegup dengan kencang,'

Hyekyo pula terkejut setelah kuda terakhir melimpasi mereka, sepertinya dia melihat Min di atas kuda dengan seorang namja,

"Yah! tu!!!" Hyekyo mengapai Rena namun sepertinya Rena sudah terduduk ke tanah,

"Rena-shii? kenapa ni?"

"Hye ahh, aku, aku rasa aku dah jatuh cinta..."

"Mwo!!"

Ketika itu,

"Yah!? kau nak bawa aku kemana?" tanya Min setelah perasan yang mereka seperti menuju ke hujung desa.

"Bawa kau pergi ke tempat yang tak akan ada yang jumpa kau, aku dah selamatkan kau, jadi kau kena bayar, hutang kau, bukan sekali, tapi dua kali"

Min minta dilepaskan dengan merontakan dirinya, namun jejaka tersebut hanya ketawa kecil kerana Min tak mampu nak menolak lengannya yang memahut tubuh mugilnya,

"Kau tak ingat apa yang aku cakap malam tu Moon Haemin?"

"Kau!...kau kenal aku?"

"Dah tentu lah tuanku puteri, buat masa sekarang elok lah kalau tuanku hilang sekejap dan bermain dengan kita orang?" ujar jejaka yang menunggang kuda di sebelah kuda mereka,

"bermain?" Min mula memikirkan hal yang bukan-bukan.

Kelihatan dari jauh beberapa penduduk miskin yang tertindas keluar dari pondok masing-masing seperti menyambut kedatangan mereka,

"Kau pandai masak?"

"Masak? boleh je?" Min sudah biasa memasak,semasa kehidupannya di dunia modern, kerana sudah biasa hidup sendiri di perantauan, maklum lah belajar di luar negara,

Min sempat bermain dengan kanak-kanak di situ, dan mereka turut sama-sama memasak,

"Yang kau masak tadi tu,"

"Ahh tu adalah, nasi goreng pattaya, dengan kata lainnya Omurice" ujar Min dengan bangganya, Min hanya menggunakan bahan-bahan yang jejaka-jejaka tadi bawa bersama.

"Tuan Kim, terima kasih sebab selalu perihatin bagi makanan dan pakaian untuk anak-anak yatim ni" ujar wanita berumur dengan pakaian lusuh tersebut,

Ternyata kawasan itu merupakan tempat rumah kebajikan, anak-anak yatim dan orang tua tertindas tinggal di kawasan tersebut, Min tergerak hati untuk membantu mereka,

Min mula membuka segala perhiasan yang ada pada dirinya dari sangul cucuk, pin rambut, rantai,gelang cincin diberinya untuk dijual oleh wanita tersebut untuk membeli makanan.

"Ambik lah,"

Awalnya wanita itu menolak namun Min memberinya dengan meletakkan barang-barang perhiasan tadi di tangan wanita tersebut,

"It's okay, just take it, ambik lah" ujar Min perlahan, dan wanita tadi tersenyum sehinga menitiskan air matanya

"Uljima," Min mengusap perlahan air mata wanita tersebut,

Setelah berkenal dengan semua orang di situ, dia juga mendengar segala keluhan dan bercerita mengenai keluarga diraja, sedikit pun Min tak terasa, sebab yang mereka cerita bukan lah Moon Clan tapi Kim Clan, mereka tertindas sebab Bendahara Kim punya angkara,

"balik-balik dengar nama pakcik tua tu" bisik Min perlahan namun namja kacak di sebelahnya ketawa perlahan.

"Kenapa gelak, betul lh dia kan tua, lagipun dia sibuk je nak jodohkan aku," Min memeluk tubuhnya,

"Aku Kim Youngjo, yang tengah duduk baca buku tu Lee Seoho, dan yang bermain dengan budak-budak tu Kim Gunhak,tapi kami semua panggil dia Leedo, dia adik aku, adik angkat aku, tapi aku sayang dia macam adik aku sendiri, semasa kita orang kenal, dia merupakan anak kepada ketua pengawal istana yang terkenal dengan kehandalan teknik pedang dia, namun 10 tahun yang lalu, ketika aku jumpa dia, dia dalam keadaan luka, aku dapat tahu yang Kim Clan dah gulingkan crown prince sendiri,"

Min seakan pendengar yang setia mendengar luahan Youngjo di sebelahnya, namun yang sebenarnya dia tertidur ketika mendengar cerita life Leedo,

"Kau boleh tidur dengar cerita aku?, tak pa lah, aku bagi pinjam sekejap bahu aku sekejap," Youngjo mengeluh perlahan dan mula melarikan pandangannya, baginya Min sangat muda dan tidak peka dengan hal sekelilingnya,

Seoho datang membawa cardigan luar hanbok untuk menyelimutkan tubuh Min, udara di situ sangat sejuk ketika petang dan malam menjelma,

"Jadi apa kita nak buat?" bisik Seoho perlahan dan duduk di sebelah Youngjo,

"Aku tak sangka kita jumpa dia lagi," bisik Youngjo perlahan dan sesekali memandang Min di sebelahnya,

"Itu lah,boleh pula dia melompat dari tembok tu? dan mendarat kat atas kuda kau?" tanya Seoho dan Youngjo hanya tergelak kecil,

"Mungkin hanya kebetulan kita nak lalu situ hari ni, agaknya kalau kita tak lalu situ, dia mungkin dalam bahaya," hanya keluahan yang keluar dari mulutnya,

"Dia tak macam, gadis yang kamu bawa sebelum ni" seseorang menghampiri mereka.

"Ahh Puan Jung," Makcik tua tadi senang dipanggil Ajuhma Jung, atau Puan Jung Makcik pun boleh,

"Gadis mana pula dah, makcik" Seoho mula mengaru-garukan kepalanya, setahu dia, diaorang tidak pernah membawa sesiapa selain Min ke tempat tersebut.

"Saat dia tiba, sya dapat rasakan aura di sangat suci, seolah-olah dia bukan berasal dari sini, cara di melayan semua orang, membuatkan sesiapa sahaja mahu dekat kepada dia, dia cantik dan sangat sopan," pujian yang diberikan oleh Makcik Jung membuatkan Leedo yang mendengarnya mula membuat muka meluat,

"Masalahnya dia puteri,eommonie" Leedo mula memprotes, Pn.Jung sudah menganggapkan mereka semua seperti anak sendiri, sejak mereka pertama kali menjejakkan kaki ke situ,

"Dia layan kanak-kanak tu dengan baik, siap bermain dengan mereka," mendengarkan kata-kata Seoho itu, membuatkan Leedo membuat mimik muka meluat dengan Seoho. Leedo dan Seoho kadang-kadang tak sehaluan,

'Asal lah aku setuju nak tolong dorang hantar bekalan ke sini hari ni, kalau tahu aku duduk je di kedai'

Tak lama lepas itu, Min pun sedar dari tidurnya, dia tidur dengan berbantal dan diselimutkan,

"Sedap tidur?" Min menggosokkan matanya dan memandang Youngjo yang sudah menukar pakaiannya, baru kali ni Min melihat wajahnya dengan jelas tanpa masknya,

"Kau..."

"Ne majayeo, aku yang selamatkan kau, kau dah ingat sekarang,"

Mata min terbuka luas, tiba-tiba memori mengenai dirinya terjatuh ke tasik mula bermain difikirannya seperti rakaman video playback, wajahnya mula merah setelah perasan yang seoho memandang ke arah mereka.

"Haemin-shi, kalau dah bangun tu, pergi cuci muka, kita nak makan malam dah ni" Jerit Seoho dari kejauhan, Min bangun lalu menolak Youngjo ketepi dan terus ke kawasan sungai belakang kawasan tersebut.

"Eeeeee, time ni lah nak jumpa dia pula, aaaa...haish apa kena dengan jantung aku ni tak berhenti berdegup kencang,"

scene tersebut mula bermain di fikirannya lagi sekali

"Huhu eottokae..." Min membalikkan badannya dan bertempung dengan Leedo yang turut ingin pergi ke sungai ketika itu, wajah Min tersembam di dada Leedo.

"Yah kau ni dah tak ada mata kah!? "

"Kau yang langgar aku" jawab Min dengan selamba dan mengflipkan rambutnya berlalu pergi meninggalkan Leedo,

Namun sedang berjalan, kaki Min mula terkait akar pohon dan hampir terjatuh namun Leedo menarik lengan bajunya,menghalangnya daripada terjatuh, Min baru nak berterima kasih namun Leedo memberi dia pandangan seperti meluat dengannya,

"Kau memang jalan tak pakai mata kan , akar pohon yang sebesar tu pun kau tak nampak?" perli Leedo.

"Memang lah, orang kan jalan pakai kaki, mana ada jalan pakai mata? "

Seoho yang kebetulan mencari mereka,mula ketawa terbahak-bahak mendengar ayat Min,

"wei, betul juga mana ada orang jalan pakai mata? Ape lah kau ni gunhak.. " tak tersisa lagi gelak tawa Seoho,

"Ee senyap lah" Leedo meninggalkan Min dengan Seoho yang masih bergelak tawa

"Haemin-ahh, kau patut jadi pelawak, boleh pula kau melawak dengan Gunhak," bahu Min dipaut perlahan, Min macam dilayan seperti budak remaja 16 tahun?

"dia tu susah nak senyum, sama lah macam Youngjo, kadang-kadang perangai mereka sama, macam mereka betul-betul adik beradik" Seoho mengusap perlahan rambut Min,

"Aku dah pernah tengok Youngjo senyum, sekarang Gunhak pula yang susah nak senyum, selama aku ikut diaorang, aku tak pernah nampak Gunhak ketawa ataupun tersenyum"

Min tersenyum kelat mendengarkannya,

'Jadi Leedo, susah nak senyum? Agaknya dia ada kisah silam yang pahit ke? Mesti sunyi sangat hidup dia, hmm mesti bertuah kalau dapat tengok Leedo senyum, atau ketawa, rare sangat orang macam ni,'

Mereka pun menikmati hidangan yang disediakan, Min terpesona dengan kimchi japge yang mereka buat untuk makan malam.

Min seakan merindui saat-saat hidup di dunia modern, makanan, minuman, kehidupan, lagu-lagu, pakaian, dia mula merindui satu persatu,

'Agaknya, aku dapat balik ke zaman modern? Kalau aku balik? Apa akan jadi dengan zaman ni? apa akan jadi dengan anak-anak yatim ni, pn jung dan orang-orang tua tu,'

"Tak sedap ke? Kenapa tak makan? " pertanyaan Youngjo mula membuatnya tersedar dari lamunananya

"Tak lah, saya hanya mengimbau kenangan.. " bisik Min perlahan,

"Betul ke berita kemangkatan raja dan ratu? "

Min memberhentikan suapannya, dia memandang Youngjo di sebelahnya, matanya memberi tahu segalanya,

"Arraseo, aku tak akan tanya, " Youngjo meninggalkan Min di situ dan mula berbual dengan yang lain.

'Dia faham bila aku tak nak membahaskan kematian ibunda dan ayahanda, jadi dia tak tanya apa-apa mengenainya..'

'Aku tak pasti dengan apa yang aku rasakan, walaupun dia selamatkan aku masa tu, maybe dia hanya lakukan sebab nak menyelamatkan je,'

'Ye lah tengoklah dia layan semua kanak-kanak tu, orang tua, sangat sopan dan berbudi bahasa,'

'Kalau di zaman modern, susah nak jumpa laki yang baik hati, no wonder aku single selama 21 tahun,'

"Haemin-ahh kajja, "

"Hati-hati dalam perjalanan " ujar Pn.Jung dan melambai-lambai tangan ke arahnya, Min tersenyum dan melambaikan tangannya,

Youngjo membenarkan Min menunggang Sunny kuda putihnya itu, sementara dia berjalan di sebelahnya.

"Wahh, cantiknya bulan malam ni" Min membuat gaya seakan-akan meneropong bulan di tanggannya.

Youngjo yang melihat Min mula tersenyum perlahan,

"Kyeoweo" (comel)

"museun mal haess-eo?"(did you talk something?)

Min memandang Youngjo, namun Youngjo hanya berjalan memandang kehadapan, seolah-olah tiada apa yang terjadi,

"Perasaan aku je lah kot? " bisik Min perlahan namun masih kedengaran oleh Youngjo,

Seoho yang memerhati dari tepi mula tersenyum perlahan,

'Ni bukan kali pertama korang berjumpa kan? Mesti ada kisah silam yang tak terceritakan,Haemin ahh, aku sangat cemburu...' Seoho menikmati angin malam yang segar, hari ni badan dia tak sepenat minggu lepas, sebab Min mahu menolong mereka bersama-sama di tempat kebajikan tersebut.

"Haemin-ahh, kau tak macam puteri dan ahli bangsawan yang lain, " Seoho ingin tahu juga, rahsia siapa sebenarnya Min.

Min tergelak kecil dan memohon maaf bukan bermaksud ingin memperli, tapi dia mengketawakan dirinya sendiri,

"Orang-orang kat istana, sangat takut kat aku, sebab aku kasar, dan tak rapat dengan sesiapa, kawan pun aku tak da, dan... Aku ada rahsia yang besar yang aku sendiri sahaja yang tahu" Min tersenyum dan memandang Seoho, senyuman manisnya itu mampu membuat sesiapa sahaja akan jatuh hati,

"Kau tak pernah keluar dari istana? " tanya Leedo perlahan setelah lama dia menjadi cctv pemerhati.

"Pernah je, tapi semua orang mana tahu rupa puteri diaorang ni," bisik Min perlahan namun masih mampu didengari oleh mereka.

Kuda mula berhenti dan Youngjo melompat menunggang kudanya..

"Kita kena lalu jalan lain" Youngjo memberi signal kepada Seoho dan Leedo, mereka berpecah dan Youngjo memaut erat bahu Yaemin dan kuda yang ditunggangi nya memecut laju ke dalam hutan.

"Kenapa ni? " bisik Min perlahan.

"Kau percaya kan aku? " pertanyaan Youngjo itu membuatkan hati Min mula berdebar,

"Nae, naneun neul middeo"(i'm believe in you)

Youngjo tersenyum mendengar jawapan Min,

"naleul an-ajwo"(hold me tight)

Min mula memeluk erat tubuh Youngjo dan mereka mula melalui kawasan yang jauh untuk balik ke istana,

Youngjo mengesan, bahawa ada perangkap yang dipasang di jambatan penghubung ke desa, jadi mereka kena guna jalan sungai dan berjalan kaki ke belakang istana.

Youngjo memimpin tangan Min perlahan ketika mereka melintasi batu-batu untuk ke seberang sungai.

Batu-batu itu licin dan hampir membuat Min terjatuh dalam sungai.

"Hati-hati batu kat sini licin, " baru sahaja di tegur,

Min tergelincir dan jatuh ke sungai, namun dia tak jatuh sendiri dia turut menarik lengan baju Youngjo dan membuatkan kedua-duanya jatuh ke dalam sungai dan basah melecun.

"Hahaha.. " Min tergelak ,sepertinya dia sudah lama tidak ketawa gembira begitu.

"Kau saja kan buat-buat jatuh? "

"Aniya... Hahaha... "

Youngjo bangun dan menghulurkan tangannya.

"Gomawo.. " bisik Min perlahan, dia merasakan kesejukan bila tertiup angin malam semasa berjalan di laluan hutan belakang istana,

Youngjo yang prihatin pun memaut erat bahu Min agar dekat dengannya.

"Lepas pintu gerbang tu kau akan jumpa tembok belakang istana tempat kita jumpa tadi, kau boleh kan balik sendiri, aku tak boleh hantar kau sampai ke tembok istana, aku ada benda yang patut di buat"

"Arra..."

"Jakaman" mendengar suara Min, Youngjo menoleh kebelakang,

"Nae?"

"Youngjo-ahh, eonje.. dasi mannal su iss-eulkkayo? " (When can we meet again?)

Soalan Min di biar tiada jawapan, sebab Youngjo tahu agak mustahil untuk mereka berjumpa lagi pada masa akan datang, mereka hanya berbalas pandangan, angin yang bertiup semakin kuat, daun pun mula keguguran,

Kalau ada pun mungkin itu satu kebetulan, kalau mereka terserempak lagi sekali,

"Min-ahh" Rena berlari dari kejauhan mendapatkannya, apabila Min menoleh kebelakang, Youngjo telah pun tiada di situ, hilang umpama debunga yang berterbangan,

"Kau pergi mana, tahu tak di mana-mana ada pengawal istana, kenapa kau lompat pagar istana, kan kau boleh je cakap dengan pengawal tu nak keluar dengan kitaorang?" Rena memimpin lengan Min dan masuk menggunakan pintu belakang istana yang dibuka,

"Aku pergi berjalan-jalan kat belakang istana je, sebab aku tak tahu mana pokok besar kau cakap tu"

"Lah, jadi betul lah kau hilang ingatan? " tanya Rena dan Min terpaksa mengangguk walaupun sebenarnya dia tak hilang ingatan pun.

"Your highnesss" jerit Hyekyo dan para dayang yang menunggu nya di kediaman Daisy palace mula berlari ke arahnya,

Bukan mereka sahaja yang menunggu kepulangannya, orang-orang kanan Kim Clan pun turut menunggunya di hadapan Daisy Palace.

"Jadi tuanku ingat juga jalan balik ke istana, " kedengaran sinis ayat Bendahara Kim tersebut.

"Boleh kami tahu, tuanku pergi mana? " tanya Ketua Dayang Kim pula,

"Saya minta maaf sebab tak cakap yang saya hanya pergi mengambil angin di kawasan belakang istana sahaja, bunga-bunga di situ sangat cantik" ujar Min dengan tatasusila.

"Jadi kamu sudah kembali dengan diri kamu yang dulu, kalau macam itu bagus lah, eloklah kalau kami meminta diri dulu" Bendahara Kim dengan yang lain pun keluar dari kawasan kediaman puteri.

Min menarik nafas lega, dan masuk ke dalam biliknya menghempaskan dirinya ke katil,

"Your highness, saya dah periksa sudah bahagian belakang istana, kami tak jumpa tuanku di mana-mana" Hyekyo terus melurukan pertanyaan kepada Min dan menggengam jari jemarinya.

Yonghwa yang menutup pintu pun terus mendapatkan Min.

"Terus terang dengan kita orang My lady, " Yonghwa meminta Min untuk jujur.

"Just duduk melihat sungai dan pokok-pokok je" bisik Min perlahan dia rasa sangat letih, baju yang tadi basah pun dah kering sebab angin malam.

Min akhirnya meminta mereka keluar kerana dia ingin berehat. Min mengeluh perlahan,dan bangun dari katil, tingkap bilik di buka perlahan,

Dia mula mengingati segala kenangan yang berlaku sekelip mata pada hari itu,dia kenal banyak orang, perkara itu mula mengubah perspektif tentang orang di sekelilingnya,

"Masih ada lagi orang yang baik di dunia ni,"

"Youngjo-shii, agaknya bila kita dapat berjumpa lagi?"

Malam yang masih panjang,bulan yang bersinar terang,angin bertiup perlahan mula menyapa wajah jejaka yang duduk di dahan pokok tersebut,

"Molla,aku pun tak tahu, bila kita akan berjumpa lagi ,Haemin-ah" seakan-akan telepati ,Youngjo memandang ke arah bulan tersenyum sendirian,

"oneul bam daleun jeongmal areumdawo"

The moon really look so beautiful tonight...

To Be Continued...

The last quote feel so butterfly

knj_99creators' thoughts