webnovel

Riwayat Caturdasa

Peperangan epik antara tiga puak berbeza dibumi, sebuah koloni robot sintetik berteknologi kecerdasan pintar di stratosfera dan beberapa buah puak luar galaksi telah menjadi penyebab kemusnahan hampir separuh permukaan bumi.

HdinHafizuddin · Fantasy
Not enough ratings
6 Chs

Genderang Ketumbukan Melakar Sejarah

"MIKY, aku perlu kembali ke pangkuan Jeneral Tokazukizu untuk membuktikan yang aku masih lagi bernafas hidup." Athran memandang sayu kearah Miky.

Dirinya berat untuk meninggalkan Miky keseorangan. Namun, dia perlu menunjukkan keberadaan dirinya di persekutuan Blue Aquamarine. Jika tidak, namanya akan di pahat sebagai laskar yang gugur tanpa bernisan. Namanya akan di ukir di dataran kepahlawanan Kristal biru bersama lebih senarai nama ratusan ribu laskar yang tidak bernasib baik semasa peperangan Caturdasa.

"Tetapi Athran, kamu mahu menaiki apa? Kamu mahu merentasi lautan dengan berenang dan menyelam?" soal Miky.

"Walau dengan apa cara sekalipun, aku perlu kembali ke persekutuan Blue Aquamarine. Mereka pasti sudah menganggapku sudah terkorban."

Athran sudah tekad. Dia mahu kembali kepada ketuanya. Dia mahu menceritakan tentang apa yang berlaku kepada dirinya. Dia mahu menceritakan tentang apa yang diperkatakan selama ini tentang puak Topaz jingga adalah karut marut, nonsense dan salah belaka. Itu semua tohmahan zaman berzaman yang telah ditanamkan dalam diri setiap generasi pemegang Kristal blue Aquamarine.

"Baiklah kalau begitu. Jika itulah hajatmu, aku tidak dapat tidak untuk menurutinya. Namun, aku ada satu permintaan." ujar Miky diselangi dengan sebuah permintaan.

"Permintaan? Apakah hajatmu wahai sayangku?" Athran mendengar dengan khusyuk.

"Bawa aku bersama mu. Aku teringin untuk melihat kerajaan Kristal biru. Aku juga ingin menjaga keselamatan dirimu." Miky membundarkan matanya untuk memujuk Athran. Dia tahu permintaan itu terlalu berat untuk di setujui.

"Bawa kamu bersama ku? Are you crazy, Miky? Terjejak sahaja kamu di persekutuan Kristal biru, seluruh sistem alarm akan diaktifkan lalu, pengawal yang maha bengis lalu hodoh seperti the hulk akan menangkapi aku dan kamu, kemudian kita berdua akan diseksa dari pagi sehingga ke dinihari sehingga lemah, dan akhirnya Kristal biru ku dan Topaz jingga mu akan dicabut dari badan kita. Kamu dapat bayangkan? " Athran cukup terkejut dengan permintaan gila Miky. Dia tahu bagaimana sistem pertahanan persekutuan Kristal biru berfungsi dan dia tidak mahu mengambil sebarang risiko.

" Begitu sekali kah dahsyatnya sistem pertahanan puak Kristal biru? " Miky nyata terkesima dengan sistem pertahanan tersebut. Dia yang selalu hidup nomad bersama puak Topaz jingga tidak menyangka adanya sistem secanggih itu.

"Iya, betul. Mereka yang mempunyai Kristal selain Kristal biru akan dianggap sebagai penceroboh, dan setiap penceroboh akan dikenakan hukuman yang maha dahsyat, setimpal dibawah undang-undang Bhumi skahti."

"Lebih baik aku sahaja yang pergi. Kamu tinggal sahaja disini. Lagipun, aku pergi tidaklah lama, sepurnama sahaja." Athran meyakinkan Miky.

Miky kelihatan sedih dan sebak. Hatinya berbelah bahagi meninggalkan cinta hatinya.

"Baiklah. Aku akan tunggu keberadaanmu disini. Aku tetap mendoakan semoga perjalananmu dirahmati." Miky yang berwajah muram durja itu melepaskan Athran pergi sejenak . Tidaklah terlalu lama dan tidak pula terlalu sekejap.

"Selamat tinggal wahai sayangku. Tunggu kepulanganku nanti." Athran sudah mahu bergerak sehelai sepinggang.

"Athran, tunggu. Bawa bekalan air Topaz jingga ini. Kelak kamu memerlukan tenaga tambahan semasa dalam perjalanan kembali kepada sang pemimpin mu." Miky menghulurkan bekas berisi air minuman mengandungi secebis Topaz jingga untuk menambah tenaga dikala perjalanan panjang nanti.

" Terima kasih, Miky. " Mereka mengucapkan selamat tinggal dan perlahan-lahan Athran hilang dari pandangan dalam gua itu.

Sementara itu, di persekutuan Kristal biru, Jeneral Tokazukizu telah menjemput General Zexa, pemimpin Penyelaras Green Emerald untuk menandatangani satu perjanjian yang bakal merubah landskap persekutuan pimpinan bumi keseluruhannya. Selama beberapa abad mereka bermusuh dan berperang sesama sendiri, akhirnya mereka menandatangani perjanjian permuafakatan dan perdamaian bagi mencapai cita-cita keamanan persekutuan bumi yang lebih stabil.

"Kita namakan perjanjian ini sebagai Perjanjian Permuafakatan Kristal Biru - Emerald Hijau menuju Keamanan Bhumi Sakhti." ujar Pemimpin puak Penyelaras Emerald hijau, Laksamana General Zexa sambil tersenyum. Jeneral Tokazukizu hanya mengangguk faham.

" Dan, jangan lupa, misi kita. Pastikan ianya tidak dapat di hidu oleh sesiapa. " General Tokazukizu mengingatkan rancangan rahsia mereka kepada Laksamana General Zexa.

"Itu sudah pasti. Jangan risau." Laksamana General Zexa berbisik perlahan-lahan ke arah Jeneral Tokazukizu.

Namun, panas selalunya tak berpanjangan. Ada beberapa pemimpin dari puak Kristal biru dan juga puak Emerald hijau tidak bersetuju dengan perkembangan itu.

Bagi mereka, keadaan ini bakal memperlihatkan sisi lemah puak Kristal biru kepada pihak lawan dan vise versa. Ia juga bakal memperlihatkan penguasaan puak minoriti Emerald hijau dalam pentadbiran kerajaan persekutuan Kristal biru walaupun mereka sudah tidak menguasai kepimpinan Bhumi Sakhti lagi.

***

"Bersempena kemenangan bersejarah puak Penentang Orange Topaz Union ini, saya, Laksamana Armada Rinkarika Chikirishi menamakan gabungan kawasan kekuasaan baru ini sebagai Kawasan Persemakmuran Persekutuan Bhumi Sakhti dan mengumumkan pusat pentadbiran baru adalah terletak di Permatang Tengah Lautan."

Bait-bait dan tiap butir ayat yang terkandung didalam ucapan sumpah setia Laksamana Armada Rinkarika Chikirishi sewaktu mengangkat sumpah sebagai pemimpin utama Persekutuan Bhumi Sakhti.

Pemimpin puak Topaz jingga ini juga berjaya dikurniakan pingat dan membawa gelaran 'Laksamana Armada' selepas berjaya menakluki persekutuan Bhumi Sakhti, pertama kali dalam sejarah.

"Permatang Tengah Lautan dipilih sebagai pusat pentadbiran baru Persekutuan Bhumi Sakhti menggantikan kawasan tanah tinggi Caucasus oleh kerana lokasinya yang strategik, terletak di laluan sutera perdagangan lautan yang menghubungkan antara kawasan tanah besar di timur dan kawasan pergunungan di utara selain kawasan Tanjung Harapan di barat. " ujar Laksamana Armada Rinkarika Chikirishi.

" Dan semua puak, tidak kiralah puak Topaz jingga, Kristal biru mahupun Emerald hijau, boleh berdagang, berniaga, beraktiviti riadah, melancong dan berinteraksi sesama mereka di kawasan Permatang Tengah Lautan ini. Tiada lagi sempadan yang dapat memisahkan salah satunya dan bertepatan dengan Aspirasi Segi Tiga Adiratna, oleh itu, say no to racism! "

"Saya juga ingin mengumumkan tiada lagi kutipan ufti akan diambil daripada sekalian rakyat yang bernaung di bawah panji Persekutuan Bhumi Sakhti. Ufti hanya diambil terhadap ejen-ejen yang mengorek hasil bumi untuk memperolehi hasil Kristal, kryptonite yang menjadi sumber tenaga kapal angkasa dan juga mineral vibranium yang di lombong sebagai hasil pendapatan Persekutuan Bhumi Sakhti. "

Pengumuman bersejarah itu telah disambut dengan gegak gempita dan penuh kegembiraan khususnya kepada penyokong puak Topaz jingga.

"Inilah yang kita mahukan! Inilah yang akhirnya kita dapat! Tiada lagi ufti! " kedengaran berseloroh masyarakat yang mempunyai Topaz jingga di dada masing-masing sambil menepuk-nepuk dada tanda kebanggaan.

PERJALANAN menuju ke kawasan pantai di kawasan Permatang Tengah Lautan terbabit dirasakan terlalu jauh. Sudahlah perlu berjalan menapak ke kawasan terbabit, selepas itu pula harus memikirkan cara untuk merentasinya.

Pasiran pantai dirasakan terlalu sejuk dengan butir-butir pasir yang berwarna kecoklatan itu. Di kiri dan kanan di sepanjang pantai jauh tersergam pemandangan bangkai kapal angkasa pelbagai puak, entah apalah nasib mereka itu. Entahkan hidup, Entahkan mati.

Asap-asap nipis masih berkepul-kepul perlahan, keluar dari serpihan enjin kapal angkasa yang telah terbarai hancur. Darah merah pekat dapat dilihat di sekitar bangkai-bangkai kapal angkasa terbabit. Sepertinya ramai juga yang terkorban selepas peperangan Caturdasa ini jika diikutkan daripada bau busuk yang cukup menusuk, mencengkam penderitaan baunya.

Athran berasa cukup bertuah kerana dirinya terselamat. Dia tidak menyangka masih hidup dengan keadaannya yang hampir nyawa-nyawa ikan itu. Nasib baiklah dia diselamatkan oleh Miky, jika tidak, kemungkinan dia sudah dihantar ke alam barzakh sana.

Sambil duduk-duduk dan memerhatikan kapal-kapal dagang yang lalu lalang di kawasan Permatang Tengah Lautan terbabit, dia disapa oleh seseorang.

"Hello sedara."

Athran mencari-cari suara keramat yang seakan-akan memanggilnya. Dia seperti sedar dan tidak sedar akan kemunculan suara yang samar-samar terbabit.

Tiba-tiba, muncul seorang lelaki yang mempunyai memakai kalung Emerald hijau di lehernya. Sepertinya seorang laskar juga, sama seperti Athran dengan baju yang compang-camping, bahagian lututnya sedikit terkoyak dan ada kesan kecederaan dibahagian kepalanya.

"Kau... Kau siapa?" Athran menyoal individu yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.

"Aku Raxy. Aku adalah tentera udara bagi puak Penyelaras Green Emerald. Seperti engkau, aku juga terkandas di pulau ini." Raxy membuka bicara.

"Aku Athran, laskar udara bagi rejimen ke-24, puak Blue Aquamarine. Salam perkenalan" Athran menghulurkan tangan tanda salam perkenalan.

"Apa yang kau buat disini, Athran?" Raxy bertanya kepada Athran.

"Menunggu." Athran menjawab, ringkas.

"Menunggu siapa?" Raxy bertanya sekali lagi.

"Menunggu idea turun dari langit bagaimana aku mahu merentasi lautan dalam ini." Athran berpaling dan memandang lautan luas dihadapan nya.

Raxy tergelak. Dia ingatkan Athran menunggu seseorang.

"Kamu mahu kemana?" Raxy bertanya kembali kepada Athran.

"Aku mahu kembali ke persekutuan Blue Aquamarine di pergunungan Caucasus." jawab Athran ringkas namun padat.

"Jauh perjalanan mu itu, boleh mengambil masa beberapa purnama." Raxy berfikir sejenak.

"Aku ada idea yang lebih baik." Raxy memegang Emerald hijaunya yang tergantung di lehernya.

"Idea? Idea apa?" Athran memandang ke arah Raxy dengan mimik wajah yang ingin tahu. Keinginan nya untuk mengetahui lebih lanjut akan idea Raxy membuatkan Kristal biru nya menyala-nyala.

"Idea gila, tapi kau kena terima idea aku ni untuk kau kembali ke persekutuan Blue Aquamarine dengan selamat dan yang penting, lebih pantas." Raxy kelihatan tersengih-sengih selepas memikirkan idea gila terbabit.

"Okay. Aku sedia terima Apa-apapun idea kau. Fuhh.." Athran tidak dapat tidak untuk mendengar idea yang bakal diutarakan oleh Raxy ini.

"Okay. Ideanya adalah...."

***