webnovel

penguasa belantara

dunia yang serba moden tidak memupuskan kebanyakkan manusia dari bersikap jahil, haq Dan batil menjadi laluan Dan ikutan,bagi mereka yang memilih haq akan tinggal dalam keadaan yang sederhana,manakala bagi mereka yang memilih batil tinggal lah ia dalam kekufuran Dan kesesatan...pertemuan Dua dunia,Dua lautan ilmu....peperangan haq Dan batil terus berlaku sehingga bumi tidak mampu menampungnya lagi.

Wan_Shah_8782 · Sci-fi
Not enough ratings
13 Chs

06.haq Dan batil

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.(Al-Kahfi 18:7)

suasana bunyi sekitar air terjun dara mendamaikan, kelihatan si pahlawan Dan mat Zin sedang bersuluk,jarak antara satu sama lain lebih kurang 20 meter,masing-masing dalam keadaan bersila rapi Dan memejamkan Mata sambil mulut masing-masing dalam keadaan terkumat kamit melafazkan sesuatu..

cuaca bertukar mendung,di atas sebuah batu sungai yang besar kelihatan sepasang Mata tua dalam keadaan bersenang-senang di tangannya tergenggam sebatang kayu tongkat yang cantik berwarna coklat sedang memerhatikan tingkah laku mereka.cuaca mendung tadi bertukar gerimis....si pahlawan Dan mat Zin masih lagi berteleku di tempat masing-masing.gerimis bertukar menjadi hujan yang lebat....mereka masih lagi tidak berganjak... kelihatan hujan yang lebat tidak membasahi tubuh mereka... seolah-olah ade sesuatu aura berbentuk separuh bulatan yang menutupi tubuh mereka Dan menghalang mereka dari basah hujan tersebut,ia kelihatan seperti bumbung lutsinar....

' alhamdulillah' Mata tua tersebut berbisik sendirian.. wajahnya mempamirkan senyuman puas,melihat hasil yang terjadi pada si pahlawan Dan mat Zin.mata tua tersebut melihat-lihat ke dalam air terjun sekelilingnya mencari-cari ikan,apabila melihat beberapa ekor ikan sebesar lebih dari tapak tangannya,mata tua tersebut terus terjun menangkap ikan untuk di buat lauk harian,anehnya sewaktu di dalam air tersebut,mata tua seolah-olah berada di dalam sebuah bulatan buih yang mana tiada air yang dapat membasahi bajunya...si pahlawan Dan mat Zin melihat dengan penuh minat.....tanpa di sedari habis kebasahan baju Dan tubuh badan mereka.kosentrasi yang terganggu menyebabkan aura yang terhasil tadi menghilang.....mata tua yang Baru sahaja berdiri di atas batu tersenyum melihat gelagat si pahlawan Dan mat Zin...'jangan kau fana' sungguh tiada yang mustahil bagi tuhan mu' jelas Mata tua tersebut.

sementara di ruang rumah di sebuah perkampungan di selatan Thai seorang wanita cantik berkulit putih gebu sedang melakukan ritual perasapan kemenyan...di kelilingnya kelihatan patung-patung tembaga berbalut dengan Kain kuning...di hadapannya berdiri 3 lembaga hitam tidak berupa mempunyai sepasang mata merah..sedang melihat kelakuannya...segala perjamuan sudah di siapkan...di dalam sebuah mangkuk terlihat miang buluh,kaca-kaca,serpihan besi-besi karat berkumpul..wanita cantik itu menuangkan sedikit Bisa ular di dalam mangkuk tersebut Lalu di perasapkan mangkuk itu, kemudian dia meletakkan bahan-bahan tersebut ke dalam sehelai Kain kuning lalu di lipatkan...Kain tadi di letakkan di atas tapak tangannya sambil membaca sesuatu lalu di tiupkan Kain tersebut,sekelip Mata Kain tersebut hilang dari tapak tangannya.wajahnya mempamirkan senyum puas.

manakala di sebuah kelas perguruan ustaz yunus yang sedang mengajar mata pelajaran feqah tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu yang berat jatuh dari bumbung kelasnya,semua pelajar berpandangan antara satu sama lain...tidak semena-mena wajah ustaz yunus kelihatan pucat...'weeeerrrkkk' ustaz yunus memuntahkan kuningan telur yang keluar dari mulutnya...penuh di atas lantai kelas tersebut...pelajar-pelajar menjadi panik....tiga orang pelajar juga histeria secara tiba-tiba...guru-guru lainnya yang hadir akibat kekecohan yang terjadi juga dalam keadaan tidak tentu arah, masing-masing buntu apa yang perlu di lakukan.muntah yang keluar dari mulut ustaz yunus bertukar menjadi ketulan-ketulan darah merah. sebahagian dari guru-guru dan pelajar sedang menenangkan murid yang histeria... kelihatan guru besar tahfiz tersebut iaitu sheik nasri sedang bergegas menuju ke arah kelas tersebut...tibanya sahaja sheik nasri di depan ustaz yunus dia terus membacakan sesuatu sambil tapak tangannya mengusap-usap dibelakang badan ustaz yunus pada bahagian pinggang... ustaz yunus kelihatan sedikit tenang...muntah tersebut telah berhentj keluar.manakala murid lainnya di bacakan air putih Dan di sapu pada wajah... keadaan yang kecoh sebentar tadi kelihatan tenang semula. murid-murid di arahkan membaca kitab-kitab Al Quran bagi mengisi jiwa mereka dari kekacauan yang terjadi.'yunus,carilah seorang yang pandai mengubati penyakit mu,engkau terkena santau angin'jelas sheik nasri.

Di ruang sebuah rumah yang penuh patung-patung tembaga itu kelihatan mbah suro tergelak besar,,di sampingnya wanita cantik putih gebu itu menyusun rancangan bersama mbah suro...

Kota besar yang di penuhi cahaya lampu memperlihatkan suasana sibuk masyarakat yang berpusu-pusu mengejar duniawi,waktu malam tidak menghalang margasatua mencari rezeki, manakala di sebuah lorong kelihatan seorang wanita berpakaian baju kebaya....sedang di kelilingi beberapa orang lelaki...wajah wanita berkebaya itu begitu takut,tiga lelaki memaksa wanita tersebut mengikuti mereka ke sebuah bilik,tidak lain sebagai santapan malam.nafsu yang buas sedang Menguasai diri ketiga pemuda.... setibanya mereka kedalam ruangan bilik wanita berkebaya itu membuka bajunya, manakala ketiga pemuda tersebut Memandang dengan penuh nafsu....