webnovel

Tentera Mekanikal

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Melihat belakang Shi Feng, Salji Lembut mengetap giginya. Apabila dia memikirkan kemusnahan menakutkan yang Shi Feng keluarkan sebelum ini dan cara-cara pertempurannya yang luar biasa, dia tiba-tiba merasai Shi Feng lebih asing berbanding dahulu.

Dia mengetahui kesemua pakar tingkat teratas dalam dunia permainan maya. Namun, dia tidak pernah mendengar tentang seseorang pakar tingkat teratas seperti Api Hitam.

Peralatan yang sedang dia guna boleh dikatakan yang paling baik antara pemain-pemain semasa. Dia dan Shi Feng dua-dua berada pada Tahap 5 juga. Namun, jarak perbezaan dalam kemushanan mereka sebenarnya sangat besar. Kuat manakah sebenarnya peralatan Shi Feng? Mungkinkah dia sedang memakai set penuh Peralatan Besi Misteri Tahap 5?

Yang tidak diketahui Salji Lembut adalah Peralatan Set Bulan Perak yang dipakai Shi Feng merupakan Set Peralatan yang terbaik untuk Pemain Pedang bawah Tahap 10. Atributnya jauh lebih hebat berbanding Set Peralatan Besi Misteri Tahap 5. Tambahan pula, Shi Feng memiliki sebilah Senjata Ajaib dan sebilah Senjata Perak-Rahsia. Selain itu, disebabkan kesan-kesan Bilah Neraka, Shi Feng boleh mengeluarkan kemusnahan kepada Orang Burung sambil mengabaikan penyekatan tahap. Jadi, kemusnahannya sudah tentu tersangat tinggi.

Ketika dalam perjalanan memasuki hutan, bilangan Orang Burung yang mereka jumpa meningkat dengan berterusan. Namun, walaupun mereka bakal berdepan dengan lebih sepuluh Orang Burung pada suatu masa, mereka masih boleh dibunuh dengan agak cepat. Hasil sebegitu adalah kerana kemusnahan menakutkan Shi Feng berserta Pahlawan Pelindung yang melambatkan makhluk-makhluk dan Salji Lembut dan lain-lain menjadi sebati dengan pertarungan-pertarungan mereka.

Keberkesanan menaik tahap kumpulan Salji Lembut kini lebih tinggi daripada sebelum Shi Feng menyertai mereka.

Setengah jam kemudian, Shi Feng sekumpulan akhirnya tiba di Tanah Hancur.

Walaupun ia dipanggil Tanah Hancur, hakikatnya, ia hanyalah sebuah kawah gergasi. Sistem-sistem gua pelbagai kedalaman dan saiz boleh ditemui dalam kawah ini. Jika seseorang memasuki gua itu dalam-dalam, mereka akan mudah tersesat di dalamnya.

"Abang Api Hitam, sinikah tempat Misi awak?" tanya Zhao Yueru dengan nada rendah sambil bergerak semakin hampir ke sisi Shi Feng dan memainkan rambutnya hitamnya yang halus.

Setelah berada dalam jarak yang begitu hampir dengan Si Dukun, Zhao Yueru, dan melihat lurah payudaranya yang didedahkan melalui jubah merahnya, mustahil untuk Shi Feng tidak menaruh apa-apa perasaan terhadapnya. Walaupun dia tidak memiliki apa-apa niat jahat, semakin sukar untuknya berpura-pura berfikir tentangnya sekarang.

"En. Kita akan sampai selepas ikut jalan ini. Namun, terlalu ramai Orang Burung berkeliaran di langit, jadi pasti bukan mudah untuk sampai ke sana." Shi Feng mengubah pandangannya dengan sengaja ke sisi, memandang langit di atas gaung yang merupakan jalan kepada gaung besar itu.

Pahlawan Pelindung dan Renjer tidak lagi memandang rendah kepada peringatan Shi Feng kali ini. Sebaliknya, mereka menunjukkan tanda-tanda hormat terhadap Shi Feng sekarang. Mengambil langkah-langkah selamat, mereka memandang ke arah Orang-Orang Burung di langit. Sehingga kini, mereka berdua berjaya mengelak maut hanya kerana Shi Feng.

Melihat Shi Feng mengambil langkah pertama, memasuki gaung yang sempit, senyuman yang halus muncul pada muka Zhao Yueru. Dia asyik mengalami perasaan yang intim setiap kali dia memandang Shi Feng. Ini merupakan kali pertama dia merasakan perasaan sebegini. Tidak lama kemudian Zhao Yueru mengikuti Shi Feng rapat-rapat ke dalam gaung tersebut.

Salji Lembut hanya tersenyum manis melihat adegan ini. Mana mungkin dia tidak dapat melihat isi hati Zhao Yueru? Jarang sekali Zhao Yueru akan tertarik dengan seorang lelaki dengan cara begini. Tentunya, jika Zhao Yueru boleh memukau Shi Feng, menariknya ke Ouroboros, itu juga akan menguntungkan mereka.

Walaupun terdapat ramai Orang Burung di gaung tersebut, kumpulan Salji Lembut telah semakin biasa dalam menangani makhluk-makhluk ini.

Lebih-lebih lagi bagi Salji Lembut. Dia seorang genius. Dia telah pun mempelajari cara-cara pertempuran Shi Feng setelah hanya menyaksikannya beberapa kali. Dia menggunakan permukaan dinding gaung untuk melompat ke sini sana, dan setiap kali dia menghunus bilahnya, dia akan menetak seekor Orang Burung dari langit, menjunamkannya ke tanah.

Setelah membunuh beberapa ratus Orang Burung secara berterusan, pancaran cahaya emas muncul di keliling badan Shi Feng. Dia telah akhirnya mencapai Tahap 6, semakin hampir dengan orang-orang yang gila tahap itu.

Bagi membolehkan dirinya melengkapi Mantel Pengejar Gelap sedikit awal, Shi Feng meletakkan kesemua Mata Atributnya ke dalam Ketangkasan. Jika dia menaik tahap Bilah Neraka ke Tahap 5, dia mungkin dapat melengkapi Mantel Pengejar Gelap pada Tahap 8.

"Dia sudah sampai Tahap 6?" Salji Lembut memandang ke arah Shi Feng. Dia tidak pernah membayangkan kepantasan naik tahapnya akan begitu tinggi.

Namun, apabila dia berfikir bagaimana Shi Feng boleh membunuh makhluk bertahap lebih tinggi dengan begitu mudah, tidak hairan bagaimana dia boleh menaik tahap begitu cepat.

"Awak mahu pergi sana? Bilangan makhluk di sana terlampau ramai. Antara mereka, ramai juga Elit Tahap 9 dan Elit Istimewa Tahap 10. Awak pasti mahu masuk?" Setelah tiba di kawasan lebih dalam di gaung besar itu, Salji Lembut tiba-tiba mendapati tempat ini dipenuhi Golem-Golem Mekanikal. Dia tidak dapat mengenal pasti apakah sebenarnya jenis Misi yang Shi Feng terima yang mempunyai kesukaran yang benar-benar tinggi. Meskipun Shi Feng lebih kuat daripada sekarang, amat mustahil untuknya memasuki tempat itu.

Tinggi Golem-Golem Mekanikal hampir sama dengan ketinggian seorang manusia.

[Golem Mekanikal] (Makhluk Biasa)

Tahap 9

HP 1500/1500

Pahlawan-Pahlawan Mekanikal dua kali ganda lebih besar berbanding Golem-Golem Mekanikal, dan tangan mereka memegang pedang dan pelindung.

[Pahlawan Mekanikal] (Makhluk Elit)

Tahap 9

HP 3000/3000

Kesatria-Kesatria Mekanikal adalah yang paling menakutkan antara semua. Mereka menaiki Kuda-Kuda Mekanikal, dan mereka membawa tombak panjang. Tinggi mereka melebihi 6 meter, seumpama sebuah bangunan dua-tingkat.

[Kesatria Mekanikal] (Elit Istimewa)

Tahap 10

HP 7000/7000

Dalam bahagian paling dalam antara kumpulan makhluk Mekanikal, terdapat sebuah pagar besi yang ditutup rapi. Namun, bilangan Boneka Mekanikal dan Pahlawan Mekanikal terlalu tidak masuk akal. Hanya daripada sekali pandang, Salji Lembut menganggarkan terdapat lebih 800 ekor. Lebih-lebih lagi, di kawasan yang paling dalam, terdapat lebih seratus Kesatria Mekanikal mengawal ketat bahagian depan pagar besi tersebut. Menewaskan kesemua Kesatria Mekanikal tersebut tanpa seribu orang tentera Elit hanya mimpi.

Bilangan makhluk Mekanikal ini hanya menyebabkan seseorang merasakan kehampaan. Biarpun berada lebih seratus ela dari makhluk-makhluk Mekanikal ini sudah menakutkan Zhao Yueru sekumpulan.

Tentera Mekanikal tidak dapat ditandingi jika mereka bergegas bersama-sama. Tentera-tentera tersebut mampu menghapuskan Zhao Yueru sekumpulan dengan serta-merta.

"Abang Api Hitam, awak benar-benar mahu pergi ke? Awak pasti mati." Walaupun Zhao Yueru yakin dengan kekuatan kumpulannya, hanya berdasarkan ukuran kumpulan Tahap 5 mereka, membersihkan Golem-Golem dan Pahlawan-Pahlawan Mekanikal sudah menjadi suatu masalah besar, jangankan Kesatria Mekanikal. Seekor Kesatria Mekanikal sudah cukup untuk melenyapkan mereka semua, inikan pula berdepan dengan beratus-ratus ekor.

"Eh, saya mesti pergi. Namun, kita harus melepasi halangan Golem-Golem dan Pahlawan-Pahlawan ini dahulu," Shi Feng mengangguk.

"Jadi, mari kita perlahan-lahan umpan mereka ke sini dan bunuh mereka, buat jalan sedikit demi sedikit." Salji Lembut telah berjanji kepada Shi Feng mereka tidak akan menahan apa-apa usaha untuk membantunya. Sudah tentu dia tidak akan berundur sekarang. Lagipun, tempat ini cukup bagus untuk menaik tahap. Setelah membunuh begitu ramai Orang Burung pada jalan menuju ke sini, mereka meraih Peralatan Biasa dan bahan-bahan yang agak banyak. Jika mereka bakal membersihkan kesemua Pahlawan Mekanikal ini, hasil-hasil mereka tentu lebih besar. Cuma kekuatan Pahlawan-Pahlawan Mekanikal masih tidak diketahui mereka.

"Jadi, saya umpan mereka satu per satu," tawar Zhao Yueru. Lagi mudah untuk seorang pemain jarak jauh untuk mengumpan makhluk. Lagipun, berdasarkan kemahiran-kemahirannya, walaupun makhluk-makhluk tersebut berhimpit rapat, dia masih akan dapat mengumpan hanya dua atau tiga ekor ke mari. Kumpulan mereka juga akan mampu mengalahkan makhluk-makhluk tersebut dengan mudah.

"Tunggu," Shi Feng tiba-tiba menarik Zhao Yueru kembali.

"Ada masalah ke?" tanya Zhao Yueru.

Semua memandang ke arah Shi Feng dengan hairan. Apakah Shi Feng tidak yakin dengan kemahiran Zhao Yueru?

Shi Feng sangat jelas berkenaan kesukaran tempat ini. Namun, Zhao Yueru sekumpulan tidak mengetahui makhluk-makhluk Mekanikal ini semua merupakan senjata perang buatan Tamadun Orang Kerdil. Jika Zhao Yueru pergi untuk mengumpan makhluk-makhluk tersebut tanpa mengetahui hal ini, sudah tentu satu kumpulan akan disapu.

"Makhluk-makhluk Mekanikal amat leceh untuk berlawan. Mereka sangat agresif. Tidak lupa Kuasa Perlindungan dan Serangan mereka. Kalau awak umpan satu, sepuluh akan datang. Dengan penyekatan tahap, kita pasti tidak mampu melawan bilangan ramai sebegitu sekaligus. Saya ada idea lain. Siapa antara kalian di sini mempunyai Kepantasan Bergerak melebihi 14 mata?"

"Saya ada 17 mata. Lagu Kecil juga telah mencapai 14 mata," jawab Salji Lembut walaupun dia tidak memahami mengapa Shi Feng bertanyakan soalan sebegitu.

"Awak dan Lagu Kecil dua-dua guna segulung Gulungan Kepantasan. Selepas ini, umpan kesemua makhluk Mekanikal di sekeliling dan kumpulkan mereka di salah satu lokasi. Kemudian, yang selebihnya biar saya uruskan." Shi Feng mengeluarkan dua Gulungan Kepantasan. Dengan peralatan ini, berdasarkan kepantasan makhluk Mekanikal, mereka pasti tidak mampu mengejar mereka berdua.

Selepas berbincang dengan Shi Feng buat seketika, Salji Lembut mendapati Shi Feng bukanlah seseorang yang bercakap karut. Dia pasti mempunyai sebab-sebabnya tersendiri. Justeru, dia dengan Lagu Kecil dua-dua menggunakan Gulungan-Gulungan Kepantasan tersebut dan mula mengumpan makhluk-makhluk dari kedua-dua belah.

Next chapter