6 Dataran Kesejahteraan

SYAHADAN adalah di dataran yang dahulunya merupakan Dataran Kesejahteraan Blue Aquamarine telah sekelip mata bertukar wajah kepada serba warna Topaz Jingga, dengan balai-balai keemasan didirikan disepanjang dataran terbabit, bertiangkan pacak astakona jingga bersilau, lantainya berkambi bercap serba bagai warna, ada biram, ada jingga, adapula ditengah-tengahnya sebuah menara kristal sebagai perlambangan kepada kekuasaan baru Kerajaan Topaz Jingga. Apabila cahaya matahari menyinar, terbiaslah warna jingga dipelusuk sudut alam buana, manakala apabila cahaya sang rembulan menyirna, maka terpantullah cahaya sang rembulan sehingga ke pelusuk Bima Sakti.

***

"Selamat datang ke Dataran Harapan Topaz Jingga". Raxy mengucapkan selamat datang kepada Athran sejurus selepas mereka tiba menggunakan magik kawalan masa yang ada pada kalungan kristal hijau terbabit.

Athran ternganga. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang sedang diperlihatkan. 

"Apa sudah terjadi kepada dataran kesejahteraan puak Blue Aquamarine? Segalanya sudah berubah." Athran merasa terkejut dan pada masa yang sama terpesona dengan perubahan yang berlaku pada Dataran Kesejahteraan Blue Aquamarine.

"Ya! Cuba kau lihat disana, Athran." Raxy menunjukkan tugu segi tiga kristal topaz jingga yang berada di tengah-tengah dataran terbabit.

"Betul. Sebelum ini disitulah terletaknya tugu bersimbolkan dacing tirus berwarna biru tua, sekarang sudah berubah langsung! Aku seakan-akan tidak mempercayainya dengan apa yang sedang berlaku disini, aku seakan-akan tidak mempercayai dengan apa yang mataku lihat selama ini." Athran tergamam sambil mengosok-gosokkan matanya. Sekali sekala, matanya dibundarkan sebesar-besarnya tanda terkejut dengan perubahan landskap yang berlaku, yang dahulunya merupakan Dataran Kesejahteraan Blue  Aquamarine kini sudah tidak ada lagi.

"Dan dibahagian ini dahulunya adalah taman-taman dengan bunga lavender biru, kini telah terbinanya balai-balai keemasan untuk seluruh penduduk Bumi, tidak kira meraka daripada pemegang kristal bewarna apa, untuk beriadah dan berteduh disini." Ujar Raxy lagi dengan kristal Emeral hijau-nya bergemerlapan ketika dia menerangkan satu-persatu perubahan yang berlaku di dataran terbabit.

"Seingat aku lah, sebelum peperangan era Caturdasa, hanya penduduk yang memegang kristal biru sahaja yang dibolehkan menjejakkan kaki ke kawasan dataran ini." Athran seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

"Itu era lama lah, wahai sahabatku. Kini, engkau bebas berkawan dengan mana-mana pemegang kristal sekalipun. Cuma buat masa ini, undang-undang yang membolehkan perkahwinan antara berlainan kristal belum lagi diluluskan." terang Raxy lagi dengan perasaan teruja.

Di bahagian pusat pentadbiran Adiratna pula, slogan "Untuk Pemeliharaan Kristal Biru dan Kerharmonian Sejagat" telah ditukar kepada "Harapan Baru Topaz Jingga" dengan tulisan jawi dibahagian bawahnya.

"Raxy, aku mahu bertemu dengan General Tokazukizu." Athran menunjukkan Pusat Pentadbiran Adiratna sambil membuat permohonan kepada Raxy.

"Sahabatku, Genaral Tokazukizu sudah tidak ada lagi didalam kawasan ini." Raxy memandang tepat ke arah anak mata Athran.

"Apa!? Habis, siapakah gerangan yang berjaya menguasai pusat pentadbiran Adiratna itu?" riak muka Athran seakan-akan berubah setelah mendengarkan berita terbabit.

"General Rinkarika Chirikishi. Dia merupakan pemimpin Puak Topaz Jingga." Raxy hanya menggosok-gosok kalungan emerald hijaunya itu.

"Habis, bagaimanakah aku boleh bertemu dengan General Tokazukizu? Aku mahu memberitahu kepadanya bahawa aku masih selamat meskipun kapal angkasaku telah rosak teruk. Aku mahu memberitahunya bahawa aku bukanlah salah satu laskar yang telah gugur tak bernisan!" Athran seakan-akan menggelabah, dia sudah putus harapan dengan misi memberitahu kepada Generalnya bahawa dia masih terselamat.

"Athran sahabatku, selepas episod kekalahan puak Blue Aquamarine, pemimpin-pemimpin puak Blue Aquamarine telah melarikan diri nun jauh ke kawasan tanah tinggi Tibet, meninggalkan rakyatnya yang terkontang-kanting disini. Namun, mujur sahaja General Rinkarika Chirikishi berbesar hati untuk menerima mereka untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat disini."

"Bolehkah engkau membawaku ke sana? Bolehkan engkau menggunakan kalungan ajaib-mu ini untuk kita merentas ruang masa dan tempat untuk bergerak ke sana dengan pantas? Aku memohon pertolonganmu, Raxy. Aku memohon." Athran sekali lagi meminta bantuan Raxy untuk pergi ke kawasan Tanah Tinggi Tibet untuk bertemu dengan General Tokazukizu.

"Athran, amatlah berbahaya jika aku membawamu pergi kesana. Disana, cuacanya terlampaulah ekstrem, dengan keadaan muka bumi yang amat curam, amatlah mustahil untuk aku membawamu kesana." Raxy terpaksa menolak permintaan Athran untuk membawanya ke Tanah Tinggi Tibet untuk bertemu General Tokazukizu disana.

"Jadi, bagaimankah aku ingin bertemu dan memberitahu kepada General Tokazukizu akan keberadaanku disini?" Athran jatuh melutut lalu sebak memikirkan tentang nasib dirinya.

"Athran, kau kena menerima hakikat bahawa General Tokazukizu sudah tidak berkuasa lagi. Dia bukan lagi siapa-siapa. Malah, ada ramai lagi laskar, tidak kira puak kristal apa tidak jelas nasib mereka, entah hidup entahkan tidak di luar sana. Engkau patut bersyukur yang engkau telah terselamat daripada episod peperangan tempoh hari." Raxy cuba menyedarkan Athran bahwa satu hakikat yang jelas terpaksa ditelan, puak Blue Aquamarine telah kalah teruk.

Tiba-tiba, Athran teringatkan kepada Miky. Fikirannya melayang jauh ke Permatang Tengah Lautan.

"Miky..... Aku...aku perlu bawa Miky ke sini." bisik hati kecil Athran.

***

avataravatar