webnovel

Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga

Urbano
En Curso · 2.8M Visitas
  • 1380 Caps
    Contenido
  • 4.8
    753 valoraciones
  • NO.200+
    APOYOS
Resumen

"Betapa gatal citarasa Si Ye Han? Dia masih mahukan saya walaupun saya begini?" Apabila terjaga, dia melihat dirinya di dalam cermin — rambut palsu besar, tatu, dan solekan seperti syaitan. Mata orang yang normal pasti akan terbakar melihat dia walau untuk sesaat. Sebelum dilahirkan semula, dia telah jatuh cinta dengan lelaki lain, jadi apa dia mahukan hanyalah melarikan diri dari Si Ye Han. Kebencian semakin menebal apabila Si Ye Han bertindak mengurungnya. Setelah dilahirkan semula, dia melihat Si Ye Han dengan pandangan berbeza, menyangka mungkin dia sudah berubah. Di masa lepas, fikirannya telah bercelaru. Dia melepaskan suami yang hebat, diluka dan dikhianati oleh lelaki tak guna dan paling teruk, telah diperdaya oleh sahabat paling dipercayai. Akhirnya, dia ditinggalkan seorang diri. Di kehidupannya sekarang, mereka yang jahat telah merancang dan menunggu kejatuhannya. Maaf, tapi perempuan ini tidak akan terpedaya lagi!

Chapter 1Masih Mahu Pergi?

Ye Wan membuka matanya.

Dia ditatap oleh sepasang mata yang membuat jantungnya berdebar dan jiwanya bergetar.

"Ah—"

Jari jemarinya pucatnya menggenggam erat duvet.

Lagi sekali, dia perlu menahan keperitan tubuhnya yang seperti dikoyak.

Adakah ini neraka?

Mengapa bila saya dengan jelas telah mati tapi perlu datang semula, ke sisi syaitan ini?

Fikirannya berserabut kerana kehangatan tubuh lelaki ini dan mengikut gerak hatinya, dia menentang, "Jangan pegang saya!"

Dengan satu pergerakan pantas, Ye Wan seperti disentuh ais. Muka pucat lelaki itu yang seperti hantu, dengan wajah yang dahagakan darah bersama bibir sejuk seperti ais, terus menggigit dia dengan ganas. Seperti mahu menelan dia hidup-hidup.

Ye Wan Wan dalam kesakitan yang amat sehingga dia tidak boleh berfikir dengan lurus. Dia menggumam tanpa sedar. "Kenapa… Kenapa saya… Si Ye Han… Kenapa mesti saya…?"

"Sebab ia mesti kamu."

Mendengar suaranya yang dalam dan garau seperti rantai yang mengurung jiwa Ye Wan.

Selepas mendengar jawapan yang sama yang dia berikan dari kehidupan sebelumnya, Ye Wan Wan terus jatuh koma.

Apabila dia membuka matanya semula, kegelapan langit malam telah bertukar ke siang hari.

Bau bunga memenuhi segenap ruang dan kehangatan sinaran matahari yang berjaya menembus masuk, menghilangkan keresahannya sebentar.

Namun, sejenak kemudian, Ye Wan Wan menjadi cemas semula.

Kebimbangan mula menular dalam dirinya apabila lelaki di sebelahnya tersedar.

Dakapan lelaki itu ke pinggangnya menjadi lebih erat. Dia seperti sebuah bantal, dipeluk kejap dalam dakapannya.

"Masih mahu pergi?"

Bisikan ke telinga dari lelaki di sisinya membuatnya menggigil.

Nalurinya untuk hidup memaksa Ye Wan Wan menggelengkan kepalanya.

Dia tak pasti sama ada lelaki itu percaya atau tidak. Dia memandang Ye Wan seketika sebelum melihat ke bawah, dan mula memberi ciuman kecil pada bibir, dagu dan lehernya…

Nafas berat dan hangat lelaki itu memberi tanda amaran kepada seluruh tubuh Ye Wan.

Dia seperti seekor rusa yang sudah digigit oleh pemangsa. Dia tidak berani untuk bergerak.

Seketika kemudian, akhirnya dia melepaskan Ye Wan.

Tidak lama selepas itu, pemandangan menarik menjamu mata Ye Wan.

Lelaki itu turun dari katil separuh bogel, cahaya latar menyerlahkan pinggangnya yang langsing dan tirus.

Namun, pandangan itu hanya untuk seketika apabila dia dengan ligat memakai baju dari katil dan membutangkan bajunya hingga ke atas dengan teliti.

Hanya sebentar tadi dia seperti seekor binatang yang ganas, tapi pada saat ini, mukanya yang tampan kelihatan dingin tanpa riak kemanusiaan.

Hanya selepas dia mendengar pintu ditutup, barulah Ye Wan Wan membiarkan dirinya bertenang.

Sekarang baru dia boleh berfikir berkenaan keadaannya sekarang.

Dengan perlahan dia melihat perabot di sekelilingnya, dan juga pantulan dirinya sendiri dari cermin meja solek bertentangannya.

Bibir hitam gadis di dalam cermin itu telah dihisap sehingga warna itu menjadi begitu pudar. Solekan di wajahnya menjadi comot kerana air mata dan peluh. Tubuhnya yang selain dari dipenuhi lebam dan kesan ciuman ialah tatu berdarah dan mengerikan.

Dia tidak percaya ini rupanya sewaktu dia berusia 20 tahun!

Pada masa itu, untuk menjauhkan diri dari Si Ye Han, dia dengan sengaja membuat dirinya menjadi hodoh dan menjijikkan.

Sekarang dia telah… dilahirkan semula....

Tiba-tiba, suatu perasaan takut dan putus asa membelungi dirinya dan membuatkan dia tercekik.

Kenapa…

Kenapa saya telah kembali ke 7 tahun yang lepas?!

Dia masih ingat ini ialah pertama kali dia dan Si Ye Han melakukan hubungan seks, dan dia telah diseksa berkali-kali bermula dari malam itu dan malam yang mendatang.

Dia telah kehilangan kekasihnya, keluarganya, dan juga maruah dan kebebasannya. Dia telah kehilangan segala-galanya.

Perlukah aku lalui semua ini lagi?

Tidak. Tuhan telah memberikan aku peluang kedua untuk hidup, aku akan ubah segala-galanya!

También te puede interesar

Love You The Way You Smile

"Pardon, ken ik u?" - Harris Rynold "I just love you the way you smile." - Airish Humaira Mengisahkan tentang seorang gadis muda polos yang bernama Nur Airish Humaira mahu mencari apa erti kehidupan padanya. Airish ingin mengharungi liku-liku kehidupan demi mencari cinta sejatinya. Namun dia memiliki personaliti Introvert, iaitu seorang yang pendiam menyebabkan dia sulit mencari kawan apatah lagi teman istimewa. Tetapi, adakah benar lelaki sejati wujud? Adakah benar-benar ada lelaki yang akan mencintainya seadanya? Tengku Harris Rynold, seorang jejaka tampan kacukan Belanda, pulang ke Malaysia selepas sekian lama berada di Amsterdam. Harris bertemu dengan Airish secara tidak sengaja di lapangan terbang dan terjadi suatu insiden yang memalukan di antara mereka. Airish terus berusaha melarikan diri daripadanya. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Takdir mempertemukan mereka lagi dalam keadaan tidak diduga, namun entah mengapa semakin Airish mengelak, semakin Harris mendekat. "You have to marry me, but this is the contracted marriage only." - Harris Rynold Disebalik sikap dingin Harris, terselit sifat prihatin yang mendalam terhadap Airish namun dia tidak menyedarinya. "Sebab aku dah jatuh cinta dekat kau, baka!" - Airish Humaira "Airish, verlaat mij niet..." - Harris Rynold Namun, adakah kebahagiaan menjadi milik mereka? Pelbagai cabaran dan halangan terus menanti mereka. Mengapa Airish berasa seolah dia seperti seorang 'Cinderella' yang dicari oleh sang putera untuk memulangkan kembali kasutnya? Apakah Airish berjaya menemui cinta sejatinya? Temui jawapan kamu dalam bacalah novel ini :)

Shining_Sky · Urbano
Sin suficientes valoraciones
5 Chs

THE MAFIA IS MY HUSBAND

Tengku Melissa Bin Tengku Razlan merupakan seorang gadis yang cantik, lemah lembut dan peramah... Tetapi, kejadian yang menimpa mama kesayangannya iaitu Tengku Maria ketika dia berumur 15 tahun membuatkan gadis itu menjadi gadis yang paling kejam dan digeruni.. Dia bersama-sama dengan abang kembarnya iaitu Tengku Danial dan Tengku Danish mula berkecimpung dalam dunia gelap. Tidak lupa juga, dua orang sahabatnya yang selalu menyokongnya dan turut serta dalam dunia gelap ini, tak lain tak bukan, Zahirah dan Amanda.. Mereka berkawan sejak dari tingkatan satu lagi, tetapi selepas mengetahui tentang kemalangan yang menimpa mama Melissa, mereka bernekad untuk turut serta dalam perjuangan untuk membalas dendam... Tetapi, dalam dia mencari jawapan, Melissa terpaksa berkahwin dengan Tengku Amirul yang merupakan adik kepada Tengku Hafiz.. Tujuan utama Tengku Razlan (papa Melissa) menyatukan anaknya Tengku Melissa dengan Tengku Amirul ialah untuk membalas dendam kepada keluarga itu, tetapi keluarga itu sedikit pun tidak menyangka tentang hal itu... Melissa akur, kerana itu merupakan peluang keemasan dia untuk membunuh Tengku Hafiz yang telah membunuh mama kesayangannya. Tengku Razlan memberi tahu kepada Tengku Harith, merangkap daddy kepada Tengku Hafiz dan Tengku Amirul yang dia mahukan Melissa dan Amirul bersatu untuk mengukuhkan lagi urusan business diorang... And Tengku Harith bersetuju dengannya.. Tetapi dia tidak tahu, yang ajal anak sulungnya sudah dekat.. Tengku Amirul merupakan lelaki yang kejam, turut berkecimpung dalam dunia gelap dan merupakan ketua mafia yang terkenal dan digeruni.. Dia tidak menyukai perempuan and selalu berwajah dingin, tetapi wajah dinginnya itulah yang membuatkan ramai perempuan diluar sana cair... Adakah Melissa akan turut cair? Adakah Dendam Melissa akan terbalas? Adakah mereka akan jatuh cinta diantara satu sama lain? Kalau korang nak tahu, korang wajib baca...

Syafika_1111 · Urbano
Sin suficientes valoraciones
37 Chs
Tabla de contenidos
Volumen 1
Volumen 2
Volumen 3

valoraciones

  • Calificación Total
  • Calidad de Traducción
  • Estabilidad de Actualización
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Contexto General
Reseñas
gustó
Últimos
Syafiqah21
Syafiqah21Lv4
amyzie
amyzieLv3
Qistina_Shahran
Qistina_ShahranLv2
Secret_Lee
Secret_LeeLv4

APOYOS