webnovel

Memori Mardhiyah

Autor: Dr_Sinsin
Fantasy
Laufend · 13.5K Ansichten
  • 17 Kaps
    Inhalt
  • Bewertungen
  • NO.200+
    UNTERSTÜTZEN
Zusammenfassung

Kepulangan Mardhiyah ke tanah air setelah sembilan tahun terpisah dengan Safiyah menjadi satu misteri apabila dia secara tiba-tiba kehilangan memorinya dan tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Safiyah dan Rai perlu mencari seorang budak bernama Ateefah yang dikatakan mampu mengembalikan memori Mardhiyah dengan cara yang tidak logik pada pandangan umum. Caranya Alafun Ain atau alam mimpi. Namun, usaha itu semakin rumit apabila seorang insan misteri bernama Sufi berjaya menambat hati Safiyah. Sufi yang dikatakan sebagai pembunuh upahan itu juga ada hubungkaitnya dengan memori Mardhiyah dan Ateefah. Apakah sebenarnya peristiwa yang membuatkan memori Mardhiyah hilang secara tiba-tiba? Siapakah Sufi yang sebenarnya dalam memori Mardhiyah?

Chapter 1Blurb

"Manusia yang kerap mengalami Lucid Dream hampir pada setiap malam ni membuatkan mental dan otak dia tak mampu dipisahkan dengan mimpi. Sampailah satu tahap, mental dia boleh memaksa otak untuk mewujudkan satu mimpi meskipun pada masa tu dia masih terjaga. Mimpi yang dia cuba wujudkan masa dia terjaga ni, itulah yang digelar Alafun Ain." - Rai

"Aku balik dulu ya. Dah nak maghrib. Tak baik orang tengok kita berdua-duaan. Maruah kau, aku perlu hormati. Assalamualaikum." Sufi menunduk hormat bersama kedua kakinya yang mulai mengukir langkah untuk meninggalkan Safiyah.

"Abang… memori Mardhiyah terbahagi kepada dua bahagian. Disebabkan bahagian pertama memori Mardhiyah ni terlalu berat untuk otak dan perasaan dia tampung, otak dia menolak memori yang ada pada bahagian kedua untuk pulih semula. Sebab tu, kita dipaksa keluar daripada alam memori tu." - Ateefah

"Fiy… aku tahu. Tangisan kau tu menunjukkan, kita berdua kenal dengan Sufi yang sama. Aku yakin, sebab lelaki yang kita impikan… mempunyai ciri-ciri yang sama Fiy. Permata… di dalam dasar laut yang paling dalam. Ketenangan… dan ketulusan." - Mardhiyah

Das könnte Ihnen auch gefallen

M.A.G.I.X [ MALAY ]

Sejarah ketamadunan manusia yang kita pelajari ada menceritakan tentang perang dunia yang berlaku kira-kira sedekad yang lalu yang bermula dengan perang dunia pertama. Dunia aman seketika sebelum perang dunia kedua pula meletus kira-kira 20 tahun kemudian yang melibatkan negara kita yang dikenal sebagai tanah Melayu pada masa itu. Suatu ketika dahulu, tanah Melayu terkenal dengan kegagahannya apabila rata-rata rakyatnya mampu mengawal unsur elemental. Ini adalah keistimewaan yang dianugerahkan kepada bangsa Melayu. Anugerah ini dicemburui oleh orang-orang barat. Mereka telah merencana satu pelan jahat. Mereka bersatu dan bersepakat menjajah negara-negara di Asia Tenggara. Sehingga suatu hari kesemua kuasa sakti tersebut lenyap. Demi mencapai keamanan dan kemerdekaan tanah Melayu, para pemimpin Melayu ketika itu telah membuat satu perjanjian dengan sang penjajah dengan syarat, "seluruh ilmu magis perlu dilenyapkan" kata sang penjajah tersenyum sinis. Tepat pada 31 Ogos 1957, jam 12.00 tengah malam. Suatu mantera terterai memisahkan kedua-dua dimensi. Akibat daripada itu, dunia magis telah dilupakan oleh alam manusia. Kegagahan bangsa Melayu mula pudar. Suatu malam, pertembungan dua dimensi berlaku. Seorang budak lelaki dari alam magis telah bertemu dengan seorang lagi dari alam manusia. Adakah ini petanda untuk bangsa Melayu bersatu dan bangkit semula? Di situ bermula segala pengembaraan dan misteri mula terungkai satu demi satu. Segala persoalan kian terjawab, sejarah yang sengaja disembunyikan bakal menggegar dunia semula.

Ezakiel02 · Fantasy
Zu wenig Bewertungen
17 Chs

Bewertungen

  • Gesamtbewertung
  • Qualität des Schreibens
  • Aktualisierungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund
Rezensionen
Beeindruckend! Sie wären der erste Rezensent, wenn Sie Ihre Rezensionen jetzt hinterlassen!

UNTERSTÜTZEN