webnovel

Pengalaman Pertama Sepatutnya Bersama Lelaki yang Paling Disukai

Editor: EndlessFantasy Translation

"Betulkah?" Ou Ming agak terkejut dan mengambil buku nota di tangan Yu Lili. "Mari saya tengok." Dia membuka buku nota itu dan melihat tulisan tangan yang cantik. Yu Lili telah mencatat semua kos makanan, pakaian, hadiah dan barang-barang lain. Ou Ming membelek buku nota itu, kemudian duduk dan membuka laci meja sisi. Sebaik membukanya, dia melihat satu kotak yang baru dibelikannya untuk telefon baru Yu Lili di dalam laci itu.

Dia membuka kotak itu dan melihat ia dipenuhi dengan tanda harga. Semua tanda harga untuk pakaian yang dibelikannya kepada Yu Lili disimpan di situ. Ou Ming tertawa kecil lalu memandang Yu Lili. Yu Lili berundur selangkah sebaik melihat pandangan lelaki itu.

"Masih muda tapi banyak akal." Ou Ming menutup kotak itu dan berkata, "Apa yang kamu mahu bayar balik? Masih banyak benda yang tak ada catatan di sini."

"Hah?" Yu Lili terkejut lalu bertanya, "Apa yang saya tertinggal? Saya akan catatnya sekarang."

"Saya." Ou Ming merenung Yu Lili sambil tersenyum.

Yu Lili berasa berdebar sebaik mendengar kata-kata itu lalu berundur lagi dengan wajah kemerahan.

"Saya satu-satunya pewaris Syarikat Ou. Kamu tahu berapa nilai saya?" Ou Ming mendekati Yu Lili dan membuatkan gadis itu ketakutan dan semakin berundur ke belakang.

Yu Lili menggeleng pantas. Lehernya terasa kaku dan dia memandang Ou Ming dengan gementar.

Ou Ming ketawa kecil lalu berjalan semakin hampir dengan senyuman nipis pada wajahnya. "Saya temankan kamu makan, ke sekolah dan juga ketika membeli-belah. Kamu boleh cuba kira berapa banyak masa yang dihabiskan."

Yu Lili terpinga-pinga dan nafasnya seakan tersekat.

"Jangan takut. Saya tak akan makan kamu." Ou Ming ketawa dengan kuat lalu menarik Yu Lili. "Pergi mandi, kemudian tidur."

Mendengar kata-kata itu, Yu Lili meneguk air liurnya lalu memandang Ou Ming dengan matanya yang cantik. Pandangannya bertukar serius. Tetapi ketika dia cuba berkata-kata, suaranya seakan tersekat. "Saya… saya belum dewasa lagi… jadi kamu… tak boleh… lakukan ini. Saya…" Wajahnya semakin kemerahan ketika dia bercakap. Akhirnya Yu Lili tunduk dengan mata yang kemerahan. "Saya tak boleh lakukannya..."

"Apa yang kamu fikir," kata Ou Ming sambil ketawa dan mengetuk perlahan kepala Yu Lili. "Saya cuma suruh kamu mandi, Pergilah!"

"Saya…"

"Kamu masih tak pergi? Nak saya tolong mandikan kamu?"

Sebaik mendengar kata-kata itu, wajah Yu Lili semakin merah padam. Dia segera mengambil baju tidurnya lalu berjalan masuk ke bilik air dengan kepala yang ditundukkan.

Ou Ming memerhatikan gadis itu dan menggumam dengan senyuman, "Comel betul."

Apabila keluar dari bilik air, Yu Lili melihat Ou Ming duduk di katil bersama laptop di kakinya. Ou Ming yang menyedari gadis itu telah keluar berkata tanpa mendongak, "Mari sini."

Wajah Yu Lili yang sedang mengeringkan rambutnya sedikit kemerahan. "Rambut saya masih basah."

"Guna pengering rambut," Ou Ming berkata ringkas dan jelas tanpa mendongak.

Selepas menggunakan pengering rambut di bilik air, Yu Lili tidak berani untuk keluar. Menyedari pengering rambut itu telah ditutup selama beberapa minit, Ou Ming berkata, "Kamu tak keluar lagi. Nak tidur di situkah malam ini?" 

Yu Lili yang masih memegang pengering rambut itu berasa nafasnya seakan tersekat dan hatinya tidak tenang.

Ia tidak patut seperti ini. Pengalaman pertama saya sepatutnya bersama dengan lelaki yang paling saya suka. Walaupun Lu Yihan belum berkata mahu menjadi teman lelaki saya, mana mungkin saya boleh serahkan mahkota saya kepada lelaki lain…?

"Kalau kamu tak mahu keluar, saya akan masuk ke dalam."