63 Disebabkan Lelaki Itu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Wajah Li Sicheng berubah menjadi tegang sebaik melihat gambar itu. Mata Su Qianci yang ketakutan muncul di hadapan matanya. Nampaknya, perempuan itu tidak mahu disentuh olehnya disebabkan lelaki itu. Jelas dia lebih menyukai lelaki lain daripada dia.

Baiklah!

Li Sicheng mengambil telefonnya dan membuat panggilan ke nombor yang baru ditambah dua hari lalu dengan label: orang di rumah. Tiga patah perkataan itu dirasakan seolah-olah sedang mengetawakan dirinya.

Su Qianci berasa sangat tenang. Makan barbeku, minum bir, serta berbual dengan Lu Yihan membuatkan dia berasa bahagia. Ketika bersama Li Sicheng, dia sentiasa perlu berhati-hati. Tetapi bersama Lu Yihan, seorang kawan yang amat baik, dia dapat berbual-bual dengan senang hati.

Pada kehidupan yang lepas, dia sentiasa patuh kepada peraturan keluarga Li. Namun setelah merasai maut, dia akhirnya belajar tidak ada perkara yang lebih penting selain menikmati hidupnya.

Telefonnya tiba-tiba berdering, dan nama Li Sicheng terpapar di skrin. Seingatnya, ini kali pertama suaminya itu menelefonnya sejak mereka berkahwin.

"Helo?"

"Kau dekat mana?"

"Saya dekat luar."

"Buat apa?"

"Makan malam."

"Dengan siapa?"

Su Qianci berasa sesuatu tidak kena. Walaupun Li Sicheng sentiasa dingin, dia jarang sebegitu agresif. Dia kedengaran seperti sedang menahan marah.

Apa yang dia sedang buat? Menyiasat?

Dia berfikir sebelum menjawab, "Kawan baik."

Li Sicheng yang sedang berada di rumah menggenggam telefon bimbit di tangannya dengan perasaan bertambah geram. Kawan baik!

"Lelaki atau perempuan?"

"…"

"Kenapa? Kau tidak berani jawab?" Li Sicheng berkata dengan nada mengejek.

"Lelaki. Tetapi dia hanya bekas kawan sekolah. Kami hanya makan malam," Su Qianci tidak tahu mengapa dia memberi penjelasan, walaupun dia langsung tiada rasa bersalah. Lagipun tiada apa-apa antara dia dengan Lu Yihan.

Walau bagaimanapun, dia terdengar Li Sicheng ketawa mengejek melalui telefon. "Kalau mahu senyap-senyap berjumpa lelaki lain, kau sepatutnya lebih bijak dan memilih tempat yang bukan berhampiran sekolah itu. Kau tak fikir?"

Su Qianci dengan segera melihat sekelilingnya. Menyedari perlakuan Su Qianci, Li Weiya dengan segera menundukkan kepalanya dan makan dengan senyap. Walau bagaimanapun, Su Qianci masih dapat melihatnya.

Tang Mengqing tidak takut, jadi dia memandang Su Qianci dengan mengejek. "Kami yang beritahu, jadi kenapa?" Daripada air muka Su Qianci, dia dapat mengagak siapa yang baru sahaja menelefonnya.

Berlawanan dengan apa yang Li Weiya sedang rasakan, Tang Mengqing sebaliknya sangat gembira. Dia bangun dan berjalan ke arah Su Qianci, sambil menjeling Lu Yihan dengan pandangan menghina. "Jadi, kau lebih suka gigolo seperti ini dan menipu lelaki sebaik Li Sicheng. Perempuan murahan! Kakak saya betul. Perempuan seperti kau tidak sepatutnya berkahwin dengan Li Sicheng. Memalukan!" 

avataravatar
Next chapter