webnovel

Bab 9

Hari ini macam biasa, masuk sahaja dalam sekolah terus aku meluru masuk ke kelas. Masuk sahaja dalam kelas aku sudah dapat agak ada susuk tubuh yang amat aku kenali siapa lagi kalau bukan Fika. Kemudian terus aku melangkah ke tempatku dan meletakkan beg sekolahku.

Setelah itu, aku pun bingkas bangun dari kerusi lalu menapak ke arah Fika yang tegak berdiri di depan pintu masuk. Aku pun menampar manja bahunya.

'Buk'

" Aduh. Sakit la giler " rengetnya lalu menggosok bahunya yang aku tampar tadi. Aku hanya tersengih melihat kerutan wajah kawanku itu menahan sakit. Aik aku rasa aku tampar slow je, takkan tu pun sakit?! Arh lantak la! 😆

" Aii kuat mengelamun. Sampaikan aku yang cantik ni masuk dalam kelas pun kau tak perasan. " sinisku berkata. Mendengar itu Fika terus menaikkan bebola mata tanda menyampah.

" Hm, cantik konon. Aku rasa beruk duk atas tunggul tu lagi cantik dari kau " sindir Fika. Aku memalingkan wajahku ke arah lain  dan terus mencebik bibir tanda protes. Fika yang perasan akan itu terus menampar bahuku. Aii balas dendam ke ape!?

'Buk'

"Aduhh! Sakit la bongok" rengetku pula. Lalu aku menggosok bahuku yang ditampar oleh Fika tadi. Aku yang tadi mahu merajuk terus tak jadi kerana tamparan Fika itu.

" Alah kau ni macam tak biasa pulak. HAHAHAH" Fika tergelakkan aku manakala aku merengus geram melihat tawanya itu.

" Ish, benci laa" kataku lalu memeluk tubuh dan memuncungkan bibir.

" Haha, kau ni sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak merajuk " keluh Fika.

" hm, dah tu memang sifat aku kan? so kau kena la hadap dengan sifat aku tu. MUHAHAHAHAH🤣🤪✌️" kataku lalu tergelak..

" Hm, ape la nasib aku " keluhnya. Aku hanya tersengih. Kemudian Fika gelakkan aku. Aku pun tak tahu kenapa dia gelakkan aku, maybe kawan aku ni kena sampuk kot! 🤔

" Asak doe kau gelakkan aku? "cebikku.

" Lucu doe dengan muka kau MUHAHAHAHHAAHAHAH🤣🤣" gelaknya lalu memegang perutnya. Aku yang mendengar itu terus merengus geram.

" Lucu ape weh? " soalku dengan nada yang sedikit tinggi. Fika terus berhenti ketawa apabila aku berkata begitu.

" Lucu doe kau buat muka macam tu" aku terus berkerut dahi mendengar balasan Fika itu.

" Asal weh dengan muka aku? Ade pape ke kat muka aku? " soalku bertubi-tubi. Fika terus tergelak melihat muka gelabah aku itu. Lagi bertambah kerutan di dahiku.

" Ish kau ni, aku tanya boleh pulak kau gelakkan aku ye " aku merengus geram lalu memeluk tubuh.

" Okey okey. Sebenarnya takde pape pun kat muka kau tu heheh" Fika menayangkan gigi putihnya yang tersusun cantik itu. Aku terus menjeling tajam kearahnya.

" Ish kau ni aku ingatkan ade pape dah kat muka aku ni" bebelku.

Beberapa minit kemudian, Bahyah pun menghampiri aku dan Fika setelah dia meletakkan beg sekolahnya di kerusi.

" Lancak berbual. Mengumpat aku ea? " teka Bahyah. Aku dan Fika terus terhinjut bahu dengan sergahan Bahyah itu.

" Eh takde la. " Balasku. Bahyah kemudiannya memandang kearah Fika pula untuk memastikan perkataan yang keluar dari mulut aku tu betul atau tak.

" Haah betul tu, kitorang berbual kosong je " balas Fika pula.

" Iye ke? " soal Bahyah lalu menjongketkan kening.

" Iye laa, buat ape kitorang ni nak mengumpatkan kau pulak? Baik kitorang mengumpatkan orang lain daripada kau tu, kau kawan aku kot and takde maknanya kitorang ni nak mengumpatkan kau. Fikir la logik sikit! kita bertiga ni berkawan dah nak masuk setahun dah kan? Haish..." Kataku panjang lebar, Fika pula lantas mengangguk tanda setuju dengan balasan aku itu. Bahyah yang mendengar itu hanya tersengih kambing.

" hehe corry " Bahyah membuat muka comelnya. Nampak cute gituw dengan lesung pipitnya yang dalam tu buleh membuatkan semua jantan eh! semua lelaki yang dalam kelas tu tergoda dengan dia. Cewahh!!🤣

" corry naik lori laa" balas fika acuh tak acuh. Aku dan Bahyah terus ketawa mendengar balasan Fika.

Sedang kitorang bertiga rancak berbual, kringg! Loceng berbunyi. Terus kitorang bertiga menuju ke meja masing-masing kerana waktu pembelajaran dah pun bermula. Sebenarnya kitorang tak belajar pun sebab dah nak habis sekolah kan so kitorang just buat kerja masing-masing je.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah menunggu ketibaan Cg Razali tiba, aku terus melentokkan kepalaku di meja yang beralaskan lenganku untuk dijadikan bantal. Semasa aku hendak memejamkan mata, kedengaran Hazeem iaitu ketua kelas memberi salam tanda cg telah pun datang. Aku terus membuka mata yang aku pejam tadi dan bingkas bangun dari kerusi.

Kemudian, kitorang semua dipersilakan duduk dan membuat kerja masing-masing. Setelah itu, Hazeem pun bertanya kepada Cg mengenai jamuan akhir tahun yang akan diakan hari khamis itu.

Hazeem pov.

" Erm,, Cg, kitorang semua dah berbincang pasal jamuan tu tapi.. " jeda Hazeem. Cg Razali yang tekun bermain headphonenya terus meletakkan headphonenya dimeja dan memalingkan kearah Hazeem.

" Tapi ape? " Soal Cg Razali sambil menjongketkan kening.

" Tapi yang bawak air tu tak tahu sape yang bawak.." ujar Hazeem sekali nafas. Cg Razali hanya beriak biasa.

" Alah kalau yang tu nanti Cg sponser takpe." Hazeem hanya tersenyum lalu mengangguk.

Hazeem terus ke mejanya manakala Cg Razali terus mengambil headphonenya dimeja lalu membuat kerjanya yang tergendala tadi.

End Hazeem pov.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku yang hendak lelapkan mata tadi terus tak jadi sebab Fika, Bahyah dan Balqis datang menghampiri aku.

" Bosan la korang " keluh Balqis, Fika dan Bahyah juga mengangguk.

" Aku pun bosan jugak ni" keluhku pula.

" Korang takde ke gosip-gosip yang boleh diceritakan?" Soalku. Bahyah terus mengeleng kepala lalu menepuk dahi licinnya. Sebab? Sebab dia ni paling tak suka kalau bab membawang ni, tapi tak bagi Fika. Haa dia ni kalau bab membawang ni laju je.

" Eh kau ni asyik membawang je kerja. Takde kerja lain ke selain dari membawang tu? Cuba buat kerja yang mendatangkan faedah sikit ni tak! Membawang je kerja! " Ujar Bahyah panjang lebar. Haa kan dah kena! Kena makan ceramah tak berbayar pulak tu. Nasib la nasib! 😌

Aku dan Fika terus kecut mendengar ceramah dari Bahyah. Manakala Balqis pula dah menertawakan aku dan Fika. Terus aku dan Fika menjengil mata kearahnya, kemudian dia terus diam tak terkutik. HAHAH PADAM MUKA!

" Pastu kita nak buat ape ni? Dahla kerja sekolah pun takde. Bosan laaa " cebikku. Balqis dan Fika juga turut mencebik

" Ahaaa aku ada idea! " Jerit Bahyah tapi perlahan je. Aku, Fika dan Balqis yang tadi monyok terus menegakkan badan apabila mendengar jeritan Bahyah. Mata kitorang terus bersinar lalu mendongakkan muka kitorang sedikit.

" Idea ape werh? Cepat la bagitahu.. " Fika yang tak sabar mendenar idea itu terus menggoncang lengan Bahyah yang berlapik baju itu. 

" Ish kau ni! Sabar laa.." marah Bahyah lalu menepis tangan Fika. Fika terus memuncungkan bibirnya

" Tah dia! Tak sabar betul... Haa apa idea tu? " Soal Balqis pula lalu tersengih kambing apabila dia perasan akan pandangan helang si Bahyah.

" Ceh cakap orang! Kau pun dua kali lima je macam minah ni " bebel Bahyah.

' eh pempuan ni sesedap kau je panggil aku minah ea ! Nasib la kau ni kawan aku kalau tak dah lama dah pipi kau yang gebu tu kena makan penampar free aku ni!  ' guman Fika.

" Erm Bahyah yang lagi cantik bergaya, apakah idea yang tuan hamba mahu bagitahu itu?" kataku dengan nada yang sehabis lembut dan aku membuat muka comel. Bahyah terus membuat gaya hendak muntah 🤢🤣

" Okey ide-.... " Belum sempat Bahyah hendak menyambung percakapannya, Fika terlebih dahulu memotong percakapannya.

" Eh kau ni dari tadi lagi dengan idea kau tu. " kata Fika lalu menaikkan bebola mata. Bahyah terus merengus geram

" Dah tu aku belum habis cakap lagi, yang yang potong tu asal hah?" Soal Bahyah sambil menahan amarahnya.

" Dah kau tu! " Fika tak mahu kalah

" Eh korang berdua ni dah-dah la tu. Asyik gaduh je kerja. " Balqis pula meleraikan pergaduhan itu.

" Haa Bahyah, sambung percakapan kau yang tergendala tadi tu. " Ujar ku pula. Bahyah mengangguk

" Okey macam ni.. korang letak kedua tangan korang atas meja. " Bahyah menunujukkan cara seperti yang dia bagitau itu.

" Lepastu korang letakkan kepala korang secara menunduk dekat tangan korang, pastu korang pejam mata and tidur😴!  Haa amacam hebat tak idea aku tu? "

" Hebat tu hebat tapi kan.. " ujar Balqis. Bahyah terus berkerut dahi

" Tapi ape? " Soalku pula. Hairan babe!

" Tapi buleh la kita buat tahi mata kan? HAHAHA " terus meletus ketawa aku dan Bahyah. Manakala Fika hanya membalas dengan senyuman sinis.

" Eleh aku ingatkan idea ape tadi, rupanya idea untuk tidor je. Heh membosankan " Fika tersenyum sinis kearah Bahyah

" Okey la sikit daripada membawang kau tuh! " Hembur Bahyah.

Aku dan Balqis hanya menggelengkan kepala sebab dah masak dengan perangai diorang. Macam anjing dengan kucing! AHAHA 😂

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1405 words.

Hambar kan? 😂

I sebenarnya takde idea and time form 1 tu tak ingat sangat and banyak yang dah lupa. HEHE