13 Langkah Kanan Si Hitam

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tembakan ke arah Kobold dalam asap terkena sasaran, dan 21 Kemusnahan dipaparkan di atas kepalanya.

Kobold tersebut berang setelah serangan secara tiba-tiba itu. Ibarat lampu suluh, ia mencari-cari merata dengan matanya yang rabak memerah. Tindakan tersebut telah menyedarkan para Kobold yang lain untuk berwaspada.

Di tengah-tengah hutan, nadi Si Hitam semakin mempercepat. Dia sangat panik.

Walaupun Kobold-Kobold tersebut kelihatan seperti Tahap 2, sifat-sifat mereka pasti 100% bertahap 4. Meminum Bir Keluli Hitam membolehkan seseorang pemain menjadi mabuk, lalu meningkatkan keberaniannya. Hasilnya, semua musuh yang dilihat pemain tersebut akan dilihat seperti telah turun 2 Tahap. Walau bagaimanapun, hal ini tidak melemahkan sifat-sifat Kobold itu.

Jika Kobold-Kobold tersebut menyerang mereka, hanya maut menanti Shi Feng dan Si Hitam.

Walaupun begitu, kerisauan Si Hitam tidak berbuah.

Kobold yang diserang memerhati persekitarannya. Akan tetapi, ia gagal menjumpai mana-mana musuh. Selepas merungut seketika, ia kembali ke keadaan asalnya. Kobold-Kobold yang lain juga melupakan rakan gila mereka dan kembali bersiar-siar.

"Rilek. Diorang takkan serang selagi kita kekalkan jarak 30-ela." Shi Feng menepuk bahu Si Hitam sambil berkomen dengan yakin.

Dia telah merancang dari awal. Jika tidak, mana mungkin berbelanja besar untuk membeli segala peralatan tadi.

Si Hitam lebih berani setelah dinasihat oleh Shi Feng. Dia meneruskan mantera-mantera laknatnya dan menembak Panah Gelap.

Kobold tersebut hanya mempunyai 420 HP, dan langsung tidak berdaya menahan serangan bertubi-tubi Si Hitam. Setelah ditembak lebih dua puluh Panah Gelap, ia menghembuskan nafas terakhir. Sementara itu, Kobold-Kobold yang lain tidak bertindak balas langsung.

Si Hitam teruja melihat Kobold pertama gugur.

Dia telah membunuh seekor makhluk yang 4 tahap lebih tinggi daripadanya. Walaupun EXP telah dikongsi kerana berdua, jumlah EXP yang diterima masih sangat tinggi. Pengalamannya telah menaik sebanyak 5% dalam sekelip mata.

Hal ini bermaksud Si Hitam akan menaik tahap selepas membunuh 20 Kobold. Dia juga selamat dan tidak cedera. Jikalau makhluk-makhluk tersebut tidak lenyap terus, kepantasan kenaikan tahap mereka pasti menggerunkan. Dengan itu, mereka pasti boleh naik ke Tahap 6 dengan cukup pantas. Si Hitam kini faham kenapa Shi Feng yakin sebegitu. Jika ya pun mereka telah membazirkan beberapa jam untuk mengembara, memang berbaloi jika mereka boleh membunuh makhluk di sini.

Sedetik kemudian, kumpulan lebih kurang 20 Kobold di hadapan pintu masuk lombong dihapuskan terus.

Si Hitam juga telah naik ke Tahap 1. Setelah memasang Tongkat Kayu Hitam dan menambahkan segala Mata Kebolehan Percumanya ke Kepintaran, Kemusnahannya mendadak dengan besar. Kini dia boleh merampas 45 HP daripada Kobold sekali pukul.

Sambil itu, kumpulan Kobold tadi telah mencicirkan 12 Syiling Tembaga dan Perisai Kain Biasa Tahap 3. Terdapat juga 5 biji Bijih Meteorit. Langkah kanan Si Hitam kali ini.

Menurut Shi Feng, kebarangkalian penciciran Bijih Meteorit daripada Kobold amat rendah; hanya satu daripada sepuluh akan jatuh. Hampir 1000 Kobold harus dibunuh demi meraih 100 biji Bijih Meteorit. Sungguhpun begitu, sekumpulan Kobold telah pun memberikan mereka 5 biji Bijih Meteorit.

Setelah menyimpan barang-barang ciciran tersebut, Shi Feng mengumpan lebih ramai makhluk. Dengan kelebihan 16 pada Ketangkasannya, Shi Feng lebih pantas daripada Kobold. Pejam celik, dia telah mengumpan lebih 30 Kobold. Dia juga mengekalkan jarak kurang-kurang 20-ela, tetapi tidak melebihi 25-ela. Apabila semua Kobold telah diumpan masuk ke dalam awan asap, Shi Feng mempercepat lagi. Dengan lekas, dia melampaui jarak 25-ela daripada para Kobold, lalu melenyapkan dirinya daripada sasaran mereka. Setelah terlepas sasaran mereka, Kobold-Kobold tersebut hanya mampu berdiri kaku kerana pening dengan situasi.

Si Hitam yang berada lebih 30-ela dari mereka mengambil peluang untuk menyerang.

Kumpulan lebih 30 Kobold berjaya ditewaskan kurang dari 10 minit. Mereka mencicirkan 21 Tembaga dan 6 biji Bijih Meteorit lagi. Pengalaman Shi Feng dan Si Hitam juga naik mendadak.

Dengan cara begini, Shi Feng meneruskan pengumpanannya sementara Si Hitam terus menyerang. Ya, proses ini memang rasa kaku dan membosankan, tetapi Si Hitam tidak merungut walau sedikit pun. Malahan, dia menjadi lebih kuat dengan setiap pembunuhan. Alangkah indah jika dia dapat membunuh sepanjang hari tanpa rehat.

Setelah sejam berlalu, Tahap Si Hitam juga telah naik ke Tahap 2. Panah Gelapnya naik ke Tahap 3, dan Kemusnahannya naik daripada lebih 40 ke lebih 60. Kenaikan pantas sebegini menyebabkannya gembira tak terkata, dan mendorongnya lagi untuk mencapai Tahap 3.

Keberkesanan membunuh Kobold mereka juga meningkat sedikit dengan Kemusnahan Si Hitam yang semakin bertambah baik. Satu-satunya kekurangannya merupakan peningkatan penggunaan MP selepas Panah Gelap dinaik tarafkan. Mujurnya, Shi Feng telah membeli Air Ajaib, yang membolehkan Si Hitam menambah semula MP-nya sebelum Shi Feng mengumpan sekumpulan baru makhluk, lalu membolehkannya menyerang tanpa henti.

Sementara itu, Shi Feng memerhati keadaan Si Hitam sambil dia mengumpan jumlah Kobold yang sesuai. Selain itu, dia cuma mengutip harta. Jumlah Syiling Tembaga dan Bijih Meteorit semakin meningkat.

Setelah lagi sejam usaha Si Hitam, mereka berjaya mengutip 73 biji Bijih Meteorit, 6 biji Peralatan Biasa, dan 264 Tembaga. Mereka boleh mengutip baki Bijih Meteorit jika mereka terus melawan untuk lagi sejam.

Tiba-tiba, notifikasi sistem berbunyi.

Sistem: Pemain Salji Sepi telah menghantar 10 Tembaga

Sedetik kemudian, Shi Feng menerima permintaan berkomunikasi. Orang yang cuba menghubunginya adalah Salji Sepi.

"Kau siapa?" Shi Feng baru sahaja mengumpan sekumpulan makhluk. Bukan ada kerja pun, jadi dia menjawab panggilan tersebut.

"Hai Abang Pakar, saya Salji Sepi. Kita pernah berjumpa di Dewan Bandar. Awak telah menunjukkan saya tempat berlatih. Cukup hebat. Tak ada siapa-siapa yang mencuri hasil saya, memang mudah. Kini saya Tahap 2. Saya juga telah mencuri pelbagai bahan dan syiling Tembaga. 10 Tembaga telah pun saya hantar. Dah terima ke?" Salji Sepi sangat teruja. Sebelum ini, dia risau pakar ini enggan menghiraukannya lagi. Manakan tidak, pakar sepertinya biasanya sombong; jika watak kecil seperti Salji Sepi, pandang pun enggan. Salji Sepi telah meraih lebih 60 Tembaga dari lokasi berharga yang telah dia beli. 20 Tembaga yang dibelanjakannya sememangnya amat berbaloi.

"Kau rupanya. Ya, saya sudah terima." Shi Feng hanya ingat setelah diingatkan. Memang ada pun. Sungguhpun begitu, waktu itu dia memerlukan wang untuk menewaskan Datuk Bandar, jadi dia hanya telah memberi nasihat secara selamba. Baki 10 Tembaga itu bukannya dia kisah pun.

"Abang Pakar, Penjara Tahap 2 [Hutan Maut] telah pun dibuka, jadi saya mahu mempelawa awak untuk terjun masuk ke dalam Penjara. Kawan-kawan saya semua Veteran, semua Tahap 2 sekarang. Jangan risau, diorang mesti boleh buat kerja punya. Dan ya, sudah tentu segala Peralatan Pemain Pedang dari Penjara akan jadi kepunyaan awak." Salji Sepi sedikit gementar. Pakar biasanya benci membawa orang lain, terutamanya orang baru yang mentah. Inilah sebab mengapa Salji Sepi memberitahu terdapat veteran Tahap 2 dalam kumpulannya, takut ditolak terus.

Hutan Maut?

Shi Feng mempunyai gambaran yang mendalam mengenai Penjara ini. Apabila jumlah pemain Tahap 2 di Bandar Daun Merah mencapai sebilangan tertentu, Penjara Tahap 2 yang pertama di Bandar Daun Merah, [Hutan Maut] akan dibuka.

Sehubungan pembukaan Hutan Maut, pemain-pemain Kawasan Tuhan mesti mengetahui kesukaran Penjara-Penjara. Hutan Maut hanya dapat ditakluk setelah kebanyakan pemain mencapai Tahap 4 atau 5.

Sementara itu, tujuan sebenar Hutan Maut untuk meningkatkan bilangan kebolehan seseorang pemain boleh miliki. Makhluk-makhuk dalam Penjara kebanyakannya mencicirkan buku kebolehan asas untuk setiap Pekerjaan. Akan tetapi, barang yang paling berharga dalam Penjara merupakan rekaan penjalinan. Hanya Bos Akhir, Serigala Jadian Felot mencicirkannya, itu pun kebarangkaliannya amat rendah.

Shi Feng sangat berminat dengan rekaan penjalinan ini. Jika dia boleh mempelajarinya, dia boleh bergerak dengan lebih jauh dalam rancangannya.

"Baiklah. Tapi, aku pun ada syarat. Aku akan membawa seorang Cursemancer, jadi setiap peralatan Cursemancer dan Pemain Pedang akan jadi kepunyaan aku. Lain dari itu, saya mahu segala bahan dan kertas rekaan yang dicicirkan Bos. Kalau korang bersetuju baru aku ikut." Shi Feng meminta majoriti keuntungan tanpa rasa bersalah langsung.

"Ini…" Titik-titik peluh mula membasahi muka Salji Sepi setelah mendengar syarat Shi Feng. Seperti yang dijangka, taraf permintaan pakar tentunya tinggi. Sungguhpun begitu, apabila Salji Sepi memikirkan kekuatan Penguji Beta, dia dengan berat hati bersetuju juga, "Baiklah, saya setuju. Nanti saya bagi tahu diorang yang lain. Pakar, bila awak boleh datang?"

"Kita akan berjumpa di pintu masuk Penjara dalam masa sejam dua." Shi Feng menganggar kadar pembunuhan Si Hitam. Dalam masa sejam pasti mereka boleh selesai mengutip 100 biji Bijih Meteorit.

"Bagus. Jadi saya akan membuat persediaan di sini. Jumpa di pintu masuk Penjara, Abang Pakar." Salji Sepi menamatkan panggilan, dengan penuh rasa lega.

Pada ketika itu, terdapat tiga orang lain yang berdiri sebelah Salji Sepi. Setiap seorang merupakan Tahap 2.

"Pakar tu kata apa?" tanya seorang Renjer kacak.

Salji Sepi menceritakan semula perkataan demi perkataan.

"Pakar tahi anjing! Dia cuma nak ambil kesempatan dan curi barang-barang kita. Buat apa ajak dia? Kalau kita tambahkan dua orang perosak pun boleh lagi masuk Penjara." kata seorang Pahlawan Pelindung dengan cukup marah.

Paderi lelaki yang berdiri di sisi mengerutkan bibirnya, lalu berkata dengan muram, "Lepas tu dia kata semua peralatan kelas ahli sihir kawan dia yang punya."

Salji Sepi memberi nasihat, "Dia ni betul-betul pakar. Dia juga Penguji Beta. Mesti dia tahu selok-belok Penjara. Nak bawa kita pun mesti boleh. Korang tak nak lepas Hutan Maut ke?"

"Penguji Beta, jadi…? Baru sebulan lebih dalam Kawasan Tuhan, baru tahu sikit. Data pun diorang dah lama tukar lepas permainan dicetak. Kalau dia tahu sangat pasal Hutan Maut pun, apa guna?" Pahlawan Pelindung tersebut bertanya dengan hina. Dia merasakan Penguji Beta hanyalah bernasib baik. Kebolehan dan kekuatan sebenar Penguji Beta mungkin tidak sampai tahap kumpulan mereka pun.

"Tengoklah macam mana selepas mereka datang. Kalau tak jadi, nanti mesti ramai lagi Pemain Tahap 2. Nak cari orang lepas itu pun sempat lagi." kata ketua Renjer.

Setelah mendengar pendapat Renjer tersebut, yang lain semua mengangguk setuju.

Tiba-tiba, pancaran cahaya kilat di Lembah Bulan Gelap.

Shi Feng akhirnya naik ke Tahap 3. Malangnya, carta pemimpin untuk tahap-tahap masih belum dibuka. Jika sudah, dia pasti berada di pangkat pertama pada carta pemimpin Bandar Daun Merah.

"Akhirnya Tahap 3." Shi Feng cepat-cepat menambahkan 4 mata sifat ke Ketangkasan, menjadikan Ketangkasannya sampai 20 mata.

Sistem: Ketangkasan Pemain telah sampai 20 mata. Mengaktifkan Kebolehan Asas Tersembunyi Ketangkasan [Cepat dan Lincah].

[Cepat dan Lincah] (Aktif)

Apabila diiaktifkan, mampu merasuk sebuah badan melebihi taraf manusia biasa.

Kebebasan badan terlepas terus.

Shi Feng merasa arus kekuatan secara tiba-tiba daripada seluruh badannya. Dia juga merasa badannya menjadi teramat sangat ringan. 5 derianya juga mengalami pembaikan yang melampau. Pembaikan tersebut membolehkan Shi Feng lebih menonjolkan potensi badannya.

Selain Shi Feng mencapai Tahap 3, Kobold terakhir yang Si Hitam bunuh telah mencicirkan Peralatan Gangsa Tahap 1 tanpa disangka: But Perang.

Shi Feng terpaksa mengagumi nasib Si Hitam. Makhluk biasa Tahap 1 ke 3 takkan cicirkan Peralatan Gangsa. Kadar ciciran Peralatan Gangsa daripada makhluk liar Tahap 4 cuma satu dalam seribu. Tetapi Si Hitam berjaya mendapatkannya; nasibnya cukup luar biasa.

"Abang Feng, apa sifat-sifatnya? Bagi saya tengok juga!" kata Si Hitam dengan teruja.

"Sifat-sifat But Perang ini agak bagus." Shi Feng menayangkan sifat-sifat tersebut.

[But Perang Rekrut] (Pangkat Gangsa, Perisai Plat)

Tahap 1

Syarat Peralatan: Kekuatan 6

Pertahanan +8

Kekuatan +1, Ketahanan +1

Kelajuan Pergerakan +1

Kekukuhan 20/20

"Ini terlalu hebat. Dengan ini, kelajuan Abang Feng boleh naik lagi," kata Si Hitam dengan ceria. Sebelum ini, dia sahaja yang mendapat Peralatan Gangsa. Hatinya tidak aman sejak itu. Kini Shi Feng pun dapat satu hatinya lega. "Abang Feng, kita masih perlukan berapa Bijih Meteorit?"

"Tak banyak. 4 biji lagi. Lagi satu pusingan mesti boleh." Shi Feng melihat isi begnya. Tanpa disedari, sudah terdapat 96 biji Biji Meteorit dalam begnya. Jika orang lain telah datang sini untuk berlatih, mereka tentu memakan masa 5 hingga 6 jam untuk mendapatkan jumlah yang sama. Nasib baik ada Si Hitam. Lepas bunuh beberapa ratus Kobold sudah dapat.

Sebelum Shi Feng sempat mengumpan lebih ramai makhluk, derianya mengesan tiga lembaga kabur menghampiri dari belakang Si Hitam.

"Hitam, cepat elak!"

Shi Feng menjerit sambil menghunus Pedang Pelatihnya. Sepantas kilat, Shi Feng lekas ke sisinya.

Si Hitam masih tidak menyedari situasinya. Dia masih mengelamun dalam kegembiraannya, tanpa mengawasi kelilingnya.

"Baru sekarang perasan? Lambat. Dia akan jadi yang pertama."

Tiga lembaga tiba-tiba muncul. Mereka merupakan tiga pemain Pembunuh Hendap, dan salah seorang daripada mereka adalah Serigala Senyap, orang yang dibunuh sebelum ini. Seorang ahli sihir yang diserang serentak oleh tiga Pembunuh Hendap pasti mati, tiada keraguan. Walaupun Si Hitam 1 tahap lebih tinggi daripada mereka, keputusan perlawanan ini tentu tiada adegan yang merisaukan.

avataravatar
Next chapter