818 Saya Teman Lelaki Dia!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ou Ming memandu keretanya dengan laju sambil membuat panggilan kepada Yu Lili.

Yu Lili berasa bagai bermimpi apabila melihat nama Ou Ming pada skrin telefonnya. Dia menjawab telefon itu dalam keadaan lemah.

"Kau di mana?" Suara Ou Ming kedengaran tergesa-gesa.

Namun Yu Lili tiada masa untuk meneliti emosi yang terkandung di sebalik suara itu. Dia tersenyum dan berkata, "Bukan urusan kamu." Suaranya amat lemah dan dia memutuskan panggilan itu. Yu Lili merasakan kegembiraan yang luar biasa kerana tidak menghormati perasaan Ou Ming. Sangat selesa seperti dahulu! Yu Lili tersenyum dan air matanya mengalir ke atas sofa.

Jantung Ou Ming berdegup kencang mendengar suara lemah itu. Dia cuba menelefon kembali tetapi panggilannya tidak lagi dijawab. Keretanya terus dipandu laju ke alamat yang diberikan oleh Xu Cheng. Tiba di apartment itu, Ou Ming terus berlari naik.

403, 403...

Sebaik menemui rumah Yu Lili, Ou Ming mendapati tiada loceng pintu di situ. Dia terus memukul-mukul pintu rumah yang tebal itu sambil menjerit, "Yu Lili, buka pintu ini!"

Bunyi ketukan pintu itu didengar oleh Yu Lili, diselangi suara Ou Ming. Kepala Yu Lili semakin berat dan fikirannya menjadi semakin kabur. Yu Lili tersenyum sedih mendengar suara lelaki itu.

Mungkin ini hanya ilusi. Membunuh diri menggunakan gas memang menggembirakan. Dalam minda separuh sedar saya dapat mendengar suara yang amat saya rindui. Baguslah.

Perlahan-lahan, Yu Lili yang terbaring di sofa itu menutup matanya.

Ou Ming memukul-mukul pintu itu dengan kuat, tetapi tiada sesiapa menjawab. Ketakutannya bertambah dan dia bersedia untuk merempuh pintu itu sehingga terbuka. Namun pintu itu amat kukuh dan tidak dapat dibuka dengan rempuhan. Ou Ming semakin panik. Dia berasa amat takut akan kehilangan seseorang dalam masa yang singkat. Malah ketika Yu Lili berlumurah darah kerana keguguran dahulu juga dia tidak merasakan ketakutan seperti sekarang.

Pintu rumah 402 di sebelah tiba-tiba terbuka. Seorang wanita pertengahan usia menjenguk keluar dan bertanya, "Kenapa?"

Nada suara wanita itu tidak mesra, tetapi sebaik melihatnya, mata Ou Ming bersinar dan dia segera bertanya, "Puan tahu siapa tuan rumah ini? Yu Lili tinggal di sinikah?"

Wanita pertengahan usia itu kelihatan bingung dan berkata, "Saya tuan rumah. Kamu siapa? Kenapa cari Yu?"

"Saya teman lelaki dia!" kata Ou Ming hampir menjerit kerana panik. Dia menunjuk ke arah pintu dan berkata, "Cepat buka pintu, saya rasa dia sedang dalam bahaya!"

Wanita itu memandang Ou Ming dengan pelik dan mengambil telefonnya lalu menghubungi Yu Lili.

Telefon bimbitnya bergetar di atas kepalanya, tetapi Yu Lili sudah tiada kekuatan untuk menjawab panggilan itu. Dia memandang sekilas dan melihat nama isteri tuan rumah. Yu Lili menepis telefon itu hingga ia jatuh dari sofa. Rumah di situ mempunyai dinding kedap suara yang bagus, jadi mereka di luar tidak dapat mendengar bunyi telefon itu jatuh ke lantai.

Ou Ming merasakan dirinya hampir menjadi gila. Matanya kemerahan dan dia memekik, "Buka pintu ini! Kalau apa-apa terjadi pada dia, kamu tak akan selamat!"

Isteri tuan rumah itu terkejut. Dia memandang Ou Ming dengan curiga dan menutup pintu rumahnya lalu berkata kepada seseorang di dalam, "Xue, pergi ke sebelah dan lihat jika Yu ada."

"Okey!"

Ou Ming mendengar suara mereka dan menanti Xue untuk keluar. Tetapi selepas seketika, masih tiada sesiapa yang muncul.

Ou Ming tidak mampu menunggu lagi lalu memukul pintu 403 kembali sambil menjerit, "Yu, buka pintu ini!"

Walau bagaimanapun, pada saat itu Yu Lili sudah tidak dapat mendengar apa-apa lagi.

avataravatar
Next chapter