webnovel

Menggenggam Tangan Kecil Itu (3)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Melihatkan perbezaan layanan "seseorang" terhadap orang lain yang mahukan hartanya, Ye Sha dan Ye Mei terus memahami apa yang sedang berlaku.

Bagi Tuanku Jue, apa sahaja yang Cik Muda mahukan, dia akan berbesar hati menyediakannya!

"Selepas ini Adik Xie nak buat apa?" Jun Wu Yao bertanya pada Jun Wu Xie sambil meamndangnya dengan serius. Cenuram Penghujung Syurga hanya muncul selepas kehilangannya. Mengikut apa yang Ye Mei beritahu padanya, tempat itu mengandungi pelbagai himpunan barang berbahaya yang dikumpulkan oleh Rejim Kegelapan. Kalau mereka pergi ke situ tanpa peta, Jun Wu Yao sendiri pun tidak yakin dia akan menemuinya.

"Cari peta," balas Jun Wu Xie. Dia tidak perlu menyembunyikan apa-apa dari Jun Wu Yao.

Ning Rui sudah dipenjarakan dan peta miliknya bakal berada dalam genggaman mereka. Ditambah dengan dua keping peta yang sudah ada pada mereka, sejumlah tiga daripada lapan kepingan peta itu sudah mereka miliki.

"Dalam perjalanan ke Cenuram Penghujung Syurga, kami bertemu dengan orang-orang dari Negara Yan. Kalau maklumat yang kami kumpulkan itu tepat, Putera Mahkota Negara Yan sepatutnya ada memiliki satu lagi kepingan peta." Kalau mereka berjaya mendapatkan peta tersebut, mereka akan memiliki empat bahagian iaitu separuh daripada keseluruhan peta. Tak lama selepas itu pasti mereka akan dapat kumpulkan yang lain pula.

"Oh? Perlukan bantuan Abang tak?" Jun Wu Yao bertanya sambil ketawa.

Namun begitu Jun Wu Xie menggelengkan kepalanya. Dia masih ingat yang Jun Wu Yao kadangkala akan menghilangkan diri secara tiba-tiba. Maksudnya dia ada hal lain yang perlu diuruskan.

Jun Wu Yao sangat kuat, lebih berkuasa berbanding sesiapa sahaja yang pernah Jun Wu Xie temui. Tetapi dia tidak mahu bergantung pada Jun Wu Yao di atas segalanya. Hanya jika dia mendapat kuasa untuk dirinya sendiri barulah dia akan mendapat hasil terbaik. Kalau Jun Wu Xie mahu menentang Dua Belas Istana, dia tidak boleh mengharapkan kuasa orang lain.

Jun Wu Yao tidak mahu memaksa hal ini dan membiarkan Jun Wu Xie membuat keputusannya.

"Maksudnya Adik Xie mahu ke Negara Yan selepas ini?" tanya Jun Wu Yao sambil mengangkat sebelah kening. Dia masih lagi tunduk dan begitu fokus dengan jari-jemari Jun Wu Xie yang halus dan cerah. Seolah-olah dia tidak puas-puas menatapnya.

"Bukan sekarang. Fei Yan perlu mengintip-intip mencari maklumat tentang Negara Yan dulu. Kecederaan Tuan Embek Embek dan Fan Jin pula… saya mahu sembuhkan mereka dulu," kata Jun Wu Xie sambil mengerutkan keningnya. Kecederaan Tuan Embek Embek sudah sembuh dan perlu dijaga dengan baik sebelum sembuh sepenuhnya. Tapi keadaan Fan Jin lebih rumit dan akan memerlukan lebih banyak usaha.

Fan Qi sudah mati dan Akademi Zephyr benar-benar perlukan Guru Besar baru untuk tampil menggalas tanggungjawab yang berat ini. Fan Zhuo sudah ditakdirkan untuk pergi bersama-sama mereka. Jadi Akademi Zephyr mesti ditinggalkan pada Fan Jin, seperti yang sepatutnya.

"Jadi Abang patut terus berada di sini dan temani kamu?" tanya Jun Wu Yao.

Jun Wu Xie mengangkat matanya untuk memandang Jun Wu Yao. Mata lelaki itu bersinar-sinar dan dia tersenyum.

"Abang dah selesaikan hal sendiri?"

Jun Wu Yao menggelengkan kepala dan berkata dengan bersahaja, "Kalau Abang tangguhkan lebih lama sikit pun tak apa. Sebaliknya Abang lebih bimbang sama ada Adik Xie tak suka kalau Abang teman?" Sepasang mata yang menawan itu tiba0tiba kelihatan sedih tetapi turut kelihatan sedikit mengusik. Mata yang mengundang simpati itu membuatkan Jun Wu Xie agak menggelabah dan dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Dia menundukkan kepala dan memilih untuk tidak mempedulikan pertanyaan Jun Wu Yao.

Melihatkan gadis kecil itu diam membantu dan sekali lagi enggan menjawab pertanyaannya, Jun Wu Yao tetap kekal tenang. Dia mengarahkan Ye Sha dan Ye Mei untuk membersihkan kawasan itu sebelum dia terus mengusik Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie agak gelisah dan tidak berdaya menghadapi usikan ini. Pak Cik dan Datuk tidak pernah mengusiknya begini walaupun mereka juga sering bercakap dengannya dengan nada yang lembut. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada merasakan jurang perbezaan yang ketara kalau Jun Wu Yao yang mengusiknya.

Kalau ini berlaku suatu masa dulu, Jun Wu Xie pasti sudah menghalaunyha keluar. Tapi kini Jun Wu Yao sudah mendapat pangkat "Abang". Jun Wu Xie tak tahu bagaiaman untuk menghadapi situasi itu kini.

Kebetulan ketika dia sedang berasa gelisah, Fan Jin masuk bersama-sama Qiao Chu dan rakan-rakannya yang telah bergegas menuju ke situ.