857 Apa yang Dikatakannya ialah Betul

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun selepas Ou Ming menyumpah, Yu Lili masih tiada sebarang reaksi. Ou Ming terkedu dan akhirnya berlalu ke bilik air. Dia menutup pintu bilik air itu dengan perlahan dan turut menutup lampu bilik.

Setelah pasti Ou Ming tidak melihat, Yu Lili membuka mata dan merenung kegelapan di hadapannya. Air matanya mengalir perlahan. Namun jantungnya… masih berdegup dengan amat laju…

Benar kata-kata Ou Ming. Saya mengenalinya sama seperti dia mengenali saya.

Waktu sudah lewat malam ketika Ou Ming selesai mandi dan mengeringkan rambutnya. Dia berjalan perlahan ke bilik tidur dan naik ke atas katil. Semuanya dilakukan dengan perlahan tanpa disedarinya. Namun apabila sudah naik ke atas katil, tiba-tiba dia menyedari perlakuannya.

Bodoh, kenapa aku sangat berhati-hati?

Ou Ming berasa amat jengkel lalu berbaring dan menarik selimut yang berada di bawah Yu Lili. Yu Lili mendengus dan berpusing. Ou Ming tiada pilihan selain turut menyelimuti Yu Lili, kemudian berbaring dan menutup matanya. 

Walau bagaimanapun, fikirannya menerawang dan dia tidak mampu tidur dengan tenang. Dia berpaling ke belakang dan menarik Yu Lili yang sudah tertidur. Selepas itu barulah dia berasa sedikit tenang. Namun apa yang mengejutkannya, Yu Lili mengerekot ke arahnya tanpa disangka-sangka.

Tubuh Ou Ming menjadi kaku dan pada masa yang sama fikirannya bercelaru. Yu Lili mengerekot ke arahnya sambil bergerak ke posisi lebih selesa dan nafasnya terus menderu perlahan.

Itu… pergerakan tanpa sedar yang biasa dilakukannya.

Yu Lili bagaikan anak kucing yang tidur di rumahnya yang hangat dan selesa.

Jantung Ou Ming berdegup kencang dan tubuhnya terkaku. Dia tidak berani untuk bergerak.

Perempuan ini selalu banyak kejutan. Tetapi… adakah saya istimewa? Adakah pergerakan tanpa sedarnya dalam tidur ini hanya berlaku ketika bersama saya? Atau… dia melakukannya dengan semua lelaki?

Hati Ou Ming terasa pedih sebaik memikirkannya. Dia tidak dapat tidur dan akhirnya memeluk Yu Lili dengan fikiran yang menerawang. Tiada apa-apa berlaku pada malam itu.

Apabila Yu Lili terjaga keesokan harinya, dia melihat tiada sesiapa di situ. Tempat tidur di sebelahnya kosong dan sejuk. Yu Lili duduk dengan hanya memakai baju yang nipis. Dia memandang ke sebelahnya dengan bingung.

Dia masih ingat dengan jelas Ou Ming tidur di sebelahnya semalam.

Adakah saya tersilap? Semalam, saya dapat merasakan Ou Ming memeluk saya. Sama seperti dahulu, dia memeluk saya ketika tidur. Saya juga mengerekot di sebelahnya seperti dahulu. Ia kebiasaan yang menyelesakan. Tapi di mana dia sekarang? Kebiasaannya Ou Ming suka tidur kembali. Tidak mungkin dia akan bangun awal jika tiada apa-apa kerja untuk dilakukan.

Yu Lili melihat jam dan mendapati sekarang baru sahaja pukul 8 pagi…

*****

Xue, anak tuan rumah memandang susuk tubuh yang tinggi dan tegap di hadapan rumah 403 itu dan tidak dapat melarikan pandangannya. Matanya bersinar melihat lelaki itu berjalan di sekeliling rumah itu dan mengambil beberapa barang. Dia berjalan ke arahnya dan bertanya, "Encik Ou, Yu benar-benar tak akan tinggal di sini lagi? Dia beritahu dia mahu berpindah?"

Sayangnya, jika Yu masih tinggal di sini, mungkin lelaki ini akan kerap datang. Walaupun lelaki ini dah ada teman wanita, masih berbaloi jika dapat melihat wajahnya setiap hari! 

Ou Ming mengangguk perlahan dan berkata, "Kami akan pulang ke Kingstown. Kami dah banyak susahkan kamu."

avataravatar
Next chapter