webnovel

Riwayat Caturdasa

Peperangan epik antara tiga puak berbeza dibumi, sebuah koloni robot sintetik berteknologi kecerdasan pintar di stratosfera dan beberapa buah puak luar galaksi telah menjadi penyebab kemusnahan hampir separuh permukaan bumi.

HdinHafizuddin · Fantasy
Not enough ratings
6 Chs

Gemintang Cinta di Ufuk Timur

MIKY memapah Athran yang sedang kesakitan itu menuju sebuah gua batu kapur berdekatan bangkai kapal angkasa Athran. Nampaknya kapal angkasa Athran sudah tidak boleh digunakan lagi untuk satu jangka masa terdekat ini. Kerosakan teruk yang berlaku pada bahagian sisi kiri pesawat berkenaan telah melumpuhkan kapal angkasa berkenaan.

"Kenapa kau... Kau bantu aku?" Athran membutirkan pertanyaan kepada Miky yang sedang memapah Athran ke arah bongkahan batu-batu kapur.

"Sebab aku masih ada sifat kemanusiaan dalam hatiku ini." jawab Miky ringkas sambil mengerak-gerakkan sesungut hijau itu. Tampak comel disitu.

Miky kemudian menyandarkan perlahan-lahan tubuh Athran ke bongkahan batu kapur lalu mengeluarkan kristal oren topaz.

"Kristal ini mempunyai kebolehan rahsia dalam proses penyembuhan badan secara kendiri." Miky melalukan kristal topaz oren di kawasan yang tercedera pada badan Athran.

"Sama juga dengan kristal biru ku. Kristal kami juga mempunyai kebolehan rahsia dalam proses penyembuhan organ dalaman. Hanya perlu masukkan ke dalam air minuman." Athran juga berkongsi kebolehan rahsia kristal biru Aquamarine kepada Miky.

"Kita hidup di dunia yang saling melengkapi, tapi kenapa perlu kita bermusuh?" Miky membebel sendirian sambil menyuakan kristal Oren Topaz di kawasan berdarah pada tubuh Athran.

"Ouch.." Athran menjerit kesakitan sambil menahan kepedihan pada luka berdarah di kakinya yang tersepit tadi.

"Tahan sikit....nama kau siapa yer?" Miky menenangkan Athran. Terlihat tag nama di bahagian dada Athran, namun perkataannya sudah hilang terpalit dengan darah Athran.

"Aku Athran, Laskar ke-24 regimen Laskar Diraja Kristal Blue Aquamarine. Dan kau pulak?" Athran tersenyum sambil memperkenalkan dirinya. Dia cuba mencari Jikalau ada pengenalan diri di bahagia baju Miky yang berpakaian seperti seorang jururawat hospital swasta KPJ.

"Namaku pula Miky, unit perubatan awam dalam laskar Penentang Orange Topaz Union." Miky hanya membalas dengan secangkir kuntuman senyuman bersama dua buah lesung pipit di bahagian kiri dan kanan pipi.

"Comelnya nama kau." Athran tersenyum lalu memuji kecomelan nama Miky sambil menahan kesakitan .

"Ada-ada je la hihi." Miky hanya menguntumkan senyuman.

General Tokazukizu tidak pergi ke Dataran Kesejahteraan Kristal Biru hari itu seperti kelaziman pemimpin-pemimpin kristal biru Aquamarine yang terdahulu. Beliau sebaliknya terperap di istananya, dan general-general ketumbukan di bawahnya mula hadir untuk mendengarkan kemaskini terkini daripada walkie talkie.

"Kita akan kalah besar. Kepulauan Caribbean tumbang. Rantaian Kepulauan Pasifik tumbang. Permatang Tengah Lautan juga tumbang." kata seorang laskar senior yang telah berpaling tadah kepada laskar puak Penentang Orange Topaz suatu ketika dahulu.

Beliau awalnya hanya menjangkakan akan menang tipis kerana ketumbukan laskar Penentang yang dilihat lemah dan tidak melalui latihan yang intensif, namun jangkaannya meleset sama sekali.

Menjelang sinar lembayung senja diufuk barat, beberapa laskar senior heavyweight dalam ketumbukan kristal biru Aquamarine sudah kalah teruk dengan sebilangan besarnya total lost.

Harapan yang kemungkinan masih ada cahaya peluang untuk masih boleh menang walaupun tipis nampaknya hancur lebur apabila tidak lama setelah sinar sang rembulan memancarkan sirnanya, General Penentang Rinkarika Chirikishi telah mengisytiharkan kemenangan mutlak puak Penentang Orange Topaz didalam siaran walkie talkie dan radio yang telah dipintas oleh puak Penentang.

"Ayahanda, Athran selamat?" Princess Zixy keluar daripada kamar tidur lalu melontarkan pertanyaan kepada Ayahandanya, General Tokazukizu tentang keberadaan cinta hatinya, Athran.

"Ayahanda....Ayahanda..." Princess Zixy mendesak ayahnya.

"Kamu boleh diam tak?! Ayahanda tengah serabut ni!" General Tokazukizu tidak dapat menahan sabar dan amarah lalu menengking anakandanya, Princess Zixy.

Princess Zixy yang tersentak apabila dimarahi Ayahandanya berlari kembali ke kamar tidurnya lalu menangis tersendu-sendu.

Sementara itu, diluar istana, kebanyakan penduduk telah merayakan kemenangan puak Penentang Orange Topaz Union dan kebencian mereka kepada pemimpin Blue Aquamarine nampaknya semakin membuak-buak.

Sebuah Kerajaan yang cukup bongkak, sombong, angkuh dan menindas ini akhirnya tumbang dan kalah teruk dengan cukup hina sekali selepas 61 abad mereka memerintah. Tidak ada perkataan yang dapat digambarkan dengan kata-kata tentang perubahan kuasa besar-besaran yang sedang berlaku ini dan hanya laugan 'Harapan Baru Orange Topaz Union' di jalanan menjadi titik tolak permulaan kepada sebuah hari baru.

***

KEMENANGAN bergaya puak Penentang Orange Topaz Union dalam usaha mengalahkan kebongkakan serta kebahlolan puak Blue Aquamarine dalam perang Caturdasa telah mendapat liputan meluas antara galaksi.

Pemimpin galaksi Andromeda menyifatkan kemenangan ini sebagai 'momen bersejarah dan tempoh me-reset kembali pentadbiran angkatan bumi supaya menjadi lebih kuat dan mampu mengubah landskap perjuangan mempertahankan galaksi Bima sakti amnya dan angkatan bumi khasnya'.

Wakil Bintang Aquarius pula mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin khususnya kepada Jeneral Rinkarika Rishikishi yang berjaya membawa kemenangan bersejarah kepada puak Penentang Orange Topaz ini. Katanya lagi, Bintang Aquarius sedia menghulurkan segala bentuk bantuan ketenteraan, teknologi dan persenjataan kepada armada ketumbukan bumi jika diserang lagi oleh robot sintetik PRAAH yang selalu sahaja membuat kacau dan berusaha menguasai pentadbiran bumi.

Kosmos Sirius-3 pula mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Penentang Orange Topaz kerana berjaya menguasai pentadbiran armada bumi.

Keadaan Athran bertambah baik selepas dijaga rapi oleh Miky. Bibit-bibit percintaan akhirnya mula mekar apabila Miky juga menerima pelawaan cinta Athran. Athran tidak bertepuk sebelah tangan.

"Miky?" Athran memanggil lembut nama Miky yang sedang terlena di dakapan Athran.

"Ye sayangku Athran?" Miky perlahan-lahan membuka matanya yang kuyu lalu mengerak-gerakkan sesungut kecilnya.

"Mengapa kita saling bermusuh-musuhan, padahal mencintai itu lebih manis rasanya?" Athran mengeluh-elus lembut rambut Miky yang ikal mayang itu.

Miky memandang tepat ke wajah kacak si Athran, lalu mengucup pipinya yang kebiru-biruan itu. Dagunya yang tirus di picit-picit tanda kegeraman.

"Mencintai itu amatlah manis, namun mencari cinta sejati itu teramat lah sukar. Lagipun, kita sudah diajar daripada kecil untuk saling membenci antara satu sama lain. Mengapa tidak?" Miky menjawab pertanyaan Athran dengan lemah lembut.

"Itulah kesilapan pemimpin kita. Mereka merosakkan pemikiran bangsa kita dengan propaganda untuk saling membenci. Padahal kita menghirup pada udara yang sama, meminum air yang sama dan berdoa pada tuhan yang sama?" Athran mula menjustifikasikan kebenciannya pada pemimpin mereka.

" Athran, sudahlah... Mulai sekarang, kita boleh ubah mindset itu. Kita boleh terapkan pada anak-anak kita nanti bahawa semua puak dibumi ini adalah sama tidak kira warna kristal apa yang ada pada diri kamu." Miky melontarkan kata-kata dengan cukup bersemangat sekali.

" Miky? Betulkah apa yang kita buat ini sememangnya salah? " Timbul perasaan sangsi pada lubuk hati Athran.

" Athran, tiada yang salah dan tiada yang betul. Ayuh kita mulakan generasi baru. Ayuh kita damaikan persengketaan tiga puak ini." Miky semakin me rangkul erat tubuh Athran. Dia dapat merasakan aura yang positif daripada kedua-dua kristal terbabit.

Tiba-tiba Athran teringatkan Princess Miky. Dia bingkas bangun namun lilitan pada lukanya masih belum kering.

" Aduhh.... " Athran cuba bangun namun tidak dapat bergerak akibat kakinya yang belum sembuh.

"Usah bangun lagi, Athran. Lukamu belum sembuh sepenuhnya..." Miky menyentuh bahagian yang telah dibalut di kaki Athran.

"Aku perlu pulang ke Istana, Miky. Aku perlu tunjukkan mukaku bahwa aku masih hidup kepada General Tokuzokuyi" Athran cuba kembali untuk bangun dan berkeras untuk keluar daripada kawasan Permatang Tengah Lautan itu.

"Kau mahu keluar dari sini, tapi dengan apa? Kapal perangmu sudah rosak teruk, Athran". Miky cuba menenangkan Athran.

Athran terdiam dan berfikir.

"Tetapi dengan apa ya?"