webnovel

Tarian Api Hitam

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Salji Lembut dan Lagu Kecil mula mengumpan raksasa-raksasa dari dua sisi berlainan. Sebelum mereka sampai ke jarak 30 ela, raksasa-raksasa itu berjaya mengesan mereka. Mata semua raksasa itu bersinar kemerahan, lalu memalingkan kepala mereka dan merenung pada penceroboh itu.

"Amaran! Amaran! Penceroboh dikesan!"

Selepas satu penggera dibunyikan, kesemua Golem Mekanikal dan Pahlawan Mekanikal dalam radius 40 ela sudah pun bersedia. Raksasa Mekanikal di sekeliling mengunci sasaran mereka kepada dua orang pemain ini dan dalam beberapa saat, mereka berdua dikejar oleh ratusan Golem Mekanikal dan Pahlawan Mekanikal. Zhao Yueru terkejut melihat situasi ini. Nasib baik, dia tidak bertindak melulu dan terus mengumpan raksasa-raksasa tersebut. Jika tidak, mereka sudah tentu akan dihapuskan. "Abang Api Hitam, tiada masalah mengumpan raksasa tersebut menggunakan cara itu, kan?" Zhao Yueru melihat Salji Lembut dan Lagu Kecil dikejar rapat oleh Tentera Mekanikal itu. Jika mereka tidak sempat melarikan diri tadi, mereka mungkin sudah mati sekarang.

"Bertenang. Dengan Skrol Kelajuan, raksasa Mekanikal ini tidak mampu mengejar mereka," Shi Feng berkata dengan yakin.

Selepas sekian lama, seperti yang dijangkakan, tiada satu pun raksasa Mekanikal yang berjaya menangkap mereka berdua. Semua yang berlaku sama seperti jangkaan Shi Feng. Selepas mengumpan kesemua raksasa Mekanikal, mereka berdua berlari mengelilingi sebuah kawah yang besar, sambil Golem Mekanikal dan Pahlawan Mekanikal itu masih mengejar mereka tanpa henti.

Kedua-duanya sangat pakar dalam mengumpan raksasa. Dalam masa yang pendek, mereka telah menggabungkan dua gelombang raksasa Mekanikal menjadi satu.

Dalam hatinya, Zhao Yueru terdiam. Dia juga, mempunyai Skrol Kelajuan. Namun, barang ini sangat mahal. Dalam kumpulannya, setiap seorang mempunyai satu Skrol Kelajuan untuk menyelamatkan nyawa sendiri. Dia tidak terbayang Shi Feng akan mengeluarkan dua gulung dengan begitu mudah. Malah, dia menggunakannya untuk mengumpan raksasa. Kelakuannya itu sangat mewah. Namun, betul apa yang dikatakannya itu, dengan menggunakan Skrol Kelajuan ini, mereka berdua mampu mengumpan semua raksasa itu dengan selamat.

Namun, sekarang, masalah sebenar tiba. Selepas mengumpan begitu banyak raksasa, bagaimana mereka mahu menguruskan semuanya?

Mereka tidak mempunyai sebarang magis kesan kawasan dan sekiranya mereka ada, mereka tidak akan berani menggunakannya. Perbuatan itu akan menyebabkan kawalan Kebencian menjadi tidak tentu hala dan MT mereka tidak mempelajari kemahiran termaju seperti Ejekan Orang Ramai. Pada masa itu, semua orang akan mati.

Shi Feng sudah tentu tahu apa yang mereka semua fikirkan. Namun, dia hanya mampu menonjolkan satu senyuman yang misteri sewaktu melangkah ke hadapan.

"Dalam masa sepuluh saat, kamu berdua umpan semua raksasa ke tengah," Shi Feng berkata dalam ruangan mesej kumpulan.

"Kami faham," Salji Lembut menjawab. Seusai berkata-kata, Shi Feng mengeluarkan satu skrol yang berwarna merah gelap dan sangat cantik, kemudiannya membuka lembaran itu sekali gus. Bacaan mantera yang tertulis dalam skrol tersebut. Hanya dengan cahaya dari mantera itu sudah cukup membuatkan mana api di sekeliling marak.

Selepas melihat semua ini, amatur pun akan tahu barang yang dikeluarkan oleh Shi Feng itu bukanlah barangan biasa.

Sebagai pakar Elemen, wajah Zhao Yueru dipenuhi rasa terkejut. Skrol Magis apakah ini? Skrol Magis yang dijual di kedai tidak mampu mengeluarkan kuasa seperti ini. Manteranya sahaja sudah cukup untuk mengumpulkan mana api di sekeliling, lalu menjadi satu bebola api yang sangat ganas.

Pengumpulan mana api itu jauh lebih kuat berbanding Ngauman Api Naga yang dia biasa gunakan beberapa kali. Jika Shi Feng melepaskannya, siapa tahu sekuat mana api yang terhasil ini? Pada waktu ini, Shi Feng mengaktifkan Skrol Magis dan mengeluarkan Bilah Neraka.

Tiba-tiba, mana api yang terkumpul di atas Skrol Magis itu mengalir ke bawah seperti merkuri dan satu demi satu tenaga api yang panjangnya lebih sepuluh meter meresap masuk ke dalam Bilah Neraka. Satu api yang mengagumkan membuak-buak keluar mengikut bentuk Bilah Neraka, tiba-tiba bertukar menjadi pedang api. Ia mengeluarkan satu bunyi tangisan phoenix, bergema ke kawasan sekeliling.

Semestinya, semua orang perasan kuasa yang besar dan kuat itu.

Tiada siapa sangka Shi Feng masih menyembunyikan kekuatan sebenar.

Sebenarnya, Shi Feng tidak mahu menggunakan Skrol Magis Peringkat 2 ini. Dia akan kehilangan satu skrol selepas menggunakannya. Tambahan pula, Shi Feng hanya dapat mengumpulkan empat buah skrol sahaja daripada Hutan Cahaya Bulan. Sekarang ini dia sudah menggunakan satu, tinggal lagi tiga buah skrol sahaja.

Ketika ini, Salji Lembut dan Lagu Kecil sudah mengumpulkan kesemua raksasa Mekanikal ke kawasan tengah kawah tersebut. Mereka kemudiannya berlari ke arah Shi Feng.

Raksasa Mekanikal tersebut semakin menghampiri, 40 ela... 30 ela... 20 ela... 10 ela... namun, Shi Feng masih tidak melakukan apa-apa. Dia hanya berdiri di situ, dengan diam, sambil tangannya memegang erat pedang yang menyala dan terbakar.

Sewaktu Salji Lembut dan Lagu Kecil berlari melepasi Shi Feng, Shi Feng terus mulakan serangan dengan membelah pedang berapinya. Magis Peringkat 2, Tarian Bilah Api! Dengan sekelip mata, belahan Shi Feng mengeluarkan banyak api yang merah yang membara. Api yang membakar itu luasnya seperti lautan, terus menelan seluruh Tentera Mekanikal. Api yang berbentuk kon itu membakar semua yang berada dalam jarak 50 ela menjadi debu.

Walaupun Pahlawan Mekanikal mempunyai 3,000 HP, mereka masih tidak dapat menahan kemusnahan daripada gerakan ini lalu dibakar menjadi kepingan besi buruk. Sementara itu, pengalaman Shi Feng meningkat secara mendadak, naik terus kepada 37% Tahap 6. Ahli kumpulan yang lain turut melangkaui Tahap 5, seorang demi seorang, sehingga mereka semua akhirnya mencapai Tahap 6. Kelajuan mereka menaikkan tahap sangat mengagumkan. Pandangan mereka kemudiannya tertumpu pada barang jatuhan yang bersepah atas lantai, kegembiraan mula terpancar dari wajah mereka. Shi Feng terlalu mengagumkan! Dia menggunakan satu gerakan untuk membunuh semua raksasa Elit Tahap 9 dengan sekali gus. Walaupun dia bergantung pada barang luar untuk melakukannya, namun mampu mendapatkan barang tersebut masih membuktikan kebolehannya yang luar biasa.

Jika mereka dapat melakukan proses ini berulang kali, mereka mampu mencapai Tahap 10 pada bila-bila masa!

Pada waktu ini, Salji Lembut mula berasa tidak sia-sia dia membantu Shi Feng dalam Misinya. EXP yang mereka dapat sahaja memberikan keuntungan yang besar. "Abang Api Hitam, skrol jenis apa yang kamu guna? Ia sangat berkuasa," Zhao Yueru mengenyitkan matanya kepada Shi Feng, bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Skrol Magis Peringkat 2," Shi Feng berkata dengan bersahaja. "Abang Api Hitam, di mana saya boleh membelinya?" Zhao Yueru sudah terpikat dengan Skrol Magis ini selepas melihat kemusnahan yang dihasilkan. Sangat berbaloi sekiranya dia terpaksa membelanjakan 10 Syiling Perak untuk membeli satu.

Shi Feng menganggukkan kepalanya sambil tersenyum, "Barang ini tidak boleh dibeli. Ia hanya muncul secara nasib ketika membuka Peti Harta Karun gred tinggi."

"Oh..." Zhao Yueru berasa sedikit hampa. Shi Feng mungkin tidak percaya jika dia tahu Zhao Yueru ingin membeli Skrol Magis Peringkat 2 dengan harga 10 Syiling Perak.

Tiada siapa akan menjual Skrol Magis Peringkat 2. Barang ini terlalu berharga. Jika digunakan pada saat yang genting, kebarangkalian untuk mengubah keadaan ialah sangat tinggi. Dalam kehidupan Shi Feng yang lepas, banyak Persatuan gergasi menawarkan dua hingga tiga Syiling Emas untuk Skrol Magis Peringkat 2 tetapi masih gagal untuk membelinya.

Jika bukan disebabkan kepentingan Misi, Shi Feng memang berat hati untuk menggunakan skrol ini.

Salji Lembut sebenarnya ingin bertanyakan lebih lanjut mengenai Skrol Magis ini kerana barang ini sangat berguna. Namun, selepas mendengar nada suara Shi Feng, jelas kelihatan yang hatinya berasa berat untuk menggunakannya. Walaupun seorang Ketua Penempa yang kaya dan sombong pun boleh pening kepala. Sesiapa sahaja boleh bayangkan betapa berharganya barang ini.

Namun, apabila Salji Lembut terdengar yang dia mampu mendapatkan barang tersebut daripada Peti Harta Karun bergred tinggi, dia berfikir dalam hati yang dia patut memberitahu pemain daripada Persatuannya supaya mendapat tahu hal ini.

Selepas itu, semua orang mula mengutip barang jatuhan tersebut. Banyak raksasa Elit di antara lebih lapan ratus raksasa Mekanikal yang mati itu, oleh itu banyak barangan yang dijatuhkan. Antaranya, tidak lekang dengan Peralatan Biasa Tahap 7 sehingga Tahap 8. Terdapat juga lebih tiga puluh Peralatan Gangsa dan beberapa buku kemahiran.

"Kamu bunuh semua raksasa ini dan kami tak banyak menolong pun. Oleh itu, kami tidak akan mengambil apa-apa peralatan mahupun buku kemahiran." Salji Lembut memberikan semua barang tersebut kepada Shi Feng selepas dia menyusun barang jatuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, Pahlawan Perisai mula terliur melihat peralatan untuk MT. Dia berasa berat hati untuk melepaskannya. Namun, dia turut tidak berani untuk membantah dengan keputusan untuk memberikan semua itu kepada Shi Feng. "Kamu semua turut memberikan pertolongan. Mari kita agihkan mengikut keperluan Kerjaya. Bagi buku kemahiran ini pula, saya akan ambilnya." Shi Feng hanya mengambil buku kemahiran kerana dia terjumpa satu kemahiran yang istimewa, Lontaran Tepat dalam tempat yang berjatuhan itu. Kemahiran ini sangat berguna untuknya. Bagi Peralatan Gangsa pula, ia hanya bernilai beberapa Syiling Emas, jadi Shi Feng tidak merasakan barang itu berharga. Peralatan yang sedang dipakainya ini merupakan Peralatan Bulan Perak. Shi Feng tidak mempunyai sebarang hasrat untuk menukar peralatan ini semasa dia masih bawah Tahap 10. Untuk Si Hitam dan yang lain, dia boleh mendapatkan peralatan yang lebih sesuai untuk mereka.

Walaupun peralatan itu tidak memberikan Shi Feng banyak kelebihan, ia masih dianggap berguna buat Salji Lembut.

"Saya akan rasa segan jika menerima semua barang ini begitu sahaja. Apa kata saya belinya daripada kamu? Saya sekarang ini tidak cukup Syiling permainan. Bolehkah saya membelinya menggunakan Kredit?" Salji Lembut, yang tidak mahu terhutang budi pada Shi Feng, bertanya dengan sopan.

Dalam masa yang singkat, Salji Lembut telah memindahkan Kredit kepada Shi Feng, menguntungkan Shi Feng dengan banyak sekali lagi. "Bagaimana dengan Sateria Mekanikal yang lain? Adakah kamu ingin menggunakan Skrol Magis lagi?" Salji Lembut melihat pada seratus lebih Sateria Mekanikal yang mengawal pintu besar, bertanya. "Skrol Magis Peringkat 2 tidak mampu menghapuskan mereka. Lagipun, saya tidak perlu membunuh mereka semua untuk masuk ke dalam tempat itu. Saya hanya perlu mengumpan mereka jauh dari situ." Apabila Shi Feng mendengar pertanyaan Salji Lembut tadi, dahinya terus berpeluh. Skrol Magis Peringkat 2 bukanlah sampah yang dia mampu bazirkan. "Jikalau begitu, serahkan kepada saya." Salji Lembut melihat pada bentuk muka bumi lalu berfikir sejenak. Dia merasakan yang dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakukan tugas seperti itu lagi.

"Ini beberapa Skrol Kelajuan dan Skrol Pulang. Selagi kamu berlari melepas kawasan kawah tadi, mereka tidak akan mengejar kamu lagi. selepas meninggalkan pertempuran, kamu semua boleh menggunakan Skrol Pulang untuk meninggalkan tempat ini," Shi Feng menjelaskan dan mengeluarkan beberapa skrol.

Melihat mereka bakal berpisah antara satu sama lain, Zhao Yueru berasa berat hati. Dia tidak tahu kenapa, tetapi dia rasa tenang dan selamat apabila bersama dengan Shi Feng. "Abang Api Hitam, mari kita menjadi kawan! Kami akan masuk ke dalam Dungeon Tahap 5 esok, apa kata kamu ikut kami?" Zhao Yueru tiba-tiba berkata. Salji Lembut berasa sedikit kaku. Namun, dia turut merasakan yang ini bukanlah cadangan yang buruk. Dengan adanya Shi Feng, peluang mereka untuk melepasi Dungeon Tahap 5 akan bertambah senang.

"Er..." Shi Feng tidak terfikir yang Ahli Sihir ini akan menambah dia sebagai rakan. Lebih-lebih lagi, dia turut mengajaknya untuk meneroka Dungeon. Kelakuannya ini sangat berbeza dengan yang sebelum ini.

"Saya boleh menjadi rakan kamu semua, tetapi saya ada beberapa perkara untuk diselesaikan esok. Kita akan meneroka Dungeon bersama-sama apabila saya ada masa nanti," Shi Feng menolak pelawaan itu dengan baik. Lagipun, dia tidak boleh membelah dirinya kepada dua. Bagi soal menambah satu sama lain sebagai rakan, Shi Feng dapat satu lagi pusingan persahabatan selepas menanggalkan Topeng Iblis. Oleh itu, orang lain tidak akan mengesyaki sesuatu yang pelik.

"Baiklah mari tambah antara satu sama lain sebagai kawan," Zhao Yueru menggigit lembut bibirnya. Dia sedikit kecewa kerana dia tidak dapat meneroka Dungeon dengan Shi Feng esok. Namun, dia masih berpuas hati dapat menambah Shi Feng sebagai rakannya. Dia boleh berhubung dengannya bila-bila masa sahaja nanti.

Sistem: Adakah kamu ingin menerima permohonan rakan Bulan Berapi?

Shi Feng menekan butang terima dan nama Bulan Berapi masuk dalam paparan rakan Api Hitam.

Selepas itu, Shi Feng terus pergi ke bahagian kiri pintu gerbang.

Pada ketika ini, Salji Lembut sudah pun sampai di pintu sebelah kanan, bersedia untuk mengumpan Sateria Mekanikal. "Akak Yueru, mari kita beredar dahulu. Kita boleh serahkan semuanya pada Akak Salji," Xiao Yue'er berkata dengan lembut sewaktu melihat Zhao Yueru masih kaku di tempatnya. "Saya faham." Zhao Yueru, selepas melihat bahagian belakang badan Shi Feng sekali lagi, dia terus berpaling dan pergi dari situ.

Melihatkan yang Shi Feng sudah pun bersedia, Salji Lembut mengaktifkan Skrol Kelajuan dan meluru kepada Sateria Mekanikal Tahap 10.

Separuh perjalanannya, mata Sateria Mekanikal yang berada di hadapan pintu bersinar dengan terang. Badan mereka yang besar itu mula bergerak dan semua mata mereka fokus kepada Salji Lembut. Salji Lembut dengan pantas menghentikan langkahnya. Dia mula berpaling ke belakang dan melarikan diri. Sateria Mekanikal meraung dengan marah sambil menggerakkan tubuh badannya yang besar, lalu mengejar Salji Lembut.

Hanya selepas semua Sateria Mekanikal itu berlalu pergi barulah Shi Feng dengan tergesa-gesa berlari ke arah pintu gerbang besi yang besar.

Walaupun Salji Lembut sudah mengumpan semua Sateria Mekanikal pergi, jumlah masa untuk mengumpan mereka sangat terhad. Tambahan pula, mereka tidak akan terpedaya lagi sekali sekiranya gagal buat kali pertama, jadi Shi Feng perlu mengambil peluang ini dengan baik.

Setibanya di pintu besar tersebut, Shi Feng terjumpa satu kunci yang diselaputi lumut. Dia kemudiannya memasukkan kristal obsidian yang rosak yang diberikan oleh Blackbeard. Kunci kubu pertahanan sudah tersimpan lebih dari satu generasi. Blackbeard juga pernah memberitahu yang kunci itu mungkin tidak dapat digunakan lagi untuk membuka pintu tersebut. Namun, Shi Feng masih mahu mencuba.

Next chapter