webnovel

Bab 11

Rai menantikan seseorang di hadapan sebuah kedai pakaian di tepi jalan raya. Malam itu, pergerakan manusia semakin lenggang kerana waktu yang sudahpun menunjukkan jam 10 malam. Kedai pakaian itu sendiri sudah mulai berkemas-kemas bersiap sedia menutup perkhidmatannya untuk hari tersebut.

Dalam beberapa waktu, seorang lelaki berumuran 30-an berpakaian serba hitam, berambut botak dan bertubuh besar datang menghampiri Rai yang sedang berdiri menyandar pada dinding di luar kedai itu.

"Rai…" sapa lelaki itu.

Rai menoleh.

"Mmm… Johan."

"Kau seorang ke?" soal Johan.

"Seorang. Macam mana dengan pencarian kau?"

Johan berdiri menyandar di sebelah Rai. Seketika, dia mengeluarkan sebatang rokok dan korek api daripada kocek seluarnya. Rokok dinyalakan. Asap ditarik lalu dihembus ke udara bersama keluhan.

"Aku masih tak jumpa budak memori tu, dah setahun aku cari. Macam… ada orang yang lindungi dan sembunyikan dia." jawab Johan.

Rai turut melepaskan keluhan yang berat.

"Macam mana dengan kawan kau yang hilang ingatan tu?" Johan menyoal lagi.

"Macam tu lah. Dia masih lupa dengan ingatan dia sendiri. Tak boleh nak cakap. Bestfriend dia tu pun tak dapat nak pulihkan memori dia. Dah setahun jadi macam tu."

"Bestfriend… Pemimpi baru tu?"

Rai menganggukkan kepala.

"Kekasih kau kan?" gurau Johan pula.

Rai memandang tajam wajah Johan. "Dia bukan kekasih aku." jelingan kecil dilemparkan.

Johan tergelak kuat.

"Kau kata dengan aku, kita jumpa dengan budak memori tu, baru kau nak tolong dia. Budak tu tak jumpa lagi tau, kenapa kau tiba-tiba nak tolong dia sekarang ni?"

Rai menghela nafas yang panjang.

"Kawan aku yang lupa ingatan tu, bapa dia dah tahu yang anak dia ada dekat rumah sakit tu. Masalah dia… bapa dia tu Datuk Ameer."

Johan tergamam.

"Orang tua tu… bila masa dia ada anak? Dengan perangai dia macam tu, kaki perempuan. Bisnes perempuan."

"Aku pun baru tahu. Aku dengan kawan aku tu pun tak rapat sangat zaman sekolah dulu. Aku tak pernah nampak pun bapa dia datang sekolah, ambik dia. Sekarang ni, aku baru tahu yang bapa dia tu usahawan dalam dunia gelap ni."

"Hah!" Johan seakan dapat merungkai sesuatu.

"Kau dah kenapa?" Rai mengerutkan dahi.

"Suropati, Penanti Senja daripada Indonesia tu ada warning aku. Dia dapat maklumat, Pemuja Malam daripada England datang ke Malaysia. Dia tak tahu Pemimpi mana yang datang, tapi dia kata hati-hati. Dia orang tengah cari budak memori tu dan dia orang dapat tugas untuk bunuh seseorang. Tu maksud dia…"

"Maksud dia?"

"Aku rasa… Datuk Ameer yang berikan dia orang tugas untuk bunuh anak dia, kawan kau tu. Kau pun tahu tentang orang tua tu kan, dia ada link dengan orang berpengaruh daripada luar negara."

Rai tergamam.

"Kalau dia orang dapat budak memori tu, lepastu… dia orang serang kawan kau tu…" Johan mengenggelengkan kepala. "… kawan kau tu dalam bahaya Rai."

"Kita kena cari budak memori tu secepat mungkin Johan. Sebelum Pemuja Malam dapatkan dia."

"Aku tahu…" Johan mengeluh.

"Kau ada cara yang lain nak jumpa dengan budak tu?"

"Aku ada satu aje cara. Kita jumpa dengan Bloodhound dekat Taman Permainan Mimpi. Itu aje cara yang paling pantas."

"Kita bermain dalam permainan tu?"

"Itu aje cara kita Rai. Kau ada cara lain?"

"Bila permainan tu bermula?" Rai menyoal kembali.

"Tak lama lagi. Kau setuju tak?"

Rai menganguk-angguk.

"Kalau itu aje cara dia. Kau tahu kan macam mana nak main permainan tu?"

"Tahu… cumanya, kita perlukan semua Pemimpi yang boleh berpihak dengan kita. Dalam permainan tu, kerjasama yang paling penting. Semakin ramai orang yang saling berkerjasama, semakin senang kita nak menang, semakin mudah juga kita nak jumpa dengan Bloodhound."

"Siapa aje Penanti Senja dekat Malaysia ni? Aku, kau dan Suraya. Pemimpi dalam dunia ni bukannya ramai."

"Pemimpi baru tu?"

Rai mengerutkan dahi.

"Kau nak Pemimpi baru tu ikut sekali?"

Johan menganggukkan kepala.

"Kau janganlah risau. Kau kan ada, main dalam permainan tu nanti. Kau jaga lah kekasih kau tu."

"Macam senang aje kau cakap tu."

"Lagipun… dia kena nampak dunia Pemimpi ni sendiri, barulah dia boleh percaya seratus peratus kewujudan Pemimpi dalam dunia ni."

Rai melepaskan keluhan panjang.

"Suraya buat apa sekarang?"

Johan mengerutkan dahinya.

"Entah. Kerja dia lah. Dia kan wartawan."

"Nanti aku minta dia ajarkan Pemimpi baru tu basic dalam dunia Pemimpi ni. Sambil-sambil aku nak minta dia jagakan Pemimpi baru tu. Kita tak tahu Pemuja Malam yang mana datang sini. Kau pun kena hati-hati cari budak memori tu. Pemuja Malam tu, sama aje macam samseng."

"Relax. Aku tahu tentang benda tu." Johan tersengih kecil.

Safiyah hanyut di dalam mimpinya lagi. Namun mimpinya kali ini bukanlah Lucid Dream melainkan mimpi yang biasa di alami oleh manusia. Dia suatu senja, dia sedang duduk bersama dengan Sufi di tepi pantai. Kedua insan melemparkan pandangan ke arah senja.

Sufi yang sejak tadi mendiamkan diri, memegang sebentuk cincin berwarna perak dengan permatanya yang berwarna biru. Dia membelek-belek cincin itu bersama senyuman kecilnya yang menawan.

"Sufi…" Safiyah memandang Sufi.

Sufi menoleh.

"Safiyah…" Sufi tersenyum manis.

Keterharuan menerpa Safiyah dengan kelembutan.

"Awak… nak buat apa dengan cincin tu?"

Sufi memandang cincin biru itu semula, lalu cincin di hulur kepada Safiyah.

"Kau… sudi jadi isteri aku?"

Safiyah tergamam. Bersaksikan senja, dirinya di lamar oleh Sufi. Jiwanya meronta untuk menerima lamaran tersebut. Namun perkenalan yang singkat, membungkam bibirnya dengan tanda tanya.

*****

"Aaahhh!!!" Safiyah bangkit daripada lena secara mengejut.

"Fiy!" Tasya yang sedang duduk menghadap komputer riba itu dengan pantas memeluk lembut tubuh Safiyah.

"Sufi…" Safiyah tercungap-cungap memulihkan nafasnya yang hilang.

Tasya merenggangkan pelukannya.

"Sufi mana ni Fiy? Kau dalam Lucid Dream lagi?"

Safiyah mengurut lembut dahi bersama tubuhnya yang mulai berkeringat. Dia menggeleng kecil sebagai tanda menidakkan soalan itu.

"Aku mimpi biasa."

"Habis Sufi tu, Sufi mana?"

Safiyah menghela nafas yang panjang. Dia bangkit daripada katil. Tanpa membalas persoalan Tasya, dia bergerak menuju ke kamar mandi.

"Sufi mana ni?" Tasya masih mempersoalkan.