webnovel

Mencurah Minyak ke dalam Api

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun Shi Feng hanya sesekali bertanya, Kepala Menusuk Jantung, bagaimanapun, tiba-tiba berpaling, memandang Shi Feng dengan rasa teruja. Dengan perasan teruja, dia bertanya, "Boleh jadi… Abang Ye Feng, ada Rekaan Penempaan Plat Dada Berkerdip?"

Ketika ini, Rekaan Penempa untuk Kelengkapan Gangsa digila-gilakan oleh Persatuan-persatuan besar, kesemua mereka berebut dengan kewangan mereka yang semakin kritikal. Tiada sesiapa pun yang dapat memastikan jumlah Rekaan Penempaan Plat Dada Berkerdip yang tinggal untuk dijual. Mungkin, Persatuan-persatuan Kelas Pertama akan membeli semua Rekaan Penempa, menjadikan peluang Persatuan-persatuan Kelas Kedua untuk mendapatkan satu daripadanya tipis.

Jika dia mampu untuk mendapatkan satu Rekaan Penempa untuk Kelengkapan Gangsa sekarang ini, maka Perikatan Pembunuh Hendap akan kekal selangkah dihadapan Persatuan Kelas Kedua yang lain. Mereka akan mampu mencipta reputasi yang baik untuk diri mereka dan membuat keuntungan yang besar. Pada ketika itu, mereka akan mempunyai peluang yang lebih cerah ketika berentap untuk Bandar Sungai Putih.

Walau bagaimanapun, Shi Feng hanya menggelengkan kepalanya. Perasaan teruja Menusuk Jantung tiba-tiba hilang, membuatkannya berasa sedikit sedih. Begitupun, selepas dia berfikir seketika, selain dari Penempa Api Hitam dan Perdagangan Tukul, masih terdapat seorang pemain ketiga yang mampu membawa keluar Rekaan Penempa. Lagipun, item tersebut bergantung kepada nasib untuk memilikinya.

"Tidak mahukah kamu membida untuk Plat Dada Berkerdip? Saya boleh pinjamkan kamu wang," Shi Feng berkata dalam nada yang tenang.

Kesedaran menyelubungi Menusuk Jantung. Shi Feng sememangnya sangat kaya. Ia sememangnya jelas dia mempunyai harta yang banyak dari cara dia mampu untuk mengeluarkan 20 syiling perak tanpa sebarang usaha. Walau bagaimanapun, berbanding dengan Persatuan Kelas Pertama, perbezaannya masih jauh lagi baik. Ia pasti menakjubkan jika Shi Feng mempunyai 30 ke 40 syiling perak. Oleh itu, Menusuk Jantung berkata di dalam keluhan, "Abang Ye Feng, bukan saya tidak percayakan kamu, tetapi harga Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip sangat mahal. 20 ke 30 syiling perak tidak akan mencukupi."

"Jika begitu, berapakah yang kamu perlukan untuk membidanya?" Shi Feng bertanya dengan penuh yakin.

Walaupun Shi Feng tidak tahu berapakah yang diperlukan untuk membida Rekaan Penempa, dia mempunyai lebih 4 syiling emas yang diperolehi dari hasil jualan 2 Rekaan Menempa. Wang dari 2 barang tersebut telah dimasukkan ke dalam begnya, oleh itu dia boleh membida Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip yang ketiga dengan jayanya. Dia juga mampu untuk membuatkan Menusuk Jantung berhutang dengannya. Di dalam apa keadaan sekali pun, Kenapa dia perlu mempertikaikan?

Keputusan Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip jauh melepasi jangkaan Shi Feng. Dengan ramai Persatuan-persatuan yang keluar, berebut untuk mendapatkan Rekaan Penempa, tidak hairanlah berlakunya kekurangan matawang permainan, menyebabkan harga meningkat. Bagaimanapun, situasi ini umpama berita baik buat Shi Feng. Jika Shi Feng tidak menambahkan minyak ketika ini, dia mungkin tidak akan berusaha keras demi keadilan sepanjang tempohnya.

Menusuk Jantung mengangkat 3 jarinya, berkata dengan tidak berdaya, "Persaingan sekarang semakin sengit. Mengikut anggaranku, kita perlukan sekurang-kurangnya 3 syiling emas untuk mendapatkan bidaan. Jika tidak, tiada harapan untuk berjaya."

"Berapa banyak yang kamu ada?" tanya Shi Feng, mengambil inisiatif. Dia tidak berhasrat untuk meminjamkan 3 syiling emas kepada Menusuk Jantung dengan mudah.

"Saya ada 2 syiling emas dan 10 perak. Ia sangat sukar untuk kumpulkan mata wang permainan sekarang ini, kerana persatuan yang lain telah membeli kesemuanya. Saya ada terfikir untuk mengalah sahaja, akan tetapi, tetap meneruskan dan tahap semakin meningkat," Menusuk Jantung berkata dalam keluhan.

"Jadi saya akan meminjamkan kamu 90 syiling perak. Dengan itu, kamu akan mempunyai 3 syiling emas," Shi Feng berkata sambil tersenyum. Dia segera memilih untuk berurusan dengan Menusuk Jantung, meletakkan 90 syiling perak di Tetingkap Jualan.

Menusuk Jantung terkejut apabila melihat 90 syiling perak di dalam Tetingkap Jualan. Dia tidak menyangka Shi Feng mempunyai begitu banyak wang. Lebih-lebih lagi, Shi Feng baru sahaja menggunakan 10 syiling perak. Adakah ini bermakna Shi Feng mempunyai sekurang-kurangnya 1 syiling emas bersamanya?

Jika Perikatan Pembunuh Hendap tidak meletakkan seluruh usaha mereka untuk mengumpulkan dana, maka dana cecair persatuan-persatuan itu juga akan bernilai seakan-akan jumlah yang Shi Feng ada. Walau bagaimanapun, mereka adalah Persatuan Kelas Kedua, dan ahli-ahli mereka dianggarkan sekitar 20,000 orang. Mereka juga mempunyai kepakaran pasukan 500 lelaki untuk penanaman wang. Sementara itu, wang yang diperolehi Shi Feng, seorang, sebenarnya lebih atau sama seperti persatuan mereka.

"Abang Ye Feng, terima kasih banyak-banyak! Saya akan membalas budi kamu di masa hadapan!" Menusuk Jantung dengan perasaan teruja sambil berkata," Walau bagaimanapun, saya tidak boleh membenarkan Abang tewas. Esok, saya akan pasti memulangkan 1 syiling emas kepada kamu."

Ketika ini, matawang permainan di Kawasan Tuhan adalah sangat berharga, terutamanya pada saat ini di mana Rekaan Penempa menjadi rebutan. Asalnya, Menusuk Jantung mahu membelinya dengan Kredit. Walau bagaimanapun, apabila dia memikirkan tentang betapa berharganya mata wang permainan, ia sangat sukar untuk dibeli, walaupun dia mempunyai wang. Lebih-lebih lagi, Shi Feng tidak mempunyai kekurangan kredit. Oleh yang demikian, dia tidak berani melepaskan kata-kata itu keluar dari mulutnya, akan tetapi memilih untuk memberi pampasan kepada Shi Feng sebanyak 10 syiling perak.

Walau bagaimanapun, Shi Feng menjadi sedikit terpana kerana dia hanya mengharapkan kredit. Dia sedang dibebani dengan masalah hutang yang agak besar. Tambahan kepada bengkel dan sewaan yang dia perlu bayar kelak, dia sangat terdesak memerlukan wang. Apakah yang dilakukannya dengan mata wang permainan sebanyak itu? Bolehkah dia bergantung kepada kredit?

Lagi cepat dia memulakan bengkelnya, lagi cepat dia boleh melatih ahli parti yang stabil. Apabila dia berjaya memasuki skala Dungeon yang besar, ia akan menjadi lebih mudah untuk menjana pendapatan, kenaikan tahap, dan menaikkan reputasi bengkel, membina asas yang lebih baik untuk menubuhkan pasukan persatuannya. Jika dia bermula lambat, ia akan menjadi sukar walaupun hanya untuk menjejakkan kaki ke Bandar Sungai Putih. Setiap saat adalah penting pada ketika ini.

"Abang Menusuk Jantung, jangan cakap begitu. Jika kamu tidak muncul hari ini, saya tidak akan dapat mengelak dari pertarungan berdarah. Saya berhutang budi dengan kamu, jadi untuk 90 syiling perak, saya akan menjual kepada kamu setiap syiling perak berharga 60 kredit. Setiap persatuan akan memerlukan syiling pada peringkat awal permainan, jadi awak tidak perlu berlemah-lembut dengan saya," kata Shi Feng dengan nada yang ikhlas.

Menusuk Jantung dengan secara tiba-tiba tersentak mendengar kata-kata Shi Feng. Dia fikir Shi Feng rakan yang bagus. Jika dia pulangkan 1 syiling emas kepada Shi Feng pada keesokan harinya, ia akan menyebabkan pelbagai masalah kepada operasi persatuan. Lebih-lebih lagi, berlatih untuk Penempaan dan membeli barang-barangan memerlukan jumlah syiling yang banyak. Ia akan bertambah buruk jika dia membelinya dengan kredit.

"Saya tidak mampu mengucapkan terima kasih lagi kepada abang! Walau bagaimanapun, 60 kredit masih lagi sangat sedikit. Saya tidak berani membelinya dengan harga begitu, dan ia akan membuatkan orang lain mentertawakan saya. Saya akan membeli syiling perak dengan harga 80 kredit dengan jumlah 7200 kredit. Saya akan memindahkannya ke akaun kamu dengan segera." Menusuk Jantung berasa sangat gembira. Walaupun Shi Feng membantahnya, dia masih memindahkan kesemua 7200 kredit ke dalam akaun Shi Feng.

"Abang Ye Feng, saya akan pergi dulu untuk membida Rekaan Penempa! Jika ada masalah, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya. Saya pasti akan sedaya-upaya saya membantu kamu."

Setelah itu, Menusuk Jantung segera pergi dengan orang bawahannya ke Rumah Lelongan.

Melihat tambahan 7200 kredit di dalam akaun banknya; wang untuk 2 buah Topi Keledar Permainan Maya telah terjamin. Paling kurang pun, dia tidak akan kehilangan Topi Keledar Permainan Maya selepas tamat tempoh 7 hari hilang keupayaan untuk bermain di Kawasan Tuhan.

Tugasan yang tinggal adalah untuk menjana lebih banyak wang dan mengumpul beberapa dana sebelum Parti Sekolah Persekutuan bermula. Siapa tahu, dia mungkin memperoleh peluang yang besar dalam Parti Persekutuan, membina asas yang kukuh untuk bengkelnya.

Ketika hayatnya yang lalu, Bayangan telah memperoleh satu peluang yang besar di Parti Persekutuan. Ia sangat tepat disebabkan peluang ini yang membolehkan kekuatan Bengkel Bayangan meningkat, memberikan mereka keyakinan untuk bersaing menentang persatuan kadar ketiga yang lain bagi mengawal hak ke atas Bandar Sungai Putih.

Di dalam hidup ini, oleh sebab dia akan menghadiri Parti Persekutuan, dia tidak akan melepaskan peluang ini. Dia akan bersaing sehabis mungkin.

Berikutan itu, Shi Feng mencari hotel dan menyewa bilik tetamu di sini.

Di Bandar Daun Merah, Nama Merah di atas kepalanya sangat menarik perhatian. Jika dia tidak melihat kepada cara untuk berurusan dengannya, tindakannya akan menarik perhatian pemain-pemain di sekitarnya.

"Saya tidak terfikir saya akan menggunakan barang ini secepat ini," Shi Feng mengeluarkan Topeng Iblis dari begnya. Dia tidak dapat menahan dari menganggukkan kepalanya dan ketawa.

Jika dia tidak menggunakan barang ini, dia akan menghadapi saat sukar untuk menyelesaikan masalah Nama Merahnya itu.

Selepas memakai Topeng Iblis, Shi Feng membetulkan penampilan wajahnya. Penampilan terbarunya itu sangat berbeza dari yang asalnya. Pada masa yang sama, Nama Merahnya bertukar hijau. Jika yang lain tidak mempunyai Kemahiran memerhati yang tinggi, dia tidak akan mampu melihat penyamarannya.

Setelah memastikan yang tidak ada masalah, Shi Feng meletakkan baki 3 syiling emasnya ke dalam Pusat Dagangan Maya; setiap syiling peraknya dijual pada harga 80 kredit. Berdasarkan tahap pertandingan ketika ini, selagi Perikatan Pembunuh Hendap berjaya membida Rekaan Penempa, semua Persatuan Kadar Pertama dan Kadar Kedua tidak akan mampu duduk diam. Persaingan akan menjadi lebih sengit ketika itu. Shi Feng tidak bimbang akan mata wang permainannya yang tidak terjual.

Sebelum Shi Feng meninggalkan hotel, tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Dia menepuk dahinya.

"Bagaimana saya boleh terlupa tentang itu? Sekarang saya mempunyai Topeng Iblis, bagaimana saya tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin?" Shi Feng tersenyum lebar.

Next chapter