webnovel

Setelah menewaskan kesemua ahli Kesatuan Pertahanan, Shi Feng menutup kisah pertelagahannya dengan Kesatuan Pertahanan. Namun, Shi Feng tidak menyesali tindakannya.

Jika dia berpaling dan beredar tadi, pemain-pemain daripada Kesatuan Pertahanan tidak akan melepaskannya. Jadi, elok dia lemahkan kesemua kekuatan Kesatuan Pertahanan. Dia pasti lebih mudah menangani mereka jika berjumpa lagi.

Melihat beberapa buah peralatan di lantai, tanpa menghiraukan perasaan terkejut dan ingin tahu orang sekeliling, Shi Feng pergi dan mengumpul peralatan tersebut. Paling kurang, peralatan-peralatan ini boleh mengganti rugi wang yang dia habiskan untuk membeli nyawa.

"Oh, bukankah ini Pedang Panjang Kesatria?" Shi Feng mendapati dua buah Peralatan Gangsa tercicir, salah satu daripadanya adalah Senjata Gangsa kepunyaan Singa Pedang Besi. Mungkin Singa Pedang Besi sedang memuntahkan darah dalam kemarahan di tapak perkuburan sekarang.

Pedang Panjang Kesatria merupakan sebilah senjata yang bagus di antara Peralatan Gangsa Tahap 4. Di Kawasan Tuhan, peralatan Pakar Senjata dan MT sedikit lebih tinggi daripada peralatan lain yang sama tahap. Kini, Pedang Panjang Kesatria akan berharga sekurang-kurangnya 10 Syiling Perak. Tambahan pula Perisai Kain Gangsa Tahap 3 dan beberapa buah Peralatan Biasa…

Shi Feng mendapati dia sebenarnya tidak rugi. Sebaliknya, dia telah dapat 1 atau 2 Syiling Perak lebih.

Sebaik sahaja Shi Feng berhajat untuk beredar, air muka para pemain yang menyaksikannya berubah. Ketamakan menguasai muka mereka.

Shi Feng telah menangani Singa Pedang Agung dengan mudah. Lebih-lebih lagi dia telah membunuh beberapa pemain bertahap elit dengan satu langkah. Hantu pun pasti tidak akan percaya Shi Feng tiada peralatan tingkat pertama. Selain itu, Shi Feng kini seorang Pemain Merah.

Jika seseorang Pemain Merah dibunuh, denda yang mereka terima akan menaik. Lebih-lebih lagi, Shi Feng telah membunuh begitu ramai pemain. Jika dia mati, dia akan mencicirkan sekurang-kurangnya tiga hingga empat buah peralatan. Jadi, apa masalahnya jika para Pengawal mengurungnya buat seketika? Elok kena tangkap daripada rugi peralatan tahap teratas.

Jika seseorang noob ingin membesar menjadi pakar, memiliki peralatan bagus adalah wajib. Jika mereka membunuh Shi Feng, mereka akan mendapat peluang untuk menjadi seorang pakar. Jadi mengapa tidak membunuhnya sahaja, atau mereka hanya ingin jadi biasa?

"Apa? Kalian cari hal dengan saya juga ke?" Shi Feng mencabar sambil ketawa dingin dan memerhatikan persekitarannya. Sudah lama sejak dia mengalami perasaan berada dalam kawasan musuh.

Setelah menerima pandangan dingin Shi Feng, semua orang berundur. Tiada sesiapa berani memulakan serangan. Mereka semua menunggu seseorang menyerang terlebih dahulu, kemudian mengambil kesempatan atas situasi tersebut bagi meraih keuntungan buat diri masing-masing.

"Awak semua, berambus! Ye Feng ialah rakan Perikatan Penyerang Hendap. Siapa-siapa yang mencari hal dengannya, mencari hal dengan Perikatan Penyerang Hendap kami juga!"

Pada saat itu, Menusuk Jantung, bersama-sama sekumpulan kenalan, membuka jalan di antara orang ramai sambil mereka menuju ke arah Shi Feng.

Apabila para pemain yang ingin membunuh Shi Feng mendengar suara Menusuk Jantung, setiap daripada mereka terkejut.

Siapa sebenarnya Shi Feng ini? Bukan sahaja dia mempunyai kekuatan yang boleh tahan, dia juga mendapat perlindungan daripada Perikatan Pembunuh Hendap.

Perikatan Pembunuh Hendap terkenal di seluruh Bandar Daun Merah. Ia merupakan satu-satunya Kesatuan kelas kedua di Bandar Daun Merah, dan ahli-ahlinya boleh dijumpai di seluruh Kerajaan Bintang-Bulan. Namun, kekuatan teras Perikatan Pembunuh Hendap terdapat di sekitar kawasan Bandar Sungai Putih. Kesatuan-Kesatuan lain tidak mampu menandingi pengaruh mereka.

Jika mereka memusuhi Perikatan Pembunuh Hendap, mereka benar-benar akan terpaksa mematikan akaun-akaun mereka dan mula semula dari kosong. Hal ini kerana Perikatan Pembunuh Hendap terkenal dengan pembunuhan hendap mereka. Perasaan diburu sekumpulan Pembunuh Hendap… memikirkannya sahaja boleh menyebabkan seseorang menggeletar serta tidak duduk senang.

Dengan kemunculan Perikatan Pembunuh Hendap, pemain-pemain di keliling tidak lagi menaruh idea-idea berkenaan Shi Feng. Memandangkan mereka tidak dapat memancing apa-apa kelebihan, semua orang segera meninggalkan tempat tersebut.

"Sangat berterima kasih," kata Shi Feng dengan perasaan syukur, sambil memandang Menusuk Jantung.

"Mana ada. Dengan kekuatan Abang Ye Feng, walau saya tidak datang, mereka pasti masih tidak terdaya melawan kamu. Saya cuma menolak sampan ikut arus." Menusuk Jantung menadah tangannya dan berkata dengan perasaan kagum, "Hari ini, Abang Yi Feng betul-betul telah meluaskan pemikiran saya. Bagi saya pun, mesti susah untuk bunuh Singa Pedang Agung. Tak sangka kemahiran Abang Ye Feng begitu kuat sehingga boleh kalahkan Singa Pedang Agung dengan hanya beberapa langkah."

"Nasib baik sahaja," kata Shi Feng dengan tenang sambil tersenyum.

"Abang Ye Feng betul-betul rendah diri. Namun, ada satu hal yang saya tak berapa faham. Kenapa Pengawal-Pengawal tak cari hal dengan Abang Ye Feng, walaupun awak membunuh pemain dalam Zon Selamat?" Menusuk Jantung telah cuba mencari jawapannya, namun dia masih tidak percaya Shi Feng boleh menyelesaikannya begitu cepat.

"Biasalah. Saya dapat kelebihan pun sebab saya baru sahaja menghabiskan sebuah Misi dan menjadi Bangsawan di Bandar Daun Merah," Shi Feng tidak menyimpan kebenaran daripada Menusuk Jantung. Dia tahu dia tidak boleh menyembunyikan hakikat, jadi elok dia dedahkan serba sedikit cerita sebenar. Bagi gelaran Pemburu Iblis pula, dia harus merahsiakannya. Jika tidak, pasti menarik perhatian dan mengundang masalah yang tidak diingini.

Jantung Menusuk Jantung berdegup dengan kencang apabila mendengar penjelasan Shi Feng. Matanya merenung Shi Feng dengan hairan.

Perikatan Pembunuh Hendap telah menjalankan tahap usaha yang tidak diketahui bagi memperoleh Reputasi dari Bandar Daun Merah. Namun, mereka hanya berjaya memperoleh 10 Reputasi sehingga kini. Angin Patah, pemimpin Kesatuan kelas pertama Persekutuan Sungai Bintang pun cuma seorang Rakyat Kelas Pertama, dan masih jauh jalannya untuk menjadi seorang Bangsawan. Namun, sini Shi Feng sudah pun sampai ke pangkat Bangsawan. Jurang antara mereka terlalu besar!

Pada awalnya, Menusuk Jantung sudah mempunyai pandangan yang tinggi terhadap kekuatan Shi Feng. Dia betul-betul tidak membayangkan dia masih memandang rendah terhadap Shi Feng. Namun, berdasarkan ingatannya, dia mengenali kebanyakan pakar tingkat teratas yang menggunakan pedang. Yang dia tidak kenal pun, sekurang-kurangnya pernah berjumpa. Namun, Shi Feng tidak serupa mana-mana watak dalam ingatan Menusuk Jantung.

Walau bagaimanapun, dunia ini luas. Pasti terdapat segelintir pakar tingkat teratas yang bersembunyi daripada penglihatan dunia.

Kini pengaruh Kawasan Tuhan semakin hari semakin membesar, bukanlah sesuatu yang pelik untuk para pakar ini memasuki Kawasan Tuhan juga.

Patutlah Dewi Salji begitu mesra apabila berurusan dengan Shi Feng. Menusuk Jantung menyangka Shi Feng seorang pakar yang terkenal tetapi bergerak secara senyap-senyap dan cuma dia tidak menyedari siapa Shi Feng.

Lagi cepat dia merapatkan diri dengan pakar yang senyap sebegini, lagi besar bantuan terhadap pembangunan masa depan Kesatuan. Berfikir sehingga kini, Menusuk Jantung tersenyum sedikit. Dia merasa nasibnya baik kerana menemui seorang pakar tahap teratas seperti Shi Feng.

Shi Feng pula tidak tahu mengapa Menusuk Jantung tiba-tiba tersenyum. Dia menjeling jalan yang diisi penuh Kesatuan-Kesatuan yang sedang membeli wang permainan, dan bertanya dengan tiba-tiba, "Abang Menusuk Jantung, sini ada apa? Kenapa ramai sangat Kesatuan yang cuba mengumpul wang permainan?"

"Oh, awak tak tahu ke?" Menusuk Jantung sedikit terkejut, melihat Shi Feng dengan mata hairan. Isu ini telah menjadi sangat terkenal antara pemain di Bandar Sungai Putih, jadi bagaimana Shi Feng tidak mengetahui berkenaannya?

Shi Feng menggeleng kepalanya, dan berkata, "Saya buat Misi saya sepanjang ini, baru sahaja balik."

"Jadi, patutlah. Isu ini baru sahaja bermula." Menusuk Jantung menyedari sesuatu. Kemudian dia menjelaskannya, "Tidak lama dahulu, Rekaan Penempaan Plat Dada Berkerdip muncul di Rumah Lelong. Awak tahulah betapa hebat Atribut Plat Dada Berkerdip. Kegunaan Rekaan Penempaannya tidak asing lagi. Selepas kesemua Kesatuan mengetahui kewujudannya, kesemua mereka mula bersaing untuk mendapatkannya. Kesatuan kami tidak terkecuali."

"Malangnya, latar belakang Kesatuan kami masih sedikit kekurangan, dan Persekutuan Sungai Bintang berjaya memperoleh Rekaan Penempaannya dengan harga 2 Emas dan 33 Syiling Perak. Asalnya, Kesatuan kami telah pun menyerah kalah. Namun, tidak lama selepas itu, satu Plat Dada Berkerdip muncul di Rumah Lelong. Itulah bermulanya segala kekecohan. Setiap Kesatuan sudah mula mengumpul dana, kesemua mereka ingin membida."

"Bidaan kali ini berakhir dengan Rekaan Penempaan Plat Dada Berkerdip dijual pada harga 2 Emas 51 Syiling Perak. Tiada sesiapa yang boleh menyangka Plat ketiga bakal muncul disebabkan banyak Kesatuan sedang berasa hampa. Kini, semua orang masih membida Plat ketiga ini. Namun, berdasarkan anggaran saya, Plat ketiga ini akan dijualkan pada harga yang lebih tinggi lagi. Cuma, tiada sesiapa yang tahu jika ada lagi Rekaan Penempaan yang akan dilelong, jadi saya ke sini untuk mengumpul mata wang permainan.

"Kini, semua orang menyangka Penempa Api Hitam yang menjual Rekaan Penempaan Plat Dada. Hal ini kerana, Rekaan Penempaan Peralatan Gangsa tu bukan kubis. Belum lagi Rekaan Penempaan yang serupa. Lebih-lebih lagi, Penempa Api Hitamlah yang menjual Plat Dada Berkerdip sebelum ini. Jadi, semua orang dalam hati memahami Rekaan-Rekaan Penempaan ini sedang dijual secara senyap oleh Penempa Api Hitam ini."

"Saya kena mengaku strategi Penempa Api Hitam ini benar-benar bijak. Sebelum ini, dia bersaing dengan Perdagangan Tukul untuk menurunkan harga Plat Dada Berkerdip. Namun, nampaknya matanya tidak memandang peralatan tersebut, malah pada Rekaan-Rekaan Penempaan yang terkini. Perdagangan Tukul, yang telah bersaing dengan Penempa Api Hitam, telah menjadi gila juga. Walaupun dia mengisytiharkan dia akan menyaingi Penempa Api Hitam sampai salah seorang menjadi muflis, Penempa Api Hitam tidak lagi memberi apa-apa perhatian kepadanya.

"Kini ramai yang ingin menghubungi Penempa Api Hitam. Malangnya tiada cara untuk menghubunginya. Dewi Salji Ouroboros sekalipun memaparkan thread pada forum, dan meminta Penempa Api Hitam menghubunginya; dia mahu membincangkan hal-hal kerjasama dan ingin menyuarakan harganya tanpa teragak-agak. Dengan ini, Penempa Api Hitam telah menjadi terkenal. Selain Bandar Sungai Putih, seluruh Kerajaan Bintang sedang membincangkan Penempa Api Hitam. Dia kini diakui sebagai Penempa nombor satu di seluruh Kerajaan Bintang-Bulan."

Menusuk Jantung merasai penyesalan yang mendalam sambil dia berkata-kata; air mukanya mendedahkan penghormatan terhadap Penempa Api Hitam.

"Itu sajalah. Abang Menusuk Jantung berminatkah untuk membeli Rekaan Penempaan Plat Dada Berkerdip?" tanya Shi Feng dengan selamba kepada Menusuk Jantung, setelah memahami situasi tersebut.

Next chapter