webnovel

Penelanan Neraka

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Hitam, apa khabar di sana sekarang? Kalian sudah tahap berapa sekarang?" tanya Shi Feng.

"Menaik tahap di kawasan tersembunyi ini terlalu hebat! Tiada sesiapa yang datang sini untuk bunuh makhluk, semua orang Tahap 5 sekarang. Lagipun, kami dapat banyak Daging dan Kulit Serigala, beg-beg kami sudah lama penuh. Sekarang, kami sedang bersedia untuk pulang ke bandar dan kosongkan beg kami sikit," kata Si Hitam dengan seronok. Dalam waktu singkat ini, mereka telah memperoleh empat buah Peralatan Gangsa Tahap 5 hasil daripada latihan mereka di Sarang Serigala Hutan. Antaranya ialah sebatang Tongkat Gangsa Tahap 5 yang meningkatkan kemusnahan dengan banyak.

"Sudah penuh? Dahsyat betul kalian." Shi Feng sedikit terkejut. Setimbun Daging mengandungi 100 ketul di dalamnya. Sebelum ini, Si Hitam sekumpulan telah membeli banyak Beg Besar. Shi Feng tidak pernah menyangka beg-beg tersebut akan dipenuhi dengan begitu cepat. Berapa banyak Daging Serigala ini? Jika kesemua Daging tersebut diberi kepada Awan Ungu untuk dimasak menjadi hidangan maju, sudah tentu ia mendatangkan untung yang besar.

"Betul, kalian beri sahaja semua Daging Serigala kalian kepada seorang Paderi perempuan yang bernama Awan Ungu. Sebut sahaja nama saya apabila awak berjumpa dia. Nanti, kalian rehat sedikit dan beli beberapa Ubat Pemulihan HP dan MP, lepas itu tunggu saya di Kawasan Perdagangan."

"Abang Feng, kita akan terjun ke dalam Dungeon dengan Dewi Salji ke?" tanya Si Hitam dengan seronok, selepas mengingati beberapa perkara.

"Ya, jadi rehat cukup-cukup. Awak kena kuatkan mental awak apabila masuk Dungeon." Shi Feng mengangguk kepalanya dan mematikan panggilan.

Sebaliknya, Si Hitam hampir meloncat keseronokan. Asalnya, dia fikir Shi Feng tidak akan membawa mereka ke Dungeon. Lagipun, teknik mereka tidaklah sehebat mana. Mereka hanya akan memperbodohkan diri mereka jika pergi. Namun, memandangkan Shi Feng ingi membawa mereka, apa lagi yang boleh mereka kata?

Semangat membakar dalam diri Si Hitam. Dia cukup bertuah sehinggakan dapat terjun Dungeon bersama-sama Dewi Salji. Biarlah dia memalukan diri sekalipun. Masih ada penghormatan apabila diceritakan ke orang lain. Biarlah orang nak kata apa, siapa sahaja yang dapat terjun Dungeon bersama Dewi Salji?

Runtuhan Pasir Putih, Bandar Tukul Batu.

Apabila Datuk Bandar Janggut Hitam ternampak Shi Feng sedang masuk, dia melangkah ke hadapan dan menyapa Shi Feng dengan cara yang sangat beradab.

"Abang Ye Feng, awak sudah datang. Jus Buah-Buahan yang awak jual hari itu terlalu sedap! Ia sudah jadi buah mulut seluruh bandar. Sekarang, tidur pun tak boleh kalau tak minum segelas sebelum tidur setiap hari," gurau Janggut Hitam.

"Tuan Datuk Bandar, inikah Jantung Titan yang Tuan minta?" tanya Shi Feng sambil tersenyum dan mengeluarkan Jantung Titan.

Apabila Janggut Hitam melihat bebola besi kelabu tersebut, mulutnya tiba-tiba melopong kerana terkejut.

Bentuk ini, warna ini, jalinan ini… ia betul-betul sama dengan Jantung Titan dalam lagenda.

"Betul, inilah Jantung Titan. Ia betul-betul sama seperti yang direkodkan dalam rekod kuno. Tak sangka saya boleh dapat menyaksikannya dengan mata saya sendiri. Abang Ye Feng, saya benar-benar tak sangka awak seorang Pengembara yang begitu berkuasa. Kerana awak telah mengembalikan kegemilangan Orang Kerdil Keluli Hitam kami, saya, mewakili seluruh bangsa Orang Kerdil Keluli Hitam, ikhlas berterima kasih kepada awak," Janggut Hitam menerima Jantung Titan dengan seronok, sambil berterima kasih kepadanya berkali-kali.

Sistem: Misi Unik "Kubu Keluli Barrutia" selesai. Anugerah 1 Tanda Kebesaran Keluli Hitam. Telah memperoleh Surat Perakuan Janggut Hitam. Telah memperoleh Buku Ajaib Maju. Anugerah 10,000 EXP. Reputasi di Bandar Keluli Hitam sudah di tahap Mulia.

Bilangan besar anugerah yang diterima Shi Feng menggembirakannya. Tahapnya juga telah sampai 73% di Tahap 6. Kelajuan menaik tahap sebegitu telah melepasi orang-orang yang gila tahap sebelum ini.

Shi Feng tidak memandang kepada bilangan EXP. Sebaliknya, peralatan yang lain yang paling penting.

Anugerah-anugerah kali ini jauh melangkaui jangkaan Shi Feng. Sebuah Jantung Titan yang tidak memiliki tenaga mampu mengubah sebuah Kesatuan kelas ketiga menjadi Kesatuan kelas kedua. Namun, sekarang Jantung Titan dalam tangan Shi Feng masih memiliki satu perempat daripada tenaganya. Shi Feng tidak pernah bayangkan anugerah yang sehebat ini.

Dalam hayat lampaunya, pemain yang menyelesaikan Misi Unik ini tidak mendapat anugerah yang lumayan sebegini. Pemain tersebut hanya mendapat sehelai Surat Pengakuan, sebuah Buku Ajaib Menengah, serta reputasi sehingga tahap Mulia. Tiada langsung Tanda Kebesaran Keluli Hitam.

[Tanda Kebesaran] (Pangkat Emas-Tua)

Peralatan Unik

Had pemain: Ye Feng

Tanda Kebesaran merupakan pingat yang paling tinggi darjatnya dalam kalangan Orang Kerdil Keluli Hitam. Selepas melengkapinya:

Kadar kejayaan penempaan meningkat sebanyak 5%.

Terdapat peluang 10% untuk Kecekapan meningkat sebanyak 1 mata lebih.

Apabila menempa, terdapat peluang 1% untuk meningkatkan Atribut peralatan yang ditempa.

Shi Feng terkejut selepas membaca pengenalannya. Tanda Kebesaran Keluli Hitam ini benar-benar ibarat alat ketuhanan untuk menempa. Ia beberapa darjat lebih kuat daripada Bakat Menempa. Lebih-lebih lagi dengan peluang 1% untuk peningkatan Atribut. Maksudnya, daripada seratus peralatan yang ditempa, satu akan ditingkatkan Atributnya. Jika Shi Feng menempa peralatan hari-hari tanpa henti, dia pasti tiada masalah menempa tiga hingga empat ratus buah peralatan. Hasilnya, dia akan memiliki tiga hingga empat buah peralatan yang ditingkatkan Atributnya.

Perkara yang paling kerap dibandingkan pemain apabila bermain permainan ialah kualiti peralatan mereka. Walaupun Atribut sesebuah peralatan hanya sedikit lebih tinggi, apabila Atribut kesemua peralatan yang lain digabungkan bersama, jumlah keseluruhannya membolehkan seseorang pemain melepasi pemain lain dengan agak banyak. Tidak kira sama ada PK atau menerjun Dungeon, si pemain akan memegang kelebihan dalam kedua-dua situasi.

Walaupun Shi Feng tidak tahu setakat mana Atribut sesebuah peralatan akan ditingkatkan, kenaikan walau satu mata akan menyebabkan nilai peralatan meningkat berganda. Jika peningkatan yang besar, nilainya akan naik berlipat kali ganda; harga sesebuah peralatan mampu menandingi sepuluh buah atau lebih untuk.

Tanda Kebesaran Keluli Hitam ialah keuntungan yang tidak dijangka. Tujuan utama Shi Feng melakukan Misi ini ialah memperoleh Buku Ajaib dan Surat Perakuan, kerana kedua-dua peralatan mampu membolehkan sesebuah kesatuan untuk bangkit. Lebih-lebih lagi Buku Ajaib. Lagipun, Shi Feng memperoleh Buku Ajaib Maju.

Selain peralatan penempaan, Shi Feng juga boleh menempa peralatan lain seperti Set Perkakas Perisai, Pengancing Batu Permata, Tongkat Sakti Alkimia dan banyak lagi. Antara kesemuanya, Set Perkakas Perisai yang paling popular dan mempunyai permintaan yang paling tinggi.

Umumnya, Set Perkakas Perisai mampu meningkatkan sama ada Perlindungan atau Atribut Plat Dada. Ini semua bergantung kepada kualiti dan tahap Set Perkakas Perisai. Manakala, Buku Ajaib yang telah Shi Feng peroleh daripada Janggut Hitam ialah mencipta versi Set Perkakas Perisai yang lebih kuat iaitu Set Perkakas Perisai Mana. Buku Ajaib merupakan peralatan unik, hanya satu yang wujud di seluruh Kawasan Tuhan.

Dalam hayat lampau Shi Feng, peralatan inilah yang membolehkan sebuah kesatuan mendapatkan jumlah wang yang lumayan, lantas mengubahnya daripada kesatuan kelas ketiga kepada kesatuan kelas kedua.

Bagi Surat Perakuan Janggut Hitam, ia hanya akan berguna di Bandar Sungai Putih, jadi Shi Feng masih tidak mampu menggunakannya sekarang.

Namun, kini memandangkan Reputasi Shi Feng dalam Bandar Tukul Batu telah mencapai tahap Mulia, dia boleh membeli beberapa Peralatan Gangsa, selain Peralatan Besi-Misteri, yang akan terikat pada watak pemain apabila dibeli. Lebih-lebih lagi harga peralatan-peralatan ini sangat murah, sampai ke tahap dimana seorang pemain sederhana Tahap 10 pun mampu membelinya. Bandar Tukul Batu boleh dikatakan lokasi terbaik untuk pemain memperoleh Peralatan Besi-Misteri. Selepas Reputasi mereka sampai tahap Mulia, mereka akan mampu mempersiapkan diri mereka sepenuhnya dengan Peralatan Besi-Misteri Tahap 10.

Malangnya, bukan mudah untuk berlatih untuk mendapatkan Reputasi. Hampir mustahil untuk sesiapa melengkapi diri mereka sepenuhnya dengan Peralatan Reputasi Besi-Misteri Tahap 10.

Lebih-lebih lagi, set lengkap Peralatan Reputasi Besi-Misteri masih agak lemah berbanding Peralatan Set Bulan Perak. Jadi, pemain tahap tertinggi semua merasakan peralatan tersebut tidak layak bagi mereka.

Walaupun Shi Feng tidak akan melengkapkan peralatan-peralatan ini, dia masih ada kegunaan lain untuk peralatan-peralatan tersebut. Misalnya, menaikkan tahap Bilah Nerakanya. Bilah Neraka perlu menelan Senjata untuk menaik tahap. Berdasarkan kefahamannya, semakin tinggi kualiti Senjata yang ditelan, semakin besar peningkatan Atribut Bilah Neraka. Bilah Neraka seumpama senjata yang perlu dipelihara, oleh itu ia jauh lebih kuat berbanding Senjata-Senjata berpangkat Epik. Senjata Lagenda pun boleh ditandingi.

Jika Shi Feng memeliharanya dengan baik, Atribut Bilah Neraka memang mampu melepasi Senjata Lagenda. Malangnya, terlalu banyak peralatan yang diperlukan untuk menjalankan tugas sebegini. Ketua Kesatuan sebuah kesatuan kelas kedua sekalipun tidak dapat menampung kos yang sebegitu berat. Terdapat juga risiko menghadapi tindak balas yang hebat. Inilah sebab mengapa ramai pemain suka dan benci pada Senjata Ajaib pada masa yang sama.

Bagi Atribut Bilah Neraka pula, selain memberikannya sebuah Senjata Besi-Misteri Tahap 5 yang asli dan sepuluh buah Senjata Gangsa Tahap 5, Shi Feng memutuskan untuk membeli sebelas buah Senjata Besi-Misteri Tahap 5 dari Kedai Senjata. Tidak diketahui setakat mana Atribut akan meningkat dengan tindakan sebegitu.

Berikutan itu, Shi Feng memanggil antara muka menaik tahap untuk Bilah Neraka. Kemudian, dia membuang semua Senjata tersebut untuk penelanan Bilah Neraka.

Next chapter