Completed ✔️
Nama aku Nur Aliya Alisya. Umur aku sekarang 16 tahun dan tahun depan aku SPM. Aku just nak cerita permulaan aku masuk ke Sekolah Menengah kebangsaan Sri Lankas (SMKSL) sehingga hari ini.Di sekolah ini banyak kenangan manis dan pahit yang aku hadapi. Oke cerita dia macam ni...
Hari ini merupakan hari first day aku melangkah masuk ke sekolah tapi sebenarnya bukan first day pun tapi second day sebab masa hari first tu ada ke patut adik aku sorokkan kasut aku? Dahla first day Kut dia main sorok sorok pulak haduii penat la kalau dapat adik macam ni haish😌. Oke back to the story..
When bila aku masuk je dalam kelas iaitu kelas 1 Cemerlang, aku mengambil tempat duduk ku di belakang sebab semua meja tu dah ada orang so hanya tinggal satu meja je yang berada di tepi tingkap belah kiri. Aku melangkah menuju ke meja tersebut dan meletakkan beg sekolahku lalu melabuhkan punggungku di kerusi itu. Kemudian aku menunggu kawanku yang bernama Nurul Syafika Alzahra, hanya dia je yang aku kenal dalam kelas itu. Kitorang dah kenal lama masa sekolah rendah lagi. Tapi kitorang kawan gitu gitu je. Cuba korang bayangkan dalam kelas tu Fika ( nama panggilan dia ) sorang je yang aku kenal, yang lain tu aku tak kenal langsung mananya tak kenal,, tegur pun tak HAHAHAHAH. Tengah aku duk termenung aku nampak bayangan seseorang siapa lagi kalau bukan Fika. Kemudian Fika melangkah masuk ke dalam kelas itu dan menuju ke mejanya untuk meletakkan beg sekolahnya. Lepas tu dia menuju ke arah ku untuk bertanya kepadaku tentang ketidakhadiran aku smalam.
"Weh, asal kau tak datang smalam? " aku hanya tersenyih macam kerang busuk apabila mendengar pertanyaan itu
"Erk... macam ni smalam kan, pagi tu dalam pukul 6.40,, aku punyalah bersiap lama tinggal nak pakai kasut je. Lepastu.." aku jeda.
"Lepastu apa? " seloroh fika
"Lepastu aku pun keluar dari bilik aku. Lepastu aku pun duduk kat tangga nak cari kasut aku tu sbb seingat aku, aku letak kat tepi tangga takpun kat bawah meja dalam bilik aku. Masa aku cari kat tangga tu takde so aku pun masuk semula dalam bilik aku. Aku punya la cari sampai jumpa then kau tahu tak aku jumpa ke tak?" Fika menggeleng kepala tanda tidak
" Aku jumpa tapi sebelah je " sambungku lagi dengan suara kendur. Apala malang sangat nasib aku 😌
" Laa.. Kasut hilang rupanya..aku ingatkan ape tadi HAHAHAHAHH" Habis dia gelakkan aku. Jahanam punya kawan aku punya la letih letih duk cerita kat dia, dia buleh pulak gelakkan aku. Kata hatiku
" Haa gelak la gelak..aku punya la cerita kat kau..kau boleh eh gelakkan aku" cebikku
" Alah kau ni relex laa.. Aku gurau jela HAHAHAA" Aku hanya menjeling fika yang masih lagi gelakkan aku
Kring!
Loceng sudah berbunyi menandakan waktu belajar sudah bermula. kemudian seorang guru masuk dan dengan bergegas fika menuju ke mejanya. Semasa sesi pembelajaran bermula aku ada perasan ekor mata yang asyik duk tengok aku je.. aku pun menoleh kearah pandangan tersebut iaitu seorang perempuan yang cantik molek tersenyum kearah ku dan menampakkan lesung pipitnya yang dalam. Nampak cute gituu!!!! Nama dia Nor Bahyah Qismina(aku panggil dia bahyah) cantikkan nama dia dan secantik tuan punya muka laa hehe.. Habis sahaja waktu pembelajaran pertama, aku mengemas mejaku dan menuju ke meja fika dan aku nampak yang si bahyah pun menuju ke arah itu juga. Dengan tidak membuang masa aku pun menuju ke arah mereka berdua dan berbual kosong tanpa aku sedar yang aku sudah pun selesa dengan kehadiran kawan baru iaitu Bahyah. Lama kelamaan kitorang menjadi kawan rapat atau lebih kepada BESTFRIEND.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf jika typo. Saya masih lagi newbie.
Maaf ayat saya agak terabur. Maklum la first time tulis HAHAH