53 Bai Xun Patah Semangat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Ini….."

Semua di situ bertukar pandangan antara satu sama lain, penuh dengan kebingungan.

[Ini Sarjana Lu Chen, bekas guru maharaja. Tidak ada sesiapa pun akan berani menyentuhnya apatah lagi belasahnya sehingga begini?

Lagipun, bukankah mereka berdua pergi belajar? Kenapa pula dia balik…sebegini?

Adakah mungkin mereka sebenarnya tidak ke bilik bacaan untuk belajar, tetapi untuk….. bertempur?

Sarjana Lu Chen yang penuh keagungan akan mempunyai minat sebegini?]

"Saya baik sahaja…" Sarjana Lu Chen melambaikan tangannya dengan penuh kekok.

Lagipun, dia tidak boleh mengaku …. Kecederaan ini disebabkan Zhang Xuan mencapai kemajuan dalam pertapaannya dan akibat tidak biasa dengan kekuatan barunya telah mencederakannya.

Dia juga tahu ia akan sukar untuk dijelaskan. Oleh itu, Sarjana Lu Chen berjalan ke kerusi utama lalu berpaling ke Pak Cik Cheng dan berkata, "Ah Cheng, tolong bawa Tiang Batu Pengukur Kuasa ke sini!"

Dia ini pakar pelukis dan bukannya pakar peninju. Oleh itu, tidak hairan tiada Tiang Batu Pengukur Kuasa di ruang tamunya,

Namun, memandang objek ini berkait dengan pertapaan seseorang, masih terdapat beberapa di rumah ini jadi tidak menjadi masalah untuk membawa satu daripadanya ke sini.

"Baik!" Walaupun tidak pasti apa niat tuannya, Pak Cik Cheng mengangguk kepalanya dan bergegas keluar daripada bilik.

"Sarjana Zhang, adakah betul kamu sudah mencapai Peninju 5-Dan puncak?" Apabila keadaan menjadi sunyi, Bai Xun tidak dapat menahan curiganya lalu bertanyakan kepada Zhang Xuan dengan teruja.

"Un!" Walaupun ia mungkin tidak sesuai untuk mendedahkan tahap pertapaannya di dalam akademi, di sini ia tidak bahaya untuk mendedahkannya. Oleh itu, tidak ada sebab untuk Zhang Xuan menyembunyi tahap pertapaannya.

"Saya juga di tahap sama. Bolehkah sarjana mengizinkan saya peluang untuk bertempur dengan tuan?" Mendengar pengakuan Zhang Xuan, mata Bai Xun membara dengan semangat.

"Bai Xun, ingat sikit kamu di mana!" Terkejut dengan ajakan Bai Xun, Huang Yu dengan cepat cuba menasihati Bai Xun untuk menarik balik niatnya.

Sarjana Lu Chen seorang yang penuh keagungan, dia benci orang berlawan ataupun bertengkar di depannya. [Untuk mencabar seseorang ke dalam sesebuah pertempuran di ruang tamunya, lebih-lebih lagi di depannya, Bai Xun mesti sudah hilang akalnya.]

Seperti apa Huang Yu fikirkan, Sarjana Lu Chen benci orang bertengkar di depannya ataupun menghunus pedang dan lembing di depannya. Namun, selagi Tiang Batu Pengukur Kuasa belum lagi sampai, cara terbaik untuk mengenal pasti sama ada Zhang Xuan telah bertambah maju ialah dengan bertempur dengan Bai Xun.

Dia sudah pun tahu Bai Xun telah mencapai Peninju 5-Dan puncak.

Dengan kedua-dua mereka pada tahap pertapaan yang sama, ia sepatutnya akan dapat melihat betapa banyaknya kekuatannya telah meningkat.

Pada saat ini, dia meninggikan kepalanya lalu berkata, "Saya tidak mempunyai sebarang bantahan jika ia hanya pertempuran biasa sahaja. Namun, jangan keterlaluan!"

"Bagus!" Asalnya, Bai Xun ingat Sarjana Lu Chen akan membantah. Sebaliknya dia setuju pula. Bai Xun hampir melompat dari tempatnya kerana terlalu gembira. Dengan muka puas, dia mengambil dua langkah ke hadapan ke pertengahan bilik tersebut lalu membuat gaya bersedia dan berkata kepada Zhang Xuan. "Mari!".

"Baiklah!"

Zhang Xuan sendiri baru sahaja habis bertapa teknik Badan Emas Jalan Syurga. Oleh itu, dia curiga betapa banyaknya kekuatannya telah bertambah. Oleh itu, dia tidak menolak cabaran Bai Xun lalu berjalan ke pertengahan bilik tersebut juga.

"Kekuatan di sebalik penumbuk saya amat tinggi, oleh itu tolong berjaga-jaga!" Dengan mata seriusnya, Bai Xun tidak lagi mempunyai keperibadian biasanya seakan seorang bangsawan tetapi telah ditukar dengan aura seorang kuat yang tiada tandingan. Selaku seorang Peninju 5-Dan puncak, dari segi kekuatan, dia jauh lebih kuat daripada Shang Bin!

Huala!

Selepas menonjolkan kekuatannya, Bai Xun melangkah ke hadapan. Kekuatannya dan tumbukannya seakan pedang, gemaan udara terjana daripada tumbukannya menikam terus ke arah Zhang Xuan.

Untuk menguji tahap pertapaanya, Zhang Xuan tidak mencari kelemahan Bai Xun dalam Perpustakaan Jalan Syurga, Sebaliknya, dia membalas tumbukan Bai Xun dengan tumbukannya tersendiri.

Hu!

Kedua-dua tumbukan mereka bertembung di pertengahan udara. Dengan segera, jelas ternampak muka Zhang Xuan yang kecewa.

"Kenapa tumbukannya lemah sangat? Adakah mungkin dia sebenarnya bukan seorang Peninju 5-Dan puncak?"

Penumbuk Zhang Xuan menolak balik tumbukan Bai Xun tanpa sebarang halangan seakan membaling batu ke dalam bebuih.

Kerana kemungkinan Bai Xun ini sebenarnya tidak lagi sedia dan oleh itu tidak mengeluarkan kekuatan penuhnya, Zhang Xuan dengan segera mengurangkan kekuatannya dengan separuh.

Walaupun dengan mengurangkan kekuatannya ke separuh, muka Bai Xun tetap menjadi pucat apabila tumbukannya ditolak balik dan dia terhuyang-hayang ke udara seakan bola squash. Sou! Dia hanya terhenti apabila badannya terhempas ke sesebuah tiang.

"Kenapa kamu tidak menggunakan kekuatan penuh kamu?"

Sambil menarik balik tumbukannya, Zhang Xuan berjalan ke hadapan dan memberi tangan kepada Bai Xun untuk menolong dia.

"Jangan…"

Sejurus sahaja kejadian tersebut dan Zhang Xuan berjalan ke arah Bai Xun untuk menolongnya, Mata Sarjana Lu Chen mengecil melihat Zhang Xuan. Dengan segera dia cuba menghentikan mereka, namun ia sudah terlalu lambat.

Sou!

Bai Xun dicampak ke udara seakan laying-layang yang talinya putus. Dengan sehembus angin, dia sekali lagi terhuyang-hayang di udara,

Paji!

Selepas terpelenting untuk beberapa meter, mukanya terhempas pada dinding dan darah mula mengalir dari mata dan hidungnya.

"Wuuuuu…."

Bai Xun hampir menangis di situ juga.

[Abang, saya tahu saya ini buka tandingan saudara namun kamu tidak perlu begitu kejam. Muka saya yang kacak ini, muka saya…..]

"Kenapa kamu ini…."

Melihat Bai Xun terlayang dengan tarikan tangannya oleh Zhang Xuan, Zhang Xuan menggaru kepalanya dengan muka tidak bersalah.

[Apa mereka sedang buat?

Tadi Sarjana Lu Chen, sekarang Bai Xun. Adakah baik untuk kedua-dua orang ini melompat ke sini dan sana sebegini?

Jikalau mereka berdua tahu apa yang sedang difikirkan Zhang Xuan sekarang, mesti mereka berdua sedih sehingga muntah darah sudah.

Kamu yang melompat sini dan sana… kami dibaling kamu tahu tak…]

"Orang ini…"

Sambil berdiri di tepi, Mata Huang Yu berkerut kerana tidak dapat memahami apa sedang berlaku.

Bai Xun boleh dianggap sebagai antara terbaik dalam generasi mereka. Kecuali beberapa orang, dia hampir tidak ada tandingannya. Oleh kerana itu, dia telah membesar dengan keperibadian yang suka bertanding dan tidak suka mengaku kalah. Dia ingat Zhang Xuan tidak akan mampu menandinginya dalam sesebuah pertempuran, namun dia tidak menyangka Bai Xun akan terhuyang-hayang di udara dengan hanya satu tumbukan daripada Zhang Xuan.

Dia kalah dengan teruk!

[Orang ini nampak biasa sangat, bagaimana mungkin dia mempunyai kekuatan sebegitu?]

"Adakah kamu baik?" Tidak pasti apa di dalam minda mereka semua, Zhang Xuan hanya mampu berjalan ke Bai Xun dengan muka meminta maaf.

"Saya baik lagi…"

Bai Xun cuba berdiri sambil membersihkan bajunya.

Selaku seorang Peninju 5-Dan yang telah memperkukuhkan tulang dan kulitnya, kecederaan kecil sebegini tidak menjadi masalah untuknya.

"Bagus. Saya perasan kamu tidak menggunakan kekuatan penuh kamu tadi. Bagaimana kalau begini, kami boleh menukar tumbukan sekali lagi tetapi kali ini dengan kamu menggunakan kekuatan penuh kamu…"

Zhang Xuan berkata dengan ekspresi serius.

"Sekali lagi?"

Mata Bai Xun mengedut dan sekali lagi hampir menangis di situ juga.

[Jika mereka sambung bertempur, mungkin dia akan mati di situ juga….]

Dengan segera dia melambaikan tangannya dan berkata, "Tidak perlu, jelas tuan sarjana jauh lebih kuat daripada saya. Tidak perlu kita sambung untuk kita mengetahui siapa lebih kuat…"

"Tidak perlu begitu bersopan, ini hanya pertempuran persahabatan. Oleh itu, kamu tidak perlu menahan kekuatan kamu. Satu lagi, jangan panggil saya tuan sarjana, pelik pula apabila mendengarnya…."

Zhang Xuan ingat Bai Xun hanya berwas-was kerana Sarjana Lu Chen telah mengiktirafkannya sebagai rakan seperjuangannya, ini menyebabkan dia segan untuk mengeluarkan kekuatan penuhnya dalam pertempuran tadi.

Apabila pertapaanya mencapai tahap Peninju 5-Dan puncak, dia telah bertempur dengan Yao Han dan Yao Han telah memberinya tekanan melalui kekuatannya yang jauh hebat daripadanya. Tahap pertapaan Yao Han jauh tinggi berbanding Bai Xun, memandang dia dengan Zhang Xuan sama sahaja, dia ingat pertempurannya dengan Zhang Xuan tidak akan jauh berbeza daripada pertempurannya dengan Yao Han. Namun, dengan satu penumbuk, dia telah terpelanting ke langit. Kejadian ini begitu sukar untuk dipercayai, dia menyedari ia disebabkan dia tidak mengeluarkan kekuatan penuhnya.

Jika tidak, dengan kekuatan 8-dingnya, mustahil untuknya menghantar seorang Peninju 5-Dan puncak yang mempunyai kekuatan sebanyak 4-ding untuk terpelanting dengan hanya satu tumbukan.

"Pertempuran kekawanan?"

Bai Xun menggeletar dengan penuh ketakutan. [Kamu memanggil ini pertempuran persahabatan? Saya hampir berjumpa dengan tuhan kerana penumbuk kamu tadi tahu tak?

Selain itu, selaku rakan seperjuangan Sarjana Lu Chen, jika saya bukan sarjana, apa patut saya memanggil kamu?]

Tiba-tiba dia terfikir sesuatu, "Memandang kamu kata ia pelik saya panggil kamu sarjana, mungkin lebih baik saya panggil kamu atuk? Atuk Zhang, saya mengaku kesalahan saya baik tak? Saya tidak patut bersikap biadap terhadap kamu tadi. Saya merayu kepada kamu… tolong jangan minta saya bertempur dengan kamu lagi!"

"Tiang Batu Kekuatan Kuasa sudah sampai!" Pada saat ini, Pak Cik Cheng jalan ke situ sambil melihat keadaan tersebut. Selepas mendengar rayuan Bai Xun, dia terpegun di situ juga sambil berkata "Apa?"

avataravatar
Next chapter