webnovel

Transformasi Senjata Magis

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas memilih senjata-senjata untuk ditelan dan menekan butang Naik Tahap untuk Bilah Neraka...

Bilah Neraka itu tiba-tiba mengeluarkan satu ngauman naga. Api hitam yang marak mula muncul daripada pedang tersebut. Api hitam itu kemudiannya bertukar membentuk satu kepala naga, terus menggigit senjata yang dipilihnya itu tadi. Naga itu menelan senjata-senjata itu, satu demi satu.

Dalam sekelip mata, api hitam sudah habis menelan kesemua sebelas Senjata Besi-Misteri dan semua kuasa daripada senjata-senjata tersebut diserap ke dalam Bilah Neraka. Bilah Neraka itu tidak lagi kelihatan seperti penggodek api dan sekarang senjata itu kelihatan sangat tajam. Warna kilauan bilah itu seakan-akan warna karat, sama seperti senjata yang telah berkarat bertahun-tahun lamanya.

Apabila Shi Feng memegang Bilah Neraka sekali lagi, dia merasakan senjata itu sedikit berat berbanding sebelumnya. Dia dapat merasakan satu kesegaran sewaktu telapak tangannya menggenggam hulu pedang. Shi Feng menghayunkan pedang itu beberapa kali.

Hua... Hua... Hua...

Udara itu seakan kertas sahaja, melepaskan satu bunyi desingan sewaktu pedang itu membelah angin.

Bos Kedai Senjata itu merupakan seorang penempa yang pakar. Sewaktu dia melihat Shi Feng, mulutnya ternganga kerana terkejut. Dia hampir sahaja mencabut sejemput janggutnya itu.

Senjata yang kelihatan biasa itu sebenarnya sangat tajam sampai boleh menandingi Senjata Emas-Tulen. Jika digunakan dengan betul, pedang itu mungkin boleh mematahkan Senjata Gangsa dengan satu belahan.

"Pedang yang menakjubkan!" Shi Feng menghayunkan Bilah Neraka beberapa kali lagi. Selepas menaikkan tahap pedang itu, Shi Feng merasakan yang ia menjadi makin sesuai dengan dirinya. Dia kemudiannya memeriksa Atribut Bilah Neraka.

\---

[Bilah Neraka](Senjata Magis, Pedang Satu Tangan)

Kuasa Serangan 39

Keseluruhan Atribut +14

Kelajuan Serangan +5

Abaikan Tahap raksasa sebanyak 5 Tahap. Serangan mempunyai 15% peluang untuk mengakibatkan 2 kemusnahan, 10% untuk menyebabkan Laknat Azab, mengurangkan semua aspek karakter sebanyak 40%, bertahan selama 30 saat.

Jika pemegangnya seorang Pemain Pedang, semua Tahap Kemahiran +2. Menambahkan Mata Kebolehan Percuma yang diterima sebanyak 2 mata untuk setiap kenaikan tahap.

Peralatan Tahap 5. Boleh dinaikkan tahap. (Menelan sepuluh Peralatan Gangsa Tahap 10 dan satu Peralatan Besi-Misteri Tahap 10 untuk menaikkan tahap sehingga Tahap 10). Boleh berevolusi (tiada maklumat).

Kemahiran Tambahan 1: Serangan Bayangan. Menghasilkan diri pendua. Kamu boleh mengawal pendua ini. Pendua dapat 50% daripada Atribut asal pemilik dan dapat menggunakan semua kemahiran. Pada masa yang sama, pendua dan pemain boleh bertukar tempat. Dalam tempoh masa selama 35 saat.

Tempoh bertenang: 5 minit

Kemahiran Tambahan 2: Pengikat Neraka. Mengikat musuh dan menghentikan sebarang pergerakan, mengurangkan Pertahanan sebanyak 100%. Tempoh selama 3 saat.

Tempoh bertenang: 1 minit

Kemahiran Tambahan 3: Belahan Sembilan Naga. Membuat sembilan bayangan Bilah Neraka untuk digunakan oleh pemilik pedang, setiap satu daripada bayangan pedang itu boleh menghasilkan kemusnahan sebanyak 30%. Tempoh selama 24 saat.

Tempoh bertenang: 5 minit.

Bilah Neraka secara peribadi telah dibina oleh pakar penempa besi Olysses menggunakan taring Raja Naga Hitam sebagai bahan utama. Ianya merupakan salah satu daripada tiga puluh enam pedang terkemuka dan berada di kedudukan ke-31. Namun, pedang ini telah disumpah oleh Raja Naga Hitam. Selain daripada mampu memberikan penghunus pedang kekuatan yang amat besar, akan terjadi satu Tindak Balas setiap tempoh masa yang tertentu. Namun, kekuatan Tindak Balas ini sudah dikurangkan dengan banyak. Jika penghunus pedang tidak mampu mengekang Tindak Balas tersebut, dia akan menerima sumpahan daripada Raja Naga Hitam, iaitu semua Atribut akan dikurangkan sebanyak 50% secara kekal.

Tidak boleh dijatuhkan.

Tidak boleh dijual beli.

\---

Atribut Bilah Neraka bertambah dengan agak banyak. Cuma Kuasa Serangannya sahaja boleh menyaingi Senjata Dwi-Tangan Besi-Misteri Tahap 5. Dengan Atribut Asas yang ditambah sekali, pedang ini mampu menandingi senjata Pedang Dwi-Tangan Perak-Rahsia Tahap 5.

Boleh dikatakan Senjata Satu-Tangan dengan kuasa kemusnahan Senjata Dwi-Tangan. Tambahan pula, sebilah Senjata Satu-Tangan lebih ringan dan kelajuan serangannya juga cukup pantas. Ini bermakna Bilah Neraka memiliki kedua-dua kuasa kemusnahan Senjata Dwi-Tangan dan pada masa yang sama, ringan dan laju seperti Senjata Satu-Tangan. Perkara ini merupakan suatu yang menggerunkan yang ada pada Senjata Magis dan hanya pakar penempa besi sahaja yang mampu menempa senjata seperti ini.

Dengan hasil yang didapati, Shi Feng tidak sabar untuk menaikkan Bilah Neraka ke Tahap 10.

Secara dasarnya, Shi Feng berniat untuk menjual Pedang Agung Emas-Tulen Tahap 10 yang dia dapat daripada Kuil Matahari. Namun, dia terus membatalkan niatnya itu. Jika dia membenarkan Bilah Neraka menelan senjata ini, dia tertanya-tanya berapa banyak penambahan kuasa yang akan terjadi kepada Bilah Neraka nanti.

Walau bagaimanapun, itu cuma mainan fikiran Shi Feng sahaja. Untuk mendapatkan peningkatan yang positif secara keseluruhan, mustahil untuk mengharapkan sebilah senjata sahaja. Shi Feng sekurang-kurangnya, perlu menggandingkan senjata itu dengan sepuluh Senjata Perak-Rahsia Tahap 10. Kini, disebabkan Senjata Besi-Misteri sangat jarang dijumpai seperti bulu pelepah phoenix, apatah lagi kalau dia mahu mencari sebilah Senjata Perak-Rahsia yang terlalu berharga itu.

Selepas menyarungkan Bilah Neraka itu, Shi Feng mengeluarkan Skrol Pulang dan mula membaca jampi, lalu pulang ke Bandar Daun Merah. Jika dia berlari pulang, dia pasti 100%, lambat sampai. Jika dia membiarkan Salji Lembut menunggunya, dia tidak berani memikirkan akibat yang akan dihadapinya...

Bandar Daun Merah, Kawasan Dagangan.

Selepas Shi Feng menukarkan penampilannya kepada bentuk yang asal, dia membuat sedikit perubahan kecil pada penampilan Peralatan Bulan Perak. Perisai itu nampak menyerupai Peralatan Gangsa. Sekiranya Shi Feng hadir di hadapan Salji Lembut dengan penampilannya yang sekarang, dia pasti mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Pada waktu itu, Shi Feng tidak mampu lagi mencari alasan yang lebih munasabah untuk menjelaskan kepadanya.

"Abang Feng, kami di sini,." Si Hitam berdiri dan berteriak memanggil Shi Feng apabila dia ternampak kelibat Shi Feng.

Yang lain, juga, bangun untuk mengalu-alukan ketibaan Shi Feng semasa melihat Shi Feng sedang berjalan menghampiri mereka, lalu menampakkan wajah yang ceria sebagai tanda menghargai usaha Shi Feng selama ini. Jika Shi Feng tidak membenarkan Si Hitam membawa mereka, mereka sudah pasti tidak dapat mencapai Tahap 5 dengan sangat pantas dan mungkin, mereka masih lagi bersusah payah di peringkat bawah.

Kini, kebanyakan pemain lama di Kawasan Tuhan baru di Tahap 4 dan sebilangan kecil sahaja berada di Tahap 5. Namun, tiada yang hebat tentang peralatan yang mereka gunakan sekarang ini. Jika pemain lama bernasib baik, mereka mungkin dapat memiliki satu atau dua Peralatan Gangsa yang mempunyai Atribut yang bagus. Hanya pemain pakar sahaja yang mampu mendapatkan enam atau tujuh Peralatan Gangsa. Pada masa yang sama, setiap daripada mereka sekarang sudah pun memiliki tujuh atau lapan Peralatan Gangsa.

Sudah tentu, ini sahaja telah membuatkan mereka sangat bersyukur kepada Shi Feng. Mereka semua telah bertekad untuk terus mengikuti Shi Feng. Mereka tidak pernah terbayangkan Si Hitam sanggup menyediakan satu kontrak kepada mereka, yang mana membenarkan mereka untuk menyertai Kesatuan Sayap Sifar lalu menjadi ahli rasmi kepada Kesatuan tersebut. Mereka turut dapat gaji bulanan sebanyak 4,000 Kredit.

Mereka bukanlah orang bodoh yang hanya bermain permainan semata-mata. Mereka tahu bagaimana layanan terhadap seorang ahli rasmi di kesatuan yang lain. Layanan untuk ahli rasmi yang berkedudukan-tinggi dalam kesatuan di bandar hanya menerima gaji bulanan sebanyak 3,000 Kredit sahaja. Walaupun begitu, masih ramai pemain lama yang sanggup menjadi mangsa cekik darah kesatuan tersebut asalkan dapat menjadi ahli rasmi. Sementara itu, mereka hanya sekumpulan pemain bawahan, namun mereka sudah boleh memperoleh gaji sebanyak 4,000 Kredit. Situasi ini bagaikan mimpi buat mereka.

Walaupun mereka meminta untuk dikurangkan gaji, Si Hitam tetap berkeras mahu memberikan jumlah gaji tersebut kepada mereka. Dia sudah memberitahu yang Shi Feng secara peribadi telah mengumumkan bilangan tersebut dan sebarang perubahan akan ditolak.

Menerima dengan tangan yang terbuka, mereka terus menandatangani kontrak tersebut lalu menjadi ahli rasmi Kesatuan Sayap Sifar.

Sungguhpun mereka nampak seperti menerima sahaja tawaran tersebut, namun jauh di sudut hati mereka, mereka tahu kekuatan sebenar mereka. Sangat mustahil bagi mereka untuk ditawarkan sebagai ahli dalam kesatuan ini. Mereka sudah cukup bersyukur kalau diberikan kedudukan sebagai ahli sementara, apatah lagi menjadi ahli rasmi.

Shi Feng memandang kelengkapan mereka sekali imbas. Berdasarkan pengalaman beberapa tahunnya, dia boleh mengagak secara kasar Atribut Peralatan mereka. Atribut asas peralatan yang dipakai ahli kumpulannya sudah melebihi tahap ahli-ahli Elit Persatuan kecil. Namun, masih tidak cukup, "Mari kita pergi ke Gudang dahulu."

Mereka semua bingung. Apa yang mereka akan lakukan dalam Gudang?

Namun, mereka tidak sedikit pun menyoal arahan Shi Feng, hanya patuh mengekorinya dari belakang.

Setibanya mereka di Bank, Shi Feng mengambil semula peralatan yang boleh digunakan untuk ahli kumpulannya. Dia mendapatkan semua peralatan tersebut dari Peti Harta Karun yang dia buka di Hutan Cahaya Bulan. Setiap satu peralatan yang dia miliki mempunyai Atribut yang bagus.

Mereka semua menjadi kaku sewaktu melihat peralatan tersebut. Mereka memburu banyak raksasa dan juga beberapa raksasa Elit. Tetapi, semua dapatan mereka jika digabungkan semua masih tidak dapat menandingi peralatan yang Shi Feng sendiri kumpulkan. Kualitinya juga, sudah tentu, lebih tinggi. Semuanya Peralatan Gangsa Tahap 5, mengalahkan peralatan Tahap 2 atau Tahap 3 yang mereka dapat setelah bersusah payah membunuh banyak raksasa.

"Abang Feng, berapa banyak raksasa Elit yang abang telah bunuh?!" hati Si Hitam dipenuhi dengan kejutan. Dia tidak mampu lagi mengekalkan kesopanannya lalu terus menukarkan peralatannya kepada peralatan Shi Feng yang boleh ditukar. Selepas melakukannya, satu set peralatan pada badannya masih lagi sedikit lemah berbanding set Peralatan Gangsa Tahap 5. Namun, Tongkat Besi-Misteri Tahap 5 yang dipegangnya itu sudah boleh menutup jurang perbezaan itu dengan mudah sekali.

Ahli kumpulan yang lain turut menukarkan semua peralatan mereka. Atribut Asas mereka kini sudah jauh melepasi ahli elit kesatuan yang besar.

Setiap seorang daripada mereka menukarkan senapang kepada meriam. Sekiranya mereka perlu masuk ke dalam Dungeon dua puluh orang sepasukan sekarang, mereka sudah berkeyakinan melakukannya.

Shi Feng meneliti Atribut semua orang sekali lagi, menganggukkan kepalanya tanda berpuas hati lalu berkata, "Mari pergi."

Next chapter