52 Sarjana Lu Chen Ingin Menangis

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Ah?"

Zhang Xuan terkejut.

Dia hanya berpaling dengan perlahan, malah tidak menggunakan banyak tenaga pun. Kenapa Sarjana Lu Chen melompat ke belakang pula?

Adakah mungkin dia melompat-lompat saja-saja?

"Tuan Sarjana…."

Dia bergegas untuk menolongnya, Dia meletakkan tangannya pada belakang Sarjana Lu Chen untuk memapahnya.

"Saya baik..."

Sou!

Sebelum sempat berkata habis, Sarjana Lu Chen berasa seakan seluruh badannya menjadi ringan sambil dia terlenting ke hadapan. Kepalanya terhantuk pada satu lagi rak buku menyebabkan mukanya ditimbusi buku.

"Saya..."

Sarjana Lu Chen hampir ingin menangis.

[Kamu ni main-main ke? Perlukah kamu menggunakan begitu banyak tenaga untuk menolong saya?]

"Tuan sarjana…."

Melihat keadaan Sarjana Lu Chen, Zhang Xuan bergegas ke hadapan sekali lagi untuk menolongnnya. Apabila Sarjana Lu Chen melihat Zhang Xuan bergegas ke arahnya, dengan segera dia berdiri dan berkata, "Kamu…jangan dekati saya. Saya boleh tolong diri sendiri!"

"Keng…"

Zhang Xuan hanya mampu berhenti di tempatnya. Dia mengelip matanya sambil melihat orang tua di depannya dengan penuh curiga. Dia tidak mampu menahan curiganya lalu bertanya, "Sarjana, kamu ini berlompat ke sini dan sana kerana terlalu seronok ke?"

"Melompat kerana seronok…" Sarjana Lu Chen sekali lagi hampir menangis di situ juga.

[Kepala otak dia! Melompat ke sini dan situ kerana seronok konon! Apa yang kamu fikirkan!

Saya seorang Sarjana dalam lukisan, seorang yang sopan santun. Takkanlah saya bosan sangat sampai melompat ke sini dan ke sana. Lagipun jika saya ingin bermain-main, saya tidak akan berbuat demikian di sini! Koleksi buku saya, harta karun saya, semua di sini...]

Sarjana Lu Chen berasa tikaman di dadanya membuat nafasnya pendek.

"Kenapa? Kamu dalam keadaa baik?"

Zhang Xuan berjalan ke hadapan untuk membantunya dengan mengetuk belakangnya dengan perlahan untuk menenangkan kesakitannya.

"Jangan…."

Peng!

Sebelum sempat Sarjana Lu Chen menghabiskan perkataanya, tapak tangan Zhang Xuan tersentuh belakangnya dia sekali lagi dia melenting, kali ini ke arah dinding bilik. Hempasannya ke dinding tersebut meninggalkan kesan retakan besar berbentuk badannya ke atas dinding tersebut.

"Tuan….."

Melihatnya meluru ke hadapan dan mencederakan dirinya, Zhang Xuan menggaru kepalanya dengan penuh kebingungan.

[Apa yang tuan sarjana sedang buat?]

Melompat ke belakang tadi dan ke depan pula sekarang, dia kekejangan ke?

Jika dia mengalami kekejangan, Zhang Xuan tidak boleh tidak mengendahkannya begitu sahaja. Dengan segera dia meluru ke hadapan untuk cuba membantu Lu Chen sekali lagi.

"Jangan bergerak! Jangan datang ke sini….."

Sarjana Lu Chen mengelap darah daripada tepi pipinya lalu berundur.

Dia menjeling Zhang Xuan seakan menjeling raksasa, terlalu takut hampir boleh menangis pada bila-bila masa sahaja.

[Saya hanya berasa sebak di hati sahaja, tidak mencari mati pun! Hentaman kamu itu…. Ahhhhhh lengan dan kaki tua ku ini….]

"Tuan, apa sedang berlaku?"

Melihatnya dalam keadaan begitu, Zhang Xuan bertanya.

Kamu begitu matang tadi, kenapa tiba tiba melompat ke sini dan sana pula? Apa kamu sedang buat?

"Apa sedang berlaku?" Sarjana Lu Chen melihatnya penuh dengan ketakutan.

[Kamu tak tahu apa sedang berlaku?

Saya takut kamu telah naik gila kerana membaca terlalu banyak, oleh itu saya datang untuk menjemput kamu keluar dari pembacaan kamu atas baik hati saya. Namun, dengan hanya berpaling ke belakang, kamu menghantar saya melenting ke sini dan sana. Lepas itu, kamu ke depan dan menyepak saya dari belakang membuat saya melenting sekali lagi ke depan. Yang terakhir lagi teruk, dengan satu tepukan terus pada belakang saya, Jika bukan kerana tahap pertapaan saya, mestinya saya telah menemui ajal…. Namun, kamu masih berani tanya saya apa sedang berlaku?]

Sejurus sahaja sebelum dia hampir meletup dengan kemarahan, dia perasan Zhang Xuan mempunyai muka bingung seakan dia memang tidak tahu apa sedang berlaku. Oleh itu, dia bertanya, "Kamu… adakah mungkin kamu baru berjaya memajukan pertapaan kamu?"

"Memang!"

Zhang Xuan mengangguk kepalanya.

Penguasaan Badan Emas Jalan Syurga boleh dikira sebagai sesuatu kemajuan dalam pertapaan seseorang!

"Tapi…. walaupun ia satu kemajuan, mustahil seorang boleh bertambah baik dengan begitu mendadak sekali…."

Sarjana Lu Chen akhirnya faham perkara yang sedang berlaku, namun dia tidak berani mempercayainya. Terdapat beberapa orang yang menggunakan teknik khas untuk mereka maju dalam pertapaan mereka secara mendadak. Selepas mengalami penambahbaikan ini, badan mereka tidak dapat mengadaptasi kepada kekuatan baru mereka dalam jangka masa pendek, membuat mereka tidak dapat mengawal kekuatan mereka. Apa yang diingati sebagai normal untuk mereka mungkin dirasai oleh orang lain seperti serangan dengan penuh kekuatan.

Apabila seorang yang mempunyai kekuatan 100kg mengeluarkan hanya satu persepuluh daripada kekuatan mereka, ia hanya 10kg sahaja. Dengan kekuatan begitu, mereka boleh mengangkat cawan dan lain-lain tanpa sebarang masalah. Namun, dengan peratusan sama digunakan untuk mengangkat cawan tetapi dengan kekuatan 10000kg, kekuatan yang dikeluarkan tetap 1000kg dan ia jauh melepasi ketahanan cawan tersebut!

Ini mungkin situasi yang telah berlaku dengan Zhang Xuan. Memandang bagaimana dia tidak perasan pun betapa banyak kekuatannya meningkat, tidak hairan Lu Chen tidak mampu menangkisnya apabila dia menggunakan peratusan kekuatannya lepas.

Dia pernah membaca situasi ini dalam sesebuah buku, ia mengambil jangka masa panjang untuk seseorang mengadaptasi kepada kekuatan barunya.

Asalnya, dia ingat kejadian ini hanya mitos dan lagenda sahaja. Tidak dalam jangkaannya…. Perkara ini didapati benar!

Cuma, dia mendapatinya sukar untuk percaya kekuatan Zhang Xuan akan meningkat dengan mendadak cuma dengan membaca beberapa buku dan termenung untuk seketika kemudian.

Adakah mungkin peningkatan ini disebabkan oleh akumulasi panjangan? Mungkin dia terbaca sesuatu yang mencerahkan mindanya dan itu menyebabkannya berjaya maju dengan sekelip mata.

Jika begitu, nasibnya terlalu baik.

"Ikut saya ke ruang tamu!"

Sambil menahan curiganya, Sarjana Lu Chen tidak mengatakan apa-apa lagi dan terus memimpinnya ke ruang tamu.

Ia senang sahaja untuk mengenal pasti sama ada dia betul atau tidak. Dia hanya perlu mencari Tiang Pengukur Kuasa untuk Zhang Xuan menguji kekuatannya.

Memandang budak ini mencari teknik pertapaan Peninju 6-Dan, dia mesti belum lagi maju ke dalam alam Pixue. Memandang dia belum mencapai tahap Peninju 6-Dan, selaku seorang Peninju 5-Dan tahap puncak, dia patut mempunyai kekuatan sebanyak 4 ding.

Jika kekuatannya jauh melepasi 4-Ding, itu bermaksud kekuatannya telah meningkat dengan mendadak.

Jika begitu, situasi ini boleh dijelaskan.

....

Di ruang tamu.

Huang Yu dan Bai Xun belum lagi beredar. Mereka masih duduk di ruang tamu sambil menjeling sesama sendiri dengan cemas.

Mereka ke sini kerana ini mempunyai sesuatu permintaan, Namun Sarjana Lu Chen membawa Zhang Xuan dengannya sebaik sahaja dia habis mengujinya, tidak memberi peluang kepada mereka pun. Pada masa sama, ia tidak beradab untuk mereka meninggalkan tempat itu begitu sahaja, oleh itu, mereka hanya mampu duduk di situ dan menunggu,

"Xiao Yu, tadi itu…. Sarjana Zhang Xuan, adakah dia betul betul telah capai tahap Peninju 5-Dan tahap puncak?"

Bai Xun tidak lagi melihat Zhang Xuan dengan kemarahan dan kebencian seperti sebelum ini. Sebaliknya, suaranya penuh teruja apabila bercakap tentangnya.

Sebenarnya, dia tidak berminat dalam lukisan langsung. Jika bukan kerana desakan ayahnya, dia tentu tidak akan datang ke sini!

Apa yang betul-betul menjadi minatnya merupakan pertapaan.

Dia hanya berminat untuk berjumpa dengan orang kuat.

Selama ini, dia ingat dirinya hebat. Walaupun hanya lapan belas tahun, dia telah mencapai peninju 5-Dan puncak. Tidak ramai di bandar ini yang boleh menandinginya dalam ketangkasan pertapaannya! Namun, dia tidak menjangkakan orang ini yang tidak jauh tua daripadanya dan tidak kelihatan sehebat manapun akan mencapai alam yang sama dengannya!

Bagaimana mungkin dia tidak gembira!

"Saya tidak pasti juga. Saya sudah beritahu kamu dia hanya datang ke kedai saya untuk membeli buku….. saya tidak berapa kenalnya pun! Namun, memandang dia mencari buku pertapaan Peninju 6-Dan, dia sepatutnya telah mencapai Peninju 5-Dan puncak!" Huang Yu berkata.

Memandang Zhang Xuan belum lagi menunjukkan tekniknya, mereka tidak dapat mengenal pasti kekuatan Zhang Xuan sebenarnya. Namun, sekali lagi, memandang dia mencari kitab pertapaan Peninju 6-Dan, kemungkinan besar dia telah mencapai tahap Peninju 5-Dan puncak.

Jikalau tidak, tidak ada sebabnya dia mencari manual bertahap sebegitu tinggi!

"Untuk mampu mencapai pertapaan begitu tinggi pada usia begitu muda, tertanya-tanya juga betapa kuatnya dia sebenarnya. Mari kita mengujinya nanti…"

Bai Xun sambung.

Dia seorang yang gila teknik tinjuan, hatinya tidak lagi dapat menahan keinginan untuk bertarung dengan seorang sebaya dengannya yang telah mencapai tahap pertapaan yang sama dengannya.

Da da da!

Di tengah-tengah perbualan mereka berdua, seorang berjalan menuju mereka. Berpaling ke belakang, mereka terkejut melihat orang tersebut.

Sarjana Lu Chen yang tidak bandingnya keanggunannya beberapa seketika lalu, sekarang muram dan mukanya penuh dengan darah.

avataravatar
Next chapter