730 Syukurlah, Dia Bukan Tang Mengying

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Kenapa ini berlaku? Adakah Li Sicheng sudah berubah fikiran dan tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan untuknya lagi?

Lagipun… lelaki itu telah menghilangkan diri selama beberapa tahun lamanya. Tidak kira bagaimana bersemangatnya Li Sicheng tentang itu, semangat itu pasti telah hilang. Su Qianci patut sudah memikirkan tentang itu. Tapi bukankah mereka baik-baik sahaja beberapa hari lalu? Adakah hanya kerana dia menolak pada pagi ini, Li Sicheng tiba-tiba dingin kepadanya? Ia tidak logik…

Walau bagaimanapun, Su Qianci tidak menemui penjelasan sesuai untuk penipuan dan perangai aneh Li Sicheng yang tiba-tiba ini. Su Qianci memegang telefon bimbitnya dengan perasaan bercelaru. Apa yang berlaku? Dia cuba menelefon Li Sicheng lagi tetapi masih sama.

Anak-anaknya sedang berlari-lari di pantai dan berseronok, tetapi Su Qianci tidak mampu untuk berasa ceria. Apa semua ini? Tiba-tiba sahaja suaminya berubah. Apa maksud Li Sicheng? Angin yang bertiup kuat membuatkan hatinya semakin pedih. Jika Li Sicheng benar-benar sudah berubah fikiran, apa yang patut dia lakukan? Su Qianci berasa sedih apabila tiba-tiba menyedari dirinya tidak mempunyai sebarang perasaan selamat. Selama empat tahun, dia hanya menunggu suaminya kembali setiap hari. Apabila suaminya sudah kembali, dia merasakan seakan bermimpi pada setiap hari. Tetapi sekarang, dia seakan sudah tersedar dari mimpi.

"Mama, marilah bermain!" Li Jianqian berlari ke arah Su Qianci lalu menarik tangannya dan menjerit. "Ersu dan Mosen dah ke sana. Marilah main bersama!"

Su Qianci tunduk memandang wajah Li Jianqian yang langsung tidak tumpah seperti ayahnya. Dia mengikut Li Jianqian ke tepi pantai di mana Li Jianyue dan Li Mosen berada.

Tiada sesiapa tahu sepasang mata sedang memerhatikan mereka dalam kegelapan dengan pandangan penuh kebencian. Li Sicheng benar-benar tiada di sini. Jadi inilah masa untuk lakukannya. Kali ini, sebaik sahaja isteri dan anak Li Sicheng berada di bawah kawalannya, Li Sicheng tidak akan dapat bahagia lagi.

Su Qianci merasakan seperti seseorang merenungnya, tetapi apabila berpaling, dia hanya melihat orang ramai yang lalu-lalang. Kelihatan tiada orang yang sedang merenung ke arahnya. Mungkin ia hanya ilusi? Dia tidak begitu ambil peduli lalu bermain dengan anak-anaknya.

Apabila kanak-kanak bertiga itu telah letih, Su Qianci membawa mereka duduk di kerusi tepi pantai dan memesan minuman untuk mereka. Semasa sedang menunggu, tiba-tiba dia mendengar seorang pelayan menyebut, "Cik Tang, ini jus oren Cik yang baru sahaja diperah."

Su Qianci terkaku seketika mendengar nama Cik Tang. Dia terus menoleh ke arah suara itu. Kelihatan seorang perempuan muda yang langsing dan memakai kaca mata hitam besar yang melindungi wajahnya. Perempuan itu mempunyai bentuk badan yang menarik dan sedang berjemur dalam pakaian bikini. Perempuan itu mengambil jusnya dan berkata dengan senyuman yang cantik, "Terima kasih."

Su Qianci menoleh beberapa kali dan mendapati wajah perempuan itu kelihatan asli. Syukurlah, dia bukan Tang Mengying. Su Qianci menghembus nafas lega dan mengetawakan dirinya sendiri dalam hati. Dia telah menjadi terlalu sensitif. Ramai orang yang mempunyai nama keluarga Tang di China. Tang Mengying kini telah menjadi penjenayah yang dikehendaki, bagaimana mungkin dia boleh datang ke Maldives?

Tetapi Su Qianci tetap berpaling ke arah pengawal peribadinya dan berkata, "Jaga budak-budak itu dengan baik. Jangan biarkan mereka sendirian."

Ketiga-tiga pengawal peribadi itu mengangguk serentak. Su Qianci tunduk memandang anak-anaknya dan berkata, "Dasu, jaga adik kamu sentiasa. Ersu, jangan lari jauh seorang diri. Ikut Mak Cik Shuang Yu, Pak Cik Cheng dan Pak Cik De. Okey?"

"Okey!"

Selesai memberi peringatan, Su Qianci tidak mampu menahan dirinya daripada menoleh kembali ke arah Cik Tang. Perempuan itu tersenyum dan mengangkat gelas jusnya ke arah Su Qianci sambil tersenyum ramah. Kelihatan seperti tiada apa-apa yang tidak kena.

avataravatar
Next chapter