14 Fizikal Pemain Luar biasa

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Serangan serentak daripada ketiga-tiga Penyerang Hendap tersebut menyebabkan banyak kemusnahan kepada Si Hitam. Walaupun dia memakai beberapa keping Perisai Kain Biasa, dia tetap kehilangan hampir separuh HP-nya.

Sistem: Persatuan [Bayang-bayang] telah menyerang kumpulan kamu. Semua ahli kumpulan dibenarkan menyerang ahli-ahli Persatuan [Bayang-bayang] tanpa sebarang hukuman. Tempoh selama 1 jam.

"Aku akan menentang kalian."

Si Hitam tahu dia bakal mati. Kelajuannya tidak setaraf dengan Penyerang Hendap. Walau bagaimanapun, dia juga mahu membalas dendam sebelum dia mati. Si Hitam mula membaca mantera, menembak satu Panah Gelap kepada Serigala Senyap betul-betul di hadapannya.

Serigala Senyap tersenyum menghina. Walaupun panah itu tidak dapat dielak, dia masih mempunyai 80 HP pada Tahap 0. Sekuat manakah serangan seorang Cursemancer? Mampukah dia membunuh dengan sekali serangan?

Hong! Panah Gelap itu terkena Serigala Senyap.

Kemusnahan sebanyak 76 mata muncul di atas kepala Serigala Senyap, dengan sekelip mata meninggalkan dia dengan HP yang berbaki sedikit sahaja lagi.

Serigala Senyap menjadi terperanjat dengan tiba-tiba selepas melihat kemusnahan yang besar itu; matanya hampir tercabut keluar. Dua Penyerang Hendap yang lain juga sama-sama terkejut.

Bagaimana seorang Cursemancer mampu berbuat demikian? ! Ini cuma satu tembakan.

Orang yang menghasilkan kemusnahan itu juga terkejut. Si Hitam tidak terfikir Panah Tahap 3 boleh menjadi sangat berkuasa.

Namun, dalam realiti, bukan sahaja Panah Gelap Tahap 3 sahaja yang memberi kesan. Terdapat juga kemusnahan yang tinggi hasil daripada Tongkat Kayu Hitam, kesan aura daripada gelaran Beribu Kekuasaan, dan bonus kemusnahan daripada cengkaman tahap. Kemusnahan yang terlampau tinggi itu mustahil jika semua faktor ini diambil kira.

"Jahanam mari bunuh dia, sahabat. Tongkatnya tentu satu Peralatan Besi-Misteri," sebagai pemain yang sudah lama, Serigala Senyap bertindak dengan pantas, memperlihatkan ketamakannya terhadap senjata Si Hitam. Si Hitam mampu menghasilkan kemusnahan yang tinggi itu disebabkan Senjata Besi-Misteri. Jika tidak, dia tidak mampu membuat Serigala Senyap hampir terkorban.

Tiba-tiba, dua Penyerang Hendap yang lain itu dengan penuh semangat terus meluru ke arah Si Hitam. Bukan setakat Senjata Besi-Misteri, bahkan mereka langsung tidak punya sebilah Senjata Biasa. Jika mereka mendapatkan Senjata Besi-Misteri milik Si Hitam, mereka tentunya mendapat keuntungan yang besar.

Ketiga-tiga Penyerang Hendap itu menyerang sekali lagi, meninggalkan Si Hitam dengan hanya 6 HP. Apabila mereka ternampak Si Hitam hampir mati, ketiga-tiga Penyerang Hendap itu menjadi lebih teruja; Senjata Besi-Misteri hampir jatuh ke tangan mereka.

Pada waktu ini, dengan kaedah gerakan yang tidak masuk akal, Shi Feng muncul di hadapan, menahan Si Hitam. Tiga serangan pedang menangkis semua serangan daripada tiga Penyerang Hendap, memercikkan tiga percikan api. Semua Penyerang Hendap itu terpelanting ke belakang.

Sebelum mereka dapat meredakan perasaan terkejut mereka, serangan kilat muncul dalam pandangan mereka.

Tiga panahan kilat memancar terus kepada Penyerang Hendap itu yang sedang terpelanting di tengah-tengah udara.

Kemusnahan -32, -41, -50 muncul di atas ketiga-tiga kepala mereka, semua HP jatuh kepada angka 0. Badan mereka bertukar menjadi debu-debu cahaya dan menghilang dari pandangan dengan sekelip mata.

Disebabkan Penyerang Hendap mempunyai Pertahanan yang rendah dan dibawah cengkaman Tahap, kesan Panahan Kilat Tahap 2 sangat menggerunkan!

"Abang Feng..." Si Hitam kaku ketika melihat belakang Shi Feng, dengan bodohnya bertanya, "Kau ini Abang Feng ke?"

Semua yang berlaku terlalu cepat. Shi Feng muncul secara tiba-tiba dan menghayunkan pedangnya tiga kali, menahan tiga serangan daripada tiga arah yang berbeza. Selepas itu, ditambah pula dengan Panahan Kilat. Semua yang diperlakukan berlaku dengan sekelip mata. Sangat laju sehingga semua Penyerang Hendap tersebut tidak dapat melakukan apa-apa.

Perbuatan dan tindak balas Shi Feng di luar jangkaan. Jika Si Hitam tidak mengenali Shi Feng yang berada di hadapannya itu, dia mungkin terfikir pemain lain berpura-pura menjadi Shi Feng.

Selepas melihat sekeliling, Shi Feng sedar terdapat lapan pemain mengelilingi mereka. Orang yang memimpin mereka adalah Harimau Berapi. Shi Feng tidak berani lagi berdiri di situ, dengan tergesa-gesa berkata, "Apa yang kau tidak sedar lagi? Mari pergi."

Shi Feng menggunakan Cepat dan Lincah, sepenuhnya melepaskan kekangan tubuhnya. Namun, walaupun dia dapat beranggapan dia mampu mengekalkan dan bertindak dengan apa yang difikirkan, atribut tubuh badannya terlampau rendah. Dia mendapati sangat susah untuk mengawal badannya, dan hal ini sangat memenatkan mentalnya. Membuat lonjakan yang meletup dua tiga kali ialah mustahil, akan tetapi melakukannya dalam jangka masa yang panjang ialah keterlaluan. Musuh-musuh juga terdapat ramai Penyembuh dan Pekerjaan yang menggunakan Perisai Plat. Peluang Shi Feng dan Si Hitam, sekarang ini, ialah melarikan diri sahaja.

Si Hitam terus menganggukkan kepalanya.

"Semua orang pergi ke arah mereka. Kamu semua mesti dapatkan aku Peralatan Gangsa itu dan merampas lombong ini." Harimau Berapi menjilat bibirnya. Dia berasa sangat teruja. Dia tidak mempedulikan kematian tiga Penyerang Hendapnya langsung.

Pada mulanya, Harimau Berapi masih membara perasaan marahnya. Mereka telah menghabiskan banyak masa di Lembah Bulan Gelap mencari Shi Feng dan temannya, membuatkan kelajuan menaikkan tahap jatuh mendadak. Walau bagaimanapun, mereka tidak sengaja terjumpa raksasa buruan Shi Feng dan Si Hitam.

Pada mulanya, Harimau Berapi ingin mengepung dan bunuh mereka berdua. Akan tetapi, apabila melihat Si Hitam menggunakan kepulan asap pada pintu masuk gua untuk membunuh Kobold Tahap 4, Harimau Berapi hampir mati kerana sangat teruja. Kebenciannya terhadap Shi Feng juga berkurangan. Dia seolah-olah ingin mengucapkan tahniah kepada Shi Feng kerana memberinya lokasi yang cukup berharga.

Kepayahan untuk membunuh raksasa yang mempunyai tahap lebih tinggi sudah sedia maklum. Jika dia berjaya membunuh raksasa Tahap 4 tanpa susah payah, kelajuan menaikkan tahap juga sangat menakjubkan. Tidak sampai sepuluh jam dia sudah boleh mendahului pemain yang lain. Selepas mendapat kelebihan yang besar berbanding yang lain, tugas menyatukan Bandar Daun Merah berada di hujung jarinya sahaja. Apabila tiba waktu itu, dia akan menjadi Kapten Kesatuan Bayang-bayang.

Banyak syarikat permainan maya sudah tutup kedai kerana pelancaran Kawasan Tuhan ini. Terdapat berbilion pemain menyertai Kawasan Tuhan. Untuk mendapatkan saham dalam permainan ini, banyak perusahaan dan syarikat kewangan mula melabur dalam Kawasan Tuhan, satu demi satu syarikat. Kawasan Tuhan boleh dikatakan sebuah permainan maya yang paling tinggi keuntungannya di dunia.

Harimau Berapi berfikir tentang cara untuk menonjolkan dirinya dalam Bandar Daun Merah. Dia terfikir untuk mengambil alih kesatuan besar secara paksa. Dia juga terfikir untuk menjadi seorang Kapten dalam Kesatuan Bayang-bayang. Apabila tiba waktu itu, mendapatkan kereta-kereta mahal, gadis-gadis rupawan dan rumah agam yang mewah bukan satu hal yang sukar baginya. Apabila Harimau Berapi terbayang perkara tersebut, dia menjadi sangat teruja.

Dia perlu memberi penghargaan kepada Shi Feng kerana memberi semua itu kepadanya.

Namun, penghargaan cuma satu penghargaan. Dia tetap tidak mahu melepaskan Peralatan Gangsa yang ada pada Shi Feng dan Si Hitam.

"Abang Rimau, mereka berdua sangat pantas. Kita tidak mampu mengejar mereka." Seorang Berserker berkata.

"Mereka bertuah mampu berlari pantas. Akan tetapi, tanah berharga ini sudah cukup." Mata Harimau Berapi bercahaya apabila dia memandang kawasan lombong. Dia sudah berangan-angan tentang dirinya yang akan menguasai Bandar Daun Merah.

"Abang Harimau, bagaimana pula dengan Serigala Senyap dan lagi dua orang itu? Mereka bertiga sudah jatuh ke Tahap 0. Mereka juga kehilangan banyak Kecekapan Kemahiran," seorang Elementalist bertanya.

Harimau Berapi membuat gaya menyampah kepada anak buahnya, lalu bertanya, "Adakah ini satu masalah? Kau juga sudah nampak tadi. Kobold-kobold yang berada di dalam kepulan asap tidak akan menyerang pemain jika pemain itu menyerang dari jauh. Itu merupakan raksasa Tahap 4. Menaikkan Tahap akan menjadi lebih mudah, oleh itu suruh mereka lekas datang ke sini."

"Abang Harimau seorang bijaksana. Mampu mencari kawasan yang cukup baik, Abang Harimau sememangnya yang terbaik dalam Bayang-bayang," Elementalist mula mengampu Harimau Berapi.

"Pergi mampus! Terbaik dalam Bayang-bayang? Aku seorang yang terbaik dalam Kawasan Tuhan!" Harimau Berapi membalas dengan bengang.

Ahli-ahli Bayang-bayang yang lain juga bersetuju, seorang demi seorang, ketawakan Elementalist itu kerana mengampu pada orang yang salah.

Sejurus kemudian, tiga pemain Ahli Sihir mula menyerang dari jauh. Pemain lain pula, mereka mengumpan raksasa-raksasa itu untuk masuk ke dalam kepulan asap. Di bawah perintah Harimau Berapi, mereka mula membunuh semua Kobold dalam keadaan yang teratur.

"Terbaik, memang terbaik! Walaupun berkongsi EXP daripada Kobold dengan ramai orang, pengalaman aku tetap meningkat sebanyak 2%."

"Abang Harimau, ini benar-benar hebat! Raksasa ini juga menjatuhkan bijih dan duit yang banyak. Bukan itu sahaja, Kobold-kobold ini juga dihidupkan semula dengan pantas. Kita boleh terus memburu tanpa had sampailah kita mencecah Tahap 6. Pada masa itu, kita Bayang-bayang akan menjadi Kesatuan nombor satu dalam Bandar Daun Merah."

Semua ahli Bayang-bayang ketawa dengan bahagia sekali. Mereka tidak mengambil masa yang lama sebelum setiap orang mencapai Tahap 6. Sudah terlampau menakjubkan hanya membayangkan mereka mampu mengatasi Persatuan-persatuan yang lain di Bandar Daun Merah.

"Hahaha! Anggaplah diri kamu bertuah kerana ikut aku. Ketua kumpulan yang lain semuanya sampah. Apabila tiba masanya nanti, aku akan menjadi Kapten Bayang-bayang." Angin Harimau Berapi cukup baik hari ini. Dengan pertambahan pengalaman, tidak mengambil masa sejam pun untuk dia mencapai Tahap 2, membayar balik kerugiannya sebelum ini.

Dalam masa yang sama, berhampiran Lombong Bintang Merah, Si Hitam sedang mengetapkan giginya dengan marah.

"Abang Feng, adakah kita akan lepaskan perkara ini? Itu merupakan maklumat yang sukar didapati daripada seorang Penguji Beta, dan sekarang cuma membawa keuntungan kepada mereka pula. Aku rasa sangat marah apabila memikirkan hal ini. Pemain Bayang-bayang itu sungguh memalukan. Nasib baik, aku tidak menyertai mereka."

Shi Feng menganggukkan kepalanya sambil melihat kepada jam di Panel Sistem, tersenyum tidak mempedulikan mereka, "Mereka berani mencuri barang-barang aku. Kita biarkan mereka menikmati saat ini buat masa ini. Sekejap lagi, kita akan ajar mereka yang selepas kegembiraan, datangnya kesedihan."

avataravatar
Next chapter