webnovel

Bab 10

Lapangan Terbang, Klia.

Suasana lapangan terbang dipenuhi dengan puluhan pengawal peribadi yang sedang mengiringi Psiko yang berpakaian serba hitam bersama dengan seorang wanita british berambut hijau dan memakai kaca mata.

Wajah Psiko terlihat mengerikan. Terdapat banyak bekas-bekas luka pada wajahnya seakan lelaki itu seorang petarung jalanan tetapi berbadan kurus. Manakala wanita british itu pula berwajah putih dan cantik. Tetapi wajah bengisnya itu membuatkan dia terlihat lebih menyeramkan daripada menyenangkan.

Setibanya mereka berdua di pintu gerbang, Maya menyambut kedatangan mereka dengan beberapa orang lagi pengawal peribadi.

"Sir, welcome to Malaysia. I'm presenter from Datuk Ameer, nice to meet you." Maya menundukkan wajahnya sedikit.

"Cakap aje bahasa melayu." Psiko tersengih kecil.

Maya tersentak. Dia tidak tahu yang lelaki british itu boleh bertutur dengan bahasa yang sama.

"Maaf tuan… saya ingatkan tuan tak faham."

"We can understand and speak any languange. I'm Eleonora, Maria Eleonora. Panggil aku Nora." wanita british itu menghulur tangannya kepada Maya untuk bersalaman. Raut wajahnya terlihat menyeramkan meskipun dia menyelindungkannya dibalik kelembutan dan senyuman.

"Saya Maya, salam kenal." Maya menyambut huluran tangan Nora bersama senyuman kecil.

"So, mana Datuk Ameer?" Psiko menyoal.

"Datuk menantikan kehadiran tuan di syarikat kami. Saya ditugaskan untuk menyambut dan mengiringi tuan dan puan ke sana."

"Then, what are you waiting for?" Nora menaikkan kening.

Maya menunduk terkesan dengan bicara Nora yang seakan menegurnya kerana membuang masa.

"Please Sir, Ma'am. Follow me."

Maya bergerak mengeringi Psiko dan Nora ke Syarikat Amorba bersama ke semua pengawal peribadi yang bersama Maya.

Syarikat Amorba Sdn. Bhd

Seperti yang dijanjikan, Psiko yang merupakan utusan daripada Pemuja Malam itu tiba di Malaysia bersama dengan Nora. Maya membawa kedua insan berjumpa dengan Datuk Ameer yang sedang menanti kehadiran mereka di bilik perbincangan.

Maya membuka pintu bilik perbincangan tersebut. Terlihat, Datuk Ameer sedang duduk di atas sofa panjang menantikan kehadiran Psiko. Di sampingnya, Naldo - seorang lelaki berumur 40-an, berambut botak dan berbadan sasa berpakaian suit hitam berdiri menjadi pengawal peribadi Datuk Ameer. Maya menjemput Psiko dan Nora duduk di atas sofa terletak yang berhadapan dengan Datuk Ameer, dipisahkan dengan sebuah meja berukuran panjang.

"Welcome… my friend." Datuk Ameer menyapa sambil berdiri bersama senyuman kecil.

Psiko tersengih sambil bergerak duduk di atas sofa tersebut diikuti dengan Nora. Datuk Ameer tergamam seketika dengan sapaannya yang sambut dengan tidak mesra. Dia bergerak duduk semula di atas sofanya.

"Maya… bawakan tetamu kita air." arah Datuk Ameer.

Maya mengangguk seraya keluar semula daripada bilik perbincangan.

"So… how… erm… we…" Datuk Ameer tersekat-sekat menghabiskan bicaranya.

"Just speak in malay. We understand your tongue. Kami bukan orang-orang bodoh." Nora menegur.

Datuk Ameer tersipu malu.

"So, macam mana perundingan saya dengan Pemuja Malam. Kamu berdua setuju dengan tawaran saya?"

"Apa yang datuk tawarkan… dan apa yang datuk inginkan?" Psiko menyoal.

Datuk Ameer tersenyum kecil.

"Macam yang saya telah katakan pada ketua kau orang berdua, saya akan tawarkan empat juta dolar dengan balasan, seorang wanita perlu dibunuh tanpa adanya sebarang bukti. Seperti yang sebelum ni, saya juga pernah meminta Pemuja Malam untuk membunuh beberapa orang berpengaruh yang saya tak suka, hanya melalui penggilan telefon. Tapi kali ni, Pemuja Malam menghantarkan saya seorang wakil untuk berbincang secara bersemuka. Adakah, kau orang berdua ada tujuan yang lain?"

Nora meletakkan kedua tangannya di atas meja. Pada masa yang sama, Maya masuk semula ke dalam bilik itu bersama dengan air minuman yang terhidang di atas sebuah dulang.

"Pemuja Malam memburu Ateefah." jawab Nora.

Pam!!!

Dulang air yang dibawa oleh Maya jatuh ke lantai secara tiba-tiba. Pandangan diruangan bilik itu tetumpu ke arah Maya yang sedang mengutip pecahan gelas-gelas yang berderai di atas lantai. Wajah Maya berubah cemas. Entah disebabkan kecuaiannya dengan dulang tersebut ataupun pendengarannya terkesan dengan nama yang disebut oleh Nora.

"Kenapa kau cuai sangat Maya!" Datuk Ameer berteriak.

Maya kembali berdiri bersama sisa-sisa kaca tersebut.

"Maaf, datuk." Maya menunduk.

"Biarkan dia datuk. Kita fokus dengan gadis nama Ateefah ni." tegas Psiko.

Maya bergerak keluar semula daripada bilik itu. Pada masa yang sama, Datuk Ameer kembali memandang ke arah Psiko.

"Maafkan kecuaian pembantu saya. So, siapa Ateefah yang kau orang maksudkan ni?"

Psiko menghela nafas yang panjang.

"Gadis. Seorang gadis yang melarikan diri daripada Syria ke semenanjung Malaysia ni setahun yang lalu. Nora buru gadis ni sejak setahun yang lalu dekat sana. Nora berjaya bunuh ibu dan ayah dia tapi dia berjaya melarikan diri daripada Nora. Setelah setahun menghilang, Pemuja Malam berjaya mendapat maklumat yang gadis tu sedang bersembunyi dalam negara ni."

Datuk Ameer mengangguk-angguk.

"Apa yang… gadis ni ada sampai golongan kau orang nak buru dia?"

"Dia boleh bermain dengan memori seseorang." jawab Nora.

Datuk Ameer tergamam.

"Me… mori?"

"Memori. Dia boleh memulihkan memori dan menggantikan memori seseorang dengan memori palsu. Sebab gadis ni, Pemuja Malam kirimkan aku dengan Nora ke negara ni untuk mencari keberadaan dia dan membawa dia pulang ke England. Jadi sekarang, kami ingin mengajukan tambahan dengan kontrak di antara datuk dengan Pemuja Malam." jelas Psiko.

"Apa?" soal Datuk Ameer semakin tertarik dengan tawaran Pemuja Malam itu.

"Kami akan bunuh wanita yang datuk katakan tu, setelah datuk bantu kami mencari keberadaan gadis bernama Ateefah ni. Datuk sendiri boleh bayangkan jika gadis ni ada dalam tangan kami, datuk bukan sahaja boleh meminta Pemuja Malam bunuh wanita tu, tapi datuk juga boleh meminta kami untuk mempermainkan memori wanita tu jika datuk masih nak gunakan dia." sambung Psiko.

Datuk Ameer tersenyum riang. Tujuannya untuk membunuh Mardhiyah semakin ke arah yang sebaliknya. Akalnya mulai berfikir untuk mempergunakan Mardhiyah sepertimana dia memepergunakan anaknya itu di masa lalu.

"Baik!" Datuk Ameer tergelak kuat. "Aku setuju dengan permintaan Pemuja Malam. Naldo!"

Naldo yang berdiri di samping Datuk Ameer menunduk.

"Datuk…"

"Aku tugaskan kau bantu Psiko dan kawan dia ni. Suruh bawahan kau cari gadis bernama Ateefah ni di seluruh Malaysia tak kira di semenanjung ataupun Sabah dan Sarawak. Tawaran Pemuja Malam, memang tak pernah mengecewakan." senyuman Datuk Ameer kembali terukir.

"Baik, datuk."

Pada masa yang sama, Maya kembali masuk ke dalam bilik itu. Dia bergerak meletakkan dulang minuman ke atas meja panjang yang memisahkan diantara Datuk Ameer dengan Psiko dan Nora. Usai memberikan layanan, Maya berdiri di samping Psiko menantikan arahan yang seterusnya.

"Aku dah persiapkan kau orang tempat tinggal selama kau orang menjalankan kerja kau orang dekat sini. Ada apa-apa lagi yang kau orang perlukan?" soal Datuk Ameer.

Psiko menghirup minuman yang terhidang di hadapannya.

"Tak. Kami nak rehat buat masa ni."

Datuk Ameer mengangguk-angguk.

"Maya, bawa mereka ke hotel kita. Berikan mereka layanan dan keperluan yang mereka berdua nak. Jika perlu, berikan mereka gadis-gadis muda yang kita ada."

Psiko mengangkat tangan kanannya.

"Tak perlu yang tu. Nafsu aku ada pada perkara yang lain."

Datuk Ameer mengangguk. Bibirnya kembali tersenyum apabila teringat kembali tentang tawaran Psiko. Tujuan jahat berubah ke arah yang lebih jahat. Dia bertekad, dia akan mempergunakan Mardhiyah semula.