webnovel

penguasa belantara

dunia yang serba moden tidak memupuskan kebanyakkan manusia dari bersikap jahil, haq Dan batil menjadi laluan Dan ikutan,bagi mereka yang memilih haq akan tinggal dalam keadaan yang sederhana,manakala bagi mereka yang memilih batil tinggal lah ia dalam kekufuran Dan kesesatan...pertemuan Dua dunia,Dua lautan ilmu....peperangan haq Dan batil terus berlaku sehingga bumi tidak mampu menampungnya lagi.

Wan_Shah_8782 · Sci-fi
Not enough ratings
13 Chs

07.kota yang jahil

Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.(Al-'Ankabuut 29:4)

 telefon bimbit inspektor Hadi berbunyi lagi,kali ini sudah tiga kali berbunyi,dalam keadaan terkebil-kebil Hadi menyambut panggilan tersebut,di lihatnya jam menunjukkan pukul 3 pagi,dia segera bangkit dari tidurnya setelah menjawab panggilan tersebut,lantas di sarungkan pakaiannya Dan dia bergegas keluar rumah sambil menghidupkan motor cbx800cc nya Dan dia terus menunggang keluar dari perkarangan rumahnya.

manakala di tempat kejadian pihak polis sedang sibuk menjalankan tugas,sambil memasang tape kuning bertuliskan 'di larang masuk,kawasan siasatan'...beberapa kerumunan orang sedang melihat-lihat dari jauh, inspektor Hadi tiba dengan motornya, Lalu memasuki ruang di tepi lorong,dia lantas mendapatkan seorang sarjan yang sedang memerhatikan kawasan sekeliling, 'sarjan,bila kejadian berlaku?Tanya Hadi.

'tuan!pihak forensik masih sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti,'jelas sarjan tersebut.hadi mula menelusuri ke setiap kawasan itu Dan apabila dia tiba di ruangan sebuah bilik, kelihatan tiga tubuh mayat lelaki tergantung dalam keadaan kakinya di ikat keatas, manakala kepalanya di bawah,di atas lantai darah yang tumpah begitu banyak, tubuh badan mayat-mayat tersebut dalam keadaan tidak berpakaian Serta kulit mereka di siat-siat seperti di lapah,hanya isi yang kelihatan,manakala kulitnya hilang entah kemana.kejadian ngeri yang terjadi membuatkan Hadi berfikir adakah ini angkara geng kumpulan atau perseorangan. tiga lelaki di perlakukan sedemikian,'hurrrmm'keluh Hadi.siasatan masih di teruskan...

selepas menamatkan tugasan Hadi terus pulang ke rumah,dalam perjalanan dia bertembung dengan seorang wanita cantik berkebaya yang terbaring di tengah jalan,Hadi memberhentikan motosikalnya,Lalu dia terus kearah wanita cantik tersebut,wanita tersebut dalam keadaan lemah,di pangkunya kepala wanita itu di pangkal peha...'awak okey tak?Tanya Hadi,wanita tersebut menganggukkan kepalanya sambil menatap Mata Hadi... jantung Hadi tiba-tiba berdebar...satu perasaan nafsu bangkit apabila melihat wanita tersebut,lalu Hadi membantu wanita itu berdiri...apabila wanita itu dalam posisi tegak berdiri tangan Hadi sedang memeluk pinggang wanita tersebut...wanita itu membisikkan sesuatu di telinga Hadi,kemudian Hadi membonceng wanita tersebut menuju ke rumahnya.

setibanya di rumah,Hadi mempelawa wanita cantik itu masuk dan menyediakan tuala,wanita itu menanggalkan pakaiannya di hadapan Hadi, melihat sekujur tubuh yang tiada seurat benang,benar-benar mengoncang hati lelakinya...tubuh yang mulus putih bersih itu di tatap tidak berkedip....wanita itu membuahkan senyumannya pada Hadi bila melihat gelagat Hadi,wanita itu masuk ke bilik air Dan Mandi...Hadi masih lagi berdiri di depan pintu tandasnya,oleh kerana pintu tandas tersebut kaca,Hadi jelas melihat wanita itu dalam kebasahan pancutan air Mandi tersebut....wanita itu melirik pandangan kepada Hadi,sambil jari telunjuknya memanggil Hadi,tanpa berlengah lagi Hadi terus membuka baju Dan seluarnya Serta meluru masuk...dia bagaikan di pukau,apa sahaja sanggup dia lakukan demi wanita tersebut.

Bunyi deras air terjun di sebuah belantara begitu mendamaikan,'sarrrssss'kelihatan susuk tubuh lelaki berpakaian serba hitam terbang melepasi batu-batu air terjun itu, manakala seorang lagi lelaki di belakang mengekori teman yang di hadapan, si pahlawan Dan mat Zin sedang berlatih keras. di suatu sudut lelaki berjambang putih itu memerhatikan latihan mereka..'kau harus lebih tangkas lagi mat zin'telak lelaki tua itu, mat Zin mengangguk faham,'sudah tiba asar, ayuh Kita berjemaah bersama'tegas lelaki tua itu.'aku akan ke Kota sebentar lagi,pastikan segalanya baik-baik sahaja di sini'terang lelaki berjambang putih itu.

jam menunjukkan 3pagi, kelihatan di jalanan Kota seorang lelaki tua dengan baju lusuh bertampal-tampal sedang memerhatikan sekelilingnya...berhampirannya sebuah balai polis Dan kelihatan inspektor Hadi Baru sahaja tiba,lelaki tua berperwatakan seorang pengemis itu menuju ke arah Hadi. pulang ke pangkal jalan nak,kau sedang sesat' jelas lelaki tua itu kepada Hadi,dalam keadaan kebingungan Hadi melihat gelagat lelaki tua itu berlalu pergi.sementara di ruang rumah Hadi,sedang berlaku ritual sesembahan. seekor ayam hitam yang di ambil darahnya di letakkan dalam sebuah mangkuk,manakala asap kemenyan memenuhi ruang rumah tersebut.'bermula Hari ini kau akan ku jadikan hamba'bisik wanita cantik itu sendirian.

'engkau aku tugaskan ke Kota,bisik lelaki tua berjambang putih itu kepada si pahlawan. si pahlawan mengangguk faham.setelah 10 tahun berada di belantara kini saat dia kembali ke Kota,di buka sebuah kotak kayu,dalamnya terdapat sepasang baju t-shirt Dan seluar jeans Serta kasut sport.si pahlawan mengeluarkan pakaian tersebut. si pahlawan bersiap-siap,setelah itu si pahlawan keluar dari kediamannya beberapa langkah kedepan...si pahlawan membacakan sesuatu, kemudian dia hilang dan yang tinggal hanya bekas tapak kasut yang di pakainya.