webnovel

Bab 1

"Kenapa kau susah sangat nak dengar cakap aku? Aku kata aku tak nak, tak naklah!" suara nyaring gadis itu bergema didalam bilik kuliahnya secara tiba-tiba; membuatkan seluruh isi bilik kuliah kini menumpukan perhatian kepada gadis berumur 19 tahun itu.

"Zahra, Bangun!" Fatin Hasmia, rakan baiknya tersengih-sengih kepada pensyarah mereka yang telah mencekak pinggang di hadapan bilik sambil menggoncangkan tubuh rakannya yang masih tak sedarkan diri lagi itu.

"Er… hah? Apa!??!?" sekali lagi gadis itu melontarkan suaranya sebelum dipukul perlahan oleh Qhalif yang duduk dibelakangnya dengan buku rujukan mereka.

"Pakk!!"

"Hah?" akhirnya gadis itu terjaga dari tidurnya sambil duduk tegak.

"Qhalif! Kau tak apa-apakah, Zahra?" Fatin menunjukkan rasa tak puas hatinya apabila Qhalif bertindak demikian.

"Ah, tak… sorry.. aku tertidur.."

"Siapa suruh online sampai pagi…" ngomel Qhalif dari belakang gadis itu sambil menjeling.

'Kau punya pasallah! Siapa suruh ajak aku battle sampai pagi? Hantu punya kawan.' Gadis itu memuncungkan bibirnya selari kembali memberikan perhatian ke ruang hadapan kelas.

"Ok, kelas… itu sahaja untuk hari ini… saya harap kamu boleh siapkan assignment yang saya berikan hari ini dan hantarkan kepada saya selepas cuti kamu berakhir nanti… terima kasih semua, dan selamat bercuti…" seperti biasa, pensyarah kami untuk matapelajaran kegemaranku ini sememangnya seorang yang sangat sporting dan tak pernah marah tak tentu pasal seperti pensyarah yang lain.

"Oh… saya hampir terlupa, cik Amira Zahra… sila jumpa dengan saya selepas ini."

'I may have spoke too soon. Tapi selalunya dia cool; tak pernah pun nak marah kami terutamanya pada aku. Mungkin kerana dia nampak passion aku dalam pelajaran kami selama ini. Lain pula ceritanya harini…'

"Habislah kau, Zahra…" aku melepaskan keluhan sekali lagi selari mendengar usikan Qhalif dari belakang.

"Kau geraklah dulu… nanti aku datang." Arahku pada Fatin selari bangun dari tempat duduk setelah selesai mengemaskan buku kedalam beg silangku.

"Tak apalah, aku tunggu kau disini; nanti kita boleh gerak sekali." Balas gadis yang telah rapat dengan ku bagai seorang adik ini.

"Aku kata, tak apa… kau pergi makan dulu dengan si sengal ni… nanti bertukar rupa pula dia. Kau tahu dia kurang kawalan bila dia lapar." Aku mengisyaratkan kepadanya sebelum mula melangkah meninggalkan tempat dudukku.

"Oi, aku ada disini lagilah…" suara garau Qhalif sengaja dilontarkan kuat dari biasa dengan nada tak puas hati memberhentikan langkahku.

"Sebab kau ada disini lagilah aku cakap… biar kau sedar diri sikit."

"Hamboi, gurau kasar; nampak?"

"Kenapa, sentap?" giliran aku pula mencari pasal dengannya; lantas Fatin memegang tanganku, menahan aku dari terus bertikam lidah dengannya.

"Sudahlah… yang kamu berdua bergaduh ni, dah kenapa? Okay… aku pergi makan dengan Qhalif dulu… tapi nanti kau jangan tak datang pula."

"Ya!"

"Jomlah Fatin… abaikan dia, kita pergi dating bertiga dengan amoi tu sekali; singa ni ada pun buat sakit mata… kacau orang nak berasmaradana saja." Kata Qhalif dengan nada selamba selari menarik tali beg galas Fatin menuju ke arah pintu keluar tanpa menoleh ke arahku lagi sambil diikuti Phoebe dari belakang.

"Nanti kau datang tahu? Kami tunggu…" Gadis itu tindak menghiraukan kata-kata Qhalif tadi dan hanya menumpukan perhatiannya padaku.

"Kau tengokkan mak cik tu sikit!" sempat lagi aku melontarkan suara lantas menggelengkan kepala melihatkan gelagat Qhalif sebelum mereka hilang dari pandangan. Miss Daniela juga terlihat tercuit dengan gelagat mereka berdua.

"Kamu bertiga memang rapat, kan?" Katanya selari mengalihkan pandangannya kepadaku sambil tersenyum. Aku hanya mengangguk selari duduk berhadapan dengan pensyarah yang telah akrab denganku itu.

"Hmm… bolehlah… tapi, si Qhalif tu selalu cari pasal…"

"Biasalah… kalau tak ada kawan yang suka bergurau, tak seronok pula nanti; kan?" sambungnya lagi selari duduk menghadapku setelah selesai mengemaskan kertas-kertas yang berada dihadapan kami.

"So… kenapa tiba-tiba Miss panggil saya ni? Sebab saya tertidur tadi? Maaf… saya betul-betul tak sengaja… Lagipun, sayapernah beritahu Miss sebelum ni pasal…"

"Saya tahu kamu ada masalah insomnia disebabkan mimpi yang awak alami tu; kamu pun pernah mention pada saya sebelum ni. Tujuan saya panggil tadi pun bukan sebab tu; saya cuma harap kita akan jumpa lagi selepas cuti semester awak habis nanti."

"Apa maksud Miss? Miss nak pergi mana?"

"Awak sendiri tahu yang saya hanyalah guru ganti untuk Miss Aqilah sebab dia ambil cuti bersalin sejak 3 bulan yang lepas, kan? Jadi… "

"Can't you just stay? Miss pun tahu yang kami semua dah mula attach pada Miss sejak Miss mula mengajar lagi… kami dah selesa dengan cara Miss mengajar." Dari membiarkan pensyarah muda itu menghabiskan ayatnya; aku memegang kedua tangannya, bagai meminta supaya dia mengubah fikiran.

"Tak bolehlah macam tu… lagipun saya pun nak ada komitmen saya sendiri.." sambungnya selari melemparkan senyuman manisnya sebelum melepaskan tanganku dan mengambil sesuatu dari beg tangannya.

"Ko…mitmen lain?" aku memandangnya dengan penuh tanda tanya.

"Nah… kamu tengoklah sendiri… malas saya nak cerita panjang." Kata pensyarah muda berdarah serani ini selari menghulurkan sekeping kad kepadaku sambil tersenyum sipu.

"Wah! Miss nak kahwin?!?!?" tanpa sedar, suaraku bergema didalam bilik kuliah itu buat sekelian kalinya.

"Zahra! Awak mesti menjeritkah?" marah Miss Daniela selari menjengahkan kepalanya ke arah pintu bilik yang telahpun tertutup rapi; dia kelihatan begitu khuatir kalau ada yang mendengar perbualan kami.

"Opss… sorry… tapi, seriouslah? Miss Daniela nak kahwin?"

"Ya… kenapa, tak boleh?"

"Bukanlah tak boleh… tapi, ada juga lelaki yang nak jadi 'mangsa' Miss Daniela ni, ya?"

"Apa maksud kamu? Saya ni teruk sangatkah; awak ingat saya ni takkan laku?"

"Tak adalah teruk sangat… kalau ditolak dengan perangai merengus, suka berangan dan hilang focus secara tiba-tiba… tak lah teruk sangat perangai tu…" sengaja aku mengusiknya selari menjeling sinis.

"Awak ni! Pffft…hahahah!" Miss Daniela mencekak pinggangnya sambil merenungku dengan pandangan tak puas hati sebelum mula ketawa.

"Hahaha! Tapi, serious… tahniah, Miss…"

"Terima kasih… saya harap sangat kamu dapat hadir majlis saya tu nanti; datanglah dengan kawan-kawan kamu tu sekali."

"Roger, Miss!" jawabku selari memberi tabik hormat kepadanya sambil tersengih.

"Kedah?!?!?!" Pheobe, satu-satunya kawan berbangsa cina dalam kumpulan kami melontarkan suara sambil memandang kedua aku dan Fatin.

"Kau gila? Jauh tu, kot!" Fatin membelek kad kahwin yang Miss Daniela beri tadi sambil mengerutkan dahinya.

"Alah… bukan jauh mana pun… tak sampai Thailand pun."

"Jauhlah tu! Kan, Qhalif?" Fatin mengalihkan pandangannya kepada Qhalif pula yang dari tadi kelihatan sibuk membelek telefon bimbitnya.

"Hah? Ah, ya… jauh, kot?"

"Hissh, budak ni… kau dengar tak kami cerita pasal apa tadi?" Aku merampas telefon bimbitnya dengan kasar sebelum menyembunyikannya dibelakangku.

"Hoi, apa tarik-tarik telefon ni?"

"Fatin tengah tanya tu, jawablah dulu… nanti aku bagi." ternyata perbuatanku membuatkan dia bengang.

"Ya… dengar; kamu semua nak pergi majlis kahwin Miss Daniela, kan? Tapi jauh…"

"So?"

"So?"

"So, apa cadangan kau?"

"Tak payah pergilah, kalau susah sangat…"

Next chapter