webnovel

Walaupun Shi Feng terkejut, kakinya tidak berhenti bergerak. Tubuhnya bertukar menjadi seakan bayangan sewaktu dia meluru ke arah Jantung Titan, yang terletak di tengah-tengah pendinding tersebut. Dia kemudiannya menggunakan Mata Pemerhati pada Badut Kegelapan itu.

"Tiada maklumat?" Shi Feng terkejut.

Selain daripada maklumat yang menunjukkan individu yang di hadapannya itu adalah Badut Kegelapan, tiada maklumat lain yang dipaparkan. Semuanya bertanda tanya.

Hanya ada dua kemungkinan dalam situasi ini. Pertama, Badut Kegelapan itu dilengkapi dengan satu alat penyamaran yang canggih. Kedua, kekuatannya terlalu besar, tidak membenarkan Mata Pemerhati asas untuk mengenal pastinya.

Sangat jelas yang situasi kedua itu merupakan sebab mengapa maklumatnya disembunyikan.

Menurut ingatan Shi Feng, Badut Kegelapan merupakan sekumpulan makhluk misteri. Mereka sering memakai pakaian badut dengan banyak loceng sebagai hiasan. Namun, mereka bukannya roh yang hidup. Setiap satu daripada mereka sangat berkuasa. Mereka mampu muncul di mana-mana tempat dan menghilang pada bila-bila masa tanpa meninggalkan sebarang jejak. Walaupun dalam Istana Kerajaan Bintang-Bulan, mereka masih mampu menyelinap masuk.

Walau bagaimanapun, semua itu perkara kecil sahaja. Shi Feng pernah lihat sebelum ini yang seorang Druid Ulung Peringkat 3 mati di tangan Badut Kegelapan. Cara mereka menyerang tidak boleh dilupakan. Serangan mereka sangat mustahil untuk dielak.

"Manusia keji, kau berani meluru masuk ke tempat ini?!" Badut Kegelapan itu menutup wajahnya dengan kain hitam, memperlihatkan hanya dua biji mata yang merah menyala. Walaupun ekspresi wajahnya itu tidak boleh dilihat, tetapi nada suaranya jelas menunjukkan yang dia tengah marah.

Tenaga yang berwarna hijau disedut sedikit demi sedikit oleh Badut Kegelapan itu. Jelas kelihatan sekarang ini merupakan waktu yang penting, oleh itu dia tidak mampu membuat sebarang gerakan terhadap Shi Feng.

Situasi ini memberikan Shi Feng peluang untuk menganggu proses penyerapan kuasa dan memberikan kemusnahan kepada Badut Kegelapan itu. Jika tidak, selepas habis waktu genting ini, Badut Kegelapan, yang mampu membunuh Druid Ulung Peringkat 3 akan membunuh Shi Feng dengan satu hayunan daripada tangannya.

"Cyber, hapuskan dia untuk aku!" Badut Kegelapan itu menggesa.

Shi Feng tersenyum lembut. Melihat perwatakan Badut Kegelapan yang sedang cemas itu, Shi Feng terus berusaha dengan lebih keras untuk memberikan sedikit kemusnahan kepadanya. Bagi Anjing Neraka yang berada di belakangnya, ia masih diikat dengan rantai. Sudah terlewat, walaupun selaju mana dia berlari ke arah Shi Feng.

Belahan!

Shi Feng menggunakan seluruh tenaganya. Dengan satu hayunan dari tangannya, satu letupan kedengaran. Bilah Neraka bertukar menjadi coretan cahaya hitam, menembusi Bulatan Magis yang sedang menyerap tenaga daripada Jantung Titan.

Dang!

Senjata Magis Bilah Neraka, yang sentiasa menjadi dengan setiap gerakan yang dilakukan, ditangkis di luar Rangkaian Magis. Ia menghasilkan percikan putih semasa bilah itu bertembung dengan Rangkaian Magis, tidak memberi apa-apa kemusnahan terhadap Rangkaian Magis yang sedang menyerap itu.

"Manusia yang malang. Kau fikir seorang Pemain Pedang yang lemah seperti kau mampu memusnahkan Rangkaian Magis aku? Menyerah sahajalah dan jadi santapan Cyber! Siapa tahu, mungkin aku akan membebaskan roh kau. Jika tidak, bersedialah untuk merasakan kesakitan yang teramat pedih selepas kau mati!" Badut Kegelapan itu mengugut Shi Feng.

Pada waktu ini, Anjing Neraka itu sedang berlari menghampiri mereka.

"Kau cuma badut, berani kau mengarut! Adakah kau ingat aku tidak mempunyai cara lain untuk menghapuskan kau?" Shi Feng mencemuh. Dia mengeluarkan satu Skrol Magis yang berwarna kelabu gelap.

"Nampaknya kau tahu akibatnya. Paling tidak pun, kita berdua akan mati." Shi Feng tidak mahu menggunakan alat ini, tetapi, dia bakal menemui ajalnya, oleh itu mengapa dia masih ambil kisah? Dia kemudiannya membuka Skrol Magis dan mulutnya membaca mantera untuk menghidupkan kuasa skrol itu.

Skrol ini merupakan salah satu daripada tiga Skrol Magis Peringkat 2 yang dimiliki Shi Feng iaitu Hujan Penghapusan. Skrol ini memiliki kebolehan untuk menelan segala jenis elemen magis, menukarkannya menjadi debu. Skrol Magis ini boleh dikatakan yang terbaik dalam segala Skrol Magis Peringkat 2.

Tiba-tiba, elemen magis yang berada di tengah-tengah pendinding mula mengalir laju, menghasilkan satu arus yang agak kencang, kemudiannya mula menjadi ganas tanpa sebarang tanda untuk berhenti.

Rangkaian Penyerapan Magis itu terdiri daripada elemen magis, oleh itu, ia tidak mampu lari daripada takdirnya lalu berkecai dan meletup.

Seluruh Rangkaian Magis itu seakan-akan kacang yang digoreng, menghasilkan bunyi letupan yang kuat. Rangkaian Magis itu meletup dengan sangat kuat, berkecai dan menghasilkan beberapa gelombang kejutan.

Shi Feng segera mengaktifkan Bilah Pertahanan, lalu menjadi kebal dengan kemusnahan daripada enam serangan jarak jauh. Dia kemudiannya bergegas untuk mengambil Jantung Titan.

Walau bagaimanapun, tidak mudah untuk mengambil Jantung Titan tersebut. Shi Feng samada perlu membuang segala tenaga yang dimiliki Jantung Titan itu, atau dia perlu mencari kunci untuk membuang pendinding. Nasib menyebelahinya, Shi Feng masih mempunyai kunci tersebut. Semasa letupan sedang berlaku, Shi Feng sempat membuka kunci pendinding yang melindungi Jantung Titan, kemudian menyimpannya ke dalam begnya.

Gelombang kejutan yang terhasil oleh Hujan Penghapusan membuatkan Anjing Neraka itu terus terbang melayang, terhentak ke dinding dengan sangat kuat. Dinding itu pula pecah seperti sarang labah-labah. Selepas itu, Anjing Neraka itu terhempas ke atas lantai dan tidak lagi mampu untuk berdiri.

Namun, gelombang kejutan daripada letupan itu tidak membahayakan Badut Kegelapan langsung, sepertinya gelombang itu hanya melepasi badannya sahaja. Badan Badut Kegelapan dilihat seakan-akan tidak wujud di alam nyata. Namun, tindak balas daripada pembatalan upacara magis itu menyebabkan dia mengalami kerugian yang besar. Badut Kegelapan itu merenung Shi Feng dalam diam, memasang niat untuk mengambil tindakan.

"Humph! Kalau kau berani datanglah sini!" Shi Feng tersenyum dengan keji sewaktu mengeluarkan satu lagi Skrol Magis Peringkat 2 yang berwarna biru gelap.

Shi Feng sudah pun mendapat Jantung Titan. Walaupun dia mati, barang yang didapatkan semasa menjalankan Misi tidak akan dijatuhkan. Badut Kegelapan juga turut menjadi lemah selepas insiden tadi dan yang paling penting sekali, dia hanya kuat sedikit sahaja berbanding Shi Feng. Shi Feng masih mempunyai dua buah Skrol Magis Peringkat 2. Paling tidak pun, dia akan lenyap bersama-sama Badut Kegelapan itu.

Mari kita lihat siapa yang takut dengan siapa!

"Manusia hina, aku akan lepaskan kau kali ini! Kita akan bertemu lagi. Kau akan mati bila tiba masa itu!" Badut Kegelapan melepaskan niatnya untuk menghapuskan Shi Feng selepas melihat Skrol Magis itu. Dia hanya meninggalkan kata-kata yang kejam sebelum ia mula menghilang daripada bilik kawalan itu, bersama-sama dengan Anjing Neraka.

Shi Feng hanya menunggu dengan senyap untuk beberapa ketika. Selepas memastikan tiada pergerakan di sekelilingnya, dia terus menghela nafas lega. Namun, dia belum lagi menyimpan Skrol Magis Peringkat 2.

Dia betul-betul tidak mahu menggunakan Skrol Magis Peringkat 2 dan hilang bersama dengan Badut Kegelapan. Namun, berdasarkan cara berfikir Badut Kegelapan, ia telah melakukan keputusan yang betul.

Shi Feng sudah mendapatkan Jantung Titan. Dia mengambil keluar Skrol Pulang dan mula membaca mantera.

Tiga saat kemudian Shi Feng bertukar menjadi nyalaan putih, lalu menghilang daripada bilik kawalan itu.

Selepas Shi Feng pergi, Badut Kegelapan itu muncul semula. Matanya yang merah menyala menjadi semakin terang. Nampaknya dia tidak menjangkakan yang Shi Feng begitu berhati-hati. Dari mula sampai akhir, Shi Feng langsung tidak menyimpan kembali Skrol Magis Peringkat 2. Jika tidak, ia sudah mengambil peluang itu untuk membunuh Shi Feng.

"Manusia tidak berguna! Masa selama sepuluh tahun yang telah aku habiskan untuk mengkaji bagaimana nak menyerap masuk tenaga daripada Jantung Titan itu... ! Selepas aku sembuh, aku pasti akan buat kau menyesal seumur hidup!" Badut Kegelapan itu berteriak. Ia dengan laju menghayunkan tangannya dan puluhan bilah terbang menghancurkan kekaki, yang telah menyebabkan pelindung yang melindungi pendinding itu terus hilang.

Pada masa yang sama, Shi Feng sudah pun tiba di Bandar Daun Merah.

Kini, bilangan pemain di Bandar Daun Merah makin bertambah dengan banyak. Jalanan mula dipenuhi dengan pemain yang menjual Peralatan Biasa dan buku kemahiran Tahap 0 hingga Tahap 2.

Shi Feng melihat ke dalam begnya. Sudah sekian lama semenjak Syiling Emas mula berhenti daripada masuk ke dalam akaunnya. Dia memutuskan untuk menjual beberapa barang sebelum melengkapkan Misinya.

Reka Bentuk Menempa yang dahulu sudah habis dijual. Shi Feng mengeluarkan dua puluh set Reka Bentuk Menempa Plat Dada Berkerdip dan meletakkannya ke dalam Rumah Lelong untuk dijual secara berkumpulan.

Waktu ini, permohonan komunikasi datang daripada Salji Lembut.

"Tiga jam daripada sekarang, pergi ke pintu masuk Kubur Bulan Gelap. Sediakan kumpulan kamu dan bawa posyen yang mencukupi. Ouroboros akan menjadi Persatuan pertama yang menjadi Peneroka Pertama untuk masuk ke dalam Dungeon kali ini, jadi kami ingin melihat prestasi kamu," nada Salji Lembut kali ini lain sedikit, sepertinya dia sedang memberi satu arahan. Sangat berbeza jika dibandingkan dengan pertemuan mereka tadi.

"Baiklah. Saya akan tiba tiga jam daripada sekarang." Namun, Shi Feng tidak ambil kisah sangat dengan perkara itu, kerana itulah perwatakan Salji Lembut yang biasa. Dia sibuk menganggarkan masa, berfikir yang dia boleh sampai tepat pada masanya.

Tidak seorang pun daripada mereka berbalas kata-kata yang tidak berkaitan, panggilan itu terus ditutup.

Selepas itu, Shi Feng membeli Set Kad dan Batu Keras di Rumah Lelong. Dia turut membeli beberapa bahan lain yang diperlukan untuk membuat Peralatan Gangsa dan Peralatan Besi-Misteri. Selepas menyimpan bahan-bahan tersebut ke dalam bank, Shi Feng pergi membeli beberapa Skrol Magis dan posyen. Dia kemudiannya berlari ke arah Runtuhan Pasir Putih untuk kembali menyiapkan Misinya.

Next chapter