webnovel

Perubahan Kawasan Tuhan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Langit di Bandar Daun Merah bersinar dengan cerah.

Pemain-pemain, seorang demi seorang, muncul di jalan yang luas, kesemua wajah mereka dipenuhi dengan keterujaan. Mereka berharap untuk merasai pengalaman perubahan Kawasan Tuhan yang baru.

Walau bagaimanapun, pemain-pemain ini dengan segera kecewa.

Tiada sebarang perubahan yang dijumpai pada Antara Muka Sistem mahupun keseluruhan Bandar Daun Merah itu sendiri.

"Apakah benda mengarut ini? Saya telah bersusah payah menunggu selama 12 jam dan ini yang kamu berikan kepada saya?"

"Mengapa laman web rasmi tidak menunjukkan log perubahan untuk kerja naik taraf?"

Ramai pemain veteran mula berbincang di jalanan. Terdapat juga beberapa pemain yang tidak memberikan perhatian terhadap penaik tarafan, menuju keluar dari bandar untuk membunuh raksasa dan menaikkan tahap.

Selain daripada pemain-pemain veteran ini, terdapat ramai pendatang baharu di Bandar Daun Merah sekarang ini. Kebanyakan pendatang baharu ini ingin menikmati keseronokan Kawasan Tuhan.

"Mencari pakar tahap tertinggi untuk membawa saya! Saya akan membayar 100 kredit untuk setiap taraf yang ditingkatkan! Jika kamu cuba menipu, maka jangan sibuk bercakap dengan saya! Saya mencari orangn yang serius sahaja!" kata seorang pemain yang sedang berada di jalanan.

Selepas itu, beberapa pendatang baharu juga menjerit perkara yang sama. Walau pun tawaran mereka semua rendah dari 100 kredit, mereka semua berlagak seperti orang kaya, berdiri dengan megah sambil menjerit-jerit memberikan tawaran mereka.

Pada ketika itu, Shi Feng melangkah keluar dari hotel. Dia berasa sangat bertenaga disebabkan kelebihan tinggal di hotel.

Selepas evolusi Kawasan Tuhan, jumlah Atribut Tersembunyi yang seorang pemain miliki telah meningkat dengan banyak. Contohnya, Stamina, Konsentrasi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, seseorang hanya akan sedar perubahan ini jika mereka yang mengalaminya sendiri. Pemain-pemain tidak lagi dapat berlari sejauh puluhan meter tanpa rasa penat seperti sebelum ini, atau pun bertarung selama mana yang mereka mahukan. Sebelum ini, satu-satunya masalah yang pemain-pemain hadapi ialah kekurangan semangat. Sekarang, walau bagaimanapun, semuanya telah berubah dengan banyak. Bagi pemain-pemain di Tahap 0, mereka akan menjadi sangat penat hanya selepas berjalan selama 2 ke 3 kilometer, tidak mempunyai walau sedikit pun kekuatan berlawan yang tinggal. Pada masa yang sama, bertarung dengan raksasa juga menjadi semakin sukar. Ia sama seperti berjoging. Pemain-pemain akan mengambil banyak stamina apabila bertarung dengan raksasa-raksasa. Apabila stamina seorang pemain itu telah jatuh ke satu tahap, 4 anggota badan menjadi lemah longlai dan mereka akan berasa keletihan.

Selain daripada itu, terdapat banyak perubahan yang tidak disedari selepas evolusi Kawasan Tuhan.

Semakin Sistem Tuhan Utama menjadikan Kawasan Tuhan lebih realistik, semakin sukar pemain untuk menaik tahap.

"Ini masa untuk saya pergi membeli belah."

Ketika hayat Shi Feng yang lalu, selepas penaik tarafan Kawasan Tuhan, harga barangan akan naik melambung, berganda sebanyak 2 ke 3 lipat kali ganda. Kesannya, ramai pemain-pemain menyesal kerana tidak membeli sumber-sumber dengan banyak dari awal.

Sementara itu, situasi terkini agak berbeza daripada sebelumnya. Harga barangan semakin meningkat dari yang sebelumnya.

Kesusahan menaikkan tahap berlaku secara kebetulan dengan kemasukan ramai pendatang baru. Kesannya, persaingan untuk mendapatkan barangan menjadi lebih hebat dan meningkatkan kesusahan untuk memperolehi sumber dengan banyak. Oleh itu, peningkatan harga bagi barangan ini akan menjadi sangat tinggi berbanding semasa hayat Shi Feng yang lalu. Sekarang Kawasan Tuhan telah dinaik taraf, sebelum para pemain menyedari perubahan baru, Shi Feng boleh menggunakan peluang ini untuk membeli dan menyimpan semua barang yang penting. Selepas harga meningkat, dia boleh menjual kesemuanya semula.

Jika Kesatuan-Kesatuan yang utama mendapat tahu perkara ini, mereka pasti akan cuba untuk mendominasi bandar masing-masing. Namun, Shi Feng hanya ingin mendapatkan wang segera.

Apabila membandingkan individu dengan sebuah Kesatuan, sumber-sumber yang diperolehi oleh kedua-keduanya berada di tahap yang sangat berbeza. Terdapat banyak pemain di dalam Kesatuan, jadi mereka akan dapat memperolehi banyak sumber yang jarang dijumpai pada bila-bila masa. Sementara itu, walaupun Shi Feng mengetahui bagaimana untuk mendapatkan sumber-sumber itu, berapa banyak yang boleh dia perolehi secara sendirian? Sementara dia mendapatkan sumber-sumber itu, tahapnya mungkin akan ditinggal jauh di belakang pemain-pemain yang lain. Oleh itu, dia hanya mempunyai satu pilihan iaitu untuk membeli sumber-sumber itu dari Rumah Lelongan.

"Pakar di sini, tunggu sebentar. Adakah kamu berminat untuk menjana pendapatan lebihan?" Seorang Berserker Tahap 0 berjalan ke arah Shi Feng, bertanyakan dengan senyuman di wajahnya.

Shi Feng sedang lengkap memakai Set Kelengkapan Bulan Perak. Senjatanya juga sebuah Peringkat Bulan-Perak. Walaupun pendatang baru tidak mempunyai Kemahiran Pengenalan1 untuk memerhatikan tahap Shi Feng, kelengkapan berkualiti tinggi Shi Feng yang berkilau itu jelas lebih baik dari pemain-pemain veteran di jalanan. Ia jelas Shi Feng sememangnya seorang pakar.

"Pendapatan lebih?" Shi Feng berpaling apabila menyedari seseorang pendatang baru memanggilnya. Sesetengah pemain yang lebih kaya kebiasaannya melantik pakar-pakar untuk membantu mereka menyelesaikan sebuah misi untuk memudahkan diri mereka. Mereka akan membayar sejumlah kredit sebagai upah kerana menjalankan misi. Shi Feng masih lagi berminat dengan pendapatan tambahan. Dia sambung berkata, "Beritahu saya tentang itu."

"Ia sangat mudah. Kamu hanya perlu membantu saya meningkatkan tahap. Saya bukan seorang yang kedekut, jadi saya sanggup membayar kamu 100 kredit setiap kenaikan satu tahap. Jika kamu boleh membantu saya untuk mengejar majoriti pemain-pemain lain, saya akan bayar kamu 1,000 kredit. Apa pendapat kamu?" tanya Berserker itu kepada Shi Feng.

Kening Shi Feng terangkat selepas dia mendengar lelaki itu berkata, "Maaf, tetapi saya tidak mempunyai masa. Sila cari orang lain untuk membantu kamu."

Shi Feng ada banyak benda untuk dilakukan. Bukan hanya dia perlu pastikan tahapnya tidak jatuh, tetapi dia juga perlu mendapatkan wang dan mengumpulkan kelebihan untuk masa depan Kesatuannya. Dia perlu membuat persediaan untuk perjuangan kuasa akan datang di Bandar Sungai Putih. Dia mampu menjana beberapa ratusan ribu kredit hanya dengan membersihkan barangan di Rumah Lelongan. Jadi, mengapa dia perlu menghabiskan masa hanya untuk 1,000 kredit yang sedikit? Dia tidak juga ada meletakkan piawaian yang tinggi untuk dirinya.

Selesai berkata demikian, Shi Feng berpaling lalu berjalan pergi, menuju ke arah Bank untuk menyimpan barangannya.

"Tunggu dahulu..." Berserker memanggil untuk masa yang lama, tetapi Shi Feng tidak mengendahkannya dari mula hingga ke akhirnya. Dengan segera, Berserker itu berkata dengan marah, "Oh tidak, apa yang kamu ada untuk kamu banggakan? Jika kamu tidak mahu melakukannya, banyak lagi pakar-pakar lain yang sanggup buat untuk saya. Kamu akan menyesal apabila tiba masanya!"

"Mencari seorang pakar untuk menaikkan tahap saya! Satu ratus kredit setiap tahap! Jangan lepaskan peluang yang baik ini!" jerit Berserker itu.

Walau sekuat mana dia jerit pun, tidak ada seorang pemain veteran pun akan mengendahkannya.

"Hahaha! Pendatang baru ini sangat mengarut! Sakit perut saya melihat kelakuan dia yang bodoh!" Seorang Penjaga Tahap 5 ketawa sambil dia melintas.

"Jangan hiraukan dia. Ramai lagi di antara pendatang-pendatang baru yang akan diperbodohkan dengan mudah. ini. Kita tidak ada masa untuk itu sekarang ini. Kita perlu membeli beberapa buku roti dan ramuan segera. Jika tidak, kita akan dimarahi oleh ketua kita," kata peneman profesional Renjer dengan tergesa-gesa.

"Saya tahu. Saya tahu. Saya hanya memikirkan orang itu bodoh. Adakah dia menyangkakan Kawasan Tuhan permainan yang kecil-kecilan? Adakah dia fikir kita boleh meningkat tahap sekali seminit? Lupakan 100 kredit setiap tahap. Walaupun dia menawarkan 1,000 kredit setiap tahap, saya masih tidak akan melakukannya, apatah lagi seorang pemain pakar tahap tertinggi. Tanpa 10 ke 20 ribu kredit, tidak perlu untuk dibincangkan!" Penjaga tersenyum.

Pada permulaan permainan, semua orang bergegas untuk menaikkan tahap. Mereka semua takut ketinggalan dibelakang majoriti pemain-pemain, menghilangkan peluang mereka untuk menyinar. Oleh itu, kenapa patut mereka mencari masa untuk membantu pendatang-pendatang baru? Bukan hanya 100 kredit, sekarang ini, pemain-pemain pro Tahap 5 boleh mendapat lebih dari 1 syiling perak setiap hari. Apabila di tukarkan ke kredit, jumlahnya akan lebih dari 100 kredit. Jika nasib mereka baik dan mereka berjaya untuk mendapatkan sekeping Kelengkapan Biasa, ia akan bersamaan dengan mendapatkan beberapa ratusan kredit. Jika ia merupakan seorang pemain pakar, ia sudah menjadi cerita lain. Mereka tidak akan memandang wang yang sangat sedikit itu.

Apabila orang baru Berserker mendengar perbualan mereka, dia sangat terkejut dengan kata-kata Penjaga. Lebih-lebih lagi, dia menyedari Renjer tidak menipunya. Berserker hanya seorang pekerja pejabat di sebuah syarikat. Sebelum ini, dia juga sama sanggup membelanjakan sedikit wang untuk meminta bantuan yang lain, meningkatkan tahapnya. Pada ketika itu, tawaran ini hanya 30 ke 50 kredit tapi sudah membuatkan ramai pemain-pemain berebut untuk menyahut tawarannya. Sebaliknya, tawaran 100 kredit itu tidak mendapat perhatian sekarang. Ia menunjukkan kenaikan satu tahap memerlukan ribuan kredit. Ini gajinya sebulan!

Wajah Berserker menjadi merah padam. Dia merasakan dia telah memalukan diri sendiri. Dia telah memekik-mekik di jalanan untuk tempoh masa yang lama, memikirkan tentang dirinya ketika ini. Apabila dia mendengar gosip pemain-pemain yang lalu dihadapannya, dia hanya memikirkan mereka terpegun dengan tawarannya itu. Rupa-rupanya, mereka hanya menganggap dia bodoh. Tidak hairanlah pakar sebelum ini telah menolak tawarannya dengan segera setelah mendengar tawarannya.

Sementara itu, pendatang-pendatang baru yang lain meminta bantuan seorang pakar juga telah mendapat malu seorang demi seorang. Setiap seorang dari mereka merasakan pipi mereka seperti dibakar, malu berjalan pergi untuk mencari misi untuk meningkatkan tahap.

Di lokasi lain, Shi Feng sedang bersungguh-sungguh membeli barangan di Rumah Lelongan, mengumpul sejumlah besar sumber yang jarang dijumpai. Apabila dia telah membelanjakan semua wangnya, hanya selepas itu Shi Feng menghembuskan nafas lega. Dia kemudian meletakkan Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip untuk dilelong, harga asasnya ditetapkan pada 2 syiling emas setiap satu. Dia kemudia tidak perlu risau untuk menjualnya.

"Ia sepatutnya sudah tiba masa untuk mengambil Api Syaitan Biru Ais..." Selepas Shi Feng habis menyibukkan dirinya, dia kembali semula ke penampilan asalnya. Dia menyiapkan dirinya untuk mengambil Api Misteri lebih awal dari yang dijadualkan. Sekarang Kawasan Tuhan telah berubah lebih awal dari jadual, Api Misteri mungkin sama diperolehi oleh pemain-pemain yang mendahului jadual. Untuk mengelak dari kejadian yang tidak diingini berlaku, ia bagus baginya untuk mendapatkannya sedikit awal. Dia hanya akan dapat bertenang apabila Api Syaitan Biru Ais berada di genggamannya.

Next chapter