webnovel

Bab 2

"Mana boleh!" Qhalif kelihatan terpinga-pinga apabila ketiga-tiga orang kawan baiknya menjawab dengan serentak.

"Habis tu, kau nak aku jawab apa…?"

"Pfft…" Aku cuba menahan ketawa selari menyerahkan kembali telefon bimbitnya semula.

"Kau tanya pendapat aku… tapi, bila aku jawab… korang marah; tak faham aku dengan kaum hawa ni…" Lelaki yang kelihatan tegap tadi; kini memuncungkan bibirnya selari merendahkan kepalanya sambil mengerutkan dahinya persis seorang anak kecil sedang merajuk.

"Alah, itu pun nak emo… okay, kami minta maaf…" Aku yang masih cuba untuk menahan ketawaku menyusun sepuluh jari memohon maaf dengannya selari meneruskan perbincangan kami kembali.

"Jadi? Apa kata putus kita?"

"Jadilah! Kita buat rombongan cik Kiah ke Kedah hujung minggu ni!"

"Yeah!"

"Salah lah… rombongan Encik Qhalif and the boongas…" Aku menambah selari menjeling ke arah Qhalif yang kelihatannya masih tak ada mood untuk berbicara.

"Bungas lah sangat… nama saja bunga… tapi macam bunga Rafflesia… makan orang, busuk pula tu!"

"Hello, bunga Rafflesia tu 'rare', okay? Sebusuk-busuk Rafflesia tu, itulah bunga yang orang paling ramai nak tengok…"

"Tengok je… dekat tak nak pun.."

"Sudahlah tu… korang ni nak bergaduh saja, kerjanya! Nanti kalau dibuatnya kamu berdua jatuh cinta, baru padan muka!"

"Hiisshh!! Choi!! Mulut kau kan Fatin…"

"Apa? Kau tak nakkah? Aku ni hot; apa?"

"Perasan lebih…" aku menjeling selari tertawa dengan lagaknya yang perasan segak itu.

"Rugi kau, reject aku… nanti tunggulah aku check in gym dulu. Masa tu badan aku dah berketul-ketul; dah bertambah hot macam Remy Ishak tu, baru kau nak berputih mata."

"Hahaha! Remy Ishak? Lebih kepada Rem….Ish…Ish…Ish… hahahah!!"

"Oi!! Seronok kau orang, kan?" Keadaan petang itu menjadi 'hidup' dengan kehadiran kawan-kawan yang kukenali sejak mula masuk sini lagi; kecuali Fatin yang kukenali sejak dibangku sekolah lagi.

Tarikh yang kami tunggu-tunggu akhirnya tiba apabila kami kini berada di luar tempat pertemuan sebelum mula bertolak ke Kedah. Aku dan Fatin yang sampai awal menunggu kedatangan Qhalif dan Pheobe di kawasan luar kampus.

"Mana pula Amoi ni?"

"Si sengal tu pun lambat kenapa? Mengalahkan perempuan…" Aku mengomel selari menjengahkan kepalaku ke luar tingkap kereta sedang Fatin masih sibuk membetulkan tudungnya di tempat duduk belakang kereta.

"Kau dengan Qhalif tu bukan kamcing ke? Takkan kau tak tahu dia di mana?"

"Dia kata dia dah on the way tadi… tak tahu pula aku 'on the way' dekat mana… kau cakap aku; kau tu bukan sepasangan ke dengan dia?"

"Apa yang kau merepek ni? Bila pula aku couple dengan si Qhalif tu? Lagipun, dia mana pandang pada perempuan macam aku ni…" Fatin mengalihkan pandangan dariku selari masih membelek-belek tudungnya; aku tahu dia hanya berpura-pura ketika itu.

"Serious lah?"

"Hah?"

"Serious lah, itu jawapan kau?"

"Maksud kau?" Akhirnya dia mengangkat kepalanya menghadap aku.

"Itu alasan kau? Kau ingat yang dia tak pandang kau? Kau tak tanya pun betul ke tak andaian kau tu…"

"Kau gila, apa? Takkanlah aku nak tanya direct…pada…dia?!?!" Fatin membeliakkan matanya sambil menakup mulutnya dengan kedua belah tangannya apabila tersedar tembelangnya telah pecah.

"Gotcha!" Aku tersengih apabila melihat reaksinya itu.

"Zahra, Zahra, tolong jangan beritahu Qhalif apa-apa; PLEASE!" Pintanya selari memegang kedua belah tanganku dengan gaya terdesak.

"Apa yang kau nak takutkan sangat ni? Terus terang sajalah dengan dia tu…" aku masih cuba bersuara bersahaja dengan reaksinya yang makin mengada itu.

"Kau cakap senanglah… bukan kau yang rasa apa yang aku rasa ni.." Dia melepaskan tanganku sambil tunduk; kelihatan dia agak gemuruh dengan topik ini.

"Okay… aku tolong kau, boleh?"

"Tak naklah… nanti kalau dia reject aku; mesti kita tak boleh kawan macam dulu lagi…" Fatin memuncungkan bibirnya selari membuat muka kasihan; dalam cubaannya untuk meraih simpati dariku. Aku melepaskan keluhan kecil selari menggaru kepalaku yang tak gatal sebelum menyambung.

"Yalah… aku tak beritahu dia secara direct… tapi, aku akan tetap tolong kau; okay? Seronok juga bila fikir ada ala-ala 'sweet couple' gitu; dalam kumpulan nerd kita ni…" sekali lagi aku mengusiknya.

"Zahra!" kini rakanku ini tampak lebih tenang dari tadi sambil masih menahan dirinya dari tersenyum menahan rasa malu.

Fatin memang agak pemalu dan lembut dari awal perkenalan kami dulu; fakta ini membuatkan aku makin pelik bagaimana dia boleh bertahan denganku selama ini. Kerana memang terang lagi nyata bahawa aku dan Fatin adalah individu yang kontra antara satu sama lain; dia seorang yang lemah lembut dan feminin. Aku pula? Seorang yang kasar, lebih terbuka dan sememangnya bukan seorang yang feminin.

Aku tersengih apabila teringat akan perbezaan kami; agaknya betul bak kata orang selama ini… opposites attracts.

"Hah, berangan!" Qhalif yang tiba-tiba menjengahkan kepalanya ke cermin hadapan kereta Fatin mengejutkan aku dari lamunan.

"Lambatnya kau… kau bersiap ke, apa? Kita bukan nak pergi lama pun, dalam seminggu saja…" Rungutku selari keluar untuk membantu Qhalif dan Pheobe menyimpan beg di dalam but kereta.

"Seminggu; lamalah tu! Aku nak kena preach housemate aku lagi; kau ingat senangkah jadi orang yang bertanggungjawab macam aku ni?"

"Banyaklah kau, habis-habis; kau bebel pasal tak bagi housemate kau sentuh barang kau saja, kan? Bukan aku tak kenal kau tu; tangkai jering!"

"Aku bukan tangkai jering, okay? Aku cuma… pandai jaga barang. Bukan senang aku nak beli semua set-up tu; aku buat kerja part-time siang malam tahu, baru dapat… sebab tu aku kena jaga benda tu betul-betul!" Terangnya panjang selari menutup but kereta dan menuju ke tempat duduk pemandu; aku terhenti sambil melihatnya dengan pelik.

"Eh? Kau nak drive?" Aku bertanya selari melihatnya laju masuk ke tempat pemandu.

"Yalah… takkan aku nak bagi kau yang bawa? Kaum Adam kena lindungi kaum Hawa, tahu? Aku kan satu-satunya kaum Adam disini... " Katanya dengan bangga selari mengangkat kening padaku.

"Mengaku kaum Adam… tapi, bebel macam perempuan…" aku mengomel perlahan selari bergerak ke tempat duduk hadapan.

"Aku dengarlah…"

"Beta hanya inginkan darah manusia sahaja; kenapa susah sangat untuk kau tunaikan?!?!" Suara Raja yang kelihatan tak terurus itu bergema didalam bilik beradunya; dia tampak lebih berang dengan siungnya kini jelas kelihatan, matanya merah, kulit pucat lesu, wajahnya mulai berkumis dan tubuhnya kelihatan lebih tegap dari sebelum ini. Raja itu tak kelihatan seperti seorang manusia kini; tapi lebih kepada seperti seekor makhluk.

"Ampun, Tuanku! Orang-orang Patik masih sedang mencuba, diharap Tuanku boleh kekal bersabar buat seketika."

"Datuk!" seorang hulubalang datang mengadap membawa semangkuk darah sambil memanggil lelaki yang masih lagi bersujud sejak tadi; dengan pantas lelaki yang bergelar datuk itu mengambil mangkuk itu untuk dipersembahkan kepada Raja mereka.

"Tuanku…"

"Ah, Darah… berikan kepada beta!" Arahnya selari merampasnya dari tangan lelaki pertengahan

umur itu dengan kasar sebelum menghirupnya dengan rakus.

"Tuanku…" Datuk menteri dan hulubalang tadi melihat pemandangan yang mengerikan itu tatkala Raja mereka menghirup darah pekat dari mangkuk tadi dalam keadaan ketakutan.

Next chapter