webnovel

Rumah Lelongan Sayap Hitam

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sangat jarang Persatuan Cruze ada pelanggan dan kemasukan Shi Feng ke dalam kedai segera mendapat perhatian Luciola.

"Ketua Pemburu Iblis, saya curiga apakah barang yang ketua saya perlukan? Kedai kami mempunyai pelbagai aneka barangan dan kami jamin kualitinya," Luciola berjalan ke arah Shi Feng, bertanyakan dengan penuh rasa hormat.

Shi Feng tidak terfikir, tidak kira lokasi, gelaran Pemburu Iblis akan begitu dihormati. Gelaran itu juga terpakai di Bandar Sayap Hitam.

"Saya berhajat untuk melihat barangan baharu kamu pada minggu ini," balas Shi Feng.

"Tuan, kedai kami dilengkapi dengan banyak barang baru minggu ini. Saya jamin kamu akan berpuas hati dengannya," kata Luciola.

"Tunjukkan saya barang-barang itu," kata Shi Feng sambil menganggukkan kepalanya.

Ketika hayat Shi Feng yang lalu, dia tidak pernah sekali pun pergi ke aras 2 kedai itu. Dia tidak terfikir ada barangan yang terjual di aras 2.

"Arah sini tuan," kata Luciola kepada Shi Feng.

Aras 2 dipenuhi dengan kabinet-kabinet hiasan, kesemua itu memaparkan pelbagai Peralatan Kejuruteraan yang jarang dijumpai yang memukau mata seseorang.

Di antara kabinet-kabinet yang dipamerkan, terdapat satu barang yang sangat menarik perhatian Shi Feng.

_But-but Roket!_

Salah satu peralatan melepaskan diri yang agung di Kawasan Tuhan. Dengan menggunakan alatan ini, seseorang akan melepaskan diri dengan mudah apabila berhadapan dengan bahaya di dalam hutan atau apabila diburu oleh pemain-pemain lain.

Lebih-lebih lagi, Kelengkapan Epik ini diperbuat daripada Kejuruteraan yang Terhandal. Tidak kira dari segi Atribut atau kesan-kesan, kedua-duanya bukanlah sesuatu yang dapat dibandingkan But-but Roket Pangkat Biasa.

Walau bagaimanapun, But Roket Pangkat Epik itu berharga 1,200 Syiling Emas. Shi Feng sendiri yang rasa dirinya sebagai kaya, wangnya tidak sampai satu persepuluh daripada harga tersebut.

Selepas membuat satu pusingan di kabinet pameran itu, majoriti barangan yang dijual, semuanya Shi Feng minati. Lebih-lebih lagi, barangan itu akan menjadi bantuan yang besar kepada dirinya dan dia tidak mampu tetapi berharap dia akan dapat mengambil kesemua barangan itu. Walau bagaimanapun, poketnya tidak cukup dalam dan dia hanya merenung nasib.

"Ketua Pemburu Iblis, adakah barang-barang ini kamu tidak suka?" Melihat kepada pelanggan yang telah lama ditunggu-tunggu menggoyangkan kepalanya, Luciola segera bertanya.

Walau bagaimanapun, bagaimana Shi Feng ada muka untuk memberitahu Luciola dia tidak mempunyai wang sebanyak itu? Semua barangan yang ditunjukkan di sini akan, pada kadar minimum, berharga sekitar puluhan hingga ratusan syiling emas. Hanya berdasarkan 30 lebih syiling emas di dalam begnya, dia hanya akan mampu membeli satu barangan sahaja di sini.

"Adakah kamu mempunyai Bom Tangan Beku di sini?" Selepas memikirkan, Shi Feng telah membuat keputusan lebih baik untuk membeli lebih banyak barangan yang berguna.

"Ketua Pemburu Iblis, Bom Tangan Beku dijual di Seksyen Biasa di aras 1. Seksyen VIP di aras 2 tidak menjualnya. Sila ikut saya tuan," kata Luciola sambil membawa Shi Feng turun ke aras 1 sekali lagi.

Pada ketika ini, Shi Feng akhirnya menyedari aras 2 adalah Seksyen VIP. Tidak hairanlah barangan yang dipamerkan sangat mahal. Ketika hayatnya yang lalu, apabila dia menjumpai kesatuan ini di sini, dia telah berada di sekitar Tahap 70 ke Tahap 80. Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai gelaran Pemburu Iblis pada ketika itu, oleh itu dia hanya boleh membeli di Seksyen Biasa. Namun, keuntungannya sudah cukup banyak.

Sekarang, dia telah menjumpai Seksyen VIP di aras 2 secara tidak sengaja. Lebih-lebih lagi, terdapat banyak barangan yang dijual di seksyen itu. Malangnya, wang yang dia perolehi terlalu sedikit untuk membeli apa-apa barang. Dia patut datang di kemudian hari di masa hadapan, selepas mendapatkan lebih wang.

Sesuai dengan jumlah barangan yang sedikit yang dijual di aras 1, harganya juga lebih murah.

"Ketua Pemburu Iblis, ini adalah Bom Tangan Beku yang kamu minta. Ia dikategorikan kepada 3 tahap. "Boleh saya tahu jenis apa yang kamu cari?"

[Bom Tangan Beku Asas]

Berkesan menentang raksasa-raksasa (dan pemain-pemain) di bawah Tahap 30.

Menawarkan 200 kerosakan beku di dalam jejari 10 meter, yang mana akan membekukan sasaran selama 5 saat, kemudian mengurangkan Kelajuan Pergerakan sebanyak 60% untuk tempoh 12 saat.

Harga: 1 perak 50 gangsa

[Bom Tangan Beku Pertengahan]

Berkesan menentang raksasa-raksasa (dan pemain-pemain) di bawah Tahap 70.

Menawarkan 800 kerosakan beku di dalam radius 12 meter, yang mana akan membekukan sasaran selama 5 saat, kemudian mengurangkan Kelajuan Pergerakan sebanyak 60% untuk tempoh 12 saat.

Harga : 10 perak

[Bom Tangan Lanjutan]

Berkesan menentang raksasa-raksasa (dan pemain-pemain) di bawah Tahap 120.

Menawarkan 2,000 kerosakan beku di dalam radius 15 meter, yang mana akan membekukan sasaran selama 5 saat, kemudian mengurangkan Kelajuan Pergerakan sebanyak 60% untuk tempoh 12 saat.

Harga : 70 perak

Dengan satu Bom Tangan Pertengahan sudah cukup untuk membunuh MT Tahap 5 sekaligus yang dilengkapi dengan Kelengkapan Gangsa. Sementara itu, walaupun Bom Tangan Beku Asas tidak mampu membunuh pemain dengan segera, ia dapat membekukan mereka selama 5 saat, diikuti dengan pengurangan sebanyak 60% Kelajuan Pergerakan selama 12 saat. Kesan-kesan ini cukup mengerikan.

Bagi Bom Tangan Beku Lanjutan, barang ini bukanlah sesuatu yang pemain biasa boleh main-mainkan. Tidak bercakap tentang 2,000 kerosakan beku ia mampu sebabkan, ia juga mempunyai radius berkesan seluas 15 meter. Jika Shi Feng menggunakan barang ini ketika pertempurannya sebelum ini dengan Kesatuan Pertahanan, ia akan mampu menyelamatkan dirinya dari banyak masalah. Hanya membaling 3 barang ini akan menyelesaikan segala masalahnya.

Walau bagaimanapun, satu Bom Tangan Beku Lanjutan sudah berharga 70 syiling perak. Ia sangat mahal. Lebih-lebih lagi, menggunakan barangan itu pada di tahap dia berada sekarang sudah terlalu hebat.

"Saya mahu 3 timbunan Bom Tangan Beku Asas dan 30 unit Bom Tangan Beku Pertengahan." Shi Feng berfikir masih bagus untuk membeli beberapa bom pertengahan sebagai langkah pencegahan. Jika dia berakhir dengan diburu oleh Kesatuan Pertahanan lagi, Bom-bom Tangan Beku Pertengahan ini akan membantunya menyelesaikan segala masalah itu.

Satu timbunan Bom Tangan Beku mengandungi 200 unit dan 3 timbunan keseluruhan cukup baginya buat masa yang lama.

"Ketua Pemburu Iblis, kamu boleh menikmati 10% diskaun di kedai kami. Jumlah keseluruhan barangan ini ialah 10 syiling emas 80 perak," kata Luciola sambil mengeluarkan semua barangan yang diminta dan membuat kira-kira dengan pantas.

"Baiklah." kata Shi Feng yang berasa girang di dalam hati.

Ketika hayatnya yang lalu, walaupun dengan statusnya sebagai Pedang Raja Tahap 3, dia tidak akan mendapat diskaun apabila membeli barangan di sini. Dia tidak menyangka gelaran Pemburu Iblis akan menjadi sangat hebat, juga memberinya diskaun di dalam Bandar Sayap Hitam. Ini kegembiraan yang tidak disangka-sangka.

Selepas membeli Bom Tangan Beku, Shi Feng menunggang pengangkut berkuda ke tengah Kawasan Dagangan, Rumah Lelongan Sayap Hitam.

Rumah Lelongan Sayap Hitam ialah salah satu bangunan yang termegah di antara Bandar Sayap Hitam. Tanahnya bersaiz 4 padang bola sepak. Lebih-lebih lagi, bangunan itu mempunyai 188 tingkat. Pelbagai negara beraja di Kawasan Tuhan dan juga watak-watak hebat, seperti NPC Tahap 5, akan sesekali mengunjungi tempat ini untuk membeli barangan.

Sejurus selepas sampai di Rumah Lelongan Sayap Hitam, Shi Feng mendapati sebenarnya terdapat lebih kurang satu dozen pemain-pemain sedang beratur memasuki Rumah Lelongan.

Walau bagaimanapun, pandangan seperti itu bukanlah sesuatu yang aneh untuk dipertahankan. Tempat kecil seperti ini Bandar Daun Merah juga berjaya untuk menghasilkan laluan ke Bandar Sayap Hitam. Terdapat ratusan bandar-bandar di bawah pengaruh Bandar Sungai Putih, manakala terdapat lebih seratus bandar-bandar di bawah penguasaan Kerajaan Bulan-Bintang. Lebih-lebih lagi, terdapat ratusan negara-negara di dalam Kawasan Tuhan. Oleh itu, normal bagi ratusan pemain-pemain muncul di Bandar Sayap Hitam ketika ini.

Sesiapa yang mampu untuk datang ke Bandar Sayap Hitam sekarang sama ada mereka yang mempunyai nasib yang sangat baik atau mereka yang dimiliki oleh golongan atasan kuasa-kuasa besar. Bagi pemain pertengahan yang berjaya sampai ke tempat ini, bagaimanapun, mereka akan segera mendapati Bandar Sayap Hitam lokasi yang sangat tinggi statusnya. Ia tidak akan berguna kepada pemain pertengahan seperti mereka. Oleh itu, lebih baik jika mereka menjual tiket kemasukan kepada kuasa besar, mendapatkan wang dengan pantas.

Sementara itu, pemain-pemain yang beratur di sini semuanya mempunyai tahap yang sangat tinggi. Tahap yang paling tinggi di antara mereka ialah seorang lelaki berjambang Tahap 7. Lelaki besar memakai Set Kelengkapan Gangsa Tahap 5 yang lengkap dan juga membawa Kapak Besi Misteri di belakangnya. Sekali pandang ke arah lelaki itu sudah cukup untuk mengetahui kekuatan lelaki itu tidak dapat disangkal. Bagi pemain-pemain yang lain, mereka semua berada di Tahap 6, setiap darinya memakai Set Kelengkapan Gangsa yang lengkap dan tiada seorang darinya nampak seperti mempunyai latar belakang yang biasa.

Menyedari Shi Feng berjalan ke arah itu, pemain-pemain ini semuanya terkejut mendapati Shi Feng telah berada di Tahap 7, sama tahap seperti lelaki berjambang di sebelah mereka. Walau bagaimanapun, Set Kelengkapan yang halus dipakai oleh Shi Feng yang berwarna putih keperakan memberikan tekanan yang santai dan berat. Walaupun ia Set Kelengkapan Gangsa, dengan hanya sekali pandang, sesiapa pun mampu memberitahu ia bukan Set Kelengkapan yang biasa. Lebih-lebih lagi, terdapat kepingan-kepingan individu Kelengkapan Peringkat Perak-Rahsia. Walaupun mereka tidak mampu untuk menyatakan peringkat apakah pedang hitam yang tergantung di sekitar pergelangan tangan Shi Feng, pedang yang lain mengeluarkan sinaran Kelengkapan Rahsia-Perak. Berbanding dengan lelaki berjambang, Shi Feng jelas lebih berkuasa dan pemain-pemain yang ada segera mula berlagak seperti sudah bersahabat dengannya.

"Ini adalah Angsa Sunyi Kuil Bulan. Kawanku, saya tidak pernah melihat kamu di sini sebelum ini. Adakah ini kali pertama kamu melawat ke Bandar Sayap Hitam?" tanya seorang ahli ilmiah yang kelihatan lemah lembut, Pemain Pedang Tahap 6 yang menghampiri Shi Feng.

Selepas sampai di Bandar Sayap Hitam, Shi Feng tidak menyembunyikan kelengkapannya, membiarkan penampilannya yang asal. Dia juga telah mengubah suai wajah penampilannya, bertukar kepada penampilan seorang lelaki pertengahan umur, Api Hitam. Dengan cara itu, tiada sesiapa yang akan mengenalinya sebagai Ye Feng.

Mendengar ahli ilmiah ini memperkenalkan dirinya, Shi Feng meneliti lelaki yang dipanggil Angsa Sunyi.

Next chapter