webnovel

Wajah Sebenarnya, Didedahkan!

Editor: EndlessFantasy Translation

Ye Wan Wan tidak mengantuk jadi dia duduk di tepi tasik dan berfikir mengenai beberapa perkara.

Ketika dia hilang dalam lautan fikirannya sendiri, sepasang kaki kedengaran berjalan dari arah belakang.

Seseorang berjalan dan duduk di bangku di belakang Ye Wan Wan sambil merungut dan menyumpah.

"Celaka kau, Zhao Xing Zhou! Binatang betul! Tengok nanti aku laporkan kau ke biro pendidikan kerana mendera pelajar! Gila!"

Tasik kecil itu sangat sunyi di waktu malam jadi Ye Wan Wan mendengar setiap butir sumpahan yang dihambur oleh lelaki itu.

Mendengar suara dan carutan ini, orang itu nampaknya adalah Ling Dong, orang yang meletakkan baldi air di atas pintu kelas untuk mengenakan dia, abang angkat kepada Cheng Xue.

'Nampaknya dia telah didera oleh Zhao Xing Zhou!'

Zhao Xing Zhou memang tidak mengecewakan –– dia tidak lepaskan budak itu walaupun di hujung minggu.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com