webnovel

Apabila Shi Feng tiba di daerah perniagaan Bandar Jin Hai, dia telah bersiar-siar dan mendapati ramai pelanggan berkerumun di kedai jabatan elektronik. Dia terlihat beberapa pemuda bergegas keluar dari kedai jabatan itu selepas bersusah payah, tangan mereka memegang topi keledar permainan maya Kawasan Tuhan dan ekspresi wajah mereka dipenuhi dengan kegembiraan dan keterujaan.

Selepas meninggalkan pangsapuri, Shi Feng segera menaiki sebuah tunggangan ke daerah perniagaan di tengah bandar.

"Hahaha, ia sangat baik! Nasib baik, saya datang ke sini seawal jam 7 pagi untuk beratur. Selepas 3 jam menunggu, akhirnya saya dapat! Mulai hari ini, saya akan berusaha untuk masa depan saya di Kawasan Tuhan!" kata pemuda berbaju T biru yang bersandar ketawa dengan kuat sambil tangannya menggenggam topi keledar itu.

"Kamu perlukan saya untuk membantu kalian? Saya ada kawan yang telah bermain Kawasan Tuhan sejak permainan itu bermula. Sekarang, dia telah berada di Tahap 4. Selagi kita benarkan dia menolong kita, kita pasti akan meningkat tahap dengan cepat. Jika kita bernasib baik, dia mungkin akan dapat membantu kita," kata seorang lagi pemuda berambut kerinting dengan bangga.

"Betulkah? Jadi ini satu janji! Masa depan kita akan berada di tangan kamu bermula dari sekarang. Kami akan bayarkan makanan kamu di universiti untuk makan tengah hari."

"Serahkan kepada saya! Saya dan dia berkawan rapat!"

Apabila pemuda-pemuda ini terdengar terdapat seorang pakar sanggup untuk memberikan tunjuk ajar dan membantu mereka, mereka semua berasa sangat teruja. Mereka sudah membayangkan masa depan mereka yang indah.

Ramai penduduk mendapat cara baru untuk mendapatkan wang apabila pelbagai syarikat global melabur dengan rancak pada Kawasan Tuhan.

Syarikat-syarikat besar ini akan dengan mudah menawarkan seorang pakar bermain Kawasan Tuhan dengan gaji yang tinggi, gaji tahunan akan mencecah setinggi 3 million kredit. Ini angka yang tidak dapat dibayangkan apabila mempertimbangkan permainan realiti maya yang lalu. Sebelum ini, mereka yang mempunyai gaji tahunan jutaan kredit hanya daripada permainan hanyalah pemain-pemain yang telah berada di puncak. Kini, walaupun pakar yang sudah bersara boleh menerima gaji tahunan sebanyak 3 juta kredit. Sementara itu, pakar tahap tertinggi yang terkenal pada ketika ini boleh menerima gaji tahunan sebanyak 8 juta kredit.

Berdasarkan pengetahuan Shi Feng, gaji tahunan ketua persatuan Ouroboros tidak melebihi 6 juta kredit, manakala gaji tahunan Salji Lembut hanya 4 juta kredit. Sudah tentu, Dewi Salji tidak akan memberikan perhatian terhadap jumlah wang yang kecil ini. Dia boleh sahaja dengan mudah mendapatkan pendapatan beberapa puluhan juta hanya daripada pengiklanan. Ditambah pula dengan latar belakang keluarganya, wang sememangnya bukan masalah baginya. Tidak seperti Shi Feng, yang bermain Kawasan Tuhan untuk mengubah nasibnya, memenuhi hajatnya yang tidak pernah tercapai, tujuan Salji Lembut ialah semata-mata untuk mendapatkan keseronokan dari pengembaraan yang merangsangkan.

"Nasib baik, saya tidak berada di sini untuk membeli topi keledar," kata Shi Feng sambil melihat lautan manusia di kedai jabatan. Dia kemudian berpusing ke arah sebuah kedai telefon bimbit berdekatan dengan kedai jabatan elektronik.

Ia sangat tidak selesa baginya untuk terus menggunakan telefon model lama. Oleh itu, Shi Feng bersedia untuk menukar ke jam kuantum. Bukan sahaja dia mampu menggunakan komunikasi beberapa bahasa yang lain, ia juga menyokong penyatuan bank akaun, membenarkan Shi Feng menghantar kredit pada bila-bila masa. Dengan cara ini, dia tidak perlu sentiasa pergi ke bank dan tidak perlu sentiasa membawa wang tunai yang banyak, menyebabkan poketnya tebal. Dia dapat mengelakkan dari menunjukkan satu lagi bonjol di bahagian bawah badan, mengelakkan situasi pelik daripada berlaku.

Sejurus sahaja Shi Feng berjaya masuk ke dalam kedai jam kuantum, seorang jurujual wanita yang cantik datang menyapanya.

"Boleh saya bantu, tuan? Keutamaan kedai kami ialah kualiti. Kami mempunyai banyak model telefon bimbit. Saya mencadangkan Kuantum 300 yang terbaru. Ia mempunyai pengikat bebas, kalis air, dan ia pastinya selamat. Bukan sahaja dia menjalankan pembayaran di dalam waktu sebenar, tetapi Kuantum 300 juga menyokong transaksi dari permainan realiti maya, Kawasan Tuhan."

"Baiklah, biar saya melihatnya."

"Di sini, tuan."

Melihat daripada nada Shi Feng, jurujual wanita yang cantik itu dapat memerhatikan Shi Feng berhasrat untuk membeli seutas jam tangan kuantum. Dengan segera, dia membawa Shi Feng ke kawasan yang disediakan khas untuk menjual jam tangan kuantum. Dia kemudiannya menbawa sedozen model. Bukan hanya rekaan jam-jam ini cantik, tetapi jam-jam ini juga kelihatan elegan dan mudah untuk dipakai. Jam-jam ini semua beroperasi menggunakan sebuah skrin holografik, dan walaupun kamu sedang menjalankan aktiviti yang berat, kualiti paparan dan suara tidak akan terjejas walau sedikit pun.

"Tuan, sementara kami membuat promosi untuk Kawasan Tuhan, kamu hanya perlu membayar 29,999 kredit berbanding harga asal 30,000 kredit untuk membawa pulang Kuantum 3000."

Shi Feng tidak dapat menahan daripada berpeluh apabila i mendengar promosi jurujual wanita itu.Apa bezanya harga promosi dengan harga asal 30,000 kredit? Harga ini secara pratikalnya tidak mampu untuk di tanggung oleh pemain universiti pertengahan jika mereka tidak mempunyai pekerjaan yang dibayar lumayan, dan dengan itu, mereka kebiasaannya perlu menyimpan sehingga separuh tahun sebelum mampu untuk membeli satu. Walau bagaimanapun, Shi Feng sesungguhnya memerlukan jam tangan kuantum yang terkini. Lagi pun, ini akan memudahkan urusannya. Walaupun berlari ke bank baik untuk tubuh badannya, ia sama, pada dasarnya, tugas yang sangat menyusahkan. Ia sangat benar terutamanya apabila dia melakukan transaksi kredit berjuta-juta. Dia pasti akan mudah disyaki jika dia membawa ke sana ke sini sebuah beg besar yang dipenuhi wang.

"Bagi saya warna biru ini," kata Shi Feng sambil menunjuk ke arah satu jam yang cantik.

Di bawah bimbingan jurujual wanita yang cantik itu, Shi Feng mendaftar identitinya, nombor telefon asalnya, akaun bank, dan lain-lain. Shi Feng kemudian membayar jam ini menggunakan jam tangannya yang baru. Ia merupakan barang yang sangat menyenangkan.

Sekarang dia sudah mempunyai jam tangan kuantum, Shi Feng meneruskan perjalanan untuk membeli 10 botol Cecair Nutrisi Tahap A dan 50 botol Cecari Nutrisi Tahap B, membelanjakan sejumlah 150,000 kredit untuk semua itu. Walaupun ia merupakan sesuatu yang memeningkan kepala untuk membelanjakan wang yang sangat banyak, demi masa depan tubuhnya, Shi Feng perlu melakukan beberapa sesi latihan pengukuhan dalaman. Jadi, dia perlu paling kurang membeli sejumlah Cecair Nutrisi ini.

"Di… Di… Di..."

Jam tangan kuantumnya berbunyi dan bergetar, memberitahunya ketua kelas, Zhao Ruoxi, menelefonnya.

Selain dari memberitahunya tentang perhimpunan kelas sebelum ini, si cantik kelas, Zhao Ruoxi, tidak pernah menghubunginya.

"Ketua kelas, ada apa?" Shi Feng segera bertanya.

"Kepada pelajar Shi Feng, perlukah saya ada tujuan untuk menelefon kamu? Atau kamu cuba memberitahu saya kamu benci menerima panggilan dari saya?" kata Zhao Ruoxi dalam nada yang sedikit kecewa.

"Tidak, tidak. Bagaimana ia mungkin terjadi? Saya masih belum berterima kasih di atas pertolongan kamu sebelum ini!" jawab Shi Feng apabila mendengar kekecewaan Zhao Ruoxi. Di dalam hatinya, Zhao Ruoxi merupakan seorang gadis yang sangat baik. Bukan sahaja bijak, baik, dan cantik, tetapi dia juga merupakan satu-satunya yang sanggup berhadapan dengan Ling Feilong, meminta keadilan untuk Shi Feng. Tindakannya membuatkan Shi Feng amat menyukainya.

"Itu lebih baik. Sekurang-kurangnya kamu masih ada kesedaran." Zhao Ruoxi ketawa. "Tarikh Parti Persatuan yang saya sebutkan kepada kamu sebelum ini telah pun disahkan. Ia akan diadakan pada Jumaat depan. Setiap peserta perlu membayar yuran sebanyak 5,000 kredit. Saya telah bayarkan untuk kamu, jadi jangan lupa untuk datang ya."

Setelah habis bercakap, Zhao Ruoxi segera memutuskan talian. Kesannya, Shi Feng termenung jauh.

"Ruoxi, kenapa kamu memberitahu Shi Feng? Kamu juga bayarkan yuran penyertaan untuk dia. Dia tidak hebat dalam apa-apa pun, sebagai permulaan, dia sentiasa memendamkan perasaan dan fikirannya seorang diri. Dia mesti ada niat tersembunyi. Terdapat jurang yang besar di antara status kamu berdua, dan untuk mengubah takdirnya, dia pasti akan menggunakan cara yang tidak baik untuk rapat dengan kamu. Kamu jangan biarkan dia memperdayakan kamu," Ling Feilong berpura-pura mengambil berat terhadap Zhao Ruoxi. Walau bagaimanapun, di dalam hatinya, dia hampir sahaja menjadi sangat marah. Seorang miskin seperti Shi Feng mendapat perhatian Zhao Ruoxi. Dia juga membayarkan yuran pendaftaran untuk Shi Feng. Tindakannya menampakkan dia sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Shi Feng.

"Cukup, Ling Feilong. Siapa pun yang saya bayarkan ialah urusan saya. Saya tidak perlukan kamu untuk menyibuk," jawab Zhao Ruoxi dengan hati yang tidak senang.

Ling Feilong terdiam. Walau bagaimanapun, dia tidak berani untuk menunjukkan apa yang difikirnya, kebenciannya terhadap Shi Feng memenuhi segala ruang di hatinya. Pada asalnya, semuanya berjalan dengan baik untuknya. Tetapi, kemunculan Shi Feng telah menyebabkan semuanya menjadi huru-hara.

"Shi Feng, tunggulah kamu.Jika saya sendiri tidak dapat menguruskan kamu, maka saya akan memberitahu sahaja bapa saudara Zhao Ruoxi. Kita akan lihat bagaimana dia menguruskan kamu.," kata Ling Feilong di dalam hati. Dengan status Shi Feng yang rendah, bapa saudara Zhao Ruoxi pasti akan menghalang mereka daripada bersama. Selagi dia melakukan sedikit usaha, dia akan dengan mudah menguruskan hal kecil seperti Shi Feng.

Pada jam 6 petang, Shi Feng telah pulang ke pangsapuri sewaannya. Selepas menghabiskan tengah hari itu dengan larian, Shi Feng akhirnya mendapatkan dirinya sebuah pangsapuri yang baik di tengah bandar. Perabot pangsapuri itu agak cantik. Lebih-lebih lagi, persekitarannya juga sangat menarik. Dengan deposit permulaan yang dibayar, selagi dia mengemas barang-barangnya, dia boleh pindah ke dalam pangsapuri itu pada hari esok.

Selepas membersihkan dirinya, Shi Feng minum sebotol Cecair Nutrisi Tahap B. Dia kemudian baring di atas katil, menyarungkan topi keledar permainannya dan menyambung penguasaannya di Kawasan Tuhan.

Next chapter