webnovel

Bandar Sayap Hitam

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Bandar Daun Merah, Kawasan Sesak.

Walaupun hari masih cerah, Bar Terpesona masih dipenuhi dengan Pemain-Pemain Merah terikat dalam kegelapan. Walau bagaimanapun, di antara pemain-pemain yang ramai ini, terdapat juga beberapa pemain-pemain Hijau yang hadir di Bar berkenaan, berada di merata-rata tempat. Pemain-pemain ini adalah Singa Pedang Besi dan beberapa orang suruhannya.

"Syurga Mutlak, saya perlukan kamu untuk bunuh seseorang untukku. Beritahu sahaja saya upah kamu," Singa Pedang Besi berkata kepada lelaki di belakangnya. Lelaki yang memiliki raut wajah yang garang sedang minum daripada sebotol arak.

Lelaki berwajah garang itu tidak mengendahkan Singa Pedang Besi, salah satu dari lengannya dipeluk erat, wanita yang serba lengkap, sementara sebelah lagi lengan memegang sebotol arak. Lelaki itu hanya memikirkan urusannya sambil dia menggoda perempuan itu, bibirnya terukir senyuman, memberikan yang lain perasaan tenang.

Reaksi Singa Pedang Besi mula sugul.

Di sebelahnya, Hayutan Darah segera menghempaskan tangannya di meja, sambil mencaci, "Hei, tidakkah kau dengar yang bos kami sedang bercakap dengan kau? Berhenti berlagak seperti orang pekak!"

Selesai sahaja Hanyutan Darah habis berkata-kata, sebuah pisau belati berwarna putih seperti salji memancung lehernya. Pisau itu kemudian menikam ke jantungnya, dan akhir sekali direntap ke bawah dan meninggalkan kesan luka yang dalam. Tikaman, tarikan, pancungan, semua 3 gerakan dilakukan dengan selamba. Sebelum Hanyutan Darah mampu untuk menangis kesakitan, badannya telah jatuh menyembah bumi.

"Syurga Mutlak, apa yang kamu cuba lakukan? Saya di sini cuba bercakap tentang urusan perniagaan. Apa maksud kamu membunuh orang suruhan saya?" Melihat Hanyutan Darah dengan tidak semena-mena jadi sebegitu, Singa Pedang Besi menjerit memarahinya. Walau bagaimanapun, dia tidak berani untuk menyerang lelaki itu, sebab dia sedar jika dia mengambil tindakan, nasibnya akan berakhir sama seperti Hanyutan Darah.

"Sebab saya suka. Apa? Kamu ada sesuatu yang ingin kamu katakan?" Syurga Mutlak ketawa sambil melihat Singa Pedang Besi. Dia dengan bersahaja bermain dengan pisaunya, membuat imej sebuah bunga.

"Kamu...." Singa Pedang Besi berasa sangat marah, tetapi dia masih tidak berani untuk mengeluarkan kata cacian.

Syurga Mutlak merupakan penyerang hendap di dalam kehidupan sebenar… Juga sangat terkenal! Dia juga merupakan seorang pakar kelas atasan dalam permainan realiti maya. Bagaimanapun, hanya sedikit orang yang tahu tentangnya. Sesiapa yang mengenalinya, kebiasaannya mereka pernah dibunuh olehnya sebelum ini. Apabila Singa Pedang Besi pernah bermain permainan Wuxia yang lain sebelum ini, dia pernah dibunuh oleh Syurga Mutlak beberapa kali, jadi begitulah cara dia mengenali Syurga Mutlak.

Walau bagaimanapun, kelakuan Syurga Mutlak sangatlah aneh. Berkenaan perkara yang dia tidak minat, tidak kira berapa banyak duit yang ditawarkan, dia tetap menolak untuk melakukannya. Dia hanya ingin melakukan tugas yang berjaya menarik perhatiannya. Sehingga hari ini, dia masih belum gagal melalukan tugas yang diberikan.

Jika Syurga Mutlak berasa terancam atau dipaksa melakukan sesuatu, maka kebiasaannya, pelanggan yang menyuruhnya tidak akan mempunyai pengakhiran yang menggembirakan.

Singa Pedang Besi pernah sekali melihat pelanggan yang mahukan Syurga Mutlak untuk membunuh seorang pemain kembali ke Tahap 0 tidak kira apa yang terjadi. Bagaimana pun, Syurga Mutlak tidak mahu lakukan. Pelanggan itu juga seorang yang panas baran, menyatakan akan mengambil tindakan terhadap Syurga Mutlak. Kesannya, pelanggan itu dibunuh oleh Syurga Mutlak dan kembali semula ke Tahap 0, memaksa dia untuk memadam akaun akhirnya.

Melihat Singa Pedang Besi masih senyap, Syurga Mutlak tersenyum. Dia kemudian sambung memeluk si cantik di sebelahnya dan meminum araknya tanpa menghiraukan yang lain, berlagak seperti semuanya tidak pernah berlaku.

Hanyutan Darah yang terbunuh di dalam Bar sama sekali tidak menarik perhatian pemain-pemain yang lain. Hal ini kerana kejadian seperti ini berlaku hampir setiap hari di tempat ini. Semua orang telah lama biasa melihat perkara ini.

Sementara itu, Singa Pedang Besi hanya mampu menarik nafas sedalam-dalamnya beberapa kali, menenangkan hatinya yang marah.

"Syurga Mutlak, jangan cepat sangat menolak. Jika saya beritahu kamu nama orang ini, kamu mesti berminat," Singa Pedang Besi bercakap dalam nada yang serius.

Walau bagaimanapun, Syurga Mutlak kekal tidak berminat, seperti Singa Pedang Besi itu hanyalah angin.

"Orang ini dipanggil Ye Feng. Dia merupakan seorang pakar kelas atasan. Saya hanya minta kamu untuk membunuhnya kembali ke Tahap 0, atau memaksanya untuk memadamkan akaun dan mulakan semuanya dari awal. Untuk upah kamu, ia bergantung kepada kamu untuk memutuskan." Singa Pedang Besi mengeluarkan rakaman, menghantarnya kepada Syurga Mutlak. Rakaman menunjukkan babak dimana Singa Pedang Besi sendiri dibunuh oleh Shi Feng. 2 pedang, 4 gambar dan mustahil untuk menangkis. Libasan terakhir yang membunuh Singa Pedang Besi juga sangat cepat dan tangkas, mustahil sesiapa dapat menghalang.

Selepas melihat rakaman, minat Syurga Mutlak terus meningkat. Kemudian dia berkata, "Satu juta kredit, sekali pembayaran."

Hati Singa Pedang tidak dapat menahan dari berasa sakit selepas mendengar upahnya. Walau bagaimanapun, dia telah lama mengetahui cara Syurga Mutlak meletakkan harganya bergantung kepada kekuatan sasarannya. Kebiasaannya, membunuh seorang pemain hanya akan berharga sekitar 100,000 kredit. Singa Pedang Besi tidak terbayang yang Shi Feng akan berharga sebanyak itu, bernilai sejuta kredit.

"Baiklah. Berikan saya akaun kamu. Saya akan pindahkan kepada kamu secepat mungkin. Walau bagaimanapun, berapa lama kamu perlukan untuk menyelesaikan tugas ini?" Singa Pedang Besi tidak sabar. Walaupun dia terpaksa menggali keluar semua sumber yang dia ada, dia masih perlu menyingkirkan Shi Feng demi melepaskan kemarahannya.

"5 hari," Syurga Mutlak melihat kepada Shi Feng di dalam rakaman, berkata dengan bersemangat.

Mendengar jaminan Syurga Mutlak, Singa Pedang Besi sudah dapat membayangkan Shi Feng dibunuh kembali ke Tahap 0. Dia kemudian memindahkan wang ke Syurga Mutlak.

Dalam pada itu, orang yang diperkatakan itu telah tiba di Bandar Sayap Hitam.

Bandar Sayap Hitam salah satu dari bandar-bandar misteri di Kawasan Tuhan. Ia lebih berkembang pesat dari Kerajaan Bulan-Bintang. Dengan hanya berdiri di jalan-jalan, seseorang mampu melihat pemandangan bangunan yang indah, gaya ala-ala Eropah, dan bangunan zaman pertengahan. Walaupun di waktu malam, bandar itu masih dipenuhi dengan lampu-lampu yang bergemerlapan.

Tambahan lagi, NPC yang berjalan di jalanan merupakan lebih dari Tahap 100. Terdapat juga beberapa NPC yang memiliki pekerjaan tahap 2 dan juga tahap 3. Terdapat buah mulut tentang Raja Kerajaan Bulan-Bintang telah bertemu dengan Datuk Bandar, Bandar Sayap Hitam. Raja juga perlu berkelakuan hormat untuk tidak menyinggung perasaan Datuk Bandar.

Dalam Bandar Sayap Hitam, terdapat banyak perkara menarik yang dijumpai. Jika seseorang berjalan-jalan di sekitar bandar, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa minggu. Bandar Sayap Hitam juga terdapat banyak pakar di dalam pelbagai pekerjaan gaya hidup bebas yang tinggal di sini. Barangan yang dicipta oleh pakar-pakar ini juga biasanya habis dijual di kedai-kedai di bandar. Tambahan pula, pemain-pemain juga mampu untuk membeli kepakaran negara-negara luar di Bandar Sayap Hitam. Ini pasti merupakan layanan yang tidak dapat dijumpai di bandar-bandar yang biasa.

Dengan segala tarikan ini, yang paling terkenal antara semua adalah Rumah Lelongan Bandar Sayap Hitam. Rumah Lelongan di sini mengadakan lelongan seminggu sekali. Tambahan pula, barangan yang dilelong semuanya yang jarang dijual oleh NPC. Barangan Pangkat Epik juga akan dijual pada sesi lelongan minggu ini. Barangan seperti itu hampir mustahil untuk dibeli di luar Bandar Sayap Hitam. Oleh itu, ini mengapa golongan atasan dari kuasa-kuasa besar berhasrat untuk datang ke Bandar Sayap Hitam.

Dalam pada itu, jika ada pemain pertengahan yang berhasrat untuk datang ke sini, paling kurang, mereka hanya akan datang untuk bersiar-siar. Hal ini kerana mereka tidak mampu untuk membeli barangan yang dijual oleh NPC di sini. Lebih-lebih lagi, tidak ada raksasa-raksasa liar di sini. Bandar ini sememangnya hanya untuk pemain-pemain mengendalikan dagangan mereka. Bandar Sayap Hitam ibarat syurga, digemari oleh orang-orang kaya yang bermain dalam permainan ini.

"Masih ada 2 jam sebelum lelongan bermula. Saya akan pergi beli beberapa barangan tempatan dahulu." Shi Feng melihat jam, mendapati dia masih awal. Dia memanggil pengangkut berkuda, membawanya ke Daerah Perniagaan Bandar Sayap Hitam.

Bandar Sayap Hitam sangat besar. Jika Shi Feng berjalan kaki, dia pasti perlukan, sekurang-kurangnya 2 ke 3 jam untuk sampai ke Daerah Perniagaan. Biasanya, pemain-pemain akan membelanjakan wang untuk mengupah pengangkut berkuda sebagai pengangkutan. Walau bagaimanapun, mengupah pengangkut berkuda bukanlah murah. Secara minimum, pengangkut berkuda berharga 1 syling perak, dan bergantung kepada jarak perjalanan, harganya akan berubah. Jika pemain pertengahan ingin datang ke Bandar Sayap Hitam pada ketika ini, mereka berkemungkinan besar tidak akan mampu untuk mengupah pengangkut berkuda…

Selepas lebih dari 10 minit berlalu, Shi Feng turun dari pengangkut ini dan sampai di Kedai Kejuruteraan.

Walaupun kedai itu nampak buruk sekali pandang, Shi Feng tahu kedai ini telah dibuka oleh Jurutera Terhandal, Cruze Gaia. Dia satu-satunya Jurutera Terhandal di Bandar Sayap Hitam. Bagi kedai kejuruteraan yang lain, semua itu dijalankan oleh Pakar Jurutera atau Jurutera. Walaupun kedai-kedai itu kelihatan maju, barangan yang dijual oleh mereka semuanya sangat mahal, tetapi kualiti teruk. Suatu ketika dahulu, Shi Feng sering ditipu oleh kedai-kedai itu.

Shi Feng menolak membuka pintu kedai, memasuki Kesatuan Cruze.

Penjaga kedai itu bernama Luciola, seorang perempuan yang pemalu yang mengikat rambutnya menjadi seperti 2 ekor kuda.

Jika seseorang menggunakan Mata Memerhati, mereka akan segera mendapati perempuan yang kelihatan lemah itu sebenarnya, seorang Bomoh Professional, pekerjaan yang 2 tahap ke hadapan, dari seorang Elementalis. Tambahan pula, dia berada di Tahap 100.

Seorang Bomoh Tahap 100 Kelas 2 akan dengan mudah memadamkan satu Bandar Daun Merah. Jika seorang pemain berani untuk mencetuskan masalah di kedai ini, mereka akan segera bertukar menjadi abu.

Next chapter