54 Buah Mutiara Hongjin

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

[Siapa ini?

Anak tunggal orang paling berpengaruh di seluruh Empayar Tian Xuan, Zhennan Wang!

Untuknya menangis sambil memanggil Zhang Xuan atuk? Mesti dia sedang bermimpi….]

Pemandangan Pak Cik Cheng mengabur dan berasa seakan ingin pitam.

[Dia hanya beredar untuk seketika untuk mendapatkan Tiang Batu Pengukur kuasa… Apa yang terjadi? Ada sesiapa boleh beritahu saya apa yang terjadi…]

"Batuk batuk, baiklah. Saudara Zhang Xuan, banyak lagi peluang untuk kamu berdua tempuhi pada masa hadapan. Bai Xun telah cedera dan perlu mengawal pertapaannya untuk seketika! Lagipun, memandangkan Tiang Batu Pengukur Kuasa telah datang, saya rasa ini masa terbaik untuk kamu mengukur kekuatan kamu dahulu!"

Menyedari situasi tersebut mula berasa kekok, Sarjana Lu Chen dengan segera mencelah.

"Baiklah!" Melihat Bai Xun tidak sanggup bertempur dengannya lagi, Zhang Xuan menggeleng kepalanya dengan perasaan kecewa. Dia berpaling melihat Tiang Batu Pengukur Kuasa yang baru sahaja dipasang dan berjalan ke arahnya. Dengan senyuman, dia berkata, "Sebenarnya baru semalam sahaja saya mengukur kekuatan saya dan mendapatinya hanya 4-Ding sahaja. Tidak patut ada begitu banyak perubahan walaupun mengujinya sekali lagi hari ini…"

Baru pagi ini sahaja dia telah membelasah Yao Han dengan teruk. Sebelum itu, dia telah menguji kekuatannya dan mendapatinya merupakan 8-ding !

Sepanjang hari ini dia sibuk sahaja. Tambahan pula, tanpa teknik pertapaan, masih tiada satu pun titik akupoinnya yang telah terbuka. Oleh itu, tidak patut ada peningkatan dalam kekuatannya.

Walaupun dia bertapa menggunakan Badan Emas Jalan Syurga, pada pendapat Zhang Xuan, walaupun terdapat perubahan dalam kekuatan fizikalnya, ia tidak akan setanding dengan kekuatan zhenqinya.

Dia berkata kekuatannya hanya 4-ding kerana itulah kebiasaannya untuk seseorang di puncak alam Dingli. Dia tidak mahu mendedahkan terlalu banyak rahsianya. Paling teruk pun, dia akan menahan separuh kekuatannya untuk pengukuran kuasanya nanti.

"Memandang Pak Cik Chen telah membawa Tiang Batu Pengukur Kuasa ke sini, cuba sahaja lah!" Sarjana Lu Chen memujuk.

"Baiklah!" Zhang Xuan senyum sambil menerima ajakan tersebut. Dengan niat untuk hanya menggunakan separuh tenaganya, penumbuk tangannya terbang ke arah Tiang Batu Pengukur Kuasa.

Peng!

Cahaya terpancar dari tiang tersebut sambil beberapa angka mula muncul daripadanya.

"Lihat, seperti saya cakap, 4 ding…" melihat angka yang mula timbull pada permukaan tiang tersebut, Zhang Xuan melambaikan tangannya dan berpaling ke belakang dan melihat mereka dengan senyuman. Namun, sebelum dia boleh habis perkataannya, dia melihat Bai Xun, Huang Yu, Sarjana Lu Chen dan Pak Cik Cheng melihatnya seakan melihat raksasa.

Setiap daripada mereka melihatnya seakan biji mata mereka boleh terkeluar dari lubang mata mereka pada bila-bila masa sahaja.

"Apa halnya?" Zhang Xuan terbingung.

Dia menunduk kepalanya dan melihat diri sendiri. Sepatutnya tiada apa apa yang pelik pun tentang dirinya….kan?

Lihat sekali lagi pada….Tiang Batu Pengukur Kuasa!" Huang Yu bercakap dengan penuh kejengkelan.

"Ada masalah dengan Tiang Pengukur Kuasa ke? Bukan ia hanya menunjukkan 4 ding? Kamu perlu begitu terkejut ke…."

Apabila dia berpaling ke belakang untuk melihat, Zhang Xuan terkejut sehingga hampir terjatuh ke lantai. Tidak pasti bila ia berlaku, tetapi nombor '9' telah muncul di belakang '4' tadi.

Menunjukkan kekuatannya sebanyak….49!

"Tumbukan saya tadi….49 ding?"

Zhang Xuan juga terkejut.

Bila dia menguji kekuatannya pagi tadi, dia hanya mempunyai kekuatan sebanyak 8 ding. Lagipun, dia telah dengan sengaja menahan separuh kekuatannya apabila menumbuk tiang tersebut. Bagaimana mungkin dia boleh mencapai kekuatan sebanyak 49 ding? Bukankah ini bermaksud jika dia tidak menahan balik kekuatannya, tumbukannya mungkin akan mencapai kekuatan sebanyak 100 ding?

Seorang Peninju 4-Dan alam Dingli tahap puncak biasanya hanya mempunyai kekuatan sebanyak 4 ding manakala seseorang pakar alam Pixue akan mempunyai kekuatan tidak melebihi 80 ding. Untuknya mampu menumbuk dengan kekuatan 100 ding melalui kekuatannya, bukankah ini bermaksud kekuatannya melebihi seorang Peninju 6-dan pakar alam Pixue?

Ini…

"Adakah mungkin… Tiang Pengukur Kuasa ini rosak?"

Zhang Xuan terfikir sesuatu dan dia tidak mampu menahan kesangsiannya.

"Tiang Batu Pengukur kuasa tidak rosak. Bukankah kamu telah mencapai kemajuan dalam bilik bacaan saya tadi? Ini membuatkan kekuatan kamu meningkat dengan mendadak. Lagipun, kamu belum lagi mengadaptasi kekuatan baru kamu. Oleh sebab itu… kamu telah belasah Bai Xun dengan begitu teruk sekali!"

Melihat teorinya disahkan benar, Sarjana Lu Chen menjelaskan tentang apa yang terjadi.

Asalnya, dia ingin mengatakan dia sendiri telah dibelasah teruk oleh Zhang Xuan, tetapi dia berhenti sebelum mengatakannya. Lagipun, tidak kira apa pun, dia tetap seorang sarjana dan patut mempertimbangkan reputasinya..

"Kemajuan? Peningkatan dari 4 ding ke 49 ding? Tidak mungkin kamu berjaya pecahkan 45 titik akupoin sekaligus?"

Ia sesuatu apabila mereka hanya melihat tanpa mengetahui sebabnya, tetapi sejurus sahaja mengetahui sebabnya, Bai Xun dan Huang Yu hampir pitam di situ juga.

Kamu sedang bergurau ke?

Pada tahap Peninju 6-Dan alam Pixue, seorang akan membuka acupoin untuk memajukan pertapaannya. Untuk setiap acupoin yang berjaya dibuka, kekuatannya akan meningkat sebanyak 1 ding.

Terdapat sebanyak 108 akupoin pada badan seseorang. Namun, hanya 72 daripada mereka boleh dibuka. Lagipun, terdapat susunan khas untuk membuka titik akupoin ini. Kerana perbezaan badan setiap individu, setiap orang mempunyai turutan yang berbeza untuk membuka titik akupoin mereka bagi mendapatkan kesan optimal. Jikalau gagal mengikuti turutan yang betul, mereka hanya akan mungkin membuka tiga ke empat puluh titik akupoin dalam hidup mereka dan tidak akan dapat maju lagi.

Biasanya, seseorang akan membuka titik akupoin mereka satu demi satu dan disebabkan itu, kekuatan mereka juga akan meningkat satu ding per satu ding. Namun, kekuatan Zhang Xuan meningkat sebanyak 45 ding sekali gus…..

Haram jadah, kamu ini hebat betul!

Bukannya saya tidak pernah melihat orang mencapai kemajuan, saya cuma tidak pernah melihat seseorang… mencapai kemajuan yang begitu mendadak sekal!

Sebenarnya, bukan mereka sahaja yang terkejut sehingga tidak tahu apa sedang berlaku…. Zhang Xuan sendiri tidak tahu apa sedang berlaku.

Adakah kemajuan ini disebabkan kefasihannya dalam teknik Badan Emas Jalan Syurga? Sehingga membenarkannya untuk meningkatkan kekuatannya sebanyak 90 ding sekali gus?

Biasanya, apabila dia dengan senang mampu membuat Sarjana Lu Chen terpelanting ke langit dan mengalahkan Bai Xun dengan begitu mudah, dia sepatutnya telah faham betapa banyaknya peningkatan kuasanya dan bukannya sebebal ini.

Namun, selaku seorang yang dilahirkan semula dan seorang yang baru mula bertapa dua hari lalu, dia sudah cukup hebat apabila mampu mengawal pertapaannya. Untuk mampu mengawal kekuatannya sehingga ke angka tepat mungkin terlalu banyak untuknya! Ia seperti seorang biasa yang baru sahaja mendapat kekuatan luar biasa manusia. Dia mungkin tidak biasa dengannya pada asalnya dan mungkin juga tidak tahu apa patut dilakukan dengannya.

Inilah apa yang berlaku dengan Zhang Xuan. Asalnya, dia hanya mempunyai kekuatan sebanyak 8 ding. Namun, selepas ia tiba-tiba meningkat sebanyak 90 ding, peningkatan sepuluh ganda lebih banyak. Tambahan pula, memandangkan kekuatannya berasal daripada badan fizikalnya, ianya lebih sukar untuk diperasan…. Sebaliknya, ianya lebih pelik untuk dia mengetahui tentangnya terlebih dahulu.

Nasib baik Bai Xun tidak dibelasah sehingga menjadi ketulan daging.

"Saudara Zhang, adakah mungkin…kamu membuka 45 titik akupoin tadi?"

Melihat dia dalam kebingungan, Sarjana Lu Chen bertanya dengan perlahan.

Tidak pernah ada orang berjaya membuka 45 titik akupoin sekaligus… tetapi jika itu bukan sebabnya, dari mana peningkatan kekuatannya datang?

"Saya…. Saya masih di alam Dingli tahap puncak. Tahap pertapaan saya masih lagi belum tinggi, Cuma… badan fizikal saya baru diperkukuhkan sahaja!" Zhang Xuan berkata.

"Badan fizikal?" Sarjana Lu Chen terkejut, dia tidak berani percaya apa yang didengarinya. "Saya pernah dengar ada beberapa harta karun yang mampu meningkatkan kekuatan badan fizikal sehingga seakan besi apabila dimakan, memberi seorang kekuatan setaraf dengan pakar alam Pixue. Adakah mungkin… seseorang boleh mencapai tahap begitu melalui pertapaan badan juga?"

"Keng…nampaknya saya telah makan beberapa buah-buahan yang tidak dikenali hari ini. Asalnya, badan saya berasa panas apabila memakannya, namun saya tidak mempedulikannya. Mungkin itulah sebab kepada peningkatan kekuatan badan saya!" Zhang Xuan berkata.

Selaku seorang dari era informasi teknologi, dia faham jika dia mempunyai harta karun jauh melepasi batas yang biasa, ia akan mendatangkan malapetaka. Jika dia memperakui dirinya mencapai tahap begitu melalui pertapaan, ramai akan memburunya ke penjuru dunia untuk mendapatkan teknik pertapaannya.

Ada yang mungkin menculik dan menbuat penyelidikan terhadapnya.

Memandang Sarjana Lu Chen telah mengatakan ada beberapa harta karun yang mungkin membuahkan peningkatan kuasa badan fizikal seseorang, dia membuat keputusan untuk mengikuti sahaja logiknya.

"Takdir, ini semestinya takdir!" Sarjana Lu Chen tidak meragui perkataan Zhang Xuan langsung.

Sebenarnya, bukannya dia tidak meragui Zhang Xuan, tetapi, dia tidak mempunyai pilihan selain mempercayai perkataan Zhang Xuan!

Untuk kekuatan fizikal seseorang meningkat sebanyak beberapa puluh ding hanya dengan pertapaan sebanyak dua jam?

Mesti dia sedang berangan-angan.

Ia sepeti mendengar seorang lelaki cuba untuk mengandung!

Daripada mempercayai karut sebegitu, lebih berkemungkinan dia telah memakan sesuatu benda berharga.

"Boleh saya tahu rupa buah yang kamu makan?" Sarjana Lu Chen sambung bertanya.

"Rupa?" Zhang Xuan mengaru kepalanya. Dia merepek sahaja, bagaimana mungkin dia akan tahu rupa buah karutannya? Namun, memandang mereka sudah sampai ke keadaan sebegini, jika dia berdiam sahaja, ia akan lebih mencurigakan pula. Oleh itu, dia membalas, "Warna buah tersebut merah…"

Sebelum ini, dia telah mengimbas lalu buku di Pavillion Kompendium dan melihat coretan tentang buah buahan yang seiras dengan apa yang telah dihuraikan oleh Sarjana Lu Chen. Buku itu berkait dengan penjelajahan seseorang. Dalam cerita itu, watak utama telah memakan buah-buahan berwarna merah dan disebabkan itu, kekuatannya meningkat dengan mendadak. Pada masa ini, dia hanya mampu mencuba nasibnya.

"Warna merah? Merah pekat? Memang, mungkin itu buahnya!"

Sarjana Lu Chen seakan terfikir sesuatu dan nafasnya meningkat laju.

"Tuan tahu tentangnya?"

"Ia[Buah Mutiara Hongjin]! Dalam lagenda, jika seorang memakannya, kekuatan badannya akan meningkat secara mendadak, memberikannya kekuatan seakan seorang di alam Pixue puncak!" Sarjana Lu Chen berkata dengan penuh teruja.

"Buah Mutiara Hongjin?"

Zhang Xuan berkata dengan penuh kebingungan.

Adakah mungkin…buah sebegini betul-betul wujud?

avataravatar
Next chapter