Minggu ni merupakan minggu last kitorang bersekolah dan minggu tu jugak Fizi tak datang sekolah sebab dia pergi sabah. Dia buat apa kat sabah tu aku tak tahu sbb malas nak ambik tahu. Mesti korang tertanya-tanya kan macam mana aku buleh tahu Fizi tak datang sekolah kan? Okey cerita dia macam ni...
Time tu Liyana tanya Hazeem, lepas rehat
" Weh Zeem, asal Fizi tak datang hari ni. " soal Liyana.
" Asal? " soal Hazeem sambil menjongket keningnya. Aku, Fika dan Bahyah pula hanya menjadi pendengar dan pemerhati sahaja. Malas nak masuk menyampuk!
" Saja nak tahu" balas Liyana
" Dia pergi sabah" Liyana hanya meng'oh'kan sahaja.
Selepas je Liyana tanya Hazeem macam tu, kitorang pun berbual kosong sampailah Cg masuk dan kitorang pun belajar macam biasa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
40 minit telah pun berlalu dan kini Cg yang mengajar kitorang pun telah keluar. Kemudian masuklah pulak Cg kelas kitrorang iaitu Cg Razali..
" Assalammualaikum semua " cg memberikan salam
" Waalaikummussalam cg " jawab kami serentak. Kemudian kami sekelas membaca doa dan dipersilakan duduk.
" Okey memandangkan minggu ni minggu last kita bersekolah, cg akan adakan jamuan akhir tahun pada hari khamis ni. So korang semua boleh la bawak makanan or pape jela untuk korang bawa. Takpun korang berbincang dahulu antara korang semua." Ujar cg panjang lebar.
" Baik cg" jawab kami sekelas.
Selepas cg memberitahu tentang jamuan itu, kitorang semua pun belajar macam biasa selama 40 minit.
Kringg!!
menandakan waktu balik. Semua murid-murid dari kelas lain sudah berpusa-pusa keluar dari kelas tapi tak bagi kelas kitorang sebab Cg Razali belum keluar lagi.
" Ingat ye semua pasal jamuan tu. Korang berbincang dahulu pastu nanti hari Rabu korang bagitahu Cg pulak. " Pesan cg. Kami semua hanya mengangguk.
" Okey sampai disitu sahaja untuk hari ni. Kamu semua boleh balik sekarang." sambungnya lagi dan melangkah keluar dari kelas itu.
Selepas cg keluar dari kelas itu, kitorang pun berbincang lah pasal jamuan itu. Kitorang berempat pun berjalan balik bersama dan aku pun memulakan percakapan..
" weh korang, korang nak bawak ape? " soalku.
" Aku rasa aku nak bawak puding la" jawab Bahyah. Aku hanya membalas dengan membuat mulut bentuk O
" Kau Fika? " soalku kepada Fika pula.
" Entah la. Aku pun tak sure lagi. Nanti la aku bagitahu dalam group whatsapp. " Aku hanya mengangkat simbol 👌. Kemudian aku pun melirik ke arah Balqis, belum sempat aku bertanya dia terlebih dahulu menjawab..
" Aku pun tak sure lagi. Eh kau pulak? Sesedap dia je tanya orang, tapi dia tu tak bagitahu lagi🤦♀️ " Aku hanya tersengih kambing😂
" Hehe ler ar.. hm aku pun tak sure jugak AHAH😂" Aku hanya menayangkan gigi putih ku.
" Eleh dia pun dua kali lime je" Balqis memandang tajam kearahku. Bahyah dan Fika pula hanya senyap melihat pandangan tajam Balqis.
" Alah korang ni, headphone ada kan. So kita bincang dalam whatsapp je." cadang Bahyah. Kitorang mengangguk tanda setuju dengan cadangan Bahyah.
setelah lama berbual kosong sambil berjalan makan kitorang berempat pun sampai lah di pagar sekolah. Aku, Fika, Bahyah dan Balqis saling berbalas lambaian antara satu salain dan masing-masing menuju kearah mak ayah kitorang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebaik sahaja aku sampai di rumah, aku menuju ke bilik kemudian menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Seusai membersihkan diri, aku keluar dari bilik mandi dengan lengkap berpakaian. Setelah itu, aku membaringkan badanku di atas katil lalu aku mencapai headphoneku yang berjenama Huawei.
Kemudian aku pun membuka aplikasi whatsapp lalu aku menekan group yang bernama 'Gegirls 💘' untuk membincangkan tentang jamuan yang telah cg pesan tadi.
Gegirls 💘
Aku : Hye korang 🙃
Dah ada cadangan ke nak bawak ape nanti hari khamis ni? 🤪
Bahyah :
Hye too 😋
Dah la.
Kang tadi aku dah bagitahu yang aku nak bawak puding.😑
Aku :
Ish, tu aku dah tahu la.
Ni aku nak tanya Fika and Balqis pulak. Mana diorang ni? 😪🤨
Bahyah :
Diorang tido kot. Senyap je ni 🤔
Aku :
Aku pun rasa macam tu jugak. Haish 😌
Selang beberapa minit, kedengaran mesej masuk dari headphoneku.
Fika :
Hye girls 💖
Sorry baru reply. Aku tertido tadi lepas balik sekolah. Heheh😅😅
Aku :
Hmm. Kau ni asyik tido je kerja 🙄😒
Fika :
Hehe 😄✌️
Balqis :
Hye korang 💘
Sorry korang aku baru reply. Aku baru lepas buat hw tadi. Hehe🙃
Aku :
Owh
It's sokey.
Bahyah :
Qish, nanti hari khamis ni kau bawak ape?
Aku :
Haah. Kau bawak ape qish?
Balqis :
Aku rasa aku nak bawak makanan ringan la.
Aku :
Okey jugak tu.
Kalau aku pulak aku nak bawak gula-gula je. AHAH😂
Bahyah :
Owh..
Haa kau pulak Fika?
Fika :
Aku rasa aku nak bawak... 🤔🤔
Aku :
Ape?
Bahyah :
Haah ape weh?
Fika :
Aku rasa aku nak bawak diri aku la. AHHAHA🤣🤣
Balqis :
Ish kau ni. Orang tanya betul-betul dia main-main pulak 😑
Bahyah :
Haah kan. 🙄
Aku :
Tah dia. Tak senonoh betul 😤😒
Fika :
Alah korang ni, aku gurau je. Hehe
Aku :
Banyak la kau punya gurau 😒
Fika :
Haha lek ar, okey macam ni nanti hari khamis tu aku bawak kek kot..
Bahyah :
Yah!! Serius ar 🤩
Balqis :
Wah!! Tak syabar nak tunggu 😅🤩
Aku :
Ish korang ni, tadi bukan main lagi marah.. ni Fika sebut je pasal kek terus hilang ek marah tu?😒
Bahyah :
Heheh✌️✌️
Balqis :
Hihi 😄😄
Aku :
Tapikan Fika, okey jugak kau bawak kek tu. Kan?🤔
Bahyah :
kan..
Balqis :
yup..
Aku :
Pastu kan sape nak bawak pinggan, gelas and sudu plastik untuk makan kek and puding tu nanti?
Balqis :
Haah.. Sape wei?
Bahyah :
Aku.
Fika :
Oh..
Aku :
Okey cun 👍✨
Bahyah :
Okey 😄✨
Setelah itu, aku terus menutup headphone dan terus meletakkan tangan didahi lalu menutupkan mata dan aku pun tertido.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Keesokkan harinya, aku macam biasa sampai sahaja depan pagar sekolah terus aku meluru masuk dan menuju ke kelas.
Masuk sahaja dalam kelas, aku melihat yang Bahyah dah ada dalam kelas bersama Fika. Aku pun pelik la jugak sebab Bahyah ni selalu datang lewat tapi hari ni tetiba je datang awal maybe kena sampuk kot🤣.
Sebaik sahaja aku masuk, aku terus melangkah ketempatku dan meletakkan beg sekolah di kerusi. Kemudian aku mengangkat punggung ku dari kerusi dan terus menuju ke arah Fika dan Bahyah. Sampai sahaja di tempat Fika, aku terus rembat kerusi tah sape punya dan aku pun duduk bertentangan denga Fika dan Bahyah. Kemudian aku pun memulakan percakapan sementara menunggu Balqis datang..
" Eh, korang dah tanya ke diorang semua tu? " soalku.
" Tak lagi. Nanti rehat baru aku nak tanya diorang.." jawab Bahyah. Aku mengangguk
" Hm,, lambat lagi ke Balqis nak sampai ni " keluhku.
" Tah dia. Selalu nya kalau aku datang mesti dia dah ada. Ni tak aku dulu yang datang.." ujar Bahyah.
" Haah kan " celah Fika pulak.
Setelah itu, kelibat Balqis pun kelihatan..
" Panjang umur kau. Ingat kan tak datang dah tadi" perliku. Balqis memandang tajam kearahku. Aku yang perasan akan pandangan itu hanya membalas dengan jelingan.
" Ou korang mengumpat aku ea? "teka Balqis. Fika dan Bahyah cepat-cepat mengelengkan kepala tanda tidak manakala aku hanya diam. Setelah itu aku pun bersuara..
" Qish, kau nak galas beg sekolah tu sampai esok ke? " perliku lagi. Balqis yang mendengar perlianku terus menepuk dahi licinnya dengan tapak tangan.
" Haah laa.. mujur kau bagitahu aku, kalau tak sampai balik la aku galas beg ni. AHAHA👍🤣 " Balqis buat-buat ketawa lalu dia menuju ke mejanya dan meletakkan beg sekolahnya di kerusi. Setelah meletakkan beg sekolahnya dia kemudiannya terus menapak ke arah kitorang lalu duduk di kerusi yang entah sape punya.
" Eh Liyana, kau bawak ape nanti jamuan ni" soal Bahyah. Liyana hanya mengangkat kedua bahunya tanda tak tahu nak bawak ape.
" Pulak dah " balas Bahyah lalu memepuk dahi licinnya yang putih gebu itu. Liyana hanya tersengih kambing.
" Dah tu korang pulak bawak ape? " soal Balqis kepada Nureen, Azwa dan Ain.
" Kitorang tak bawak pape tapi kitorang dah bercadang yang kitorang akan menghias kelas ni dengan belon and banyak lagi la.." balas Nureen. Azwa dan Ain pulak hanya mengiyakan kata kawannya itu. Kitorang pulak hanya membalas dengan angukkan.
" Hm,, korang dah tanya ke geng Hazeem yang diorang bawak ape.. " soal Liyana kepada kitorang. Kitorang hanya menggeleng kepala.
" Hm,, kalau macam tu biar aku jela yang tanya diorang tu. " cadang Liyana. Kalau korang semua nak tahu yang Liyana ni la yang paling rapat sekali dengan Hazeem tapi diorang tak couple tau, diorang just kawan biasa je..
" Okey jugak tu yana.." balas kitorang serentak. Setelah itu, Liyana pun bangun dari kerusinya dan terus ke tempat Hazeem.
Liyana pov.
Bangun sahaja dari kerusi terus aku melangkah ke meja Hazeem. Setelah itu, aku pun bertanya kepadanya..
" weh Zeem, nanti jamuan akhir tahun hari khamis ni korang bawak apa?" Soalku. Memandangkan Adlin dan Aiman berada disitu jugak so aku tanya diorang sekali.
" Aku bawak kuih kot tapi tengok atas keadaan jugak la hehe" jawab Hazeem acuh tak acuh. Aku hanya meng'o'kan saja
" Kau Aiman? "
" Aku bawak puding roti jer " Aku mengangguk macam burung belatuk😂. Kemudian aku pun melirik kearah Adlin pula. Adlin yang tahu aku memandang kearahnya terus membalas..
" Aku pulak bawak bihun goreng " balas Adlin lalu menayangkan gigi jongangnya.
" Owh, okey jugak tu korang bawak macam tu. So nanti air tu sape pulak yang bawak? " soalku lagi.
" Nanti aku tanya Cg Razali pasal hal tu. " jawab Hazeem. Aku hanya membalas dengan mengangkat tangan dan membuat bentuk 👌. Kemudian aku pun berlalu pergi dari tempat Hazeem itu dan menuju ke tempat ku kembali.
End Liyana pov.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebaik sahaja Liyana kembali ke meja, Balqis dengan tak sabarnya terus menerjah kearah Liyana.
" Weh yana, diorang bawak ape wei? " soal Balqis tak sabar menunggu jawapan dari Liyana.
" Eh kau ni, cer sabar sikit. Bagi yana cari nafas dulu. " marah Bahyah. Balqis terus diam.
" Ish korang ni, asyik gaduh je. Haa yana diorang bawak ape wei? " soal Fika pula. Balqis yang tadi diam terus memandang tajam kearah Fika. Fika pula hanya tersengih macam kerang busuk!
'Ceh, cakap orang dia tu dua kali lima je. Dasar!!' gumam Balqis perlahan.
Apa yang Balqis cakap tadi aku sorang je kot yang dengar tapi aku tak tahu la yang lain tu dengar ke tak sebab dalam kelas bising, yerla cg tak masuk lagi kan time tu, aku just buat tak endah je dengan percakapan Balqis tu sebab malas nak bersuara. Kang kalau aku bersuara kang terasa pulak minah tu😌😒.
" okey macam ni, Hazeem dia bawak kuih kot atau dia bawak makanan lain tu aku tak tahu la sebab dia cakap macam tu. pastu Aiman, dia bawak puding roti. Adlin pulak dia bawak bihun goreng. " ujar Liyana panjang lebar. Kitorang berempat disitu hanya mengangguk macam burung belatuk yang dah nak patah tengkak🤣
" Pastu air tu sape yang bawak wei? " soalku. Yelaa duk bincang pasal makanan je pastu mana airnya kan?
" Haah weh. Sape bawak? "Tanya Bahyah pula.
" yang tu nanti Hazeem tanya cg Razali." Tambah Liyana. Kitorang disitu hanya mengangguk. Aku pun tak tahu entah ke berapa kali dah duk angguk-angguk je kepala tu. HAHAHAH😆
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1810 words.
First time doe aku tulis panjang macam ni HAHAH🤣🤣👍