webnovel

Kamu Tak Patut Sekejam Itu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Oh…" Xue kelihatan kecewa, tetapi kemudian dia tersenyum dan berkata, "Kalau begitu biar mak saya uruskan akaunnya."

"Tak apa." Ou Ming mengambil sebuah buku nota yang telah lama berada di atas meja. Kelihatan lakaran wajah pada halamannya. Dia melihat lakaran itu dan berkata, "Yu dah tandatangan kontrak dengan kamu, jadi bakinya ialah deposit, bukan? Disebabkan dia langgar kontrak itu, kamu patut tolak semua deposit itu."

Ketika mengatakannya, mata Ou Ming tetap tertumpu kepada buku nota itu. Lukisan di dalam buku itu hanya dilakar beberapa kali tetapi amat jelas. Lukisan itu ialah wajahnya. Di bawah wajahnya pula terdapat lukisan dua bayi bermata besar dan bulat yang comel. Ou Ming membelek buku itu dan melihat banyak lukisan yang lain. Sebahagiannya dilukis dengan penuh teliti manakala sebahagian hanya lakaran kasar.

Beberapa perkataan juga telah ditulis di dalam buku nota itu.

[Hidup dan mati sama sahaja. Saya dah tak mampu bertahan.]

Ou Ming merenung bait-bait perkataan itu dengan fikiran yang berkecamuk.

Jadi, selepas menulis ayat ini, Yu Lili terus cuba membunuh diri?

Ou Ming menyedari Xue sedang merenungny.Dia menutup buku nota itu dan memasukkannya ke dalam sebuah kotak kecil. "Saya boleh uruskan sendiri. Terima kasih."

Xue mengangguk dengan tersipu-sipu dan berkata, "Okey. Kalau perlu apa-apa bantuan, saya ada di rumah sebelah."

"Baik. Terima kasih." Ou Ming tersenyum sopan. Selepas Xue keluar, Ou Ming terus menelefon Su Qianci.

Su Qianci baru sahaja selesai mandi ketika melihat telefonnya berdering.

"Helo?"

"Su Qianci, ini Ou Ming."

"Saya tahu. Ada apa?"

"Saya di luar sekarang, jadi kamu perlupergi tengokkan Yu dan bawa dia bersarapan."

"Oh, okey," jawab Su Qianci sambil menyarung selipar bilik.Tiba-tiba dia teringat perbualannya bersama Yu Lili semalam. "Ou Ming." 

"Ya."

"Kamu tahu kenapa dia gugurkan kandungannya?"

Ou Ming terdiam seketika selepas mendengar soalan itu. Kemudian dia menjawab, "Kerana mereka anak saya."

Yu Lili tidak mahu anak-anak itu kerana mereka anak-anak saya.

Ia sebab yang ringkas dan kejam yang memberikannya kesakitan paling dalam. Mendengar jawapan itu, Su Qianci ketawa sinis.

Li Sicheng yang baru keluar dari bilik air mendengar ketawa itu lalu menjenguk dengan perasaan ingin tahu. "Kamu bercakap dengan siapa?"

"Ou Ming." jawab Su Qianci. Dia tersenyum dan bertanya kepada Ou Ming, "Lili beritahu kamu begitu?"

Ou Ming berasa agak bingung apabila mendengar ketawa sinis Su Qianci. Selepas mengiyakannya, dia bertanya, "Apa yang dia beritahu kamu?"

"Hei, bila kamu balik ke sini? Saya rasa kamu perlu bercakap sendiri dengan Lili. Tapi kamu tak boleh terus buat andaian sendiri. Lili nampak kuat, tapi dia sebenarnya sangat sensitif. Jadi mungkin disebabkan kamu tak layan dia dengan baik, dia sembunyikannya daripada kamu dan kamu tak pernah tanya. Jika kamu tanya dia dengan baik, pasti dia akan beritahu kamu."

Su Qianci merasakan dirinya seperti tukang risik. Apabila menyedari renungan pelik Li Sicheng, dia berasa agak malu dan berkata, "Apapun, kamu tak patut salah faham dengan Yu Lili. Dia wanita yang baik, tapi egonya agak tinggi. Sebagai lelaki, kamu patut bertolak ansur dan tak patut sekejam itu." 

Next chapter