webnovel

Tidur Bersama di Atas Katil

Editor: EndlessFantasy Translation

Suara Ou Ming kedengaran amat menggerunkan sehingga Yu Lili cepat-cepat mencabut wayar pengering rambut itu lalu keluar sambil memegang pengering rambut itu di tangannya.

Ou Ming masih bersandar pada katil dan sedang memandangnya dengan senyuman kecil.

Saya akui dia kacak. Tapi… dia kelihatan jauh lebih tua daripada saya.

Yu Lili mencemuh lelaki itu dalam diam dan meletakkan pengering rambut di tangannya ke dalam bilik air.

Ou Ming mengisyaratkan supaya dia datang. "Mari sini dan tengok."

Yu Lili menarik nafas dalam dan berjalan ke katil dengan perlahan. Katil itu besar dan Ou Ming sedang duduk berlunjur di tengah-tengahnya. Bermakna Yu Lili perlu naik ke katil supaya dapat melihat apa yang mahu ditunjukkan Ou Ming di laptopnya.

Perancangan yang sungguh licik! Fikir Yu Lili ketika naik ke atas katil itu dengan perlahan…

Tiba-tiba Ou Ming terus menariknya dengan sepenuh tenaga. Yu Lili menjerit kecil kerana terkejut dan jatuh ke dalam pelukan Ou Ming. Dia terus menghidu wangian lelaki yang kuat. Satu perasaan yang aneh dan gementar terus menyelubungi dirinya.

Yu Lili memandang tubuh lelaki itu di hadapannya dengan wajah ketakutan. Jantungnya berdegup kencang. Pada masa yang sama, dia merasakan perasaan bersalah untuk melakukan perkara 'dewasa'. 

Apa yang perlu saya lakukan? Walaupun Lu Yihan belum bersetuju untuk jadi teman lelaki saya, mana mungkin saya sanggup curang kepadanya?

Namun Yu Lili tidak diberi banyak masa untuk berfikir. Ou Ming mengangkat muka Yu Lili dan memaksanya memandang skrin laptopnya. "Apa pendapat kamu tentang dia?"

"Orang gaji?" Yu Lili sedikit terganggu. "Kamu sedang cari orang gaji?"

"Ya."

Mata Yu Lili bersinar dan dia terus menoleh ke arah Ou Ming. "Apa kata saya saja? Boleh saya jadi orang gaji kamu?"

Gaji orang gaji di rumah Ou Ming pasti agak tinggi! Dengan cara ini, mungkin saya boleh bayar kesemua wangnya lebih awal? Kalau saya tahu dia akan berpindah ke sini, saya tak akan tinggal di sini dengan begitu bodoh. Kalaulau saya tahu lebih awal… saya betul-betul naif. Sekarang seolah-olah saya tinggal di dalam kandang serigala.

Ou Ming melihat keterujaan Yu Lili dan menutup laptopnya. "Kamu pasti?"

"Ya!" Yu Lili mengangguk lalu memegang Ou Ming dengan kedua-dua tangannya dan berkata, "Saya boleh memasak, kawan saya pandai memasak dan dia pernah ajar saya. Saya juga boleh kemaskan bilik dan basuh pakaian!"

"Betul?"

"Ya!" Yu Lili mengangguk pantas dengan mata yang bersinar.

Ou Ming memandang Yu Lili lalu ketawa dan bersetuju. "Okey, esok kamu boleh cuba dulu. Kalau kamu layar, saya akan ambil kamu bekerja."

"Betulkah?"

"Ya."

"Bagusnya!" Yu Lili berasa gembira dan bersorak. Ketika itu barulah dia tersedar dia masih dalam pelukan Ou Ming. Wajahnya kembali kemerahan dan dia cuba bangun tetapi ditahan oleh lelaki itu. Ou Ming mengarahkan tanpa sebarang penjelasan, "Jadi budak baik dan tidur. Disebabkan esok hari Sabtu, kamu boleh terus mulakan tempoh percubaan kamu."

"Baik… Tapi saya masih mahu tidur di sofa. Walaupun kamu jauh lebih tua, kamu belum berkahwin lagi dan saya seorang gadis… Itu amat… bahaya…"

Ou Ming terus ketawa dengan kuat dan membuatkan wajah Yu Lili bertambah merah. Yu Lili berasa berang dan malu lalu berkata, "Apa yang kamu ketawakan?!"

"Apa yang kamu fikir dalam kepala kecil kamu ni? Pergi berbaring dan tidur!"

Yu Lili memandang Ou Ming dengan ragu-ragu.Walau bagaimanapun, Ou Ming meletakkan laptopnya ke tepi lalu menutup lampu dan berbaring. Yu Lili dengan tubuh terkaku turut dipaksa berbaring dan sedang bersedia untuk melarikan diri sebaik sahaja Ou Ming bergerak.

Walau bagaimanapun, malam itu sunyi tanpa apa-apa berlaku. Ou Ming langsung tidak menyentuhnya pada malam itu.