webnovel

Anak Siapa yang Kamu Kandung

Editor: EndlessFantasy Translation

Tang Mengqing adalah adik kepada Tang Mengying.

Oleh kerana Su Qianci belum mematikan talian, Li Sicheng dapat mendengar dengan jelas apa yang dikata oleh Tang Mengqing. Suhu di sekelilingnya terasa dingin. Tiada lelaki yang dapat menerima pengkhianatan sebegitu daripada isteri, apatah lagi lelaki seperti Li Sicheng.

Sejak berkahwin, dia telah menjauhkan diri daripada Tang Mengying demi menjaga perkahwinannya. Walaupun dia melakukannya untuk memenuhi kehendak datuknya, ia masih menunjukkan keikhlasannya. Namun, dia tidak tahu perempuan itu akan menemui lelaki lain di khalayak ramai. Selepas mematikan talian, Li Sicheng menelefon pemandunya. "Pergi ke Sekolah Menengah Pertama Kingstown dan bawa isteri saya balik."

Yang baru sahaja mandi dan sudah bersedia untuk tidur dengan isterinya. Mereka sedang berciuman ketika Yang mendapat panggilan itu, yang menyebabkan nafsunya hilang.

"Baik Tuan!"

Su Qianci tidak dapat menahan dirinya dari tersenyum melihat gadis itu di hadapannya. Tang Mengqing terkejut dan berasa agak teruja. Dia memandang Su Qianci dan tergagap, "Kenapa... Kenapa kau senyum?"

"Memang semua orang dalam keluarga Tang suka menyibuk hal orang lain ya? Budaya keluarga kamu memang unik." Walaupun Tang Mengqing hanya tujuh belas tahun, dia tidak bodoh sama sekali. Su Qianci jelas sedang mengatakan keluarga mereka mempunyai pendidikan yang teruk.

Tang Mengqing menggigil menahan marah. "Su Qianci, kau curang dengan suami kau sendiri."

"Curang?" Su Qianci mengangkat keningnya. "Kau tahu maksud curang?"

Suara Su Qianci sangat rendah dan kedengaran berbahaya. Ia kedengaran... sama seperti Li Sicheng. Tang Mengqing menjadi takut dan berundur ke belakang. Ia bukan kerana wajah Su Qianci yang kelihatan menakutkan, tetapi kerana dia seorang wanita yang lebih kuat daripada gadis berumur tujuh belas tahun. Tang Mengqing terdiam dan hanya tercegat berdiri di situ.

Su Qianci memandang perut gadis itu dan mengejek, "Apa yang kau buat baru dipanggil curang. Sudah buat ujian untuk tahu anak siapa yang kau kandungkan?"

Tang Mengqing sangat terkejut seolah-olah disambar petir. Bagaimana... Bagaimana Su Qianci tahu! Kawan baiknya sendiri, Li Weiya juga langsung tidak tahu. Satu-satunya orang yang tahu ialah kakaknya, dan Tang Mengying telah bersetuju untuk membawanya melakukan pengguguran esok. Adakah Tang Mengying yang memberitahu Su Qianci?

Tang Mengqing menjadi pucat. Dia hilang semua keyakinannya apabila mendengar suara Su Qianci yang begitu yakin itu. Dia menempelak, "Apa kau maksudkan? Anak siapa lagi kalau bukan..."

"Jadi kamu memang hamil?" Li Weiya menutup mulutnya dengan perasaan tidak percaya.

Lu Yihan yang hanya diam dari tadi tersenyum mendengar perkara itu. "Gadis-gadis sekarang memang berfikiran terbuka. Keluarga kamu tahu tentang ini?"

Lu Yihan tidak tahu sama ada keluarga gadis itu tahu tentang kandungannya. Namun, dia dapat jamin reputasi gadis itu akan hancur malam ini. Su Qianci tidak merendahkan suaranya langsung, jadi pelajar-pelajar yang sedang makan di situ telah mendengar semuanya dan kini memandang Tang Mengqing dengan pandangan aneh.