webnovel

Tujuh Batu Permata yang Bercahaya

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas Kesatuan Pertahanan dihapuskan, berita tentang penghapusannya telah tersebar dengan cepat di sekitar Bandar Daun Merah.

Sesetengah orang juga ada merekodkan pertarungan itu dan mengirimkan ke forum-forum rasmi, dan insiden itu segera menjadi popular.

Ouroboros telah menguasai Mod Neraka Kubur Bulan Gelap. Mereka telah menyingkirkan lebih 100 ahli-ahli Kesatuan Pertahanan. Penampilan Dewi Salji yang berani telah menambat hati semua pemain-pemain lelaki, dan dengan segera, kedudukan Ouroboros dan pengaruhnya sekitar kawasan Bandar Sungai Putih telah meningkat dengan pantas. Kesannya, ramai pemain-pemain berhasrat untuk menyertai Ouroboros.

Disebabkan oleh rakaman pertarungan ini, terdapat banyak orang atasan Kesatuan yang telah mengetahui kewujudan Shi Feng.

Punca pertarungan ini disebabkan permusuhan antara Kesatuan Pertahanan dengan Shi Feng. Walau bagaimanapun, bukan sahaja Shi Feng mendapat bantuan dari Dewi Salji, dia juga dapat membunuh sendiri Singa Pedang Besi semasa bertarung. Ini sudah cukup untuk membuktikan kekuatan luar biasa Shi Feng, dan juga hubungan baiknya dengan Dewi Salji. Mengambil kira perkara ini, orang-orang atasan ini perlu menyuruh orang-orang suruhannya memberikan lebih perhatian terhadap Shi Feng.

Apabila Shi Feng dan yang lain pulang ke Bandar Daun Merah, ramai pemain di jalanan telah beralih pandangannya ke arah kumpulan itu.

"Oh tidak, bukankah itu Ye Feng, orang yang telah pergi ke Dungeon bersama dengan Dewi Salji?" Seorang pahlawan lelaki berkata.

"Jika saya pergi dan merayu ke Abang Besar Ye Feng, saya tertanya-tanya jika Abang Besar Ye Feng akan membawa saya ke Tahap 10?" Seorang lagi Elementalis perempuan tersipu-sipu malu sambil bercakap dengan rakannya.

Shi Feng telah menjadi seorang selebriti sekarang. Di mana sahaja dia pergi, pasti ada orang yang mengenalinya, dan bercakap mengenainya.

"Abang Feng, kamu telah menjadi terkenal. Sekarang, kamu hanya perlu memetik jari, dan pasti ada ramai orang cantik datang kepada kamu. Nanti, kamu jangan lupa kenalkan kepada saya," Si Hitam berkata sambil ketawa.

"Jangan mengarut. Keutamaan kita sekarang ini ialah meningkatkan tahap. Lagi cepat kita sampai ke Tahap 10, lagi cepat kita boleh bertarung untuk mendapatkan kelebihan selepas kita memasuki Bandar Sungai Putih," Shi Feng tersenyum sambil berkata, "Disebabkan semua orang telah penat sekarang, marilah kita berehat selama satu jam. Kita akan berkumpul semula selepas kamu semua memperbaiki kelengkapan kamu, dan mengisi segala keperluan kamu."

Selepas mendengar aturan Shi Feng, Si Hitam dan lain-lain segera pergi ke Smithy untuk membaiki kelengkapan.

Mereka tidak tahu mengapa, tetapi kebiasaannya apabila mereka berlawan dengan Serigala Hutan Tahap 5, walaupun mereka telah berlawan lebih 10 jam, ketahanan kelengkapan mereka tidak berkurangan dengan banyak. Walau bagaimanapun, sekarang ini, selepas memasuki Dungeon sekali, ketahanan kelengkapan mereka telah jatuh sehingga separuh. Jika mereka menyerang Dungeon di lain masa, ketahanan kelengkapan mereka mungkin akan jatuh ke 1 dalam masa 3 ke 4 jam, menjadi tidak berguna.

Apabila semua orang tiba di Smithy untuk membaiki kelengkapan mereka, mereka tiba-tiba menjumpai perkara yang menakutkan.

Sebelum ini, perkara biasa bagi mereka menukar kelengkapan baru. Oleh itu, mereka tidak pernah membaiki kelengkapan walaupun sekali sebelum ini. Kini, walau bagaimanapun, semua kelengkapan yang dipakai oleh Cola, ketahanannya hanya tinggal separuh. Kesannya, membaiki kesemuanya memerlukan bayaran sebanyak 1 syiling perak dan 63 syiling tembaga. Jumlah itu cukup untuk membeli satu Peralatan Gangsa Tahap 1.

Semakin tinggi kehilangan ketahanan sesebuah kelengkapan, semakin tinggi bayaran untuk membaikinya. Jika setiap satu daripada peralatan Cola telah jatuh ke 1, ia akan mengambil paling kurang, 4 syiling perak untuk membaiki semuanya. Jumlah itu bersamaan dengan 2 hari pendapatan Cola.

Walau bagaimanapun, disebabkan Cola telah menjadi pengikut Shi Feng, kelajuan bagi dia mendapatkan wang lebih pantas kalau nak dibandingkan dengan pemain-pemain elit yang lain. Jika pemain-pemain elit itu membaiki peralatan mereka, jumlah keseluruhan bayaran akan bersamaan dengan jumlah pendapatan mereka untuk beberapa hari.

"Bos, adakah kamu cuba untuk merompak kami?" Cola mengadu, tidak mahu untuk membayar bayaran yang sangat mahal itu. Sebelum ini, dia berjaya mendapatkan Dada Harta Karun Misteri ketika membersihkan Mod Neraka Kubur Bulan Gelap. Daripada Dada Harta Karun Misteri, dia mendapat lebih 3 syiling perak dan 5 botol Hidangan Pemulihan Pertengahan. Jika ia bukan kerana Dada Harta Karun itu, bayaran untuk membaikinya sahaja akan membuatkan dia jatuh miskin.

"Pengembara, saya telah berikan kamu 10% diskaun. Ini pun sudah sangat murah," Tukang tempa besi berkata dengan keluhan.

Mendengar kata-kata Tukang Tempa Besi itu, Si Hitam dan lain-lain tiba-tiba tersedar. Reputasi mereka di Bandar Daun Merah telah mencapai 30 mata, menerima 10% diskaun untuk semua pembelian di Bandar Daun Merah. Mereka betul-betul tidak terfikir ia akan menjadi sangat mahal untuk membaiki kelengkapan mereka. Bagaimanapun, jika kelengkapan mereka menjadi tidak berguna, bukan sahaja mereka akan kehilangan kelengkapan mereka, kelajuan tahap mereka juga akan berkurangan dengan banyaknya. Oleh itu, mereka tidak mempunyai pilihan selain membaiki kelengkapan mereka.

Kawasan Perdagangan, Rumah Lelongan.

Shi Feng sangat takut membeli barangan dari Rumah Lelongan. Rekaan Penempaan Plat Dada Berkerdip Shi Feng yang dia telah jual sebelum ini telah membuatkan dia untung lebih. Kini, terdapat sekurang-kurangnya 73 syiling emas di dalam begnya. Di seluruh Bandar Sungai Putih, tidak ada seorang pun pemain yang lebih kaya darinya pada ketika ini.

Sekarang, jika dia melihat apa-apa barang yang harganya akan meningkat di masa hadapan, dia akan membeli kesemuanya. Ini kerana, apabila pemain-pemain mencapai tahap yang lebih tinggi ia menjadi lebih mudah untuk mereka mendapatkan matawang permainan, dan kesannya, harga matawang permainan akan jatuh. Daripada menunggu nilai syiling di tangannya menyusut, dia mungkin juga akan membeli beberapa barang yang akan meningkat nilainya dan menyimpan barang tersebut di bank.

Setelah lama tidak singgah ke Rumah Lelongan, jumlah Batuan Keras, Set Kad dan pelbagai barangan lain yang nilainya akan meningkat di masa hadapan meningkat sekali lagi. Shi Feng telah berbelanja sebanyak 8 syiling emas untuk barangan itu, mengisi lebih 40 slot beg yang dia baru sahaja beli, dan malahan perlu membuat beberapa pusingan ke bank. Ia tidak akan lama sebelum barangan ini akan meningkat nilainya dengan berlipat kali ganda. Hanya memikirkan tentang ini membuatkan Shi Feng berasa gembira.

Sementara itu, nilai Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip telah mula jatuh. Ketika ini, setiap satu hanya dijual pada kadar 2 syiling emas, dan ia tidak akan lama sebelum ia menjadi tidak bernilai.

Melihat kepada jumlah Kesatuan yang membeli Rekaan Penempa Plat Dada Berkerdip menjadi semakin sedikit, Shi Feng memutuskan untuk terus menjualnya untuk seketika sambil memikirkan cara lain untuk menjana wang. Kini, sasaran utamanya ialah mendapatkan Kredit. Hanya menilai daripada sejumlah kecil kredit yang dia pada ketika ini, ia masih tidak mencukupi untuk kesatuannya hidup.

Ketika ini, Shi Feng masih mempunyai lebih dari 60 syiling emas. Dia kemudian mengeluarkan 30 syiling emas dan mendaftarkannya di Pusat Dagangan Maya. Pada ketika ini, pelbagai Kesatuan-Kesatuan besar ingin membeli syiling secara pukal. Ia tidak akan kekal lama sebelum mereka membeli kesemua syilingnya, membuatkan dia memperoleh banyak kredit.

Berikutan dengan itu, di dalam bank, Shi Feng mula menyusun habuan yang diperolehinya hari ini. Dia telah memperolehi lebih dari 10 keping Peralatan Gangsa hanya dari pemain-pemain elit Kesatuan Pertahanan yang dibunuhnya. Pada asalnya, Shi Feng telah berniat unutk menjual peralatan-peralatan ini. Walau bagaimanapun, Kesatuannya pasti akan merekrut ahli-ahli baru pada masa hadapan. Oleh itu, dia memutuskan untuk menyimpannya di dalam gudang, kerana mungkin barang-barang ini akan berguna pada masa akan datang. Apa-apapun, dia sekarang tidak kesempitan wang.

Untuk Bilah Abu, item yang paling penting yang dia peroleh dari Kubur Bulan Gelap, dia simpan di dalam gudang sekarang. Ia masih tidak berguna kepadanya sekarang. Hanya apabila dia tiba di Bandar Bulan-Bintang baru dia akan dapat peluang untuk mencari petunjuk tentang Bilah Abu.

Lebih-lebih lagi, pemilik Bilah Abu mempunyai asal usul yang tidak dapat dijangka, digelar sebagai Pemenggal Tuhan di Kawasan Tuhan, kewujudan yang tuhan pun takut akannya. Petunjuk berkaitan Bilah Abu ini hanya boleh dijumpai di Ibu Kota Kerajaan Bulan-Bintang.

"Ah? Apakah benda ini di sini?"

Shi Feng menggali kristal sebesar tapak tangannya dari dalam beg.

"En, bukankah ini salah satu dari item yang jatuh dari Singa Pedang Besi?" Shi Feng terjumpa barang yang tidak asing baginya. Ia adalah salah satu daripada 2 item yang jatuh dari Singa Pedang Besi.

[Tujuh Batu Permata yang Bercahaya]

(Barang Istimewa)

Mengangkut pengguna ke Bandar Sayap Hitam.

(Baki penggunaan ⅘)

Terjatuh selepas kematian.

"Singa Pedang Besi ini benar-benar tidak boleh di pandang rendah. Tidak hairan dia sangat berkuasa di dalam hayatnya yang lalu. Ini semua disebabkan item ini," Shi Feng melihat ke arah Tujuh Batu Permata yang Bercahaya di tangannya, tidak dapat menahan dari tersenyum lebar.

Bandar Sayap Hitam bukanlah lokasi yang biasa. Ia bukan tempat bagi pemain-pemain pergi sesuka hati mereka. Pemain-pemain memerlukan Kristal Teleportasi untuk pergi ke tempat itu, dan Tujuh Batu Permata yang Bercahaya merupakan salah satu pas ke sana.

Ketika hayat Shi Feng yang lalu, kemasyhuran Bandar Sayap Hitam diketahui di seluruh Kawasan Tuhan. Semua kuasa utama sanggup membeli pas-pas ke Bandar Sayap Hitam dengan harga yang tinggi. Walau bagaimanapun, bagi pemain pertengahan, ia akan menjadi tidak bermakna, walaupun jika mereka pergi ke Bandar Sayap Hitam. Paling tidak, mereka hanya akan pergi ke sana untuk menjelajah kawasan baru. Walau bagaimanapun, bagi orang-orang atasan kuasa utama, ia merupakan sebuah syurga. Selepas ke sana sekali, mereka pasti akan mahu ke sana sekali lagi.

Shi Feng melihat kepada jam, menyedari yang hari ini hari penting di Bandar Sayap Hitam. Dia perlu ke Bandar Sayap Hitam hari ini. Oleh itu, dia menghantar pesanan kepada Si Hitam, berkata, "Si Hitam, saya masih ada perkara untuk diuruskan, oleh itu saya tidak dapat membawa kamu semua menaik tahap sekarang. Selepas kamu semua berehat, pergi ke kawasan Tahap 8, Bukit Mengaum, untuk meningkatkan tahap. Selagi kamu semua berhati-hati, kelajuan kenaikan tahap kamu akan menjadi sangat laju."

Next chapter